Monday, April 25, 2011

SPA sendiri

Kalau dah perempuan@wanita tu tak boleh nak lari dari perihal menjaga kesihatan dan kecantikan... pantang ada jual produk kecantikan dan kesihatan wanita le yang cepat terpengaruh. Bab ni aku sendiri akui malah aku sendiri sering terjerumus ke arah 'menyoping' tu la bahasa paling mudah. memang dah lama aku idamkan akhirnya!!! dah seminggu aku bawa balik 'sauna spa' ni... dulu aku dok hitung berbaloi tak beli benda ni kot-kot hangat sekejap je...lepas tu masuk stor... harapnya hobi ni berpanjangan le...demi kesihatan dan kecantikan....
 
Produk ni aku order online http://www.nazconsauna.com, 1-2 hari dah terima tu yang seronok tak yah nak pening cari kedai, masa & minyak selamat. Aku suka produk ni sebab senang nak simpan kalau tak nak guna... ruang rumah pun tak semak....
Ok bab merealisasikan sauna ni dah pun bermula...aku dah 3 kali guna...uuuhhh memang best, rasa tak menyesal labur duit sikit untuk diri sendiri...tu la ayat orang perempuan bila bab menghabiskan duit. Setakat ni hasilnya bila lepas sauna tu aku tidur lena dan bila bangun pagi badan rasa segar je, lagipun aku bersauna malam sebab siang hari kerja. Harapnya badan pun boleh slim dan semestinya toksin pun kurang!!! Tunggu episod seterusnya...

No comments: