Wednesday, October 19, 2016

Roti Bulat

Petang ini tiba-tiba je teringin nak makan roti yang dibuat sendiri...boleh dikatakan agak lama breadmaker saya terperap diguna. Sampai je rumah pukul 7 ptg tadi terus capai bahan2 untuk meroti...resipi roti apa yang nak dibuat tu belum pasti...janji uli dan buat doh terlebih dahulu. Lagipun guna breadmaker tinggal je..saya boleh buat kerja lain...

Selesai solat isyak doh pun sudah kembang...mulanya nak buat roti kismis, teringat pula ada sosej dan ternampak coklat chip dalam peti ais. Maka terhasil 3 jenis roti dalam satu loyang...eeerrrmm ini la akibatnya bila fikiran tidak fokus...semuanya nak dibuat dalam satu masa. 

Resipi roti pun saya ikut sukatan yang paling senang diingat...
Setengah kilo tepung gandum + Yis mauripan setengah pekat + air setengah cawan + susu pekat manis separuh tin (tin size biasa) + 1/2 cawan susu tepung + satu sudu besar mentega + sebiji telur dan satu sudu kecil garam. Masukkan dalam breadmaker pilih untuk buat doh. Bila dah jadi doh dan keluarkan doh tumbuk bagi keluar angin. Kemudian bahagikan doh buat bulat2...nak bubuh inti tu terpulang gerakhati dan selera kita. Letak dalam loyang yg disapu mentega....biarkan doh naik anggaran masa 1/2 jam dan boleh bakar suhu 180 darjah c...selama 25 minit. Angkat dan terus sapu mentega atas roti tersebut.

3 jenis roti berinti...yang ada bijan roti berinti sosej & chease, atas ada coklat rice intinya coklat dan sejenis lagi roti kismis campur badam. Cukup untuk sarapan dan boleh bawa makan hingga tengahari....


Sunday, October 9, 2016

Ikan Percik

Ahad@ tengahari...ambil kesempatan masak untuk hidangan tengahari kami. Menu hari ini tulang lembu masak singgan, ikan kembung masak percik dan kerabu mangga, ulaman serta ikan masin....dan pencuci mulut ondeh-ondeh atau buah melaka. Memang laju kami menyuap nasi sebab agak lama tak makan hidangan menu selera kelate. Kebetulan pula adik lelaki datang meriah la meja makan. 


Percik ikan kembung kelate stail...saya suka masak percik warna putih. Bahan untuk buat sos@percik : santan pekat, bawang merah, bawang putih, halia, serai diketuk, asam keping, biji halba dan garam gula. Bawang dan halia diblend...masukkan semua bahan2 dalam santan...masak hingga pekat..untuk memekatkan kuah letak sedikit tepung gandum. Ikan kembung sebelum dibakar perap dengan garam bersama halia dan bawang putih.

Monday, October 3, 2016

Lamb Steak

Salam Maal Hijrah 1438 dan selamat bercuti!!! Rehat dari berkejar ke ofis dan memikirkan hal kerja adalah satu hikmat yang tidak terucap. Pagi ini bangun pagi dengan fikiran yang 'free' hanya memikirkan urusan dirumah je...mula sekali fikir untuk sediakan sarapan pagi untuk kami...ya la sempena tahun baru sarapan agak lain dari biasa....saya masak kambing bakar!!! Malam tadi sudah siap perap daging, pagi ini hanya bakar dan sediakan bahan2 sampingan saja. 

Ini dia hidangan untuk sarapan pagi awal tahun baru!! Lamb steak bersama mash potato serta salad. Biasanya menu macam ini makan malam...tapi saya agak tak sabar nak makan lagipun untuk menyediakan hidangan western ini tidak ambil masa yang lama...