Minggu ni aku dah mula kerja seperti biasa... setelah seminggu berehat. Cuma mood nak update blog ni agak kurang... lagipun tak ada idea yang menarik untuk dikongsi. Bab nak tayang masakan tu pun dah jemu... Isnin mula kerja situasi di ofis biasa je tenang dan agak sunyi. Terkenang ofis projek yang aku berkhidmat selama 6 bulan tak pernah aku rasa sunyi sebab masa untuk menghayati situasi begitu tak ada kesempatan langsung... setiap detik padat dengan tugasan. Kadang kala tu rindu untuk kembali kepada situasi sibuk!!!
Di sini aku rasa hilang fokus... ya la dah 6 bulan komitmen dengan tugas lain. Jadi untuk buka file lama pun dah malas. Lagipun tak ada yang perlu disiapkan cepat. Kalau dibuat penilaian prestasi semestinya tahap pencapaian aku dah menurun. Eeemm terdetik juga nak mohon pekerjaan ditempat lain... ya la cari pengalaman dan suasana @ udara baru. InsyAllah jika ada rezeki dariNya. Kepingan juga untuk terima rezeki lebih... ya la terasa kecewa bila aku tak dapat kenaikan gaji... sedangkan geng lain dalam team dapat. Mungkin aku tiada pembelaan dari bos sebab aku dipinjam sementara untuk membantu masa projek tu. Eeemmm tak pa la aku harus bersabar... mungkin ada peluang dan rezeki lain. Amin.

No comments:
Post a Comment