Friday, June 1, 2012

Green Coffee 1000

Dah hampir 2 minggu kawan saya bagi coffee ni, katanya dia beli melalui internet dia pun terpengaruh bila ramai yang beli lagipun ada diskaun kalau beli lebih dari satu. Biasa la kalau bab membeli ni semuanya akan terpikat kalau ada ayat 'beli satu dapat satu percuma'. Tu la tarikan pelanggan...hakikatnya kita dah bayar untuk kedua barang tu. Ya la buat apa kita nak salahkan penjual tu dah memang kerja dia. Pada mulanya saya agak was-was nak minum...risau gak kot bahan yang digunakan ni boleh mengundang bahaya....sebab saya ni kategori yang tak suka mencuba makanan yang baru berada di pasaran tambahan. Macam-macam saya fikir terutama sekali takut menganggu kesihatan walau pun produk tersebut bertujuan untuk kesihatan. Sekarang ni ramai yang ambil kesempatan mempromosi produk yang berkaitan kesihatan ni yang paling terpengaruh adalah wanita.


Kali ni saya cuba la green coffee ni apabila saya surf kat internet ni nampaknya macam ok...tapi tak pasti sejauh mana ianya boleh dipercayai. Saya cuma yakin dengan produk bila tengok pada kandungannya dan melalui website ada yang menyakinkan saya untuk mencuba. http://americanleptin.com/Product.asp?ProID=36

Dah 4 bungkus/sachet untuk 4 hari saya minum..lagipun panduan yang saya baca cuma perlu ambil sebungkus je 1 hari... perkembangan dan perubahan untuk badan setakat ni biasa je...coffee ni tak ada kandungan gula ...bagi saya ok la kalau nak diet gula. 


 

No comments: