Wednesday, February 26, 2014

Nasi Lauk 'Outdoor'

Malam ni makan nasi menu lauk ala perkhemahan, bagi yang pernah mengikuti aktiviti perkhemahan atau berkelah atau seangkatan dengannya semestinya sudah serasi bila makan nasi dengan ikan sardin dalam tin kemudian dimasak letak bawang besar, cili etc...aduhai memori dok dalam hutan makan nasi panas lauk sardin ditemani pula kobis goreng dan telur dadar. 

Balik kepada hidangan yang aku masak malam ni, menunya Mr Right request nak makan nasi lauk sardin...ya la mungkin dia jemu asyik makan tomyam je... maka aku petang ni aku kena la cari menu sampingan untuk teman lauk sardin... maka tercipta menu hidangan perkhemahan... tapi bezanya kami makan dalam rumah bukannya diluar rumah.

Aku terkenang zaman sekolah dulu waktu mengikuti aktiviti perkhemahan pengangkap mesti bawa sardin dan memasak lauk tersebut dan bila makan bersama kawan-kawan dalam  begitu menyelerakan. Bila dah berkerja pula semasa memegang jawatan co-ordinator program dan aku mengurus pelajar-pelajar yang mengikuti kursus perkhemahan... jangkamasa hampir 5 tahun terlibat banyak kenangan suka duka bersama-sama pelajar terutama sekali bila tiba masa melawat setiap kumpulan pelajar memasak mesti menu yang sama mereka sediakan. Bagi aku aktiviti 'outdoor' banyak manafaatnya bagi setiap orang yang mengikutinya dan banyak kenangan pahit manis terutamanya dari segi makanan. 

Sardin yang siap dimasak..resipinya campak-campak je bahannya.
Telur dadar campur dengan daun sup dan bawang besar...aroma daun sup cukup menyelerakan
Kobis bunga, karot dan seangkatan bercampur aduk melengkapi sajian makan malam kami

No comments: