24 Jun - 28 Jun 2013 = Malaysia Airlines
@ 855am 24 Jun 13 - Klia - Kathmandu (4 jam penerbangan)
@ 855am 24 Jun 13 - Klia - Kathmandu (4 jam penerbangan)
Peta Nepal dan tempat-tempat menarik untuk dilawati |
Plan untuk bercuti luar negara dah lama, cuma kami masing2 ada urusan kerja. Tiket untuk ke Kathmandu ni dapat awal januari, masa tu cuti aku dibekukan hingga Mei. Tiket penerbangan kami dengan MAS, tiket tu kami kena guna sebelum julai ni. Mulanya kami nak batal memandangkan di Kathmandu bulan Jun adalah musim hujan, tawakal je la bercuti sebab julai dah puasa Ramadhan. Maka bila waktu kerja dah tenang aku terus apply cuti...uuuhh cuti lulus bos pun bagi sokongan siap catat lagi atas borang cuti aku 'wow have fun'...uuhhh tqvm bos sebab bagi saya cuti setelah penat bekerja.
Mendarat di Tribhuvan International airport kami perlu mohon visa lawatan - siap waktu yang sama, kalau ada masa boleh mohon di embassy Nepal di KL ambil masa 2 hari untuk siap. Kalau ikut harga pun berbeza mohon di Kathmandu cuma usd25 seorang untuk 15 hari tinggal di sini.
Kami menginap di Hotel Kumari, Thamel - Airpot ke hotel 7km, kat sini ramai kaum Tamil sebab tu dikenali Thamel Street, tempat tumpuan pelancong dan banyak kedai2 cenderahati. Teksi airport ke hotel MYR24 agak mengecewakan amat daif kebetulan masa ke hotel hujan.. uuhhh pengalaman di tempat orang.
Bagi yang minat shopping...Cenderahati!!!! Pashmina murah kat sini dan kualiti bagus |
Hari pertama kat sini kami cuma plan jalan2 di kawasan sekitar hotel.. boleh patah kaki nak habiskan tengok barang di setiap kedai dan aku belum plan untuk shopping hari ni.
Hari pertama dari segi makan kami terpaksa survey dulu. Makanan kat hotel kami check tak halal - terbaik kami beli roti kosong dan masak maggi cup kat bilik. Habis hari pertama - besok 5.30 am ke 'Mountain Flight' tengok banjaran Himalaya terutamanya Mt Everest.
Balik
dari Mountain Flight kami breakfast dan teruskan program melawat tempat
menarik di sekitar Kathmandu - kami pilih 5 tempat untuk dilawati, cuma
agak kecewa Muzium tutup pada hari tersebut. Gambar tempat yang kami lawati masih dalam camera dan handycam....yang upload kat sini hanya dari hp kualiti dan sizenya kurang memuaskan.
Visa Pelancong ke Nepal |
Note Nepal - selain tu untuk perbelanjaan disana boleh juga guna USD
|
Hari ke 2 di Kathmandu : Package untuk hari ni Mountain Flight dan Melawat tempat-tempat menarik sekitar bandar Kathmandu.
Pagi
5.30 am kami keluar ke domestik airport untuk check-in ke Mountain Flight
melihat pemandangan banjaran Himalaya. Flight Simrik Airlines yang kami
naik penumpang cuma 20 orang, ambil masa sejam lebih berligar di udara
menikmati keindahan gunung ganang termasuk gunung Everest. Pailot bagi
peluang setiap penumpang ke depan untuk tengok lebih jelas gunung
ganang... uuuuhhh memang best dan amat terpegun melihat gunung ganag
yang bersalut salji memutih. Tambang yang kami kena USD182 seorang bagi
saya amat berbaloi sebab nak tunggu pi treking belum tentu lagi, bab
tambang ni bergantung kepada travel agent dan package yang kita ambil
untuk aktiviti lain.
Gunung ganang yang diselaputi salji |
Cert!!! Pengalaman melihat banjaran Himalaya |
Map Banjaran - Pilot akan bawa penumpang 'Mountain Flight' melalui setiap tempat tersebut...pemandangan gunung ganang ini menarik sekiranya cuaca cerah |
Pemandangan bandar Kathmandu |
Peminat accessories murah kat sini...satu rantai kalau pandai tawar boleh dapat dengan harga kurang dari Rm10 |
Bagi penganut agama Buddha |
Kawasan kuil hindu yang terbesar di sini dan menjadi tumpuan penganut hindu seluruh dunia...tapi gambar kuil tak dapat ambil sebabnya kami tak masuk cuma lihat disekitarnya saja. |
Art..lukisan ni memang unik dan kehalusan seninya kena lihat menggunakan kanta pembesar |
Shop sekitar buddha temple |
Hari Ke 3 : Kathmandu ke Pokhara : Flight Buddha Airlines, 2 hari di sini...selain dari melawat tempat menarik dan bersejarah kami plan melihat matahari terbit.
Di Pokhara kawasannya macam perkampungan, tenang bersih dan nyaman jika dibandingkan dengan bandar Khatmandu yang padat...ramai pelancong tertumpu kat sini untuk tracking. Dari Kathmandu ke Pokhara ada 2 alternatif melalui jalan darat atau udara, kami pilih udara walaupun kosnya agak tinggi.. sebabnya aku tak tahan mabuk bila naik bas...lagipun jalan darat berliku dan agak mencabar.
Hari Ke 4 kami menghabiskan masa di bandar Pokhara, kat sini boleh tengok tasik terbesar dan bagi yang ingin bersampan menghayati suasana tasik boleh menyewa sampan, kami tak ambil peluang ni sebabnya hujan renyai2...lagipun aku ni penakut!!! sikit bila tengok lautan tasik...tapi bagi yang berani tidak menjadi halangan. Petang kami bertolak balik ke Kathmandu dengan flight.
Di Pokhara kawasannya macam perkampungan, tenang bersih dan nyaman jika dibandingkan dengan bandar Khatmandu yang padat...ramai pelancong tertumpu kat sini untuk tracking. Dari Kathmandu ke Pokhara ada 2 alternatif melalui jalan darat atau udara, kami pilih udara walaupun kosnya agak tinggi.. sebabnya aku tak tahan mabuk bila naik bas...lagipun jalan darat berliku dan agak mencabar.
Pemandangan di Sarangkot - di sini waktu pagi menjadi tumpuan pelancong untuk melihat matahari terbit...tapi ni waktu cuaca lepas hujan. |
Tempat penginapan kami di Pokhara |
Davis Fall |
Bagi yang tak boleh lupakan nasi bila bercuti...kat sini pun ada nasi briyani |
Peminat accessories dan batu permata |
Handmade karpet |
Muzium Pokhara |
Terusan - air ini mengalir dari salah satu gunung di sini |
Terusan yang dibuat untuk laluan air dari gunung Anapuna. |
Kedai-kedai di bandar Pohkara |
Hari Ke 4 kami menghabiskan masa di bandar Pokhara, kat sini boleh tengok tasik terbesar dan bagi yang ingin bersampan menghayati suasana tasik boleh menyewa sampan, kami tak ambil peluang ni sebabnya hujan renyai2...lagipun aku ni penakut!!! sikit bila tengok lautan tasik...tapi bagi yang berani tidak menjadi halangan. Petang kami bertolak balik ke Kathmandu dengan flight.
Bagi yang berani... boleh mendayung menikmati suasana tasik |
Hari ke 4 dan 5 - petang kami kembali semula ke bandar Kathmandu check in di hotel Happy Home area Thamel street juga jadi pilihan sebabnya aku nak shopping. Malam sebelum kami berangkat balik ke KL, kami dapat jemputan dinner oleh kawan-kawan lama Mr Right.
Bagi yang ada plan untuk ke sini tidak perlu negatif tentang keadaan di sini, bagi aku ianya selamat untuk pelancong. Bagi yang meminati aktiviti yang mencabar seperti tracking boleh guna khidmat SHERPA.
Hotel Happy Home biliknya memuaskan. |
Dinner and culture show!!! tajaan oleh kawan Mr Right, mereka pernah sama-sama berkursus di luar negara sebelum ini, kami dihidangkan menu dan persembahan tradisional. |
Bye!!! Kathmandu jika diberi peluang aku tak serik datang ke sini sebabnya banyak lagi tempat yang ingin aku lawati dan nikmati dan shopping.
2 comments:
First time saya baca review Kathmandu dari org Malaysia sendiri. Impian tu nak tengok Everest depan mata sendiri.
Im so glad to read this.
Post a Comment