Saturday, March 29, 2014

Makan Tengahari - Ikan Bilis Tempoyak

Hari ni kelas mengaji Al quran habis awal sebab tak ramai pelajar yang hadir, mungkin cuti sekolah masing-masing ada aktiviti. Kebetulan sampai rumah waktu makan tengahari... aku rasa nak makan nasi campur...eeemm masak lemak putih sayur-sayuran yang ada dalam peti ais...kena kurangkan stok sayur sebelum rosak...ni la masalahnya bila ghairah membeli sayur ...dari membazir elok la masak. Lauk sampingan sekadar ikan bilis masak sambal tempoyak dan ikan goreng. Huhuhu cukup selera makan tengahari hari ni, tambah pula pagi tadi hanya makan biskut cicah teh je. 

Sambal Tempoyak ikan bilis berpetai ... nama menu ni suka hati je aku bagi janji bila makan sedap
Masak lemak sayuran hijau - kekurangan warna ceria

Wednesday, March 26, 2014

Ini Je Yang Mampu

Bila badan tak sihat segalanya tak ada mampu nak buat, kerja ofis kalau tak urgent boleh tangguh sekejap...kalau nak makan tak boleh la nak tangguh nanti ada penyakit lain pulak. Sejak akhir2 ni aku sering sakit kepala...bila silap makan dan tak tahan panas badan maka akan sakit kepala. Di ofis semalam seharian sakit kepala...balik dari kerja kena masak tapi aku sediakan yang paling mudah dan cepat...kalau ikut tahap kekuatan badan ni tak selera nak makan...memikirkan yang lain makan kena lah gagahkan juga. Aku cuma masak mee kuah @ sup je...ini je rezeki yang mampu aku masak. 

Mari la kita makan mee sup yang tidak seberapa ni.

Tuesday, March 25, 2014

New Look!!!

Kaca mata yang aku tempah tempoh hari sudah siap...eeemm tapi masih tak ada kekuatan untuk memakainya...sebabnya aku belum yakin untuk memakai kaca mata multifocal...sebelum ni aku biasa pakai kaca mata kanta jarak jauh je... tu tandanya umur dah  meningkat maka jarak penglihatan pun turut berubah.

Semalam petugas di klinik minta aku cuba memakainya...uuhhh rasa macam pening je tapi dia nasihat aku biasakan dan dia ajar cara untuk memandang dan mengawal penglihatan bila guna kata mata multifocal ni. Ada yang mengatakan permulaan pakai kaca mata multifocal ni ambil masa berberapa hari atau minggu untuk dapatkan 'keserasian'. 

Setelah 17 hari MH370

Teruskan Doa buat MH370 - Ya Allah Ya Tuhanku, jika di laut timbulkanlah, jika di langit turunkanlah, jika di darat tunjukkanlah.

Perkhabaran telah disampaikan...maka seluruh warga menerima ketentuan ni dengan penuh kesedihan dan ketabahan. Kepada keluarga yang terlibat Al-Fatihah dan Salam Takziah. 

Berita yang menyedihkan tergambar disetiap muka akhbar.

Tau Miu Goreng

Tau Miu ni aku tak pasti tergolong dalam kategori sayur atau kekacang. Masa mula-mula belajar makan sayur ni aku anggap ia tergolong dalam keluarga taugeh, tapi ada juga yang cakap ni pucuk kacang...entah la hakikatnya kehijauan sayur ni memang sedap dan ranggup bila digoreng. Cara masaknya sama macam goreng taugeh atau sayur campur yang lain...masaknya tak perlu lama sebab nak elak dari hilang keranggupannya. 

Nampak macam tak rumput kan??? Tapi bila makan sedap... Hari ni rencahnya aku gantikan dengan sotong, tak ada stok udang. 
Tau Miu ni nak kata murah tu tak juga...harganya lebih kurang je dengan harga sayur-sayur lain...yang penting kesegarannya.

Monday, March 24, 2014

Roti Telur

Alhamduillah syukur... pagi yang indah aku masih diberi kekuatan olehNYA untuk meneruskan tanggungjawab di alam ini, aku juga panjatkan DOA Untuk MH370 semoga Allah swt mempermudahkan segala usaha pencarian dan menemukan dengan MH370 bersama penumpang dan kru demi menamatkan segala kesengsaraan yang ditanggung oleh kaum keluarga dan para pemimpin serta petugas.

Selamat Pagi!!! Jom sarapan. Pagi ni cuaca cerah...matahari memancar-mancar!!! jalaraya pun kurang sesak sebab cuti sekolah, aku pun dengan tenang boleh sampai awal di ofis. Pukul 8.15 am aku dah lepak untuk sarapan dengan bekalan...sekadar roti goreng telur dan grape hitam yang manis. 

Sunday, March 23, 2014

Kuih Ketayap

Kuih ketayap atau kuih gulung ni aku buat untuk minum petang semalam...setelah sekian lama tak masak kuih manis. Sekarang ni cuaca kemarau tekak ni terasa haus je dan nak makan yang manis-manis. Biasa la kuih manis kat rumah ni tak mendapat sambutan...aku je la yang jadi peminat setia maka kena menghabiskannya, orang lain sekadar makan satu dua gulung dah tak nak. 

Kuih ketayap @ gulung...kenapa kebanyakan yang buat kuih ni warna hijau?
Jemput makan...aku suka inti kelapa yang agak lembab sebab bila masuk dalam mulut tu terasa intinya yang lemak manis
Inti kelapa berperisa durian...kalau dapat guna kelapa separuh muda lagi sedap..yang ni aku guna kelapa putih yang 'original' maksud aku tidak diambil santannya...seperti yang dibuat oleh setengah orang.

Friday, March 21, 2014

Coklat Chef Norman

Coklat ni my ofismate bagi, katanya dia dapat free...aku pun tak tanya siapa yang bagi kat dia. Cuma yang aku tau ofismate aku mempunyai ramai kenalan dari berbagai lapisan. 

Mungkin ramai yang dah kenal tentang Chef Norman Musa ni...ya la anak Malaysia yang telah berjaya di negara luar. Sesiapa yang pernah berkunjung di restorannya mungkin lagi mengenalinya. Bagi yang nak tau tentangnya boleh tanya pakcik google.
 
Salah satu produk coklatnya kurang manis...bagi yang tak suka manis.

Si Mimi Berehat

Si Mimi...kucing yang setia jadi tetamu kat rumah aku dah beranak....tapi tak tau kat mana dia letak anaknya. Kalau ikutkan dah masuk 3 minggu perutnya kempis. Biasanya dia datang makan je...tapi sejak beranak ni dia mesti masuk dalam rumah dan lepak. Mungkin dia nak release kepenatan dari anak-anaknya untuk seketika. Aku suka Mimi sebab dia tak pernah melangkah masuk dalam rumah sesuka hati...dia hanya lepak depan pintu je...lepas tu kalau aku buat tak layang je dia akan balik.

Waaahh kau menjeling kat tuan rumah ya!!! tak tau la reaksi Si Mimi ni minta simpati atau nak bermanja.
Kepenatan atau kekenyangan???
Merindu anak-anak dia!!!

Friday, March 14, 2014

Ke mana Di mana MH370

Hari ke 7!!! Sejak sabtu lepas seluruh dunia fokus kepada MH370 yang hilang, doa yang kudus mengiringi setiap saat diseluruh pelusuk, semuanya mohon diberi petunjuk dan dikembalikan. Ratapan dan tangisan usah dicerita!!! Hanya yang ESA maha mengetahui bertapa pilu umatnya mengharungi dugaan yang diturunkan. Aku yang mengikuti setiap perkembangan melalui media turut merasa kesedihan, meskipun tiada saudara mara yang terlibat tetapi sesama umat yang ESA turut bergetar kepiluan menusuk naluri dan jiwa ini. Hanya padaMU aku berserah dan aku sedar akan kekuasaanMU...tidak sampai akal dan fikiran ini memikirkan atas 'keajiban' yang ditunjukan....
MH370 KE mana kau menghilang dan DI mana kau disembunyikan? Muncul la walaupun dengan sedikit tanda sekurangnya kami tau dimana kau berada...kembali lah!!!! 

Wednesday, March 12, 2014

Buffet Lunch di Suki-Ya

Tengahari tadi aku dan ofismate singgah makan makanan Jepun namanya Suki-Ya di 1Mont' Kiara, menunya ada sushi dan fresh vegi, taufu etc... biasa la kalau buffet banyak juga pilihannya. Untuk ke sini tak perlu naik flight...uuuhhhu, sekadar melintas jalan je dari tempat kerja aku ke kedai Jepun tersebut. Kami ambil buffet lunch....boleh makan sepuas-puasnya. Aku enjoy dengan sushi yang disediakan...sampai terlupa nak snap picture. Eeeem lagipun segan juga nak ambil gambar bila makan bersama kawan...ya la nanti nanti kena chop minat update FB...tapi aku tak ada la sampai tahap tu. Set buffet untuk seorang RM29.90, bagi aku makanan yang disediakan cukup fresh. Bagi yang suka sup atau makan makanan ala steambot boleh la cuba. Masa dikaunter pembayaran aku ternampak gambar-gambar vips  yang pernah berkunjung makan disini termasuk mantan PM Tun Mahathir dan isterinya Tun Siti.

Tuesday, March 11, 2014

Klinik Optometri

Minggu lepas aku ada temujanji di klinik mata UKM, yang dikendalikan oleh pelajar fakulti tersebut dan fasilitator atau supervisor yang monitor segala gerak kerja pelajar tersebut. Setelah sekian lama aku nak datang sini...hari ni baru ada kelapangan, temujanji aku pukul 2 petang tapi selesai semuanya dah pukul 4.30 ptg...nasihat aku bagi yang berkerja elok la ambil cuti atau minta timeslip. 

Pemeriksaan yang dijalankan memang teliti dan tidak dikenakan sebarang pembayaran, cuma bagi yang nak tempah kaca mata atau kanta lengkap kena la bayar. Kedai kaca mata yang disediakan kat sini banyak pilihan dan kat sini pelajar dan supervisor akan memberi nasihat tentang pemilihan kaca mata bergantung kepada keputusan pemeriksaan mata yang dilakukan.

Bagi yang ingin membuat temujanji boleh la menghubungi no telefon tersebut.
Eye drops - aku beli untuk penjagaan kesihatan mata, setelah dibuat pemeriksaan dalam mata aku ada tanda-tanda atau kesan habuk yang terkumpul, aku digalakkan menitik eye drops ni sekali sekala...lagipun ianya boleh membantu mencerahkan penglihatan.
Kad temujanji akan diberi untuk pemerikasaan akan datang, temujanji akan datang bergantung kepada tahap kesihatan mata. Bagi aku yang tidak mempunyai masalah yang teruk temujanji akan datang pada bulan September 2015.

Saturday, March 8, 2014

Mee Tarik Warisan

Hari ni lunch date dengan Mr Right selepas kelas mengaji. Mungkin ramai yang dah tau tentang kedai Mee Tarik Warisan ni... aku cuma nak kongsi kedai makan tentang branch ke 2 terletak di Jalan Dang Wangi selain lokasi di Sungai Besi, bagi yang kaki jalan cari makan mungkin dah tau...tapi aku pertama kali singgah kat sini sejak dibuka...hakikatnya sebelum ni aku hanya pandang lalu je bila habis kelas mengaji. 

Menu yang kami pilih semestinya mee tarik...ya la dah masuk kedai mee tak payah la nak order makan makanan lain. 



Pandangan dari luar, bagi yang melalui jalan Dang Wangi...sebelum simpang kiri ke Kampung Baru mesti nampak kedainya terletak sebelah kanan
Trademark 'Mee Tarik Warisan Asli'
Sebahagian ruang dapur membuat mee tarik
Menu Scallion Noodles bagi yang nak diet - sup kambing diasingkan
Noodle Sliced Beef...sedap sebab mee yang fresh dan tidak berminyak

Sunday, March 2, 2014

Sup ala kadar

Tengahari ni kurang selera untuk makan nasi, mungkin cuaca panas sekarang mempengaruhi selera untuk makan. Elok juga masak makanan yang berkuah seperti sup sekurangnya bila hirup sup boleh tambah air dalam badan. Biasa la bila nak masak sesuatu masakan ada je bahan atau rencah yang tak cukup bagi melengkapi resipi. Masa on the way balik dari mengaji tadi tak da mood nak menyinggah di supermarket sebab cuaca yang berjerubu dan panas...eeemm nak masak sup...daun sup ada yang dah layu dan sawi pun tak ada...reka cipta la dengan bahan yang ada asalkan menu bihun @ pasta sup boleh dimakan.

Ini je rezeki yang mampu disediakan untuk makan tengahari.