Thursday, March 9, 2017

Sotong dan Enoki Goreng

Petang ini sampai rumah dah jam 7mlm...penatnya nak masak tapi dah janji nak masak tomyam hari ini....lagi pun tertangguh sejak kelmarin. Hari ini berusaha juga la memasaknya, selepas solat maghrib terus mula tugas di dapur. Nasi putih, tomyam, sotong dan cendawan enoki goreng tepung...malam ni tak ada telur dadar kena stop sehari dari makan telur. 

 Ini hasilnya cendawan enoki bila dah dicelup tepung kemudiannya digoreng...angkat je terus kunyah...sedap bila digoreng garing. Enoki ni sebelum dicelup tepung saya lap tak nak bagi cendawan tersebut ranggup bila digoreng.


Sotong dipotong bulat..lap dengan tisu untuk keringkan air...takut meletup bila goreng...

Tomyam sedia untuk dimakan...

No comments: