Friday, December 30, 2011

Stock Vegie

Labu, lobak putih, sawi, bayam dan buah-buahan
Balik dari kerja petang semalam saya ke pasar malam area pejabat ni, kat sini setiap hari khamis dan ahad ada peniaga menjual makanan yang dah siap masak, sayur, buahan dan barang keperluan lain seperti pakaian dan aksesoris wanita. Tapi pasar malam ni tak seperti pasar malam di tempat lain sebab tak banyak pilihan. Biasanya kalau ke sini saya cuma beli sayur dan buah-buahan saja. Harganya pun berbeza dengan tempat lain; agak mahal sedikit, tapi bagi saya ok la sebab tak perlu nak keluar ke pasar lain.
Sayur yang dijual di sini dibawa dari Cameron Highland dan siap packing RM10=4 pack, bergantung pada sayur-sayur tertentu la. Sayur yang dijual kat sini memang segar begitu juga dengan buah-buahan banyak pilihan.
Ini stok vegie untuk seminggu, bila tengok sayur yang segar ni semuanya saya nak capai, bila dah bayar baru terfikir boleh ke saya habiskan semua ni sebelum sayur ini hilang kesegarannya. Agak-agaknya apa resipi saya akan masak dengan bahan-bahan yang ada ni. Tunggu!!!

Thursday, December 29, 2011

Tenggiri Goreng Bersambal


Masakan ni memang dah lama saya tak masak, sebab menu ni tak  menjadi pilihan kegemaran saya. Tetapi malam tadi saya sediakan sebab nak ada kelainan sikit dalam pemakanan hari ni. Lagipun nak abadikan nasi putih dengan masak lemak udang, biasanya kalau masak lemak mesti ada kawan dengan masakan bersambal & pedas baru ada ummppp!!!. Tapi masak lemak udang terlupa pulak nak snap gambarnya.

Ikan tenggiri bersalut sambal cili

Bila masak sambal macam ni kekadang tu teringat kat adik-adik & anak-anak sedara sebab mereka memang minat masak bercili macam ni. Ya la selera makan setiap orang tu berbeza walaupun dari darah yang sama.

Tuesday, December 27, 2011

Dinner ala western


Pernah tak bloggers semua terfikir dalam sehari tu tak tau nak makan apa... bukannya disebabkan sakit tapi selera tu tak terlintas dalam diri nak makan apa. Kalau macam tu semestinya nak masak kat rumah lagi la tak keharuan. Sekejap buka peti ais sekejap tutup semua barang yang ada dalam tu tak menarik hati untuk dimasak. Situasi macam ni sentiasa je saya hadapi...kesudahannya ambil jalan mudah masak je fast food... kalau ikutkan makanan macam ni tak elok diamalkan selalu dalam pemakanan harian. Tapi saya cuba top-up dengan salad untuk mengelakan dari makan fast food tu banyak. Ini la makanan malam saya yang paling senang dan yang ringkas untuk disediakan.

Nugget ayam + kentang goreng + salad + barkoli + sos

Monday, December 26, 2011

Sup Barkoli

Cuti krismas... hari ni plan keluar ke rumah mak cik, sebelum tu sempat la saya makan tengahari kat rumah. Menu yang cepat dah ringkas untuk hari ni saya masak sup sayur campur barkoli + lobak merah + sawi + tomato dan rencahnya cuma letak ayam. Kononnya nak kurangkan kolestrol dalam makanan tu... biasa la kalau ada sup sayur ni lawannya ikan masin....emmm kolestrol dalam ikan masin tu tak tau la berapa banyak. Ya la kalau nak kira kolestrol + lemak + anasir-anasir jahat tu memang terkira... hakikatnya kita sendiri la yang bijak mengawalnya. Makanan tidak boleh dipersalahkan, kita yang mencarinya maka kita la yang sepatutnya pandai menilai penggunaannya. Kalau nak berkira pasal diet pemakanan ni saya sendiri mengaku tak terkawal selera bila makanan berada di depan mata.

sup sayur campur

Ikan masin goreng
Makan tengahari ni menu saya nasi putih + sup sayur + ikan masin saja. Hidangan ni cukup menyelerakan.... nampak hidangan ni seperti makanan untuk orang sakit hakikatnya yang makan orang sihat.  

Thursday, December 22, 2011

Matawang RM 2012

Tertarik bila tengok contoh matawang RM yang baru ni. Warna setiap wang kertas semuanya nampak ceria. Note RM20 nampak menarik sekali sebab warna kekuningan tu rasanya warna pertama kali digunakan untuk matawang RM. 


Not kertas, syiling tampil ciri-ciri unik negara, tahap keselamatan dipertingkat
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia memperkenalkan siri mata wang baru yang akan mula diedarkan pada separuh kedua tahun depan, dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan.
Siri baru diperkenalkan itu terdiri daripada wang kertas RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100 serta melengkapi wang kertas RM50 yang mula diperkenalkan sebelum ini. 
Ia juga melengkapi mata wang siling baru yang diperkenalkan pada 25 Julai lalu dan akan digunakan bermula Januari ini.

Siri terbaru mata wang Malaysia mengambil inspirasi daripada pelbagai ciri-ciri unik Malaysia, dengan menggunakan elemen khazanah semula jadi, budaya dan warisan negara.

Pelancaran siri mata wang baru berkenaan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, semalam.

Bank Negara, dalam kenyataannya berkata mata wang baru itu menampilkan ciri-ciri tradisional dari segi seni dan kraf, keindahan alam sekitar, flora dan fauna serta ekonomi.

“Siri baru mata wang juga menggunakan ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan sejajar dengan kemajuan terbaru dalam teknologi mata wang.

“Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.

“Satu lagi ciri-ciri dipertingkatkan ialah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang berbeza,” kata kenyataan itu.

Semua mata wang di bawah siri baru berkenaan masih mengekalkan potret Yang di-Pertuan Agong pertama, bunga raya, nilai muka bagi mata wang serta corak fabrik tenunan tradisional songket di bahagian hadapannya.

Di bahagian belakang pula, ia menampilkan elemen berlainan mengikut nilai termasuk alam sekitar, budaya, tradisi, flora dan fauna yang mencerminkan identiti Malaysia.


Mata wang baru itu juga masih mengekalkan logo Bank Negara, siri nombor, perkataan bertulis jawi dan corak tenunan songket di bahagian belakangnya.

Dengan pelancaran siri baru berkenaan, Bank Negara akan bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, perniagaan dan vendor mesin kendalian tunai bagi memastikan perubahan kepada mata wang baru dapat dilaksanakan dengan lancar.

Vendor mesin kendalian tunai diberikan masa enam bulan untuk mengubah suai mesin masing-masing bagi memastikan mata wang baru itu dapat digunakan.

Sementara itu, mata wang peringatan bagi siri baru berkenaan boleh didapati di ibu pejabat Bank Negara dan cawangannya masing-masing di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kuching dan Kota Kinabalu bermula hari ini.


Sumber BH

Wednesday, December 21, 2011

Pisang Abu Goreng

Musim hujan ni kalau dapat makanan yang panas dan bergoreng memang sedap. Petang semalam balik kerja saya tengok stok pisang abu saya dah masak, memang elok untuk buat pisang goreng. Lagipun pisang abu ni saya kurang pasti menu apa yang boleh dimasak selain dari goreng. Mungkin kalau masak pengat boleh kot? Biarkan resipi tu...yang pasti selera saya hari ni nak makan makan pisang goreng panas.

Pisang goreng ni saya masak guna tepung beras + tepung gandum + telur + kelapa parut + air + sedikit garam & kunyit. Biasanya tepung gandum tu saya guna sedikit saja sebab saya tak suka tepung yang tebal melekat dekat pisang goreng. Boleh dikatakan dah lama saya tak membeli pisang goreng yang dijual dekat warung sebab saya sering kecewa bila pisang yang digoreng tu keras/belum betul masak. Ok la jemput makan pisang goreng panas-panas!!!

Monday, December 19, 2011

Sup Sayur

Nasi Himpit + Sup sayur
Hidangan makan malam ni paling simple, biasalah bila balik kerja mood nak masak tu agak kurang. Pilihan sup sayur kemudian dimakan dengan nasi himpit sebab nasi himpit dah ada yang siap masak, jadi untuk cepatkan masa makan saya masak sup sayur je.  Lagipun hidangan ni dah cukup berkhasiat sebab ada sayur hijau etc. Suasana cuaca sekarang ni musim hujan elok la kita makan makanan macam ni.

Sup sayur ni boleh dikatakan memang kegemaran saya adik beradik, sebab arwah mak saya sentiasa menyediakannya untuk hidangan kami bila balik sekolah untuk makan tengahari. Biasanya mak saya akan goreng ikan masin @ telur  goreng dadar sebagai tambahan untuk dimakan dengan nasi. 


Sunday, December 18, 2011

Nasi Himpit Special

Nasi Himpit + Kuah Kacang + Pulut Pagi
Breakfast saya pagi ahad ni berlainan sikit sebab saya teringin nak makan nasi himpit + kuah kacang + pulut manis. Mungkin bagi setengah orang tu agak pelik bila nasi himpit diletak pulut manis. Bagi saya makanan ni adalah nostalgia zaman berada di kampung. Teringat dulu kalau beli nasi himpit + kuah kacang mesti ada tambahan pulut kemudian dibungkus dalam daun pisang....emmm bila buka bungkusan tu aroma makanan tu memang menyelerakan.


Untuk menyediakan menu ni nasi himpit + kuah kacang ni memang semua orang tau menyediakannya. Agak berlainan sikit adalah pulut manis atau dikenali pulut pagi oleh orang kelantan. Selain dari tu pulut ni boleh dimakan dengan kelapa parut yang diletak sedikit garam. Pulut ni cara memasaknya boleh dikukus atau dimasak seperti tanak nasi. Kemudian diletak gula melaka@nisan yang dicairkan dengan sedikit air panas. Selamat berhari minggu!!!

Saturday, December 17, 2011

Simpanan Dingin Beku

Dah bersih & packing untuk disimpan
Hari minggu sabtu@ahad saya akan ke pasar basah mencari barang dapur terutamanya simpanan untuk dingin beku. Pasar borong selayang menjadi pilihan saya memandangkan kat sini pilihan yang paling dekat dengan kediaman saya. Kalau ke sini saya memang seronok membeli sebab barang-barang basah memang segar dan banyak pilihan tetapi kita juga kena berhati2 bijak dalam memilih dan membeli.

Minggu ni pilihan saya ikan tenggiri, ayam dan udang sebagai stok simpanan dingin beku. Harga ikan tenggiri tu memang agak mahal la RM 21 sekilo dan udang saya beli yang RM18 sekilo. Macam harga ayam tu kat pasar mana2 pun sama harganya. Kalau ke pasar basah selayang ni pilihan utama saya adalah ikan, sotong dan udang je sebab banyak pilihan dari segi size dan harga.

 
Stok dalam peti ais
Bila buat simpanan dalam dingin beku ni saya akan packing ikan, udang etc dalam plastik kecil sebab senang untuk saya guna bila nak memasak. Saya dah set setiap pack tu sekali masak lagi pun peti ais saya tu ruangnya agak terhad untuk menyimpan dingin beku maka saya kena buat macam ni supaya tidak bercampur dengan makanan lain.

Dinner Bar'licious

Chicken Grill

Semalam - friday night - kawan ajak makan malam kat area Solaris Dutamas, tempat ni masih banyak shop lot yang belum dibuka. Tapi sebelum ni aku pernah datang kat sini jumpa kawan2 dan makan tapi kat blok yang lain.
 
Bar'licious ni kat blok D, menu makan kat sini banyak western food, antara kami masing-masing mencuba menu yang berlainan, bagi aku western food ni menunya sama je, cuma rasa tu la yang membezakannya sedap atau tidak. Aku pilih main course chicken grill, rasanya biasa je. Boleh dikatakan kat kedai western food yang lain pun ada yang lagi sedap dari sini. Setiap set tu ada starter pilihannya cuma ada 2 menu je chicken salad dan soup barli --- aku pilih chicken salad, minuman saya cuma pilih ice lemon tea dan dessert pula cuma ice cream coklat je tak ada pilihan perisa lain.

Kawan saya pilih tempat ni katanya dia tengok harga yang dibeli melalui groupon tu murah, sebab tu dia nak cuba. Bagi saya tak kisah la sedap atau tak lagi pun kita 'jalan-jalan cari makan' kalau tak cuba tak tau. Nasihat saya kalau nak enjoy makan jangan terpengaruh sangat dengan tawaran yang diiklankan, sebab menu pilihan tu agak terhad.
Dessert ice cream yang terlalu simple

Signature@komen pengunjung!!!


Thursday, December 15, 2011

Kek Sarang Semut

Kek sarang semut@span@gula hangus ni kalau nak citer dah banyak kali saya masaknya, tapi kali ni ada yang tak kena, kurang menjadi sarang semutnya. Tapi rasanya dan kelembutan tu tetap sedap. Mungkin kesilapan ni berpunca dari tepung yang saya guna. Sebelum ni saya guna tepung gandum atau tepung blue key, kali ni saya mencuba dengan tepung yang kawan saya bagi. Tepung ni sebenarnya produk dari luar negara untuk dipasarkan di Malaysia, memandangkan produk ni berasal dari negara Islam dan halal maka saya yakin tepung ni untuk dimakan. Tapi agak mengecewakan bila saya masak kek ni, mungkin tepung ni sesuai untuk buat kuih lain. Kalau berdasarkan pada produk ni boleh digunakan untuk semua kuih termasuk roti. Namun saya tidak salahkan tepung tu, mungkin ada cara tertentu untuk memasak mengunakan tepung tersebut.


Kek yang baru masak

Bila dah potong kek ini sarang ni kurang menjadi.

Tuesday, December 13, 2011

Muka depan suratkabar

Hari ni saya tertarik bila sampai di ofis tengok 4 suratkabar di muka depan gambar@berita semuanya sama... iaitu gambar Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, semalam majlis keberangkatan balik baginda, setelah tamat tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke 13. Adakan ini 1Malaysia?





Mee Goreng Sempoi

Pagi ni sempat menggoreng mee untuk dibawa bekal@breakfast kat ofis. Mee goreng ni memang sempoi la sebab tak cukup bahan rencahnya... yang ada cuma ayam, telur, sayur & tomato je. Tapi untuk makan pagi saya tak kisah sangat tentang rencah tu janji ada rasa. Kalau saya tulis resipi dan cara nak goreng mee ni mesti ada yang ketawa sebab menunya paling senang dan ringkas untuk dimasak lagipun ianya terlalu sempoi.

Mee goreng yang secukup rasa

Nescafe setiap pagi!!!


Friday, December 9, 2011

Cek Mek Molek

Memandangkan keledek masih ada baki, maka kerajinan nak membuat kuih wujud, lalu tercipta la kuih Cek Mek Molek. Tapi yang saya buat ni tak la molek mana... setakat berbentuk je... maklum la saya ni tak ada seni & kemahiran dalam membuat bentuk ni. Janji ada rupa ala2 cek mek molek ok la tu. Lagi satu kuih ni masa nak buat bentuk tu kena pastikan betul2 padat supaya tidak pecah masa nak mengorengnya sebab dalamnya diletak gula.

Cek Mek siap untuk digoreng
 
Cek Mek Molek dah siap digoreng
Bahan-bahannya keledek rebus + tepung gandum + majerin + sedikit air garam dan minyak untuk menggoreng. Saya masukkan sedikit majerin untuk lembutkan kuih tersebut.

Wednesday, December 7, 2011

Keledek Rebus

Ubi keledek atau dalam bahasa English sweet potato. Kalau kat kelantan diberi nama ubi stello, saya tak pasti kenapa dikenali dengan nama tersebut. Mungkin ada sebab tertentu nama ni diberi. Keledek ni kalau rebus letak garam sikit lagi sedap rasanya. Selain dari makan macam tu je... bagi yang rajin mengolahnya dijadikan kuih muih lagi sedap. Saya tujuan asalnya beli keledek ni nak masak pengat keledek dimakan dengan pulut. Tapi disebabkan kemalasan melanda, maka makan je yang rebus je la.

Keledek siap direbus
 





Bagi yang suka makan keledek rebus sudah semestinya tau rasanya!!!

Sunday, December 4, 2011

Hari Ulang tahun

Selamat Hari Ulang Tahun @ Hari Lahir
 
Cup kek + lilin sebagai peneman di hari lahir
Tarikh ini datang lagi 4.12.2011 = 8 Muharam 1433, maka bertambah lagi umur aku. Begitu cepat rasanya masa ni berjalan sehingga nak kira umur sendiri pun tersasul. Namun aku bersyukur kepada Mu Ya Allah, sesungguhnya hidup dan matiku ni anugerahNya. Aku memohon pada Mu agar dipelihara dan ditambah keimanan dalam diri ini serta diberkati segala amalan dan rezeki dalam kehidupan aku di dunia dan akirat. Kebetulan pula tarikh ni jatuh pada hari cuti maka aku ada la masa nak masak-masak untuk hidangan di hari indah ini. Masak tu bukannya resipi yang hebat, sekadar untuk memenuhi citarasa diri sendiri je.

Pilihan resipi untuk makan pagi hari ni adalah Nasi berlauk - biasa la kalau usia dah begini teringat pula menu pagi masa kat kampung. Sekali sekala tinggal la makanan ala-ala moden tu. Nasi berlauk ni sebenarnya macam hidangan nasi campur yang lain. Menu makan pagi di Kelantan ni banyak terdiri dari kategori bernasi seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi himpit dan nasi berlauk. Nasi berlauk ni memang simple hidangannya nasi putih dan lauknya ada lauk ayam  masak kari atau ikan masak lemak kuning, timun dan sambal cili.

Memandangkan selera saya yang baru lahir ni nak makan nasi berlauk ayam ... maka terhidang la pagi ni. Nasi putih + Kari ayam & ubi kentang + timun + sambal cili. (ikan masin tambah sendiri).

Hadiah Istimewa

Alahamduillah hari ni dapat hadiah istimewa. Dah lama saya berangan nak tukar HP yang ada sekarang ni kepada yang terkini di pasaran. Nampaknya angan2 tu dah jadi kenyataan, ni boleh jadi kenangan terindah la dalam hidupku. Terima kasih ya.

Walaupun target untuk beli sendiri tu nak beli yang paling canggih... bila dah dapat hadiah yang ni pun dah rasa bersyukur... ya la bila dapat pemberian @ hadiah ni kita lagi menghargainya dan terlalu istimewa.