Tuesday, April 29, 2014

Subway

Bila badan tak sihat selera nak makan pun berubah. Pagi ni untuk sarapan aku beli sandwich tuna eggs di Subway. Pilihan makanan di sini untuk sarapan bagi aku memang menyihatkan dari segi roti dan saladnya segar. Untuk breakfast ada set breakfast sandwich size 6' bersama kopi.

Balik dari kerja petang semalam sakit belakang datang balik...aku baru teringat masa kat ofis angkat beberapa rim A4...kekadang tu terlupa masalah back pain yang aku alami sebelum ini baru je sembuh. Bagi sesiapa yang pernah atau mengalami sakit belakang ni pasti tau kesakitannya...nak rukun solat pun sakit apa lagi untuk buat kerja lain...duduk bangun pun kena hati-hati.

Thursday, April 24, 2014

Bihun Singapore

Pagi ni teringin nak makan bihun goreng putih @ singapore. Kenapa orang bagi nama bihun singapore? aku tak ada jawapan!!! Kalau aku bihun goreng ni aku bagi nama bihun goreng putih @ lada hitam sebabnya salah satu rencahnya ada lada hitam. Ada setengah tu tak minat bihun goreng tanpa kicap...tapi aku suka goreng macam ni sebab ada rasa ikan bilis dan lada hitam...dan bila makan pun tak rasa muak. 

Maka dengan semangat suam-suam kuku aku menggoreng la pagi tadi...letak rencah daging, telur, ikan bilis dan kobis je. Tak perlu banyak rencah nanti hilang rasa ikan bilis. Selera rasa setiap orang berbeza-beza...semua tu tak jadi masalah janji hati puas bila dapat makan yang kita masak sendiri.
 
Ini la hasilnya...tak boleh bagi nama bihun singapore sebab bihun dah berkawan dengan spaghetti. Memandangkan spaghetti semalam ada lebih manakala sosnya sudah habis maka aku selesaikan campur sekali dengan bihun goreng...lagipun halal...cuma tak cantik pada pandangan...apa aku kisah janji sedap dan tidak membazir.

Sunday, April 20, 2014

Nasi Kerabu

Hari ni ada bekalan air..Alhamduillah. Balik dari mengaji tadi rasa lega bila buka paip air mengalir laju. Banyak aktiviti kat rumah kena urus hari ni memandangkan semalam tak ada air, terutama sekali mendobi dan mop lantai yang terbengkalai...diikuti dengan memasak. Hari ni terlintas nak masak menu nasi kerabu sebabnya ada santan segar boleh masak tumis atau sos...sambil buat aktiviti lain aku masak santan atas dapur masak sampai pecah minyak. Target nak makan nasi kerabu untuk dinner nanti..jadi aku tak perlu nak berkejar memasak...urus kerja lain dulu.

Menu @ hidangan nasi kerabu - Nasi putih @ warna biru @ kuning, tumis @ sos yang dibuat dengan santan, sambal kelapa goreng, ulam, budu, sambal cili dan lauk seperti ayam atau daging bakar atau ikan goreng tepung dan keropok. 

Hidangan nasi kerabu aku malam ni tema warna biru  berlaukkan ikan selayang goreng celup tepung dan ayam bakar.

Sepinggang nasi kerabu dengan ikan goreng tepung
Tumis yang siap masak!!! nampak tak tumis yang sudah pecah minyak, bukannya ditumis menggunakkan minyak. Bahannya : santan segar dimasak dengan api perlahan sehingga pecah minyak kemudian dimasukkan bahan-bahan diblend seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering. Serai diketuk dan sedikit gula melaka/nissan serta garam. Tambahan jika suka - ada juga yang letak sedikit budu.
Sambal kelapa - kelapa goreng + ikan bakar atau rebus (tumbuk separuh hancur) + bawang besar dan cili padi (dipotong) + bawang merah, bawang putih, halia dan serai (ditumbuk) + garam dan gula
Ikan selayang goreng bertepung - ikan direbus kemudian digoreng dengan tepung

Saturday, April 19, 2014

Jamuan Makan

Pagi ni tempat aku mengaji ada buat makan untuk Ustaz yang mengajar kami sempena hari lahirnya. Konsepnya 'potluck' terpulang nak bawa menu apa dan tidak dipaksa. Aku dalam saat di rumah tak ada bekalan air mood nak masak jadi kurang...asalnya nak masak pulut kuning dan kari ayam...terbantut!!, nak goreng mee atau bihun dah ada orang lain yang buat, kesudahannya aku buat kuih yang ringkas je..satu kuih manis dan satu pedas...kuih cara dan popia harapnya ada yang sudi jamah. 

Kuih Cara manis - lepas solat subuh mula membakar - sempat la siap 2 tupperware
Popia goreng!!!

Tuesday, April 15, 2014

Ikan Aya Kari

Sejak bekalan air dicatu aku tak da mood nak update blog ni, bukannya tak masak cuma tak snap gambar masakan...terganggu juga masa memasak bila tekanan air slow.  Petang tadi aku masak lauk kari ikan aya @ tongkol setelah sekian lama tak mengari ikan ni. Ya la asal ada je ikan aya mesti masak lemak kuning atau singgang...sebabnya lauk kegemaran. Hari ni bekalan air tangki pun tak ada...tapi selera nak makan kari ikan dan terung goreng bersama ikan bilis dan tauhu...apa aku kisah pasal air, angkut je la tong air letak kat sinki...masak tetap masak...mana boleh hampa selera ni lagipun kat ofis tak makan tengahari. Maka tercapai la hasrat dinner tadi sungguh berselera dengan lauk yang aku idamkan. 

Seperiuk kari ikan bersama bendi
Terung + ikan bilis + tauhu bila bersatu memang menyelerakan

Monday, April 14, 2014

Green Tea

Minuman ni tak semua orang suka, biasanya menjadi pilihan terakhir sebab ianya tidak sesedap teh tarik. Itu la sikap aku bila tengok teh ni berkotak-kotak dalam kabinet dapur. Mr Right kerjanya membeli dan mengumpul...minumnya sekali sekala mana nak surut...sama la macam lemak dalam badan ni tak tahu bila nak hancur kalau tak buat sesuatu untuk hilang. Slim teh brand ni aku boleh minum jika dibandingkan jasmine tea setengah tu ada bau. Hari ni bersemangat nak 'burn fat'...uuhhu saat catu air ni jangan la asyik berulang ke bilik air.

Sunday, April 6, 2014

Syabas Air!

Kawasan perumahan aku tidak dapat terlepas dari pandangan SPAN @ SYABAS...kami pun termasuk dalam list catuan air...maka kena la simpan stok air dalam tong etc sebagai tambahan tangki...mana la tau kot tidak mencukupi dalam masa 2 hari tak ada air. Air minum kena la tapis dan simpan, setakat nak masak yang ringkas tu boleh la...cuma tak boleh nak bermewah air kat sinki. Bila kena macam ni baru sedar dan tau nak jimat air...belum lagi kerajaan isytihar 'darurat air'.
Pagi tadi sebelum pergi mengaji aku masak nasi goreng je untuk sarapan. Air dah tak ada...hahaha alasan malas masak, air dijadikan penyebab. Itu la sikap manusia bila ada perubahan atau diuji sedikit kesulitan mula menunding jari, sepatutnya kita kena bersyukur dengan anugerah dan ujian ni...sebabnya kita hanya dipinjam sekejap je untuk menikmati kehidupan di alam fana ini. Maka jangan nak salahkan pihak tertentu sebaliknya ingat la ini semua ujian dariNYA.
Sekadar rujukan aku je...kot bila buka paip air tak ada...lepas tu marah-marah!!!
Sekuali Nasi goreng untuk pagi ni.

Saturday, April 5, 2014

Puteri Mandi

Bila hari minggu je tekak ni macam faham je minta pembasuh mulut yang manis-manis...uuhhu rasa tak puas hati kalau tak tunai hasrat hati ni. Selera kita tak perlu nak buat alasan malas dan sebagainya... lagi pun ada masa terluang aku usahakan untuk diri sendiri. 

Puteri mandi musim hujan... ni la pembasuh mulut petang ni...masa kecil dulu kuih ni cukup famous bila bulan puasa...kami panggil 'Teri Mandi', kuih ni dah jadi satu menu wajib oleh awrah mek untuk juadah berbuka puasa. Aku la tukang gentel dan rebus adunan ni sebelum disira atau masak dengan kelapa dan gula melaka...kalau ada durian atau nangka boleh dimasukkan...uuhhu lagi sedap bila aroma durian atau nangka dalam kuih tersebut.
Puteri Mandi @ Teri Mandi perisa nangka
Jangan ingat bulan puasa je nak makan kuih ni...hari biasa pun terliur juga

Jacobs Original

Sarapan pagi ni sekadar biskut cicah coffee je, alas perut sebelum pergi mengaji. Tambah pula sekarang ni kawasan perumahan aku akan bermula catuan air 6-7 April diselang 2 hari...eeemm kena mula tukar rutin buat aktiviti masak  etc.

Ikut hati malasnya nak keluar rumah dengan hujan rintik2 pagi ni..huhu kena lawan syaitan yang  sedang berbisik kalau tak selamanya aku akan ikut arahannya. Bak kata ustaz usaha kita keluar untuk datang baca ayat Al quran pun sudah mendapat pahala...tambah pula bila belajar dan baca. InsyAllah aku diberi kekuatan untuk terus mengaji. Pagi tadi sempat tengok TV9 rancangan Tanya Ustaz...ia menghuraikan tentang surah Al-Fatihah....elok diamalkan sebab akan dpt banyak pahala dan kebaikanya.
Biskut ni wajib ada stok kat rumah...bila kecemasan atau kesuntukan masa tak sempat nak sediakan makanan lain boleh la capai.