Friday, February 14, 2014

Salam Pagi Jumaat

Alhamduillah syukur di pagi hari jumaat yang mulia aku masih diberi peluang untuk bangun melihat alam ciptaanNya, menunaikan kewajipan dan mencari rezeki. Pagi ni aku sampai ofis awal..jam 8.15 pagi dah ready dimeja kerja, ni la senario jalanraya di KL ada ketika mengalami jam teruk tapi pagi ni tak sampai 2 jam dah sampai ofis, walhal aku keluar waktu yang sama. Sampai awal boleh lah tarik nafas cari sumber inspirasi sikit belum mula kerja. Rutin pagi aku mesti sarapan dulu sebelum mula urusan ofis. Pagi ni aku bawa roti letak telur dan salad ditemani coffee dan pisang...sambil baca paper headline hari ni agak menarik untuk rakyat. Bagi rakyat yang belum ada rumah dan layak mengikut syarat harapnya mereka ambil peluang ini.  Harapnya dengan pelancaran MY HOME yang akan dibuat pada 1 April nanti tidak mengecewakan rakyat.

No comments: