Monday, June 11, 2012

Hidangan Hari Minggu

Semalam reka masakan untuk makan tengahari yang seringkas mungkin tapi menyelerakan. Memandangkan hari sabtu dah masak yang berlemak dan berkolestrol tinggi seperti lemak cili api ikan tenggiri dan ikan bakar. Lagipun nak memasak ni kena ada mood...ada hari malas nak fikir pasal menu...main hentam je...Semalam selera nak makan yang ringkas tapi menyelerakan...sejak seminggu berpuasa sunat masak ala kadar je...biasa la bila balik kerja masa nak masak pun dah semput dengan waktu berbuka.

Jom kita tengok hidangan yang ringkas ni!!! Nampak je macam ni tapi boleh bertambah nasi la jawabnya gara-gara sambal mangga pembuka selera.

Bayam masak air...masa yang untuk masak ni tak memerlukan masa lama

Sambal mangga muda + cili padi...uhhh betul2 menyelerakan... puas hati bila dapat makan macam ni sekali sekala...walaupun ambil masa sikit untuk menumbuknya.
Ikan sardin goreng yang paling ringkas
Pencuci mulut....buah belimbing + mangga muda yang dicincang + kuah rojak

Monday, June 4, 2012

Lodeh + Lontong

Sayur lodeh inilah pertama kali saya masak masakan ni...selama ni saya cuma makan kat kedai atau kat majlis jamuan. Memang tak pernah belajar pun nak masak lodeh ni lagipun ia bukannya makanan asal kampung saya. Bila berhijrah ke sini baru saya tau makan lontong. Kali ni saya terbuka selera nak masak kuah lodeh memandangkan ada nasi himpit yang dimasak semalam terperap dalam peti ais. Pada mulanya nasi himpit ni dimasak untuk dimakan dengan kuah kacang....kebetulan perut tak berapa sihat maka tergendala untuk masak kuah kacang. 

Kebetulan hari sabtu tu dah tak ada idea nak masak...bila tengok nasi himpit tu tergerak nak masak kuah lodeh ni...biarpun tak pernah memasaknya...tapi main hentam je la...janji ada rasa dan nampak rupa macam kuah lodeh. Walaupun bahan-bahan yang diperlukan tu tak lengkap dalam stok...tapi hati dah bulat nak masak juga....yang tak ada cuma tempe dengan tauhu. Tak pa la janji boleh rasa kuah yang lengkap dengan sayur, udang dan ayam.

Hasilnya!!!! 'lontongku' percubaan pertama kali
Sedapppp!!! lain kali boleh masak lagi.


Friday, June 1, 2012

Green Coffee 1000

Dah hampir 2 minggu kawan saya bagi coffee ni, katanya dia beli melalui internet dia pun terpengaruh bila ramai yang beli lagipun ada diskaun kalau beli lebih dari satu. Biasa la kalau bab membeli ni semuanya akan terpikat kalau ada ayat 'beli satu dapat satu percuma'. Tu la tarikan pelanggan...hakikatnya kita dah bayar untuk kedua barang tu. Ya la buat apa kita nak salahkan penjual tu dah memang kerja dia. Pada mulanya saya agak was-was nak minum...risau gak kot bahan yang digunakan ni boleh mengundang bahaya....sebab saya ni kategori yang tak suka mencuba makanan yang baru berada di pasaran tambahan. Macam-macam saya fikir terutama sekali takut menganggu kesihatan walau pun produk tersebut bertujuan untuk kesihatan. Sekarang ni ramai yang ambil kesempatan mempromosi produk yang berkaitan kesihatan ni yang paling terpengaruh adalah wanita.


Kali ni saya cuba la green coffee ni apabila saya surf kat internet ni nampaknya macam ok...tapi tak pasti sejauh mana ianya boleh dipercayai. Saya cuma yakin dengan produk bila tengok pada kandungannya dan melalui website ada yang menyakinkan saya untuk mencuba. http://americanleptin.com/Product.asp?ProID=36

Dah 4 bungkus/sachet untuk 4 hari saya minum..lagipun panduan yang saya baca cuma perlu ambil sebungkus je 1 hari... perkembangan dan perubahan untuk badan setakat ni biasa je...coffee ni tak ada kandungan gula ...bagi saya ok la kalau nak diet gula.