Hari ni aku keluar ofis agak awal sebabnya ada urusan peribadi. Urusan selesai pukul 4 petang maka sampai rumah agak awal dari biasa...aduhai kena la masak...jika ikutkan perut aku tidak lapar...memandangkan penghuni lain nak makan kena la merelakan diri berkhidmat menyediakan makan malam. Biasa la bila nak cepat menghidang dan ada pula yang mengeluh tak makan tengahari...maka aku masak la yang ringkas dan cepat. Sup sayur, ayam goreng kunyit dan rebus telur masin. Cukup la tu lengkap dengan vitamin C dan kaborhidrat.
|
Kepada peminat sup sayur mesti terliurkan....jika nak diet cukup la sekadar makan sup tanpa nasi. |
|
Sila abaikan janggut udang yang melintang tu.... |
No comments:
Post a Comment