Thursday, March 16, 2017

Kueh Teow Sup

Malam tadi saya cuma masak kueh teow sup je untuk makan malam..ya la sampai rumah dah jam 7.30mlm..berkejar solat maghrib...hampir pukul 8 malam baru masuk dapur. Saya dah kepenatan nak masak nasi dah lauk, masak makanan yang senang je. Ada kueh teow...terus je masak sup daging dan potong bahan2 lain. Setengah jam je dah boleh makan...tak perlu berdiri lama kat dapur...kepenatan di tempat kerja pun belum hilang..yang fikir nak rehat je lepas makan malam.

Jom kita makan kueh teow sup panas berasap!! Rupanya sedap saya masak sup malam ini...semuanya habis. Alhamduillah rezeki kami dah tidak membazir.

Wednesday, March 15, 2017

Paprik Campur

Malam ini salah satu menu untuk makan malam kami saya namakan masak paprik campur caca merba...adoi stress pulak orang nak makan bila dengar nama masakan. Begini la jadinya bila ketandusan idea nak masak lauk. Paprik campur ni terhasil bila  tengok stok yang ada dalam peti ais...capai je tak perlu nak buang masa termenung depan peti ais nak masak apa...lepas tu tak perlu nak bertanya soalan kepada penghuni rumah nak makan apa. Ikut je cita rasa dan apa yang tersirat di jiwa raga...janji kita serumah tidur lena kekenyangan.

Paprik Campur : Asal dari laut dan darat bertemu dalam kuali... Sotong, udang dan ayam saya satukan dan serba sedikit sayur...terhasil la seperti yang di atas. Kepada yang nak senduk lauk tu pandai2 la teroka mencari harta karun.


Monday, March 13, 2017

Sup Tulang Lembu

Masak sup tulang hari ini agak kecewa sebabnya kuah sup tu nampak agak keruh atau gelap...saya tertanya juga kenapa jadi macam ini....cara merebusnya sama seperti saya masak sebelum ini...atau ini bukan tulang lembu? Saya cium memang bau daging lembu...lagipun daging ini saya beli tempat biasa...dagingnya masak seperti biasa tidak ada bau busuk dan rasanya seperti daging baru atau segar. 

Rasanya tetap sedap...cuma nampak agak gelap kuah sup.

Saturday, March 11, 2017

Tauhu Sumbat dan Pie Tie

Minum petang!! Tauhu sumbat dan pie tie, dah agak bosan nak makan kuih manis...tukar selera makan yang rasa pedas. Kerja senang nak menyediakan menu ni...tauhu sumbat tu goreng ambil masa sekejap je...parut tomun dan karot, kemudian sumbat je dalam tauhu. Pie tie tu saya dah ada stok kulitnya maka isi je timun dan karot. Akhir sekali sedia sos... cili segar di blend dengan bawang putih...tumis sekejap dan letak sos cili, kalau nak cair letak sedikit air...rasakan dengan gula garam. Kalau ada biji bijan atau kacang goreng yang ditumbuk tabur je atas sos. Ok siap menu makan petang ini...jangan lupa bancuh teh o.

Yang mana menjadi pilihan...tauhu sumbat atau pie tie????

Thursday, March 9, 2017

Sotong dan Enoki Goreng

Petang ini sampai rumah dah jam 7mlm...penatnya nak masak tapi dah janji nak masak tomyam hari ini....lagi pun tertangguh sejak kelmarin. Hari ini berusaha juga la memasaknya, selepas solat maghrib terus mula tugas di dapur. Nasi putih, tomyam, sotong dan cendawan enoki goreng tepung...malam ni tak ada telur dadar kena stop sehari dari makan telur. 

 Ini hasilnya cendawan enoki bila dah dicelup tepung kemudiannya digoreng...angkat je terus kunyah...sedap bila digoreng garing. Enoki ni sebelum dicelup tepung saya lap tak nak bagi cendawan tersebut ranggup bila digoreng.


Sotong dipotong bulat..lap dengan tisu untuk keringkan air...takut meletup bila goreng...

Tomyam sedia untuk dimakan...

Wednesday, March 8, 2017

Taugeh

Sayur paling murah tapi sedap bila dimasak. Malam tadi saya masak taugeh goreng campur tauhu salah satu menu makan malam...agak lama tak makan taugeh kasar ni. Sekali sekala terjumpa mesti saya beli...


Taugeh ni saya goreng sekejap je...sedap makan yang ranggup. Tumis bawang putih dan sedikit halia yang dicincang halus...masukkan udang, tauhu, karot dan taugeh...perasakan dengan sos tiram. Siap masak...jom kita makan panas2.

Monday, March 6, 2017

Sup Enoki

Bila kehabisan stok sayur!!! Teringin pulak nak makan sup sayur....apa pun ambil je apa yang ada dalam simpanan. Eeemm ada cendawan enoki!!! Kita campur dengan fucuk, kobis, kentang dan tomato...terhasil lah sup. Bab nak masak saya tidak la terlalu ikut resipi dalam buku... saya masak ikut naluri hati saya sendiri, kalau nak lengkap segala bahan yang tertulis dalam buku alamak tertangguh la selera nak makan. Lagipun kita ni makan untuk hidup bukannya hidup untuk makan... jadi apa yang ada tu la rezeki kita untuk hari ini. Mudah mudahan besok lusa ada yang lebih baik.

Tarraaa sup untuk hari ini...kandungannya cendawan enoki, ubi kentang, pucuk, kobis, sedikit sohun, cili dansotong.





Sunday, March 5, 2017

Bingka Cempedak

Pertama kali saya masak bingka cempedak...makan bingkai cempedak pun tak pernah...maka bila buat adunan bingkai ini saya agak2 je resipinya. Asalnya beli cempedak nak goreng tapi agak kecewa bila isi cempedak rasanya agak tawar..goreng beberapa ulas je tak ada yang nak makan..dari buang cempedak tu saya cuba la jadikan kuih lain.

Berjaya juga saya buat bingka cempedak!!! Resipinya saya guna 2 cawan tepung, sekota kecil santan kara, secawan air saya campur masa nak blend isi cempedak, gula 1 1/2 cawan say lebihkan gula sebab cempedak tawar, 2 biji telur, 1 sudu kecil garam dan satu sudu besar planta.

Saya tak ada stok bijan...jadi saya hiaskan dengan isi cempedah....puan2 nak tau rasa bingka ini memang sedap...lagi satu satu rumah bau cempedak gara2 makcik bakar bingka ini 70 minit.




Thursday, March 2, 2017

Ubi Rebus

Bila saya terjumpa orang menjual ubi...saya pasti membelinya sebab ia antara makanan kegemaran saya. Balik kerja petang tadi saya terus berusaha merebus Ubi kayu dan ubi keledek...memang tak sabar nak makan. Malam ini saya tak nak makan nasi...cukup la dengan ubi ini...penghuni lain saya sediakan hidangan nasi...

Ubi kayu dan ubi keledek dah sedia untuk dimakan....rupanya ada yang berminat teman saya makan ubi.

Sambal Ikan bilis untuk dicicah dengan ubi.
    

Udang Masak Tempoyak

Sekian lama tak makan udang masak tempoyak dicampur petai!!! Malam tadi dinner kami berorientasikan udang...saya masak lemak bayam pun rencahnya diletak udang. Lupakan soal alergic...lagipun disebabkan saya seorang alergic udang penghuni rumah ni pun turut sama tak makan udang..kesian mereka!!!

Udang masak tempoyak bersama petai...saya hanya rasa seekor je udang...takut juga besok ada yang tak sohat gara2 makan ini. Bangun pagi tadi terasa juga dalam tekak ni perit...sah la punca makan udang...tak pa la diri sendiri yang cari pasal.

Sayur lemak bayam!!! 

Wednesday, March 1, 2017

Kacang Panjang Goreng

Petang ni agak kemalasan nak memasak...saya goreng kacang panjang dengan ayam, rebus sotong serai dan goreng telur dadar. Cukup la untuk makan malam kami. Lagipun saya dah ketandusan idea nak pilih menu.

Masak macam pun dah cukup untuk makan malam...ayam kena garing dan kekacang jangan tterlalu lama dimasak.