Wednesday, October 31, 2012

Terubuk Masin + Telur Dadar

Musim hujan ni balik je kerja mesti kelaparan. Penat tapi lapar maka terpaksa la mencari habuannya...kalau beli mula la banyak komen. Dari dok wat dosa kering je...lagi baik masak, janji puas hati perut kenyang. Malam tadi masak la yang seringkas mungkin...faktornya nak cepat makan. 

Masak nasi, sup sayur, telur dadar dan ikan terubuk masin goreng masak sambal cili. Nak masak semua ni bukannya ambil masa yang lama...setengah jam dah boleh siap semua lepas tu dapat makan yang panas. Bila dah dapat makan panas-panas ni semestinya bertambah la segalanya...nasi tambah dan berat badan pun bertambah la juga. Emmm makcik bila nak turun berat badan ni.


Ikan terubuk masin ni dipotong kecil kemudian goreng garing...emm menyelerakan
 
Sup sayur yang ala kadar je sayurnya

Telur ayam goreng...dah masak jadi telur dadar..nasib kau la ayam!!!
Boleh dikatakan kalau masak lauk ringkas macam ni semestinya akan licin. Tambah pula telur dadar ni nampak je cam tu...tapi bila makan panas2 memang tak pandang dah lauk yang lain. Cuma kena ingat sikit telur ni tak boleh la makan tiap2 hari...fikir-fikir la sendiri ya.

Tuesday, October 30, 2012

Roti @ Bread Maker

Roti panas!panas! Jom!!! kita makan...
Hari ni nak coret pasal bread maker yang dah sebulan dihadiahkan. Kebetulan pulak masa tu dok sibuk dengan urusan lain tak sempat nak merealisaikannya. Masa mula-mula terima tu setakat buka tengok barang je....lepas tu masuk dalam kotak dan perap je kat tepi stor.

Hari minggu lepas sempat la meng'operasi' bread maker ni. Ambil masa juga la nak mula operasi meroti ni....ya la pertama kali nak guna mesin ni, kena baca manual dulu...dalam manual tu lengkap dengan beberapa resipi roti yang ringkas. 

Ok dah selesai baca manual tu...bermula la acaranya. Pertama kali nak buat roti ni saya ikut je resipi yang disediakan...pilihan no 1 buat roti putih biasa... masukkan bahan-bahan dalam pan breadmaker tu... lepas tu ikut arahan dan pilihan.


1 : Operate breadmaker...ok lampu menyala

2. Breadmaker mula beroperasi menguli
3. Masa 2 jam berlalu......

4. Setelah beroperasi 2 jam


5. Roti dah masak

6. Yeaaahhh!!! berjaya menghasilkan sebuku roti


7. Ini la hasilnya...sekarang operasi memotong roti...

Bagi saya tak rugi beli breakmaker ni sebab ianya cepat dan mudah untuk menyediakan roti. Kepada Mr. Right @ myroomate Terimakasih ya!!! sebab memahami keinginan dan keperluan saya didapur. Sesiapa yang suka makan roti dah semestinya tak perlu nak buang masa untuk menguli dan semestinya dapat makan roti yang fresh/panas.

Monday, October 29, 2012

Mee Kari

Mee Kari lautan dan daratan
Minggu ni terlebih rajin pulak dok kat dapur. Musim hujan dan cuaca yang sejuk, maka selera makan ni telah menganggu diet aku. Emmm tak da maknanya nak diet bila perut dah memanggil-manggil minta makanan. Menu kali ni nak masak kuah kari untuk dikawankan dengan mee. Kalau ikutkan tak cukup bahan lain untuk dijadikan teman mee kari ni. Tapi setakat ada bahan basic bagi aku dah cukup untuk menyediakannya janji rupa dan rasa tetap ada.

Dalam kuah kari tu pelbagai binatang aku masukkan...apa yang ada dalam peti ais tu aku capai je...kesudahannya dalam kuah kari tu ada rencah daging, ayam, udang dan sotong. Mulanya terdetik gak apa la rasanya nanti....semestinya bila makan mee kari tu sekejap rasa macam berada di lautan sekejap macam di daratan...ha..ha...ha.. kalau masuk masterchef semestinya tercorok lepas tu kena kutuk kaw-kaw.

Kawan-kawan dalam mee kari

Mee Kuning + Pasta

Kuah Kari hasil lautan dan daratan


   

Saturday, October 27, 2012

Lemang @ Pulut Rebus

Ini pulak nak kongsi pasal lemang yang adik aku beli pada pagi Aidil Adha. Ya la nak bakar kat sini... area rumah aku ni silap hari bulan kena saman pulak atau ada bomba yang datang.... Disebabkan rasa nak makan tu kena la beli. Tapi agak kecewa la lemang ni kurang sedap...satunya kurang lemak/santan dan keduanya lemang tu tak original...pulut tu macam dimasak/rebus dulu kemudian dibakar dalam buluh. Dah la tengok buluh tu pun macam hidup lagi...warna buluh tu masih hijau tak nampak hangus macam kena bakar. Harga sebatang lemang  mengikut kata adik aku ada kategori harganya RM9-RM15...bergantung kepada saiz buluh. Emmm tu la bisnes banyak cara nak untung. 

Bagi aku bab harga tu tak kisah...kalau mahal tak ambil kisah janji makanan tu sedap....pesan aku kat orang yang berniaga..."makanan kalau yang dijual sedap...jauh dan mahal orang tetap cari dan membelinya". Bab harga ni orang semua boleh faham dan tahu puncanya sebab bahan mentah sekarang memang mahal....tapi tolong la jangan masak makan tu ala kadar je orang yang membeli tu penuh pengharapan. 

Rendang daging
Jumlah lemang sebatang RM10

Friday, October 26, 2012

Pulut Arun

Pagi Aidil Adha!!! aktiviti aku masak dan makan... sambil tu sembang2 la dengan adik aku pasal menu makanan yang jadi kegemaran kami bila raya....tersebut la pasal pulut arun = pulut yang telah dikukus yang masih panas kemudian dimasukkan santan+kacang+gula+sedikit garam. (tak tau la kat sini orang panggil apa), jadi apa lagi terkeluar la perkataan "sedapnya!!!!". Aku tanya adik nak makan ke...dia apa lagi mesti jawapannya 'boleh juga!!'.

Mengenangkan hajat untuk masak ketupat tu memang ada cuma terbantut sebab tak ada daun palas. Jadi kalau setakat untuk masak pulut arun tu tak jadi masalah...cuma tak jadi ketupat la. Dalam masa 1 jam dah pun boleh siap mengukus dan mengarun pulut. Sebab aku masak pun sekilo beras pulut je...sambil mengukus tu rebus kacang. Santan pulak tak perlu nak panjat pokok kelapa...semuanya dah ada santan kotak/readymade.

Pulut arun yang berkilat bila dah diadun dengan santan+gula+ kacang+sedikit garam

Proses Mengarun/mengadun/mengaul pulut

Untuk menghasilkan ketupat palas prosesnya masih banyak...membungkus dan merebus...mesti ambil masa 1 jam lagi baru boleh dimakan...sebab proses membungkus dan memasak ketupat tu agak lama bergantung pada kecekapan seseorang tu membungkus. Bab membungkus dengan daun palas ni memang aku akui kurang mahir...sejak kecil setiap kali menyambut hariraya berguru dengan nenek tak pernah lulus....kesudahannya nenek mesti suruh aku bungkus guna daun pisang....hasilnya ketupat dakap.


Aidil Adha

Salam Hari Aidil Adha @ Jumaat
10 Zulhijah 1433 @ 26 Oktober 2012

Aidil Adha tahun ni aku tak joint untuk beratur balik kampung, kali ni beraya kat sini je. Memang banyak bezanya beraya kat tempat orang jika dibandingkan di kampung, bagi aku kat kampung tetap terasa suasana perayaan.

Walau apa pun suasana hariraya tu kurang namun naluri untuk meraikan tu ada juga, terutamanya bab makan. Malam hariraya tu aku masak nasi himpit dan kuah kacang. Mengenangkan adik aku akan datang beraya kat rumah...pada mulanya berhitung nak masak nasi dagang...tapi mood tu kurang sikit. Setelah fikir balik rasa tak sah la pula sekadar nasi himpit je...jadi laksa lemak jadi pilihan memandangkan makanan tu asal tempat kelahiran.

Kuah laksa dah siap masak masak


Laksa dan bahan-bahan tambahan pelengkap hidangan
Raya kali ni aku tak buat ibadat korban... InsyAllah jika diizinkan tahun depan aku akan menunaikannya. Jadi pagi raya ni selepas solat sunat mengadap makanan je la... petang baru keluar menziarah saudara mara yang ada kat sini.

Tuesday, October 23, 2012

Peas Briyani Masala

Dunia memasak sekarang ni memang canggih dan banyak kemudahaannya...maka tak perlu jadikan alasan kalau tak pandai nak memasak. Sekarang ni cakap je selera nak makan apa dan selera rasa dari negara mana, banyak dah disediakan dalam bentuk 'readymade'. Bahan 'readymade' ni memang banyak membantu orang macam saya ni sebabnya memudahkan dan saya tak perlu nak cari2 resipi semuanya dah sedia tercipta. 

Saya nak tunjuk peas briyani masala produknya dari luar negara, ofismate bagi tadi katanya anak buah dia bawa balik dari Dubai. Kebiasaannya kalau nak masak nasi briyani saya dah sinonim dengan peas jenama Maggi, kali ni boleh la saya cuba brand lain pulak.  Rasanya saya belum pasti lagi...tunggu!!!!


Resipi dah ada ikut je arahan
 

Monday, October 22, 2012

'I'm Loving it'! Breakfast

Isnin...pagi ni sampai je ofis ...sebelum mengadap kerja yang ada kat meja semestinya kena la cari tenaga dulu...kekadang tu jadi satu masalah bila fikir tentang makan ni...tu la manusia bila banyak pilihan mula la tak menghargai dengan apa yang ada. Sejak akhir2 ni mood nak sediakan breakfast dari rumah agak kemalasan...sebabnya dah jemu dengan menu sendiri...ha..ha..ha.. Tapi kena la buat pilihan sebelum lunch time...nanti meragam pulak perut ni. 

McD 'i'm loving it' tu la dia...kat sini banyak gak pilihan cuma yang jadi masalah adalah selera diri sendiri mana tak jemu kalau dah hari2 tengok menu sama je. Ala jangan layan sangat perasaan selera tu...janji kesihatan perlu diutamakan...makan pagi ni amat penting walaupun sekadar alas perut...jadi Sausage mcMuffin + egg + Coffee...cukup!!! mengenyangkan. Bagi yang nak suka minum coffee memang boleh duduk kat situ tambah/refill dan boleh minum sepuas2nya.

Thursday, October 18, 2012

Push Money aka Si itam

Push money mesti orang ingat pasal duit...uuuuhh sebenarnya tu nama kucing yang asyik berhijrah ke rumah kami...entah macam mana la my roommate suka panggil nama tu. Saya lebih suka panggil kucing itu Si itam sebab bulunya ada warna hitam.

Masa mula jenguk rumah kami Si itam ni kurus dan comot...sekarang ni Si itam dah gemuk dan berani masuk rumah...dia dah buat rumah kami tu macam rumah dia..konon2nya dia ada share... kalau la manusia dah lama saya minta dia bayar sewa rumah tu...ya la makan kami bagi free, lepas tu bila kami terlepas pandang mula la dia masuk tidur dalam bilik tetamu. 

Saya ni kurang suka kucing masuk rumah salah satu sebabnya alahan dengan bulu kucing tu...namun sekali sekala bagi la peluang Si itam tu jenguk dan lepak rumah kami sebagai tetamu. Ada orang kata kucing ni kalau kita jaga dan kasih boleh bawa rezeki untuk kita. Tapi bagi saya kucing adalah makhluk Allah s.w.t maka kita yang berakal fikiran ni kena la berbuat baik dan menjaganya.


Bila dah kenyang Si itam ni tidur dengan gaya bebas!!!

Wednesday, October 17, 2012

Bercuti @ JB - Singapore

Sekian lama tak bercerita kat blog...sejak bulan puasa situasi memang sibuk  dan jiwa pun tak berapa bersemangat nak berceloteh kat sini. Alasan kerja tu memang la semua orang banyak kerja...tapi aku ni bzy kerja agak bermusim...masa bulan puasa hingga la lepas raya ada je kerja yang last minit datang. Ala  kalau aku update blog pun bukannya dapat markah prestasi....lagipun aku ni berblog bukannya untuk cari makan sekadar untuk kepuasan diri sendiri je.  


Bulan Ogos selepas sambut hari raya aku bercuti ke Johor dan terus check in Kota Singa. Kat Johor tumpang kat rumah adik yang tinggal kat Gelang Patah. Memang agak lama la tak datang Johor ni... sebab bagi aku Johor tak banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi....uuuuhhh harap orang Johor jangan marah ya!!!. Tapi sekarang ni Johor dah ada Bandar Iskandar....ada Johor Premium Outlet (JPO), Legoland...lepas tu pusat Education....banyak lagi rasanya pembangunan yang akan berkembang. 

JPO kat sini outlet barang berjenama 
Check in Singapura .. kami ke sana menaiki bas sebab tujuannya cuma nak ke Universal Studio Singapore (USS) je. Tambang dari Johor ke USS RM5 sahaja...kami naik bas yang terus pergi ke USS..lagi pun memang plan nak habiskan masa pusing2 kat situ je. Seharian habiskan masa kat dalam tu je...petang check out terus ambil bas balik Johor.

Jom la kita jamu mata tengok gambar yang berpatutan je!!!

Perjalanan masuk ke Sentosa Island
 
Sekadar panduan
Pintu Masuk dan trademark USS

Tiket USS dan dapat free tiket ke Muzium Maritime
Jangan lupa ambil ni untuk panduan/guide masa dalam USS

Salah satu kedai cenderahati...





Pandangan saya tentang USS ni berbaloi masuk dengan bayaran yang dikenakan sekiranya setiap show/game yang ada disediakan semua kita masuk tengok dn enjoy....seperti Madagascar, Transformer, Jurassic Park, Lost World dan banyak lagi 3D show.