Pagi ni tempat aku mengaji ada buat makan untuk Ustaz yang mengajar kami sempena hari lahirnya. Konsepnya 'potluck' terpulang nak bawa menu apa dan tidak dipaksa. Aku dalam saat di rumah tak ada bekalan air mood nak masak jadi kurang...asalnya nak masak pulut kuning dan kari ayam...terbantut!!, nak goreng mee atau bihun dah ada orang lain yang buat, kesudahannya aku buat kuih yang ringkas je..satu kuih manis dan satu pedas...kuih cara dan popia harapnya ada yang sudi jamah.
|
Kuih Cara manis - lepas solat subuh mula membakar - sempat la siap 2 tupperware |
|
Popia goreng!!! |
No comments:
Post a Comment