Masakan yang jarang dimasak sebabnya kurang mahir dalam prosses goreng telur dengan mentega @ butter dan yang paling takut dengan kandungan kolesterol...ya la semuanya berlemak. Lagipun hari ni aku pilih masakan ni sebab dah jemu asyik makan masak lemak udang. Proses memasak udang goreng butter ni aku buat 3 langkah.
Langkah pertama goreng udang dalam minyak yang penuh hingga masak. Sebelum digoreng udang tersebut saya gaul dengan sedikit garam kunyit dan tepung jagung untuk elak dari meletup jika goreng udang sahaja.
Langkah ke2 proses goreng telur kuning dengan sedikit minyak dan butter kacau sehingga berbuih dan telur kekuningan serta garing. Kemudian tapis atau sejat untuk keringkan minyak...bab ni bagi yang pandai telur mesti nampak bertali atau berurai kalau pandai kacau...caranya satu tangan curah telur dalam kuali dan satu tangan lagi kacau.
Langkah ke3 panas sedikit minyak tumis bawang putih, daun kari, cili padi yang dipotong jika suka pedas, sedikit rempah kari dan susu cair 2 atau 3 sudu dan letak sedikit garam atau rencah 3 rasa. Hati2 bila letak garam sebab butter dah ada rasa masin. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng kacau sekejap angkat taburkan dengan telur butter yang telah ditapis / lap minyak.
Ini la hasilnya....kan aku dah cakap kurang mahir bab goreng telur butter tak ada bentuk bertali atau berurai... boleh makan juga walaupun rupanya kurang menarik...rasanya memang menjilat jari.
|
Jangan pandang pada udang tu tau...aku sengaja tak buang kaki-kaki udang tu...sebabnya bila digoreng terasa kerangupannya. |
|
Bila ada udang butter ni tak perlu lagi ada lauk lain...cukup la makannya dengan nasi atau pun makannya sahaja. Rasanya yang lemak manis dan aroma mentega betul-betul tertambat. |