Sunday, June 30, 2013

Makan Tengahari : Sup Tulang Lembu

Seminggu berada negara orang aku tak 'enjoy' makan... sebabnya tak ada rasa yang melekat dengan lidah dan tekak aku. Tapi tetap bersyukur dapat makan, lagipun sekejap je.. ingatkan boleh turun berat badan...eemmm. 

Hari ni aku lepaskan gian sediakan menu sendiri- masak nasi, sup tulang, ayam kicap, telur dadar dan ikan masin...sayur tak ada sebab tak pergi pasar masak stok yang ada je. Alahamduillah syukurnya aku berada di bumi Malaysia segalanya selesa. Kami makan penuh berselera... yala bila dapat rasa secukupnya ada masin manis masam dan pedas.

Bercuti @ Kathmandu

24 Jun - 28 Jun 2013 = Malaysia Airlines

@ 855am 24 Jun 13 - Klia - Kathmandu (4 jam penerbangan) 

Peta Nepal dan tempat-tempat menarik untuk dilawati

Plan untuk bercuti luar negara dah lama, cuma kami  masing2 ada urusan kerja. Tiket untuk ke Kathmandu ni dapat awal januari, masa tu cuti aku dibekukan hingga Mei. Tiket penerbangan kami dengan MAS, tiket tu kami kena guna sebelum julai ni. Mulanya kami nak batal memandangkan di Kathmandu bulan Jun adalah musim hujan, tawakal je la bercuti sebab julai dah puasa Ramadhan. Maka bila waktu kerja dah tenang aku terus apply cuti...uuuhh cuti lulus bos pun bagi sokongan siap catat lagi atas borang cuti aku 'wow have fun'...uuhhh tqvm bos sebab bagi saya cuti setelah penat bekerja.

Mendarat di Tribhuvan International airport kami perlu mohon visa lawatan - siap waktu yang sama, kalau ada masa boleh mohon di embassy Nepal di KL ambil masa 2 hari untuk siap. Kalau ikut harga pun berbeza mohon di Kathmandu cuma usd25 seorang untuk 15 hari tinggal di sini.

Kami menginap di Hotel Kumari, Thamel - Airpot ke hotel 7km, kat sini ramai kaum Tamil sebab tu dikenali Thamel Street, tempat tumpuan pelancong dan banyak kedai2 cenderahati. Teksi airport ke hotel MYR24 agak mengecewakan amat daif kebetulan masa ke hotel hujan.. uuhhh pengalaman di tempat orang. 

Bagi yang minat shopping...Cenderahati!!!! Pashmina murah kat sini dan kualiti bagus
Selepas check in kami jumpa agen pelancong bincang program lawatan,  fokus utama kami nak tengok gunung Everest pada hari ke 2. Kalau ada masa dan rajin survey untuk banding harga dan plan banyak travel agent kat area sini. Kos kami bayar untuk seorang naik Mountain Flight USD182 lebih kurang sejam lebih di udara tengok pemandangan.

Hari pertama kat sini kami cuma plan jalan2 di kawasan sekitar hotel.. boleh patah kaki nak habiskan tengok barang di setiap kedai dan aku belum plan untuk shopping hari ni. 

Hari pertama dari segi makan kami terpaksa survey dulu. Makanan kat hotel kami check tak halal - terbaik kami beli roti kosong dan masak maggi cup kat bilik. Habis hari pertama - besok 5.30 am ke 'Mountain Flight' tengok banjaran Himalaya terutamanya Mt Everest.

Visa Pelancong ke Nepal

Note Nepal - selain tu untuk perbelanjaan disana boleh juga guna USD 







Hari ke 2 di Kathmandu : Package untuk hari ni Mountain Flight dan Melawat tempat-tempat menarik sekitar bandar Kathmandu.


Pagi 5.30 am kami keluar ke domestik airport untuk check-in ke Mountain Flight melihat pemandangan banjaran Himalaya. Flight  Simrik Airlines yang kami naik penumpang cuma 20 orang, ambil masa sejam lebih berligar di udara menikmati keindahan gunung ganang termasuk gunung Everest. Pailot bagi peluang setiap penumpang ke depan untuk tengok lebih jelas gunung ganang... uuuuhhh memang best dan amat terpegun melihat gunung ganag yang bersalut salji memutih.  Tambang yang kami kena USD182 seorang bagi saya amat berbaloi sebab nak tunggu pi treking belum tentu lagi, bab tambang ni bergantung kepada travel agent dan package yang kita ambil untuk aktiviti lain.


Gunung ganang yang diselaputi salji
Cert!!! Pengalaman melihat banjaran Himalaya

Map Banjaran - Pilot akan bawa penumpang 'Mountain Flight' melalui setiap tempat tersebut...pemandangan gunung ganang ini menarik sekiranya cuaca cerah
Balik dari Mountain Flight kami breakfast dan teruskan program melawat tempat menarik di sekitar Kathmandu - kami pilih 5 tempat untuk dilawati, cuma agak kecewa Muzium tutup pada hari tersebut. Gambar tempat yang kami lawati masih dalam camera dan handycam....yang upload kat sini hanya dari hp kualiti dan sizenya kurang memuaskan. 

Pemandangan bandar Kathmandu

Peminat accessories murah kat sini...satu rantai kalau pandai tawar boleh dapat dengan harga kurang dari Rm10

Bagi penganut agama Buddha

Kawasan kuil hindu yang terbesar di sini dan menjadi tumpuan penganut hindu seluruh dunia...tapi gambar kuil tak dapat ambil sebabnya kami tak masuk cuma lihat disekitarnya saja.

Art..lukisan ni memang unik dan kehalusan seninya kena lihat menggunakan kanta pembesar
Shop sekitar buddha temple





Salah satu makanan yang kami makan kat sini

Hari Ke 3 : Kathmandu ke Pokhara : Flight Buddha Airlines, 2 hari di sini...selain dari melawat tempat menarik dan bersejarah kami plan melihat matahari terbit.

Di Pokhara kawasannya macam perkampungan, tenang bersih dan nyaman jika dibandingkan dengan bandar Khatmandu yang padat...ramai pelancong tertumpu kat sini untuk tracking. Dari Kathmandu ke Pokhara ada 2 alternatif melalui jalan darat atau udara, kami pilih udara walaupun kosnya agak tinggi.. sebabnya aku tak tahan mabuk bila naik bas...lagipun jalan darat berliku dan agak mencabar.






Pemandangan di Sarangkot - di sini waktu pagi menjadi tumpuan pelancong untuk melihat matahari terbit...tapi ni waktu cuaca lepas hujan.


Tempat penginapan kami di Pokhara



Davis Fall

Bagi yang tak boleh lupakan nasi bila bercuti...kat sini pun ada nasi briyani

Peminat accessories dan batu permata

Handmade karpet




Muzium Pokhara

Terusan - air ini mengalir dari salah satu gunung di sini

Terusan yang dibuat untuk laluan air dari gunung Anapuna.

Kedai-kedai di bandar Pohkara


Hari Ke 4 kami menghabiskan masa di bandar Pokhara, kat sini boleh tengok tasik terbesar dan bagi yang ingin bersampan menghayati suasana tasik boleh menyewa sampan, kami tak ambil peluang ni sebabnya hujan renyai2...lagipun aku ni penakut!!! sikit bila tengok lautan tasik...tapi bagi yang berani tidak menjadi halangan. Petang kami bertolak balik ke Kathmandu dengan flight.

 
Bagi yang berani... boleh mendayung menikmati suasana tasik


Hari ke 4 dan 5 - petang kami kembali semula ke bandar Kathmandu check in di hotel Happy Home area Thamel street juga jadi pilihan sebabnya aku nak shopping.  Malam sebelum kami berangkat balik ke KL, kami dapat jemputan dinner oleh kawan-kawan lama Mr Right. 

Bagi yang ada plan untuk ke sini tidak perlu negatif tentang keadaan di sini, bagi aku ianya selamat untuk pelancong. Bagi yang meminati aktiviti yang mencabar seperti tracking boleh guna khidmat SHERPA. 

Hotel Happy Home biliknya memuaskan.
Dinner and culture show!!! tajaan oleh kawan Mr Right, mereka pernah sama-sama berkursus di luar negara sebelum ini, kami dihidangkan menu dan persembahan tradisional.
Bye!!! Kathmandu jika diberi peluang aku tak serik datang ke sini sebabnya banyak lagi tempat yang ingin aku lawati dan nikmati dan shopping.

Sunday, June 23, 2013

Jerubu

Pagi ni jerubu makin teruk.. pemandangan bandaraya KL dah tak nampak dari kediaman aku.  Cuaca @ bahan terasa panas.. pancaran matahari tak boleh nampak sebab diselubungi jerubu. Udara segar tiada lagi... yang ada bau asap. Baju dijemuran pun berbau asap, dalam rumah pun dah bau asap - nikmat berada di bumi indah ini sudah ditarik sementara waktu... semua angkara manusia yang rakus membakar di Indonesia.

Aku tak keluar ke kelas mengaji hari ni...risau juga dengan ketebalan jerubu ni boleh menganggu tahap kesihatan aku yang baru sembuh.

Friday, June 21, 2013

Dim Sum

Alamak bestnya Dim Sum kat dapur, uuhhh jawabnya diet aku terkantoi la hari ni. Dah la petang tadi makan rojak kat ofis. Mr Right beli kat mana aku pun tak tanya...kalau tanya kan dia cakap nak bayar ke? Apa pun rezeki depan mata aku makan je la. Eemm sedap u!!! lamanya aku tak makan dim sum ni. Ya la kalau tengok kat supermarket yang frozen tu rasa macam tak menarik. Apa pun sebelum exercises dengan cross trainer aku rasa la satu dua dulu...

New Toys!!!

Angkara nak jaga kesihatan dan seterusnya nak kurangkan berat badan aku di....anugerahkan alat mainan baru. Cross Trainer ni Mr Right beli minggu lepas, petang semalam sampai kat rumah. Waaahh bersemangat la aku petang semalam buat latihan... uuuhhh kau ingat hari ni exercises boleh terus kurus ke Cik Ya oiiii, sabar je la kan...obess nak kurangkan berat badan. Tapi buat sekejap pun dah penat, pertama kali aku cuba semalam exercises dalam masa 40 minit je, tu pun aku kayuh 3 minit berhenti..sambung kayuh.. kemudian berhenti sekejap tarik nafas...lepas tu sambung lagi.  Uhhhuu nak dapatkan 40 minit tu rasa teruk juga, tapi berpeluh la kaki pun rasa macam kejang.

Kelebihan Cross Trainer ni ialah boleh guna 2 fungsi iaitu berkayuh sambil duduk dan boleh kayuh sambil berdiri. Jadi tak da la rasa bosan...bila penat duduk boleh la berdiri betul tak.... Mesin ni boleh diubah-ubah step untuk kayuh...kalau nak yang ringan atau berat masa kayuh tu. Buat sementara ni akau ambil step yang paling rendah la...tak nak nanti terkejut urat saraf aku ni...nanti kejang pula kalau pilih step yang berat. Dalam screen tu boleh juga cek status degupan jantung. Cross Trainer ni harganya agar murah sikit kalau dibandingkan dengan jenama lain...lagipun masa kami beli ni harga promosi...harga asalnya 1500+, tapi kami dapat 900++. Lagi satu mesin ni tak ada bunyi langsung masa kayuh. Buat masa sekarang ni aku park je kat bilik tetamu, sebabnya kat situ ada tv dan ada pemandangan kat luar boleh la hilangkan rasa boring bila berkayuh tu. Ok la lepas ni aku update la status @ KPI kecemerlangan aku mengguna cross trainer ni. 

Wednesday, June 19, 2013

Makan Malam - Ikan Lemak Kuning Santan Frozen

Ha.ha.ha tajuk post aku hari ni panjang macam cerita novel. Petang semalam aku masak untuk makan malam tapi agak kurang puas hati sebabnya selera nak makan ikan masak lemak kuning, bila check dalam kabinet santan tak ada...eemm terpaksa la guna santan yang frozen...aku kurang suka masa guna santan frozen sebab bila masak kuah tak cantik...nampak macam santan berketul. Tapi angkara kepingan nak makan masak lemak kuning aku masak je la, walaupun rupanya tak seindah...tapi rasanya tetap ada. Daging goreng dan bendi goreng lauk tambahan malam ni. Sejak selsema ni..malam tadi baru ada selera nak makan. Tapi bila makan yang bersantan dan minyak ni alamak batuk tak lambat kebah la jawabnya. Tak pa la kalau nak ikut semua pantang kesudahannya berlapar la aku.

Tuesday, June 18, 2013

WARNA

Pagi ni terbaca artikel dalam BH tentang Kenali Potensi Diri - Terapi warna mampu bantu individu bentuk personaliti positif.

Panduan Pemilihan Warna :

ISNIN - Dianggap sebagai hari permulaan dalam setiap minggu. Pilihan warna putih pada pakaian atau aksesori sesuai untuk Isnin bagi menjelaskan setiap kesukaran atau masalah pasti ada jalan penyelesaian.

SELASA - Melambangkan emosi atau kasih sayang. Rona yang sesuai adalah merah jambu atau ungu lembayung.

RABU - Hari komunikasi dan warna biru seusai untuk anda terutama apabila perlu membuat pembentangan atau berjumpa pelanggan supaya komunikasi berjalan lancar.

KHAMIS - Kuning atau oren mempunyai kaitan dengan perut dan ia melambangkan hari yang kreatif. Jesteru, Khamis sesuai jika ingin melakukan senaman latihan di gimnasium tau mengamalkan diet untuk menguruskan badan.

JUMAAT - Hjau berkaitan dengan paru-paru dan jantung serta melambangkan keagamaan.

SABTU - Merah sering dikaitkan dengan darah. Pada Sabtu, kebanyakan individu mudah terpengaruh atau cenderung untuk ditipu. Sebaiknya, elak memilih Sabtu jik ingin membuat urusan berkaitan kewangan.

AHAD - Hitam warna yang sesuai. Ia menjadi hari yang penuh misteri atau rahsia. Biasanya, warna itu dikaitkan dengan otot, tulang dan sendi.

Sunday, June 16, 2013

Dua Versi Nasi

Hari minggu : macam biasa aktiviti aku kalau Mr Right ada, kami menyinggah kat mall untuk exercises kaki, mata dan poket untuk habiskan masa hari minggu. Selepas kelas mengaji pukul 1 ptg, nak jalan2 cari makan tengahari masih kenyang, pagi tadi untuk sarapan aku masak kari sardin makan dengan capati. Jadi window shopping dulu... eeemm aku ni ikut je, lagipun aku tau kalau Mr Right menuju ke tempat yang dia cakap mesti dia ada tujuan nak melihat atau membeli. Sah dia shopping hari ni... ok la keperluan kami... aku tukang tulis je janji dia bayar.
Masa kami keluar dari Ampang Point tu dah pukul 4 ptg, eeemm nak makan apa la waktu macam ni? Bila tengok menu macam2 masakan ada, kesudahannya pilih nasi ayam dan nasi goreng special (yang special cuma ada kepak ayam). Alahai!!! apa la kami ni setakat nak makan macam ni tak payah la masuk coffee house taraf hotel. 

Memang sah la rasanya tak menepati selera kami berdua, hidangan ni menang kerana persembahannya. Tapi rezeki yang datang tu tak perlu dipertikaikan... kita makan je mana tau esok lusa tak ada lagi makanan seindah ini.