Seminggu ni boleh dikatakan banyak le idea aku nak menaip kat sini ... sebabnya sesuatu yang baru dalam kehidupan aku ... kononnya berusaha untuk menceburi bisnes... itu pun sebab sokongan dari rakan.... kalau nak harapkan kemampuan aku ni mungkin slow sikit...sebab aku tahu hati aku ni kecik untuk terjerumus dalam bidang ni... entah le aku ni pelik sikit kalau dibandingkan dengan ahli keluarga aku yang lain... ya la boleh dikatakan sedara mara aku ramai yang menghambakan diri dalam bisnes... walaupunnya secara kecilan tapi kehidupan mereka cukup segalanya. Memang dah tercatat rezeki dalam perniagaan ni melebihi dari pekerjaan lain.
Balik semula pada citer aku ni ... bila dah dapat semua dokumen untuk buka akaun bank tu... mula le aku mengisi borang ... simple je borangnya...10 minit boleh siap la... ya la macam aku ni cepat le sebab dah biasa pegang pen ...he..he.he.. lepas tu bila dah sampai bab nak sign tu....adooiiii kena cap company... cissss tak cukup le syarat aku ni .. aku pun dah buntu sebab cop company belum tempah lagi... tapi aku ni gamble le nak juga serah borang tu sebab aku dah dok kat bank...rasa rugi le masa pulak, dah la aku lari dari tugas sekejap ni... Aku nekad le pi ke kaunter pelanggan...nasib baik tak da pelanggan lain... aku pun wat le muka jernih dan wat ala-ala rasa bersalah...he..he.. aku sendiri je yang tau cam mana situasi aku tu...uuhuhh... "selamat tengahari encik! saya nak mohon akaun untuk syarikat tetapi saya tak bawa cop syarikat, boleh ke saya hantar hari ni atau boleh dipertimbangkan"? huuhuuhuu rasanya pertanyaan aku tu dah berbudi bahasa... si encik kat kaunter tu pun kira ok le...ramah dan berbudi bahasa ... orangnya nampak cool je... ya le aku rasa dari pagi dia dok situ mesti dah ramai orang datang jumpa dia... encik kaunter ambil borang tu...dia teliti... 'cuba puan pergi jumpa encik aaaa kat kaunter nnuuuuu... aku pun ke meja encik tu ... tunggu jap sebab dia berada dalam talian... datang si cantik manis... kakak duduk le... uuuuhhh baiknya staff kat sini suruh aku duduk je kat kerusi depan bos dia tu... tapi aku ni ada gak le tata tertib...ceeehhh ya le main masuk je rumah orang mana boleh...dah le tuan dia tak jemput... aku tunggu sampai encik executive bank tu habis bercakap...baru le aku bagi salam dan duduk... memang ramah orangnya ya la kena le dengan kerja dia tu...kalau tak pandai bercakap cam mana dia nak layan pelanggan bank... ok pun mula la hulur borang permohonan tu...aku mula le citer apa tujuan dan masalah ke situ... tup...tup..tup dia interview la aku sikit tanya kenapa nak buka akaun jauh dari alamat aku tu... aku jawab tak jauh encik lagipun saya memang ada akaun persendirian kat sini... ooh ok le kalau macam tu...lagipun sekarang ni senang ada internet banking katanya. Sampai le bab cop syarikat yang aku tak da tu... dia pertimbangkan boleh aku bawa besok je..katanya memandangkan dia tak ramai pelanggan hari tu, maka dia proses je dulu permohonan aku tu... alahamduillah dalam hati aku ucap syukur dan terdetik baiknya pegawai bank ni...dia tak menyusahkan pelanggan dia... cara kerja cam ni baru pelanggan tak merungut malah boleh menarik lagi pelanggan nak ke bank tu... tak la macam pergi ke kaunter kerajaan... silap isi borang pun dah tak nak tolong... alah tak payah citer le pasal perkhidmatan awan kerajaan ni... setiap orang ada je reaksinya....
Sambung lagi komunikasi aku dengan encik exec bank tu.. sambil2 dia dok proses borang aku tu...ada gak le dia tanya pasal bisnes aku nak buat...bla--bla---bla, aku ni jawab le dengan jujur dan ringkas... tiba-tiba je dia tanya siapa yang akan jadi "introducer" .. saya sendiri boleh tak sebab saya ada akaun Semasa ... oohhh ok lagi senang katanya... kalau ikut procedure setiap pelanggan yang nak buka akaun bank kat maybank kena ada seorang yang memperkenalkan untuk sign kat borang tu...dan introducer tu mesti le pemegang akaun bank tersebut... cuma perlu tandatangan je.. selesai le untuk permohonan tu... aku kena tunggu sehingga permohonan tu lulus.
Ok le catatan untuk hari ni...mungkin ada lagi sambungan episod ni... ya la setiap hari kehidupan kita penuh dengan citer dan pengalaman.
No comments:
Post a Comment