Monday, May 6, 2013

Tugasan Terakhir

Sarapan di hotel semasa outstation. Makan je la lupa pasal diet, sebab aku tau bila dah mula kerja agak terbatas masa untuk makan tengahari.

4 Mei 2013 @ Sabtu pagi aku ke AS urusan tugas yang hampir ke penghujung. Ok la dalam situasi sekarang tak boleh nak cakap banyak, aku buat je kerja. Mr Right pula petang akan terbang berkursus di luar negara selama 15 hari. Kami bawa diri masing2 memikul tanggungjawab. Sampai ofis AS dah petang, sempat jumpa bos lapor diri dan ada juga pertanyaan darinya. Semua ok...cuma aku tugas pagi besok harap tiada kesulitan.

5 Mei 2013 @ Ahad. Seluruh rakyat Malaysia berumur 21 th ke atas yang layak mengundi menunai tanggungjawab demi agama bangsa & negara.
Aku situasi berbelah bagi, tugasan dan tanggungjawab. Pilih la sendiri jalannya!!! Selesai tugas..keputusan MENGEMBIRAKAN!!! Alhamduillah syukur termakbul segalanya. 

No comments: