Mee goreng selera melayu. |
Menggoreng mee!!! malam tadi untuk makan malam masak mee goreng selera ala Melayu. Kalau selera Melayu suka hati kita je la nak letak apa janji tak sama dengan selera orang lain. Biasanya mee goreng yang famous adalah mamak style. Kekadang selera seseorang ni terlalu obes dengan 'bangsa' hakikatnya bila memasak tu tak ada banyak beza.
Sekarang ni bila je sebut nak makan kat kedai mamak tekak dah mula terasa mual...entah la agaknya dah banyak cerita dan pernah tengok sendiri taraf kebersihannya. Tambah pulak pekerja yang terdiri dari warga asing...kita tak tau dia orang ni ada ambil vaksin atau tak sebelum masuk bekerja, tidak mustahil kalau ramai orang yang cepat kena penyakit berpunca dari pedatang asing ni. Cuma kita tak terfikir semua ni sebab kita sekadar fokus kepada perkara yang kita nampak secara kasar saja.
Jadi kepada pengunjung yang suka makan kat luar tu berhati-hati la bila memilih kedai makan. Saya tak salahkan pengguna sekarang ni kerana ramai yang tak berkesempatan untuk menyedia makanan untuk keluarga, tambah pulak ada yang berpendapat beli makanan dah siap dengan beli bahan mentah untuk masak tak ada beza harganya. Kesimpulannya setiap orang tu ada pendapat masing-masing, tepuk dada tanya selera!!!
No comments:
Post a Comment