Agaknya apa la motif aku letak gambar ni...fikir-fikirkan la... |
Adoiii letihnya badan sejak akhir-akhir ni. Dah 3 minggu kebzyian dengan kerja, meeting yang fix 3 kali seminggu, kalau kena yang meeting sampai malam dan besok paginya tak sempat nak rehat otak ni. Lagi satu dengan teknologi sekarang ni tak kira masa ada je gangguan, tit-tit sms la tu...lambat jawab ring-ring la pula...kesudahannya sila check email...uuhhh tu la komunikasi sekarang ni ada pro dan corn.
Ya la dah lama tak sibuk kerja macam ni...kekadang kesian pulak orang yang kat rumah tu...alahamduillah setakat ni dia faham lagi. Untuk masa 3 bulan ni je saya sibuk lepas ni kembali normal la. Kehadiran adik sekeluarga dari kampung pun tak sempat nak melayan, pandai-pandai la dia orang urus semua aku dah sedia...hakikatnya aku sendiri pun cuti dibekukan.
Begini la ya bila mencari rezeki penat lelah semua ada... setiap hari tu rasanya cepat sangat waktu berlalu. Belum selesai task semalam dah tambah yang baru, agaknya kalau macam ni sepanjang tahun gamaknya otak aku ni sentiasa padat dengan 'input'. Pujuk diri sendiri untuk berjaya tu kena la ada kesibukan, keletihan, kepenatan dan kesusahan. Tak pa lepas ni ada masanya untuk aku rehatkan diiri dan pergi kerja dengan horey2....