Wednesday, May 31, 2017

Ramadhan Ke 6

Hari ke 6 berpuasa...cepatnya masa berlalu. Hari ini Allah swt masih beri kesempatan untuk menunaikan ibadah. InsyAllah semoga diberi kesihatan dan kekuatan. Petang ini  menu berbuka ala kampung, masak cili padi pucuk ubi kayu, goreng ikan dan tumbuk sambal mangga dengan cili padi.

Pucuk ubi kayu masak lemak cili padi. Bahannya tak banyak, pucuk ubi, santan, bawang merah, cili padi, serai, kunyit hidup dan ikan bilis.

Monday, May 29, 2017

Ramadhan Ke 3

Menu petang ini nak makan lauk yang simple je..goreng ikan, kerabu mangga dan ikan singgan serta ulam-ulam. Bulan puasa ni selera kalau boleh nak makan lauk2 kampung je...tapi tak semua yang suka makan lauk macam ini...tu la kekadang termasak berbagai jenis lauk untuk penghuni lain.

Kerabu mangga..agak kecewa mangganya kekuningan nak masak...tetapi masih ada rasa masam. Ini menu kegemaran semua kat rumah ni.

Sunday, May 28, 2017

Menu berbuka pada Hari Minggu

Hari ini jemput adik datang berbuka di rumah...hari minggu ada masa untuk saya sediakan kuih muih untuk berbuka, kalau hari bekerja minta maaf la...masa tu agak terhad. Menu hari minggu ; kuih ondeh2 dan kuih biji nangka, lauknya saya masak ayam percik, ulam-ulam, kerabu mangga dan ikan masak lemak. 

Hari ini yang sempat ambil gambar cuma kuih aje...

Ondeh-ondeh

Bubur biji nangka....ini kegemaran adik.

Saturday, May 27, 2017

1 Ramadhan 1438

SALAM Ramadhan untuk semua umat Islam

Menu berbuka hari ini...lauknya seperti hari2 biasa...kami ni tidak cerewet dari segi makanan. Rezeki yang ada tu la yang saya sediakan. Menu hari ini petola masa lemak, ikan cencaru bakar cicah air asam dan sos kicap dan ayam goreng campur kobis bunga.

Petola masak lemak campur tauhu...cukup menyelerakan dapat lauk macam ini.

Ayam goreng campur dengan kobis bunga dan karot...lauk ini sediakan untuk yang minat ayam...kalau saya ayam adalah pilihan terakhir sekiranya ada pilihan lain seperti ikan.

Sunday, May 21, 2017

Ayam Panggang

Malam ini masak ayam panggang ala2 ayam kenny rogers....tetapi tidak la ikut resipi KR, saya masak ikut rasa hati dan citarasa sendiri. Sekali sekala tinggal menu bernasi..

Ini la rupa ayam panggang untuk hidangan makan malam kami..Ada salad, tomato, kentang panggang dan mash potato...

Majlis Selamat Berpuasa

Kuih ketayap...saya masak inti kelapa campur dengan isi durian...memang sedap!! Kawan tempat mengaji puji sedap...alhamduillah kuih-kuih yang saya bawa semuanya habis...uuuhhuu seronok bila tengok kawan2 makan.

Popia tu pun habis walaupun makan tanpa sos...saya terlupa bawa sos....al maklum la pagi2 ada je yang nak dikejar nak keluar awal sebab ada jalan2 yang ditutup.
Hari ini terakhir kelas mengaji Al quran, minggu depan 1 Ramadan... sepanjang 2 minggu puasa kami cuti mengaji, seperti biasa kami berpakat buat majlis doa selamat dan sebelum puasa Ramadhan. Masing2 bawa makanan...seperti biasa bila acara macam ini bermacam kuih yang dibawa. Saya cuma buat popia dan kuih ketayap. Ada yang bawa nasi lemak, putu ayu, apam gula hangus dan laksa.

Sayur Petola dan Sooun

Sejak bulan Rejab dan Syabaan boleh dikatakan saya berpuasa sunat...bila berpuasa ada je terlintas nak makan makanan yang agak lain dari biasa. Ini salah satu sayur yang agak lama saya tak makan....sayur petola, kali ni saya hanya masak sup campur dengan sooun dan puchuk. Bila dapat sayur macam ini tak perlu ada lauk lain...cukup la ada ikan goreng atau ayam goreng...ataupun lagi selera bila ada ikan pekasam. Memang terangkat la selera berbuka. 

Ini dia sup sayur petola...saya panggil petola ni petola ular sebab bentuknya panjang dan coraknya berjalur putih

Ayam goreng kunyit...ayam ni untuk penghuni yang tak makan ikan masin

Jemput makan ya..Selamat berbuka puasa.

Wednesday, May 10, 2017

Lepat Ubi Kayu

Lepat ubi kayu...dikenali juga belebat ubi kayu atau tepung manis...tu la kuih yang sekian lama saya tak buat, walaupun ia salah satu kuih kegemaran saya tetapi setiap kali nak masak ada je terhalang. Pagi ni saya berjaya menghasilnya!! Kalau kat kampung bila musim tengkujuh kuih ubi kayu ni mesti ada...sebabnya ubi2 kayu dicabut supaya tidak rosak bila ditenggelami air banjir.

Saya masih teringat waktu balik kg kebetulan musim tengkujuh...arwah ayah cabut semua ubi kayu yang ditanam sebab kawasan kebunnya ditenggelami air bila hujan tak berhenti beberapa hari. Bila tengok ubi kayu yang banyak....asyik rebus je mesti jemu. Maka saya buat la lepat ubi kayu...kebetulan adik2 senua ada di kg...uuhhu apa lagi kami kerjakan ubi2 tersebut untuk buat lepat. Sehinggakan tak larat nak makan.....tapi lepat ni boleh simpan dlam peti ais untuk beberapa hari...bila nak makan panaskan atau kukus je sekejap.

Sedap tau...ya la bagi yang suka makan makanan tradisional mesti cakap sedap...cuba bagi kat mereka yang tak suka kuih muih...ada je alasanya. Cara nak buat lepat ni senang je dan bahanya pun tak banyak. Ubi kayu diparut..saya blend je ubi kayu tersebut sebab saiz ubi yg kecil susah nak parut. Bila dah blend tapis untuk buang air ubi tersebut. Cairkan nisan/gula melaka guna air sedikit je, kemudian campur dalam ubi yg diparut, letak kelapa parut, sedikit garam...itu je lepas tu bungkus dan kukus hingga mask.

Ikan Pekasam

Cuti umum...tidak dapat nak gambarkan seronoknya bila tengah minggu ada cuti. Walaupun sehari cukup la untuk kurangkan penat ke tempat kerja. Kat rumah berehat!!! Itu je yang aku inginkan sekarang, untuk santai2 tu tak terlintas. Lagipun hari sabtu lepas dah lepak rumah kawan baik...setengah hari kami dari makan tengahari hingga la member buat cekodok minum petang baru aku berangkat balik....ya la hampir setahun tak jumpa, hanya calling2 je.

Maka hari ni rajinkan diri masak...eerrmm masak yang senang je, sup tulang, tempe goreng dan sayur bendi...tambahan ikan pekasam. Sekian lama cuba elak makan ikan pekasam...hari ni tak boleh nak halang keinginan. Ikan pekasam ni kirim kat kawan beli di Kedah...apa lagi sah la hari ni rumah bau ikan pekasam goreng.

Ikan pekasam!!! Goreng tu mesti garing supaya bila makan tu terasa keenakannya...tambah pula bila dapat nasi panas...uuuwwaa nak tambah nasi la jawapnya!

Wednesday, May 3, 2017

Kailan Goreng

Syabaan dam berlalu beberapa hari...saya baru nak mula berpuasa sunat. Petang semalam masak kailan goreng campur sotong. Biasanya kailan lebih terkenal dengan kailan ikan masin. Tetapi ada yang tak suka ikan masin terpaksa la saya tukar rencahnya. Kekadang tu bila memasak kena juga fikir selera orang lain...diri sendiri di kemudiankan. 

Kailan goreng sotong!!! Sedap juga, selera berbuka puasa sunat!!

Monday, May 1, 2017

Sup Sayur

Petang ni masak sup sayur dan goreng ikan tenggiri serta ikan masin sahaja. Ketandusan idea dan selera nak makan tu tak tahu nak makan apa. Tanya Mr Right dia cuma nak makan nasi dengan ikan goreng dan sup sayur je sebab perutnya asyik meragam sejak balik dari bercuti di Phuket...entahlah mungkin terlebih makan pedas ataupun masalah kebersihan makanan atau air di sana. Memandangkan kami tak makan tengahari tadi..jadi kena la makan nasi malam ni...

Nampak tak sup sayur berwarna warni...tarikan selera.

Kuih Keria

Selamat Hari Pekerja! Para pekerja mohon berehat sepuasnya untuk hari ini. Berehat tu ada bahagian tertentu je...kalau nak makan kena juga bekerja...masak la jawabnya. Saya memerap je kat rumah tak ada mood nak keluar berjalan-jalan. Aktiviti kat rumah masak ala kadar je,  pagi ni makan nasi goreng hingga ke tengahari dan untuk petang buat kuih keria. 

Kuih keria saya lain dari yang lain...sebabnya kat rumah tak suka kuih yang bersalut gula...cukup la saya tabur gula ala2 buat donut. Nasib la bila orang tak suka manis. Nampak buruk macam ni pun sedap tau...tambah pula petang ni hujan kat luar dan kita kenakan dengan teh o limau.

Pagi sarapan nasi goreng...hingga ke tengahari kami kekenyangan...maka saya rehat dari masak tengahari