Friday, January 18, 2013

Roti terBakar

Mata ni asyik nak terpejam je, tapi perut macam minta di isi. Sementara tunggu solat isyak bakar roti letak sadin.... tengok la rupanya tak indah langsung untuk ditatapi:-):-):-):-). Apa aku kisah janji sedap dan selesa perutku malam ni.  Kalau ikut mengantuk dan penat tak nak layan perut yang lapar ni.. saat sekarang ni cuba elak dari menahan lapar sebab takut kena gastrik nanti sapa nak tanggung amanah di tempat kerja. Tambah pula aku ni tak minat nak jumpa doktor lepas tu dapat ubat dan MC....  selagi aku mampu mc tu tak perlu la kecuali sakit yang tak boleh nak bangun.

Malam ni nak qada tidur-malam tadi hanya 3 jam je dapat tidur, perhambakan diri ditempat kerja dari pukul 8 pagi hingga 3 pagi... macam kerja 2 shif. Masa di ofis letih tu tak mampu nak tayang dan cakap kat orang lain sebabnya orang lain pun penat juga....silap haribulan diri sendiri yang kena... jalan terbaik diam dan ikut je arahan. Hari ni aktiviti kerja 2 tempat... pukul 7 malam bergerak ke ofis satu lagi , rasanya aku drive terasa melayang2 sebab nak kejar masa bagi aku yang sudah faham situasi kerja macam ni tak jadi alasan sangat janji orang sekeliling puas hati dengan khidmat aku. Apa pun aku tak tau orang ikhlas atau tak terima segala usaha dan pengorbanan masa aku ini. Aku berserah padaMu Ya Allah janji aku ikhlas mencari rezeki halal.

No comments: