Kat sini aku nak kongsi sikit pengalaman macam mana nak daftar syarikat baru... maksud aku bagi sesiapa yang baru nak belajar memulakan perniagaan. Sekarang ni ramai orang berniaga secara online, tidak memerlukan modal yang banyak....cukup le ada komputer, internet, akaun bank ....dan semestinya ada produk yang nak dipasarkan... Macam aku ni tak pernah la berniaga ... memang terus terang aku cakap tak pandai langsung nak memulakan perniagaan ni... tapi dalam hati ni selalu je meronta-ronta nak berniaga...ya la bila tengok kawan-kawan ada yang dah berjaya memulakan perniagaan dan ada pula yang sanggup berhenti kerja untuk fokus dengan bisnes. Cemburu gak bila tengok kawan-kawan aku yang mempunyai semangat berniaga ni.
Lalu dipendekan cerita aku pun belajar la sesuatu hari ni... perkara pertama aku lakukan ialah mendaftar nama syarikat di SSM.... rujuk kat sini http://www.ssm.com.my. Aku pergi pejabat yang kat KL Sentral.... sebelum ke sana tu aku dok bajet sendiri sure pening nak drive tuk cari blok pejabat ni... tapi alahamduillah perjalanan aku ke sana selesa ... lagipun papan tanda agak membantu le dari jalan Brickfield tu sebelum masuk ke bangunan tu boleh nampak senarai syarikat SSM di papan tanda bagi setiap bangunan tu... aku rasa memang senang le walaupun pertama kali ke sana...
Kat sini boleh parking kereta berbayar dalam bangunan tu... lepas tu terus ke kaunter daftar syarikat tingkat 2...kalau kat tingkat 1 tu untuk rujukan/panduan sebelum pendaftaran. Tetapi aku terus ke tingkat 2 unit pendaftaran syarikat...minta borang untuk daftar syarikat...borang tu free...mula le aku mengisinya...ada panduan dia orang dah tampal kat situ... tapi sebaik-baiknya elok sedia awal-awal nama syarikat dan jenis perniagaan yang nak disenaraikan.... Ok aku mula le mengisi borang A dan B tu...rupanya ramai orang nak mula berniaga ni...he..he..he.. dalam hati aku dok fikir apa agaknya dia orang nak jual...ada seorang kakak ni dia pun dok isi borang gak...aku terdengar suami dia kot cakap tulis je menjual makanan...ha..ha...ha.. sah dia pun macam aku baru nak daftar syarikat... tapi aku kira ok sikit le sebab dalam kepala dah ada jenis perniagaan yang nak ditulis...walaupun cuma 2 jenis je aku isi... ya la baru nak belajar cukup le dulu....
Ok bila dah siap isi borang tu ambil nombor tunggu...sekejap je aku tunggu masa tu ...staff kaunternya memang cekap gak ler masa tu ... tup...tup..tup dia minta IC aku lepas bayar RM70 untuk pendaftaran setahun... buat je setahun dulu jangan membazir sebab kita baru nak belajar berniaga kan.... Kemudian tunggu sekejap dia orang siapkan sijil perniagaan tu... aku kira dalam masa 1 jam le dah boleh selesai semuanya... ok hari ni aku berjaya belajar perkara baru dalam hidup ...ya la dapat SIJIL ha...ha..ha..
Lepas ni ada lagi perkara lain yang perlu aku belajar dan berusaha.... tunggu!!!!