Monday, February 23, 2015

Musim Panas

Cuaca panas dah datang kembali...2 hari berehat kat rumah tekak ni asyik meminta air je kehausan, badan pun terasa panas...pagi dok memasak kat dapur pun dah berpeluh tambah pula bila melakukan kerja lain...setiap kali  waktu nak solat mesti nak mandi...kalau ikut nak pasang econ 24 jam. Tapi cukup la waktu malam berecon nanti badan tak keluar peluh tak bagus untuk kesihatan. Maka untuk sejukkan badan ice cream menjadi pengubatnya. 

Tuesday, February 17, 2015

Bercuti @ Koh Samui - Koh Tao - Koh Nangyuan - Surat Thani

Percutian @ perjalanan 16 - 20 Feb 2015, melibatkan udara kapalterbang - laut feri dan speedboat - darat bas-tut tut-motosikal. Bagi yang nak cepat sampai boleh juga ambil direct flight firefly KL - Koh Samui.




Hari Pertama 

16.2.15 Mula langkah perjalanan dengan BISMILLAH... ke Koh Samui : 6.30 am Tiba di KL Sentral-Klia2 ERL - RM35. Pergi kami pilih Erl dan balik nanti Insya Allah naik bas Klia2-KL Sentral.
Di KLIA2 - 8.30 am sarapan di Klia2 @ Nyonya Color set nasi lemak bungkus dan teh tarik RM5.50. Kami sengaja keluar awal sebab nak ambil peluang pusing Klia2 memandangkan ini pertama kali ke sini sejak dibuka...lagipun cuti ni untuk santai-santai bukannya pergi untuk bertugas.

Bagi yang tak biasa naik Airasia kat sini aku bagi sedikit panduan - Airasia kami sudah check in untuk pergi balik sehari sebelum penerbangan melalui web dan print boarding pass bawa kaunter untuk masukkan beg. Gate untuk boarding akan di tulis masa drop beg...Gate P9 - 11.20 am waktu boarding, penerbangan ambil masa 1.30 jam. 

Touch down 12.30 pm waktu Thailand - waktu Malaysia-Thailand berbeza satu jam - terus check in Imigration pastikan sudah isi borang masuk dan keluar biasanya dlm flight diedarkan...Imigration agak perlahan waktu kami check in hanya 2 kaunter saja beroperasi. Airport Surat Thani kecil saja maka tak susah nak mencari jalan keluar.

Keluar imigration beli tiket bas untuk ke jeti Don Sak  dan naik feri untuk ke pulau Koh Samui...kami ambil tiket bas + feri Seatran THB400 seorang untuk sehala. Jika tak ada plan perjalanan lain untuk balik nanti tiket feri dan bas ni boleh beli untuk pergi balik.  Selain dari Seatran ada juga perkhidmatan company Raja Ferry.

Dari jeti ke hotel Khun Chaweng naik tut-tut tambang THB150 seorang. Check in hotel jam 5.30 pm agak lambat sebab tut-tut ada beberapa penumpang lain. Teksi pun ada dekat jeti tapi kami memilih tut tut untuk bersiar-siar dan tambangnya murah. Hotel yang kami pilih terletak di Chaweng yang dekat dengan kedai-kedai dan harga hotelnya murah, untuk ke pantai 10 minit je...cuma hotel ni agak bising sedikit sebab dekat dengan pusat hiburan...bagi yang berkeluarga tidak digalakkan, bagi kami sekadar pilih hotel ini sebab masa kami di sini banyak habiskan masa jalan-jalan, hotel untuk kami mandi, tidur dan solat...bukannya untuk bersantai.



Jam 7 pm misi jalan kaki sekitar hotel dan mencari makan. Area Chaweng ni ada kedai makan muslim nama Fareast dan Curry Hutt (Indian & Thai Food). Aktiviti malam kami untuk hari pertama di sini hanya jalan area pantai Chaweng dan kedai2 barang cenderahati sambil survey package tour untuk ke Koh Toa dan Koh Nangyuan. Bab shopping aku tidak tertarik sebab barangnya biasa je dan harganya bergantung kepada jenis produk. Lagipun banyak barang seperti handbag jenama dan kasut tiruan.


Hari Ke 2

Plan kami hari ke 2... seharian pusing Koh Samui melawat tempat tarikan dengan menyewa motor untuk sehari RM30 (24 jam) harga sewa bergantung kepada jenis @ kuasa motor. Mula merempit sediakan peta manual @ waze. Chaweng-Lamai-Fisherman Village-Chaweng. Cadangan tempat dilawati setiap Checkpoint view, waterfall, grandpa & grandma stone etc. ikut je setiap tempat tarikan yang ada dalam peta, gajah, harimau, monyet semua boleh tengok tau...lagi satu kami ada juga berhenti di setiap hotel yang menarik untuk tengok pemandangan laut.

Malam urut badan yang kepenatan setelah merempit seharian. Harganya cukup murah. Boleh pilih macam-macam jenis urutan...

Beberapa viewpoint di Koh Samui sepanjang kami merempit...kalau nak upload dari camera rasanya tak mampu sebab banyak. 















Hari Ke 3 - Koh Toa dan Koh Nangyuan
 
Package tour snoekling ke Koh Toa dan Nangyuan pergi balik speedboat+sarapan+makanan tengahari (makanan kami hanya pilih sayuran dan buah sebab tidak pasti kehalalannya). THB1500 seorang seharian habiskan masa di sini. Snoekling, panjat bukit untuk tengok view pulau dan laut serta mandi laut. Di pulau ni kebersihan amat dititik beratkan. Bagi yang nak berenang bawa atau terus sarung baju renang ya!!! sebab tak nak buang masa dalam speedboat baru nak tukar2 baju lagipun masa yang diberikan untuk berenang / snoekling hanya 30-45 minit saja.
Malam kami pergi urut badan sekali lagi setelah kepenatan berenang, panjat bukit dan dilambung ombak dalam speedboat (bagi yang tak tahan mabuk laut harap sediakan ubat supaya perjalanan tidak mengecewakan)...sebabnya ada couple dari middle east tak tahan mabuk, kesian tengok kedua-duanya tak boleh nak bangun dan waktu kami berenang pun mereka terpaksa berehat dalam speedboat. Masa balik kami bekalkan mereka pil penahan mabuk dengan stok yang aku bawa.

Urutan badan kali ke2 kami ambil, urutan dengan menggunakan minyak...kurang power urutan guna minyak jika dibandingkan dengan urutan tanpa minyak...pilihan ditangan anda...harga urutan badan kat sini teramat la murah.

Untuk tatapan pemandangan di sekitar Koh Toa dan Koh Nangyuan...kalau nak upload semua gambar yang diambil rasanya hang up laptop saya.


Menunggu untuk naik speedboat




Bagi yang nak berehat dan menyedut udara laut boleh juga sewa boat ini yang boleh tidur baring....

Jom kita berenang....yang tak bawa baju renang duduk je atas speedboat





Untuk melihat pemandangan yang cantik ni....harus la mendaki dan memerlukan daya tahan.





Tempat duduk ni kena sewa tau...nak berenang, tidur, baca buku....nikmati la keindahan waktu cuti!!!! hilang segala keserabutan kotaraya.






Hari Ke 4 - Hari Terakhir di Koh Samui
Check out bilik jam 10 am dan naik tut tut tambang RM10 seorang ke jeti. Beli tiket feri Seatran + bas untuk ke jeti Don sak dan bas ke pekan Surat Thani (THB350 seorang). Kaunter jual tiket ada area sebelum nak masuk ke jeti.
Don sak jeti - keluar dari feri jalan terus ke stesen bas 5-10 minit je ke stesen bas... biasanya bas dah sedia menunggu tunjuk je tiket bas. Bas ke pekan Surat Thani lebih kurang satu jam.

Berdasarkan pembacaan ramai yang mengguna perkhidmatan Seatran memuji sistem company Seatran bagus dari segi masa dan perkhidmatan. Kami pun akui dan rekmen...kalau ada family yang bawa beg besar pekerja bas ni akan tolong angkat beg untuk diletak dalam perut bas...kami yang bawa satu beg besar pun pekerjanya tolong angkat.

Kami pilih untuk bermalam di Surat Thani satu malam memandangkan tak pernah datang sini, ambil kesempatan untuk melihat bandar ini. Bagi yang tidak ingin bermalam di Surat Thani boleh bertolak awal pagi dari Koh Samui @ Koh Tao dengan feri untuk naik flight tengahari. Di pekan Surat Thani ke hotel Princess Park yang terletak tak jauh dari Tesco Lotus...kami jalan kaki je untuk ke Tesco. Perjalanan dari pekan ke hotel naik tut tut yang ada menunggu kat tepi jalan tambangnya murah. Lagipun penginapan kami jauh sedikit dari pekan jika ambil teksi semestinya 3 kali ganda bayarannya. 

Surat Thani dan Night Market
Petang jalan2 di pekan Surat Thani, setiap hari Khamis ada night market banyak jual makanan. Bandar Surat Thani boleh dikatakan sibuk seperti bandar-bandar kecil yang lain...cuma tak banyak tempat untuk dilawati. Kami makan malam dan sarapan di hotel sebab ada menyediakan makanan halal.  
10 am ke airport Surat Thani boarding 12.20 pm - naik tut tut THB400 2 orang. Alhamduillah!!! Penerbangan on time landing 3.35pm waktu Malaysia, ambi bas ke KL Sentral RM10 seorang. Berakhir percutian kami 5H 4M KLia2-URT-Samui-URT-KLia2.

Nota:
- Bajet kami penerbangan pergi-balik, penginapan dan makan untuk 2 orang hanya RM2200 sahaja. Kami save dari segi hotel dan pengangkutan.

- Jika berkeluarga atau yang morning breakfast atau jenis makan on time yang ingin menikmati makanan waktu bercuti disarankan pilih penginapan yang boleh memasak, sebab disini banyak seafood, kebanyakan kedai makan disini yang ada menyediakan makanan seafood segar tapi tidak halal. Lagi satu waktu pagi untuk sarapan kedai agak lewat dibuka kecuali kedai 7eleven...kecuali hotel ada package makan.
- Seeloknya bawa sedikit bekalan makanan dari tanah air..sekurangnya dalam perjalanan dapat alas perut terutama yang naik feri...banyak masa untuk menjamu selera. Dalam feri ada juga jualan makanan cuma tak pasti halal.

Friday, February 13, 2015

Bihun Goreng

Makan malam ni senang je tugas aku hanya masak bihun goreng. Elok juga tak minta makan yang pelik2...aku rasa penat hari ni mungkin banyak kerja kena selesai di ofis sebelum bercuti minggu depan...kemungkinan juga sebab aku pergi merehatkan diri urut badan tadi. Mata ni rasa nak pejam je...uuhhu tak sabar nak rebahkan. Sebelum tu mari makan bihun goreng yang teramat ringkas ni...

Urut Badan @ Embun Spa

Tengahari tadi waktu rehat @ lunch time aku ambil masa pergi urut badan dekat Embun Spa Day...lokasinya tak jauh dari tempat kerja...aku hanya jalan kaki je untuk ke spa tersebut. Lagipun aku ambil urutan untuk satu jam saja sebab ini pertama kali aku ke sini...cuba dulu sejam kalau perkhidmatannya memuaskan boleh la datang lagi.

Suasana dalam spa ni menarik dan bersih tempatnya selamat, manakala tukang urutnya ada rakyat dari Maynmar dan Indonesia. Pertama kali aku berurut dengan orang Maynmar...uuhhu memang puas hati urutannya menepati kehendak aku. Maka selepas habis urutan aku ditawar package urutan promosi sempena CNY...apa lagi tergoda la diri ini. Bagi aku tak rugi ambil package ni sebabnya aku memang 'hantu' bab body massage... tak boleh nak elak dari berkunjung ke spa macam dah jadi satu terapi untuk aku setiap bulan.

Thursday, February 12, 2015

Satay!!!

Secara sepontan je selera ni muncul...sedapnya satay!!! Ok balik dari kerja ni sepanjang memandu dok fikir kat mana boleh singgah untuk beli satay. Kena cari juga hari ni...lagipun dah lama tak makan. Tak da rezeki tempat yang aku aim nak membelinya tak buka...mungkin awal lagi kot....eeemm pulang dengan rasa sedikit kecewa!! Sampai rumah blend buah buat jus dan bakar roti dengan kaya...makan yang ni dulu untuk cover perut yang dah meminta2. Malam keluar misi mencari satay...Alhamduillah rezeki kedai yang aku singgah tadi dah buka...kedainya macam kedai burger je tapi ramai juga pelanggannya.

Disebalik selera nak makan satay dan misi mencarinya...aku hanya mampu makan 4 cucuk satay sahaja...bukannya satay tak sedap tapi perut aku dah kekenyangan gara2 dah makan roti bakar dan minum jus. Ya la tu je rezeki untuk aku...namun cukup la dah dapat hilang kempunan...rasanya kalau masa balik kerja tadi aku dapat membelinya sah aku boleh habiskan lebih dari 10 cucuk...uuuhhu tamak sebab tu tak dapat!. 

Sunday, February 8, 2015

Nasi Putih dan Daging Goreng untuk sarapan!!!!

Pagi ni sebelum keluar ke kelas mengaji aku bersemangat masak nasi untuk sarapan dan juga masak lauk untuk makan tengahari. Punca aku bersarapan nasi pagi ni angkara badan dah rasa tak selesa penuh dengan angin dan sakit2 mungkin beberapa hari ni asyik makan roti dan tengahari semalam masak spagheti semuanya bahan bergandum. Maka pagi ni aku kena naturalkan badan ni supaya angin keluar...aku masak nasi dan goreng daging berhalia. Tambahan untuk menu tengahari aku terus masak ikan siakap masak tempoyak dan kangkung goreng....balik mengaji nanti tak perlu kecoh didapur.

Pilihan aku hanya makan nasi dengan daging sahaja....uuuhh memang sedap macam mengidam pulak aku makan pagi ni....tambah pula bila makan nasi panas dan daging goreng yang ada rasa halia serta kicap. Harapnya tidak tidur dalam kelas mengaji.

Sepinggan nasi putih bersama daging goreng
Ikan siakap masak tempoyak
Kangkung goreng

Bila Susu Segar dan Jus Sunquick Bersatu....apa rasanya?

Beberapa hari kebelakangan ni selera makan agak bercelaru...nasi tidak menjadi keutamaan. Asyik makan roti bakar je lepas tu minum susu segar yang dicampur dengan jus sunquick. Makanan ni menjadi menu makan malam aku dah beberapa malam. Biasanya bila makan roti bakar mesti minum coffee, teh atau milo...tapi minuman tu untuk waktu sarapan atau petang je...bila malam aku elak dari minum berkafein sebabnya tak boleh tidur dan macam2 masalah akan melanda dalam badan aku. 

Susu segar yang dicampur dengan jus ni sudah lama menjadi pilihan aku...sebabnya aku ada masalah sembelit bila minum susu segar saja...bila dicampur dengan jus ni maka kurang sikit masalah tersebut, rasanya cukup sedap seperti air yogurt yang dijual di supermarket. 

Air Yogurt!!! susu segar dan jus sunquick
Roti Bakar berkaya

Tuesday, February 3, 2015

Masala Vadai

Happy Thaipusam dan selamat beristirehat bagi negeri yang dapat cuti umum. Pagi ni aku ulang tayang masak masala vadai untuk sarapan. 4 hari cuti kering idea nak masak makanan untuk sarapan...kononnya tak ada idea wal hal aku kurang mood nak masak yang berat untuk sarapan sebabnya waktu tengahari kena makan berat lagi. Sarapan kami pagi ni ada yang makan roti bakar dan ada yang pilih makan vadai...kedua2 pun mengenyangkan. 

Sedap garing dan rangup!!! bila rasa satu nak lagi...bila makan satu semestinya minta lagi....
Ini untuk frozen....bila-bila rasa nak makan boleh panaskan

Sunday, February 1, 2015

Kerabu Pauh

Sejak sembuh dari demam ni selera untuk makan nasi agak kurang...tapi tetap paksa diri untuk makan dengan menu yang ada. Hari ni aku buat kerabu mangga / pauh ala Kelantan untuk mengubati mulut aku yang terasa pahit sejak demam...kepada yang biasa dilanda demam hilang selera makan dan mulut tak ada rasa bila makan sesuatu...kecuali bila dapat makan makanan yang masam selera tu tiba-tiba je muncul. Hari ni aku dapat mengubati selera rasa tekak dan mulut ni bila makan kerabu mangga yang ada rasa masam. Di sini secara ringkas penyediaannya.

Bahan untuk buat Kerabu

- 1 @ 2 biji Mangga disagat / dicincang halus
- Kacang Panjang dipotong halus
- Daun kesum dihiris halus
- Pucuk serai serai kayu ganti bunga kantan
- Cili kecil dipotong
- Limau nipis ambil jus

Bahan ini untuk ditumbuk atau blend kemudian digaul dengan bahan2 diatas.
- Bawang merah
- Bawang putih
- Sedikit halia
- Serai
- Kelapa goreng ditumbuk hancur
- Lada hitam
- Ikan rebus @ bakar ambil isinya
- Garam dan gula
- Sedikit budu jika suka

*** Jika suka boleh letak sedikit santan pekat setelah bahan2 disatukan untuk bagi kerabu tersebut lembab tidak terlalu kering.

Walaupun rupa kerabu ni tidak menghariahkan tapi bila dah makan semestinya tidak pandang lauk lain.