Thursday, November 8, 2012

Ikan Aya Gulai

Menu beberapa hari lepas, baru hari ni free untuk share kat sini. Jadi la sekurangnya ada juga citer hari ni. Ikan tongkol atau ikan aya ni isinya agak pejal sikit, memang sedap kalau masakkan yang berkuah. Tapi bagi aku peminat ikan ni memang tak kisah masak apa...semua akan selesai. Makanan kalau dah ada depan tu bermakna rezeki kita la. Ikan aya gulai ni memang famous kalau kat negeri aku terutamanya kalau makan pagi...nasi berlauk kena pula dengan sambal cili.

Lauk sampingan lain sebagai menambah selera aku goreng ayam dengan halia...bagi la warna sikit letak kicap...lepas tu ada la sayur...yang ada stok cuma salad dengan timun je...emm jadi la cicah dengan sambal tempoyak. Lengkap la menu aku hari tu, boleh makan dengan sekenyang-kenyangnya.

Salad + Timun + Sambal tempoyak,

Ayam Goreng Potong kecil masak halia


Ikan Aya Gulai/masak lemak kuning campur timun
 

Monday, November 5, 2012

"New Toys"

Semalam Mr Right tiba-tiba je ajak keluar jalan-jalan...emm dalam hati cuma fikir dia ajak makan kat luar. Tapi lain pula jadinya, dia menyinggah kat kedai peralatan komputer. Aku ni sekadar mengikut je la...dari dok kat rumah bosan juga hari minggu ni bila ada masa orang ajak keluar tu bak kata SY, KE, KRIL... "i followwww"

Rupanya saya akan dapat hadiah...uuuhh gembira & bahagia sungguh bila dapat new toys ni!!! memang la hati ni dah lama berangan nak beli benda ni...cuma setiap kali pegang perasaan tu berbelah bagi.... adakah benda ni menjadi keperluan untuk aku...sebab notebook kat rumah pun tak guna, kat ofis pun dah ada kelengkapan untuk berFB, berforum, berblog dan etc smartphone pun dah ada. 

Tapi bila dapat free aku terima dengan sepenuh hati tak cukup tangan aku nak tadah....he..he..he.. tu la adat manusia. Dalam hati ni dok fikir gak hadiah ni sempena apa agaknya. Kesudahannya terjawap la juga 'advance birthday present'. Kalau ikutkan sebulan lagi cukup tarikh hari lahir aku. TQVM Sir!!!

Warna pilihan aku untuk harijadi tahun ini...



Harapnya bila ada toys ni aku tak lalai dengan tugasan kat rumah. Sekarang ni banyak sangat kes rumahtangga bercelaru bila suami isteri, anak2 asyik dengan gadget. Doa aku agar tidak ada kelalaian...akan akau manaafatkan semua ni kearah yang baik. InsyAllah.


 

Friday, November 2, 2012

Western Dinner


Appoitment @ Event : Dinner @ Western
Date & Time : 1 Nov 2012 @ 8.00pm
Place : Tony Roma's Mont' Kiara
Guest : 2 person

Malam tadi dapat jemputan makan free... huuhhh Mr Right belanja makan...memang tiap-tiap hari dia belanja makan. Cuma kali ni dapat makan tempat yang dah lama tak kunjungi. Ya la kalau hari-hari aku datang makan kat sini kering kotang la gaji hamba.  

Sekadar nak share pasal makan je...memang sedap dah amat berpuas hati dengan hidangannya. Makanan yang kami pesan tu memang best!!!! cuma jumlah makanan untuk seorang tu agak banyak, biasanya untuk makan malam perut ni tak boleh nak masuk banyak, kalau orang kuat makan mungkin boleh habis kot. Jadi untuk tidak membazir makanan kami terpaksa la ambil masa yang lama kat situ sambil 'lepak' dan jamu mata.  

Ini la hidangan yang kami pesan...






Alahamduillah!!! Terima kasih.

Thursday, November 1, 2012

Mee Goreng selera Melayu

Mee goreng selera melayu. 

Menggoreng mee!!! malam tadi untuk makan malam masak mee goreng selera ala Melayu. Kalau selera Melayu suka hati kita je la nak letak apa janji tak sama dengan selera orang lain. Biasanya mee goreng yang famous adalah mamak style. Kekadang selera seseorang ni terlalu obes dengan 'bangsa' hakikatnya bila memasak tu tak ada banyak beza.

Sekarang ni bila je sebut nak makan kat kedai mamak tekak dah mula terasa mual...entah la agaknya dah banyak cerita dan pernah tengok sendiri taraf kebersihannya. Tambah pulak pekerja yang terdiri dari warga asing...kita tak tau dia orang ni ada ambil vaksin atau tak sebelum masuk bekerja, tidak mustahil kalau ramai orang yang cepat kena penyakit berpunca dari pedatang asing ni. Cuma kita tak terfikir semua ni sebab kita sekadar fokus kepada perkara yang kita nampak secara kasar saja. 

Jadi kepada pengunjung yang suka makan kat luar tu berhati-hati la bila memilih kedai makan. Saya tak salahkan pengguna sekarang ni kerana ramai yang tak berkesempatan untuk menyedia makanan untuk keluarga, tambah pulak ada yang berpendapat beli makanan dah siap dengan beli bahan mentah untuk masak tak ada beza harganya. Kesimpulannya setiap orang tu ada pendapat masing-masing, tepuk dada tanya selera!!!