Thursday, January 31, 2013
File Berwarna Warni
Kita Minum Dulu
Wednesday, January 30, 2013
Kalendar Kuda
Siapa tak kenal kalendar kuda...rasanya yang tak kenal tu dari cuma kalangan anak-anak zaman FB je. Mungkin mereka ni banyak rujuk kepada kalendar yang berteknologi multimedia. Tapi bagi aku kalendar kuda ni kalau ada yang bagi semestinya aku tak tolak sebab informasi yang ada memang lengkap dan senang untuk rujuk dari segi tarikh cuti. Semalam semasa membeli stationery untuk pejabat tuan kedai tu hulur kalendar tu....mulanya dia ingat aku tak nak....ya la dia ingat aku ni rujuk tarikh kat multimedia je kot....hakikatnya bagi aku yang tradisi lama tetap berguna. Tuan kedai tu tanya nak berapa kalendar....he..he.. dia ingat aku nak gantung merata tempat kot...kat sini aku fikir cara tuan kedai ni yang tak kedekut nak bagi kalendar ni pun dan jadi satu cara dia mempromosi kalendar kuda ni...bukannya dia dapat untung pun, sebaliknya bila aku fikir balik dengan cara ni la kalendar kuda dikenali ramai.
Letih & Pedih Mata
Monday, January 28, 2013
Meroti Almond
Mangga Tawar + Lemak
Selera Untuk Tengahari
Untuk makan tengahari agak lewat sikit, biasa la bila dah pegang kerja lain terbabas sikit nak punch card di dapur.
Operasi Kilat Perabot
Pancake
Sunday, January 27, 2013
Pagi minggu
Bestnya bila wake up pagi ni tak perlu ke ofis. Check in kat opis di rumah sediakan breakfast. Cuma tambah sikit je untuk makan pagi ni, roti yang bakar semalam ada lagi.
Program hari ni ada jemputan kenduri, nasib la ada alasan kenduri dapat la escape dari outstation, kalau tak pagi ni depart 7am dan breakfast di Alor Star, lantak la dia orang nak sembang atau kutuk sebab aku mengelak, janji hari minggu aku dengan family. Lagipun dah ramai yang boleh backup kerja aku, buang duit company je. Kalau aku pergi sah la orang lain yang ikut tu datang untuk makan angin je.
Saturday, January 26, 2013
Kata2 Kenangan
*****JIKA MAHU MAJU******
BERGERAKLAH BUKAN KERANA PERINTAH
BERSEMANGAT BUKAN KERANA TAKUT
RAJIN BEKERJA BUKAN KERANA UPAH
KEGAGALAN BUKANLAH AKHIR PEKERJAAN
TAPI PERMULAAN UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN
Raisin Bread & Tabur Badam
Tiba-tiba je petang ni nak makan roti manis, nak keluar rumah rasa malas la pula....jenguk kat dapur ... bread maker pun dah lama tak kerja jadi boleh la minta bantuan dia masak roti. Bahan yang ada cuma buah kering campur dan badam. Jadi la untuk buat sebuku roti. Roti ni tak boleh nak buat bentuk lain sebabnya microvave oven tiba-tiba je merajuk eemm rosak la tu, lagipun dah tiba masanya kot dah hampir 20 tahun dia berkhidmat untuk aku dari zaman aku bujang. Uuhhh ingat la masa beli microvave ni aku dapat duit pampasan dari company sebab aku ditukar ke subsidari.
Jadi bread maker ni boleh la berkhidmat untuk meroti untuk aku. Tak boleh berangan nak membakar cake etc buat masa ni. Masa untuk hantar repair pun tak tau bila, alamaknya kalau nak cepat aku kena la merayau ke kedai elektrik cari yang baru. "Tunggu je la dulu"...tula jawapan Mr Right bila aku minta hantar repair...eemm sabor la. Harapnya dia ganti yang baru uuhhuuh.
Saat aku dok taip kat blog ni dah bau keharuman roti yang dikerjakan oleh bread maker...seronok dan senangkan zaman sekarang tak perlu nak menguli tepung, masuk je bahan2 dalam acuan bread maker tu set je nak masak roti jenis apa, kemudian tinggal...kita boleh buat kerja lain tak perlu nak tunggu, kecuali nak buat bentuk roti tu kena la buat sendiri dan bakar guna oven lain.
Sat. Breakfast
Friday, January 25, 2013
Menu Makan Malam
Hari kononnya nak balik awal dari kerja...tapi terbabas juga ke pukul 5 lebih. Emm mood nak kerja kurang... hujan dah pasti kat Batu Cave jam tambah pula ada persiapan Thaipusam.
Thursday, January 24, 2013
Salam Maulidur Rasul
Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s w t, sempena kelahirannya seluruh umat muslim di muka bumi ni menyambutnya.
Cuti umum sehari dapat la lepaskan penat semalam seharian dengan kerja dan meeting. Urusan kat rumah biasala bila cuti kerja ofis, di rumah ada tugas lain...cuma masak aku sediakan heavy breakfast..lunch tak perlu. Senangkan hidup aku...he..he..sekali sekala boleh la.
Petang keluar ke workshop kereta asyik meragam je sekarang. Bulan ni dah seribu lebih habis eeemmm maklum la kereta dan berusia. Tapi dalam sabar tu ada juga stressnya. InsyAllah kalau ada rezeki nak je aku ganti yang lain.
Keluar dari workshop kami ke kedai Yong Taufu untuk dinner...bestnya lama tak makan kat sini. Sehari cuti dah habis...esok mengadap pula kerja di ofis. Niat nak sambung cuti besok sehari pun boss tak lulus...sabar je la.
Wednesday, January 23, 2013
Adakah Aku STRESS @@@
Hari urusan di ofis memenatkan. Rasa dah tak mahu lagi berada di sini. Aku jadi marah yang teramat tapi simpan dalam hati saja dalam almari diri aku. Kecewa bila orang lain dapat habuan yang lumayan...hakikatnya aku terpaksa korban sendiri untuk perbelanjaan urusan kerja. Di mana kebijaksanaan "BOSS". Aku bukan boss tapi dibagi kerja dari jawatan paling bawah sehingga level pengurus. Aku tak heran dengan jawatan...semua tu untuk mengaburi orang yang gila pangkat...yang penting pangkat-kerja-gaji sepadan dengan apa yang dipertanggungjawabkan. Namun aku tidak sebegitu.... kenapa aku memikirkannya hari ini...bukan sebelum ini????
Petang pukul 5 pm aku tinggal kerja berkejar ke workshop hantar kereta problem econ...habis 1K lebih....aduhai banyaknya...sabar je. Dari berpeluh memandu biarlah sejukan diri...sekurangnya kurang stress pergi & balik kerja.... esok dan seterusnya apa lagi citerku...
Sunday, January 20, 2013
Aktiviti Petang
Petang ni tak ada plan keluar merayau..maka kena la buat aktiviti kat dapur untuk minum petang. Tambah pula hujan ni semestinya nak makan yang bergoreng. Masak yang paling senang dan cepat...boleh makan panas2. Menunya Cekodok - gandum + ikan bilis + bawang besar + potong cili padi sikit + telur sebiji+ sedikit garam & gula kemudian masukkan air suam ( kalau nak cekodok tu garing n rangup).
15 minit Ok siap!!! Teh panas dan cekodok ikan bilis....Makan panas2...cekodok ni cicah cili sos pun best juga. Maka berlalu la pagi petang hari ahad aku di rumah. Badan ni rasa lemah je bila ingat besok isnin kena kerja....waauuwaaa!!!@$$/^^&*)).
Mari memasak.....
Hari ni memaksa diri untuk masak sebab Mr Right ada, tapi tak da la kena paksa. Secara rela aku masak lagi pun nak kurangkan stok bahan mentah nanti ada yang rosak membazir pulak. Dan dua 3 kali buka tutup peti ais cheking apa yang nak masak....tak da ideal. Masak nasi dulu, tengok bahagian frozen tu macam2 ada... masak singgan daging, goreng ikan, ikan bilis goreng dengan petai dan letak tauhu. Ada 2 biji telur masin yang aku buat sendiri, telur itik tu aku bawa dari kg & buat sendiri dengan air garam....emm ok la berjaya. Masa adik2 aku datang sini dapat la dia merasa telur masin tu. Aku jeruk cuma 12 hari je dah elok untuk di makan.
Menu hari ni favourite aku cuma daging singgan dengan telur masin, ikan bilis petai tu untuk Mr right, dia tak minat telur asin. Aku alahan sikit bila makan petai ...mesti sakit tekak. Lepas makan lepak la sekejap...banyak lagi tak beres kain belum lipat dan iron, notis mesyuarat utk besok belum sms lagi, kerja ofis yang bawa balim pun belum siap....rasa ngantuk la pulak.....
Homework
Bawa balik kerja ofis kononnya nak buat kat rumah. Aduhai tak ada moodnya nak buat, on notebook hingga dah low batteri pun masih belum ada sumber inspirasi nak mengadap. Buka tv tengok cerekarama lagi tenang, cerita malam ni ok juga kelakar tak stress bila ikuti jalan ceritanya. Macam ni baru hiburan bukannya tengok cerita hantu seram menangis meraung maki hamun untuk hiburan.
Kesudahannya drama dah happy ending, homework aku baru nak sentuh. Alahaiiii dah taip beberapa page dah ngantuk la pulok. Jawabnya tutup je la notebook ni....sambung la di masa lain. Tak guna bersekang mata bukannya dibayar OT pun. Dah la bos sms ada doc tak lengkap dalam folder untuk program hari ni...uuuuhhh grrrr stress dan terganggu hari minggu dan mood rehat aku hari ni. Lantak la bos nak marah aku tak sengaja cuma terlepas pandang check list. Aku cuma manusia biasa kekurangan dan kesilapan tu adalah lumrah.!!!
Saturday, January 19, 2013
Jambu + Asam Boi
Jambu ni dah hampir seminggu dalam peti ais, beli masa balik dari P.Pinang. Balik kerja dah malam selera untuk makan jambu pun dah hilang. Kebetulan singgah Tesco selepas mengaji tadi beli asam boi ni eeemm apa lagi dah la lama tak makan jambu cicah asam boi ni. Nampak gayanya lunch hari ni makan ni je la. Sementara tu boleh la fikir nak masak apa. Dalam peti ais tu masih banyak stok bahan mentah untuk bulan ni tak terusik. Minggu ni tak masak, weekend ke Pinang lepas tu Mr Right outstation dan kebetulan pulak aku bzy balik dah lewat... jadi tersadai la semua tu.
Hari ni mood nak masak tu masih kurang jadi tunggu je la dulu bila dah lapar.... makan buah jambu ni pun dah kenyang lagi pun ni vitamin C bagus untuk badan.... buah tu bagus... yang kurang bagusnya adalah asam boi tu. Dulu aku stop makan asam boi ni sebab ramai yang cakap boleh menyebabkan cancer tapi aku tak tau sejauh mana kebenarannya. Hari ni terlari sikit pantang tu... ya la sekali sekala boleh la ambil untuk pengubat selera.
Indocafe Tarik
Kita minum dulu sebelum mulakan tugas di rumah seterusnya. Hari ni kena fokus kerja di rumah dah seminggu tak ambil tahu. Hari minggu lepas ke P.Pinang dah terbengkalai sikit kerja rumah. Aktiviti pagi ni dah siap cuci porch yang berhabuk sebab jiran buat renovation. Lepas mop rumah nak pergi kelas mengaji Al-quran.... terkejar juga masa pagi2 ni.Takut kena jam biasanya hari sabtu ramai juga yang keluar.
Emmm lama tak minum indocafe ni asyik minum teh makcik kat ofis je :-) Memang sedap bila kena sekali sekala macam dapat tenaga baru.... tu la manusia percaya dengan kekuasaan makanan dan minuman. Sebenarnya tu cuma tambahan je yang betul2 memberi kita tenaga adalah kerehatan seperti tidur yang cukup, badan cukup exercises dan berpeluh serta minda yang tak stress. Semalam aku dah cukup rehat tidur yang cukup 7 jam. Pagi ni pukul 5 pagi terjaga dah terasa kelainan dalam badan, rasa bertenaga semula. Betul la pakar kesihatan kata tidur yang berkualiti salah satu punca badan sihat.
Friday, January 18, 2013
Roti terBakar
Mata ni asyik nak terpejam je, tapi perut macam minta di isi. Sementara tunggu solat isyak bakar roti letak sadin.... tengok la rupanya tak indah langsung untuk ditatapi:-):-):-):-). Apa aku kisah janji sedap dan selesa perutku malam ni. Kalau ikut mengantuk dan penat tak nak layan perut yang lapar ni.. saat sekarang ni cuba elak dari menahan lapar sebab takut kena gastrik nanti sapa nak tanggung amanah di tempat kerja. Tambah pula aku ni tak minat nak jumpa doktor lepas tu dapat ubat dan MC.... selagi aku mampu mc tu tak perlu la kecuali sakit yang tak boleh nak bangun.
Malam ni nak qada tidur-malam tadi hanya 3 jam je dapat tidur, perhambakan diri ditempat kerja dari pukul 8 pagi hingga 3 pagi... macam kerja 2 shif. Masa di ofis letih tu tak mampu nak tayang dan cakap kat orang lain sebabnya orang lain pun penat juga....silap haribulan diri sendiri yang kena... jalan terbaik diam dan ikut je arahan. Hari ni aktiviti kerja 2 tempat... pukul 7 malam bergerak ke ofis satu lagi , rasanya aku drive terasa melayang2 sebab nak kejar masa bagi aku yang sudah faham situasi kerja macam ni tak jadi alasan sangat janji orang sekeliling puas hati dengan khidmat aku. Apa pun aku tak tau orang ikhlas atau tak terima segala usaha dan pengorbanan masa aku ini. Aku berserah padaMu Ya Allah janji aku ikhlas mencari rezeki halal.
Wednesday, January 16, 2013
Sekadar Roti dan Susu
Malam ni mood nak masak kurang tambah la ada sedikit kepenatan. Sampai rumah dah jam 8 mlm nasib baik keseorangan je hari ni kalau tak kena punch card kat dapur pulak. Keputusan aku untuk makan malam sekadar ambil roti + telur + sos dan kawan dengan susu segar. Cukup la tu sekali sekala dapat peluang mencari waktu untuk merehatkan minda dan fizikal. Besok banyak lagi urusan menunggu dan belum tentu dapat rehat. Bila badan rasa nak rehat makan sikit pun dah cukup kenyang. Lagipun bagus juga untuk aku diet. Ya la tu cik ya.....
Hari ni seharian di ofis buat persiapan untuk 3 meeting besok, pagi, petang dan malam. Macam aku nak tawan negara baru bila fikir situasi kerja aku sekarang. Kalau dapat beli mini cooper pun ok la jugak sekurangnya tercapai cita2 dan impian serta hayalan aku. InsyAllah semoga Allah SWT permudahkan rezeki untuk aku. AMIN
Eeeemm tiba2 teringat ada lagi 1 bab tak buat untuk besok..... adoiii kenapa baru ingat ni dah la berkaitan dengan nombor.... aku cukup lemah dengan matematik sebab tu tak leh lagi accountant, bajet untuk diri sendiri tau la kira :-):-).
Tuesday, January 15, 2013
Terapi Stress
Ya Allah pada Mu aku mengadu segala susah payah dan pada Mu jua aku mengucap kesyukuran dengan apa yang aku ada sekarang dari kesihatan, kebahagiaan dan sebagainya. Cuma ada kala tu aku rasa stress juga dengan keduniaan. Situasi kerja yang tak pernah habis dan tiada nikmat lagi untuk sembang dan gosip di internet:-):-):-)
Pagi tengahari petang berterusan aku mengadap kerja bila solat dan makan aku cuba buang soal kerja. Balik rumah ada kalanya gangguan kerja tetap ada. Nasib la company bagi S3 mesti la untuk buat kerja. Cerita bab S3 ni aku memang tak nak sebab tak nak tambah bebanan kerja dan kewangan.
Kalau boleh bila balik rumah aku nak duduk lepak depan tv sambil makan kuaci. Sebenarnya bagi aku makan kuaci ni boleh menghilangkan stress dan penat. Sejak akhir2 ni aku siap buat stok kat dalam kabinet dapur.... eemmm tambah kolasterol la sikit tapi menenangkan sikit stress dan lupa sekejap pasal kerja. Tapi berapa lama aku nak layan kuaci ni.???? Sekali sekala je jangan jadi habit dan addicted!!!!
Bawa balik kerja kononnya nak sambung buat kat rumah.... kesudahannya aku layan kuaci lagi best. Kerja tu buat besok di ofis okey...tak yah la nak korban masa indah di rumah dengan kerja yang belum tentu dapat mengembalikan waktu itu lagi dan tak akan dapat pulangan yang lumayan pun.....bos-bos bukannya heran pun kita penat dan stress...maka kita pandai2 la mencari kebahagiaan untuk diri sendiri sebab masa itu tak mungkin akan kembali lagi.
8 jam SEHARI cukup ke??
Bila sebut je waktu atau masa mesti ada yang tertanya-tanya APAKAH tujuan saya menghitung jam.? Bagi orang yang bekerja macam saya ni dah semestinya kira jam sebab masuk dan balik kerja. Sejak 2 bulan ni masa kerja saya 8 jam sehari sudah tidak mencukupi. Bukan nak bangga diri sebab rajin tetapi masa tu cepat sangat berlalu dan kerja saya yang sering bertambah setiap hari tak terlayan. Seharian pengiraan perjalanan masa saya.
-7.30 am ke ofis kalau tak jam 8.30 am atau 9 am dah ada depan desktop dan clear apa yang patut dalam ofis. Dalam perjalanan ke ofis singgah beli makanan bila hari ada meeting.
-Breakfast sambil check email dan urgent work.
-Collect newspaper and paper cutting
-Order minuman di pantry kakitangan meeting
-prepare doc untuk meeting dan ada la pengacau2 yang minta tolong update kerjanya, print utknya, minta bahan kerja, minta claim, mengadu dan mengeluh hal kerja:-):-):-):-):-) AKU layan semua janji kau orang bahagia.... aku dapat APA????
-11 am start meeting setelah dia orang bantai nasi lemak dan apa2 yang ada atas meja dan dalam peti ais.... makan la selagi kau orang larat. Aku manager utk sedia nasi lemak, minuman tak nak ambil tau sapa makan minum:-) Kerja aku membeli!!
-laporan dan perbincangan: ada masa aku rasa tak puas hati atas banyak sebab... tak perlu nak komen.
-dah 2 - 3 jam meeting, bahagian aku mcm biasa la dapat la tambahan kerja....eeemmm setiap kali meeting ada je top up tugasan. LETIH LESU. Mereka blah... tinggal meja meeting , meja makan bersepah dengan cawan, kotak dan tin air, habuk rokok, kulit gula2.... aku juga yang kena selesaikan.
- 2.30 pm aku mula mengadap note2 meeting....pilih yg penting dan urgent untuk diselesaikan atau update atau banyak la ataunya.
- 3.30 waktu aku Solat zohor dan ni la rasanya peluang untuk aku kosongkan minda dari urusan kerja.
- sambung kerja hingga jam 6 pm.... on the way balik kena fikir juga.... barang2 untuk ofis dan tambahan stok yang kena beli.....melencong la ke supermarket SHOPPING. Kat sini kena kejar masa tak boleh nak lengan kangkung laki dah tunggu kat rumah.... balik kena masak pulak:-):-):-):-):-):-D
Monday, January 14, 2013
Black Cayon Coffee
Sebelum bertolak balik ke KL singgah makan di sini. Kami tertarik hati nak makan kat sini bila tengok ramai orang makan. Mesti sedap kot?!?!?.
Sebelum order sempat interview waiter tukang masaknya orang Siam...patut la menunya banyak ala siam. Pandang ke meja pelanggan yang sedang makan eeemmm ramai yang order nasi, tomyam, sup....
Memandangkan aku dah makan nasi pagi tadi...jadi aku pilih fetucini tomyam ayam, Mr Right pilih nasi goreng pedas. Ok makannya cukup rasa dan boleh bagi **** aku rekmem. Cuma harganya agak mahal sikit...tapi sekarang ni mana2 pun makanan dah mahal. Tepuk dada tanya selera dan poket.
Sunday, January 13, 2013
Kakiku. ...Jalan2 Cari Makan
Nasi Kandar Pokok Ketapang
Pagi ni makan pagi kat sini ... tak jauh dari tempat penginapan. Dah habis pusing Penang Hill datang breakfast di restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang...agaknya sebelum ni kedai ni berniaga kat bawah pokok ketapang.
Nasi kandar, roti canai banjir dan teh tarik pilihan kami.
Saturday, January 12, 2013
Malam Minggu @ Lepak
Aktiviti kami kat sini hanya la makan je. Lengkap menu hidangan untuk satu hari...bfast, lunch, evening tea, dinner & supper.
Tapi sepanjang kat sini kami banyak jalan kaki untuk cari makan jadi terbakar la sikit kalori. Malam kami makan sup dengan roti...restorannya dekat Hotel Malaysia...uuhhh supnya memang best...patut la ramai yang order!!! Emm lupa nak snap gambar.
Dah penat berjalan pulang je hotel...terasa haus la pula...Mr Right ajak lepak kat Starbuck...boleh aje lagi pun malam minggu...malam yang panjang...besok tak kerja...la..la..la.
@P.Pinang: Chendol & Laksa
Cendolnya memang terbaik |
Dalam kedai ni banyak gambar2 kenangan vip yang datang makan |
Ini dia laksa!!! |
Lunch @ McD
Sementara menunggu Mr Right selesai urusan...lepak la kat sini cari wi fi free dan sah la kena makan sebab dah masuk waktu makan tengahari.
Kalau ikut pada menu makan sejak malam tadi makan fast food, breakfast tadi makan nugget dan lunch pulak bantai burger. Emmm nasib la perut janji bahagia.
Mungkin malam ni boleh ronda kat P.Pinang cari kelainan sikit untuk dinner...say no FASTFOOD.
Friday, January 11, 2013
Cole slaw KFC home made
Masa yang singkat dengan menu yang simple ni sudah cukup untuk makan malam ni. Goreng ayam, potong kobis dan karot dan letak mayonies untuk tambah rasa dengan sos cili dan lada hitam.
Kalau nak makan kfc ambil masa juga nak keluar rumah...jadi reka je sendiri menu kalau dah malas nak memandu