Friday, October 26, 2012

Aidil Adha

Salam Hari Aidil Adha @ Jumaat
10 Zulhijah 1433 @ 26 Oktober 2012

Aidil Adha tahun ni aku tak joint untuk beratur balik kampung, kali ni beraya kat sini je. Memang banyak bezanya beraya kat tempat orang jika dibandingkan di kampung, bagi aku kat kampung tetap terasa suasana perayaan.

Walau apa pun suasana hariraya tu kurang namun naluri untuk meraikan tu ada juga, terutamanya bab makan. Malam hariraya tu aku masak nasi himpit dan kuah kacang. Mengenangkan adik aku akan datang beraya kat rumah...pada mulanya berhitung nak masak nasi dagang...tapi mood tu kurang sikit. Setelah fikir balik rasa tak sah la pula sekadar nasi himpit je...jadi laksa lemak jadi pilihan memandangkan makanan tu asal tempat kelahiran.

Kuah laksa dah siap masak masak


Laksa dan bahan-bahan tambahan pelengkap hidangan
Raya kali ni aku tak buat ibadat korban... InsyAllah jika diizinkan tahun depan aku akan menunaikannya. Jadi pagi raya ni selepas solat sunat mengadap makanan je la... petang baru keluar menziarah saudara mara yang ada kat sini.

No comments: