Edisi masak Kuih Cara ni berlangsung pada hari sabtu lepas, agak lama tak masak kuih cara ni resipi pun aku dah ingat-ingat lupa...tapi hasilnya tetap menjadi kuih ni. Aku masak kuih ni utk adik sekeluarga jadikan bekal perjalanan balik kg...ya la bila menyinggah makan boleh la maniskan mulut dengan kuih cara ni.
Untuk segarkan kembali tentang resipi ni elok juga aku catatkan kat sini.
Bahannya :
2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
Sedikit air daun pandan dan pewarna hijau
2 biji telur
Sedikit garam
Gula - masukkan semasa adunan hendak dibakar.
Minyak masa untuk sapu dalam acuan
Terbaik!!!...cantikkan warna hijau...hasil campuran air daun pandan dan sedikit pewarna hijau. |
1 comment:
Salam..
Ya Allah! Sedapnya! Cantik molek je kejadiannya. I wish kuih tu ada depan i skaraNG...XSABR nak makan...
Post a Comment