Bagi yang bekerja atau tinggal di KL WP akan dapat cuti 4 hari sempena Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah. Aku ambil kesempatan ni balik kampung berkumpul adik beradik dan buat kenduri maulud serta arwah...dan kebetulan anak buah nak daftar masuk tingkatan 1 di MRSM. Siapa tak seronok bila dapat balik kg kelahiran kita...bagi yang ada ibubapa lagi la berganda keseronokannya. Tapi aku dah tak ada orang tua.. dapat jumpa adik beradik dan sedara mara pun cukup bahagia.
Aku ambil cuti hari khamis awal sehari...sebabnya nak mengelak dari kesesakan jalan raya dan kebetulan kenduri pada hari jumaat. Keluar rumah pukul 5.30 pagi...uuuhh sampai di lebuhraya Karak kereta dah banyak, rupanya semua orang keluar awal...kami berhenti solat subuh di salah satu masjid di bandar Raub...ramai juga orang yang berhenti..tu tandanya orang nak balik kampung macam aku. Alhamduillah selepas Kuala Lipis ke Gua Musang seterusnya ke Pasir Mas kereta tak banyak, pukul 12 tepat kami dah makan tengahari di daerah kelahiran.
Persiapan kenduri adik dan sedara dah buat separuh...cuma untuk aku balik tolong sikit-sikit je...lagipun aku tak boleh nak buat kerja berat kesihatan masih tak mengizinkan. Tapi seronok punye pasal aku lupa pasal sakit...buat je kerja...eeemm selepas kenduri keesokannya sakit bertambah. Kekadang tu sakit ni kalau dilayan bertambah la sakitnya...aku lawan juga sakit tu. Hari sabtu keluar untuk ke Rantau Panjang....uuuhh tapi hajat tak sampaian sebab kami berpatah balik gara-gara jalan jammed, tak pernah aku tengok kat sini ramai pengunjung macam ni, biasanya kami datang sini waktu orang tak cuti. Mungkin juga pengunjung dari luar Kelantan datang bercuti...jadi balik kampung kali ni aku tak ada la bagi rezeki kat peniaga kat sini.
Ahad pagi kami bertolak ke KL...kereta banyak bermula dari Raub...seterusnya jammed di Karak, target nak lunch di KL dah jadi waktu minum petang, pukul 3.30 pm jejak kaki kat rumah. Alhamduillah dan syukur semuanya selamat.