Saturday, October 31, 2015

Bihun Sup

Tengahari ni tak ada selera nak makan nasi...disokong pula penghuni rumah yang lain nak kurang makan nasi. Jadi aku boleh la tumpang sekali mendietkan diri... eeemm tengok la berapa hari tak makan nasi. Maka keputusannya tetap kena masak untuk makan tengahari ni, lagipun pagi tadi cuma makan roti bakar je. Aku pilihan masak bihun sup ni sebab cuaca yang redup elok la makan makanan bersup...lagipun proses memasaknya cepat tambah pula badan ni penat meredah jam pergi dan balik dari mengaji tadi.

Package untuk hidangan bihun sup daging.

Bihun dicelur sekejap dalam air panas yang dicampur kunyit dan sedikit minyak.

Kuah/sup (daging dan tulang lembu direbus hingga lembut). Tumis bawang putih + halia + rempah ratus sup kemudian masukkan air rebusan dan tulang/daging dan garam serta sedikit perisa 3 rasa.

Sambal kicap ni aku proses yang paling cepat. Cili hidup + cili padi diblend kemudian masukkan kicap, perahan air limau nipis/cuka dan sedikit garam.

Sayur yang ada stok sawi dan kobis serta daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.


Tarrraaa!!! #homemade bihun sup ala utara.
Yang ini saya punye!!! penuh dengan sayur, jangan terkejut ya ada kobis purple dalam bihun sup ni...

Thursday, October 29, 2015

Nasi Goreng Purple

Semalam aku aku mohon cuti sebab demam secara tiba2...mungkin petang sebelum tu kena hujan, malam tu juga badan rasa seram sejuk dan sakit2 sendi, nak bangkit pagi pun dah tak larat. Elok la cuti lagipun aku dah lama tak cuti.
Sebelum telan ubat selera nak makan nasi goreng...sayur yang ada cuma kobis purple...mix vegi ada tapi agak kurang selera nak letak...kesudahannya nasi goreng jadi warna purple untuk hidangan orang tak sihat semoga cepat sembuh.

Warna tidak mengubah rasa!!! jadi bila makan tu tetap berselera.

Friday, October 23, 2015

Sayur Air Petola Ular

Jangan takut nak makan ya...ni bukannya 'ular' betul sekadar gelaran yang diberikan. Petola ular ni aku tau makan sejak usia pandai memasak dan gelaran ni diberi mungkin fizikan sayur yang berbentuk panjang dan bercorak jalur. Ya la kat kampung macam2 jenis sayur senang didapati jadi tak hairan semua jenis sayur kampung aku suka makan. 

Petola ni aku masak untuk makan malam tadi...dah beli beberapa hari asyik tertangguh je..niat asal masa membelinya untuk buat solok  macam solok lada tu tapi memandangkan masa tu agak terhad masak tumis air je cepat sikit untuk dihidangkan. Selain tu petola ni kalau masak lemak putih pun sedap. Tapi agak kecewa sayur ni hanya aku je yang makan penghuni rumah ni hanya pilih makan kuah dan karot serta rencahnya. Sabar je la bab makan ni tak boleh nak paksa kalau mereka tak suka. 

Masak sayur air petola ular - petola ni boleh potong bulat atau dibelah kemudian potong runcing, bergantung pada kreativiti masing-masing, bijinya perlu dibuat dan bahagian luar tu kikis sikit buang kulit yang nipis. Masaknya ringkas je tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk dengan ikan bilis, kemudian masukkan air + udang basah + fishball dan sayur petola + karot dan cili besar yang potong + garam.

Wednesday, October 21, 2015

Sarapan!!!

Selamat pagi!!! agak lama tak jenguk blog memandangkan kesibukan melanda dan ditokok tambah dengan ketiadaan 'mood' untuk update aktiviti seharian. Di ofis sibuk dengan tugas sebulan lebih memangku tugas rakan yang mendapat seruan menunaikan haji.  Bila dah balik rumah tanggungjawab rutin...cukup masa badan dah letih maka pilihan tepat tidur rehatkan minda dan fizikal untuk meneruskan kehidupan di esok hari....macam ni la rutin seorang hamba yang ditumpangkan sementara waktu olehNya.

Hari ni mood tenang dari kesibukan kerja memandangkan memangku tugasan sudah selesai... saat mengadap sarapan teringat nak snap gambar untuk blog!!! eeemm sudah berjerebu halaman ni. 

Pagi ni sarapan roti goreng berkeju, kopi dan buah plum.