Tuesday, May 29, 2012

Breakfast Nasi Lemak

Sejak bermulanya cuti sekolah secara automatik trafik jalanraya lancar je... sampai ofis pun awal dari biasa. Seronok betul kalau setiap hari memandu ke ofis macam ni...tak stress dan minyak kereta pun bajet sikit. Bila sampai ofis je boleh horey2 sekejap jalan-jalan sekitar ofis ni mencari makan pagi. Kalau nak cerita bab makan pagi ni masalah sikit sebab dah bertahun kerja kat sini, kedai makan pun menu sama je. Kesudahannya tetap makan juga walaupun agak kejemuan.

Menu yang dipilih hari ni nasi lemak bungkus sebab saya tak suka makan kat kedai tu nanti bau kurang menyenangkan melekat kat baju...nasi lemak ni rasanya boleh tahan cuma bungkus tu kurang menarik sebab guna poleystrin...kalau berdaun pisang tu sah tambah mengancam rasanya. Nak cari yang betul-betul ikut selera kita agak sukar la kat area macam ni. Tambah pula keadaan perut saya yang masih terasa pedih ni bila lewat makan...gara-gara gastrik belum sembuh lagi terpaksa la cari makanan yang agak padat dan masih panas...cuma sambal nasi lemak tu saya makan sikit je sebab gastrik ni tak elok makan yang bercili.

Monday, May 28, 2012

Gastrik

Hari jumaat masa di ofis dah terasa semacam je dalam perut ni...ingatkan sakit perut sebab salah makan... sebab dah lama tak  beli nasi campur untuk makan tengahari...rupanya kena gastrik. Bila dah kena gastrik ni mula tak tak betul arah badan ni...buat benda semua tak kena, terasa semacam je bila nak bernafas...bila tengok makanan pun hilang selera.

Bagi yang pernah kena gastrik ni mesti tau macam mana sebu dan senak dalam perut...bernafas pun tak selesa. Mula la dok fikir kenapa kena gastrik ni...sebab dah lama tak kena lagipun saya memang makan ikut masa...entah la dah nak kena jaga macam mana pun terkena juga.

Maka satu malam tak boleh nak lena...hingga nak baring pun rasa tak selesa...kesudahannya hingga la ke pagi masih tak hilang sakit. Pagi tu terpaksa la memaksa diri ni masak apa yang patut untuk mengalas perut agar dapat redakan sikit sakit ni...

Sup ayam dan nasi putih untuk makan pagi


Friday, May 25, 2012

Sebungkus Maggi

Maggi!!! cepat di masak sedap di makan.... apa lagi bila dah tiada selera nak makan nasi...maka maggi la penyelamat untuk makan malam tadi. Sebut je maggi mesti semua dah tau tentang 'ketidakbagusan' makanan ni. Namun selagi kita ni manusia yang normal tak boleh nak lari dari nasihat yang diberikan... anggap saja tu bukannya dosa besar. Bagi saya setiap makanan tu ada kebaikan dan keburukannya cuma terpulang pada cara pengambilannya. Kebanyakan makanan alaf sekarang ni majoriti tidak berkhasiat. 

Maggi boleh dikatakan setiap rumah mesti ada stok betul tak? Saya sendiri mengakui sejak mula bekerja hingga sekarang stok maggi tak pernah kurang dalam kabinet. Cuma nak masak bila tak pernah ambil tau janji ada.

Ini la hasil maggi goreng yang ala kadar je...kalau makan kat kedai mamak ni dah kena bayar RM4/5...kalau masak kat rumah kosnya tak sebanyak itu dibelanjakan. Tetapi mesti ada yang pertikaian nak beli rencah lain pun kena keluarkan kos juga...betul la fakta tu... cuma bagi yang nak bajet dan menjaga kesihatan pandai-pandai la timbang. Tak salah keluarkan kos yang lebih untuk makan.



ARKIB Utusan Malaysia

Pencipta mi segera meninggal dunia

TOKYO 6 Jan. – Pencipta mi segera, yang kini merupakan antara makanan popular, meninggal dunia di sini semalam pada usia 96 tahun.

Momofuku Ando (kiri) meninggal dunia kerana penyakit jantung, kata jurucakap Nissin Food Product Co., syarikat yang diasaskan oleh beliau. Syarikat itu ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua.

Media Jepun memuji beliau atas kejayaannya membawa mi segera ke seluruh dunia dan angkasa lepas.
Ando dilahirkan di Taiwan pada 1910 semasa pendudukan Jepun dan mengendalikan syarikat pakaian dan beberapa syarikat lain di Taipei dan Osaka pada awal kariernya.

Media Jepun menambah, Ando mendapat inspirasi mi segera pertama dunia semasa melihat orang ramai beratur panjang untuk membeli mi ‘ramen’ segar dari sebuah gerai pasaran gelap ketika berlakunya kekurangan makanan selepas tamatnya Perang Dunia Kedua.

Selepas produk Chicken Ramen yang diperkenalkan pada 1958 menjadi terkenal walaupun dijual pada harga RM1.04 (35 yen), beliau memperkenalkan Cup Noodle pada tahun 1971.

Mi segera dalam bekas stirofom kalis air yang hanya perlu disediakan dengan menuang air panas membuktikan satu kaedah pemasaran terbaik ketika penduduk dunia semakin dihimpit kesibukan dengan kerja seharian.

Ando menjadi perhatian ramai ketika muncul di kaca televisyen pada 2005 untuk mempromosikan versi Cup Noodle yang membolehkan ia dinikmati oleh angkasawan dalam kapal angkasa Discovery.
Beliau yang kerap dilihat sedang menjamah hidangan yang diciptanya, turut membuka sebuah muzium yang mengabadikan mi segera di Osaka pada 1999.

Ando meninggalkan seorang balu, Masako.
Kali terakhir mendiang muncul di khalayak ramai ialah pada Rabu lalu apabila menyampaikan ucapan sempena tahun baru di Ibu Pejabat Nissin dan menikmati Chicken Ramen pada majlis makan tengah hari bersama para eksekutifnya.

Thursday, May 24, 2012

Nasi lauk Ikan Singgang

Menu makan malam kelmarin baru nak post kat sini...tapi tak pa la janji ada citer nak letak. Kononnya nak kurangkan makan nasi waktu malam. Tapi perut Melayu ni memang sukar sikit nak kontrol...bila lapar yang tahap gaban mesti nak jugak cari nasi. Masa ni main tarik je la apa yang ada kat dalam peti ais tu...janji dapat makan nasi yang ada lauk dan sayur.

Biasanya ikan tenggiri ni saya suka masak kari atau asam pedas...tapi kali ni nak masak yang simple dan cepat maka terlintas nak masak singgang. Kalau ikutkan ikan singgang ni saya biasa guna ikan tongkol/aya sebab isi ikan tongkol sedap sebab isinya yang pejal.

Terkenang masa dulu-dulu kat kampung kalau masak singgang ni dalam keluarga kami ada yang tak suka...mesti ada yang komen kata pemalas nak masak sebab masak singgang ni memang senang sangat...tapi bila dah ada dalam periuk tu makan juga....ha..ha..ha.. tu la kenangan saya...tapi peminat ikan singgang ni adalah saya dan arwah mak.

Ikan Tenggiri masak singgang
Makan nasi dengan lauk ikan singgang ni kalau nak tambah berselera lagi kena ada kawannya budu + ulam-ulaman. Tapi kali ni saya cuma ada kacang bunci goreng dan ikan masin je. Kalau ada budu mesti makan bertambah la jawabnya.

Kacang Buncis + Sotong

Wednesday, May 23, 2012

Mee Hailam Udang

Menu malam tadi yang ringkas tapi puas dapat makan makanan yang panas berasap ni.  Masakan ni tak tau la nak bagi  tajuk apa sebenarnya...sebab sekali tengok macam mee sup...tapi bila pandang kali ke2 macam mee hailam... kesudahannya jadi mee hailam udang la. Hakikatnya nama tu tak la penting...janji bila makan tu sedap dan menyelerakan.

Nak citer tentang mee kuning ni saya begitu teruja sebab kali ni beli mee yang kurang berminyak dan warna kuning mee tersebut pun pucat je...terlupa la pulak jenamanya. Kekadang tu bila nak beli mee kuning ni saya perhati gak kot-kot terlepas pandang pada tanda HALAL. Ya la sekarang ni macam-macam isu tentang kesahihan produk. 
 


Strawberry + Coklat

Tujuan sebenar membeli buah strawberry adalah nak buat chease kek...tapi tak ada masa yang agak terluang...kesudahannya makan je buah tu sebelum rosak. Sebelum ni kalau makan strawberry saya cuma cicah dengan gula je...kali ni dah terpengaruh pulak makan dengan syrup chocolate hershey's.

Memang sedap weeehhh makan strawberry salut coklat ni...bila rasa masam dan manis ni masuk dalam mulut lupa terus pasal chease kek.... alamaknya lepas ni tiap-taip minggu la kena beli buah strawberry untuk jadikan stok bila terasa nak makan yang masam manis ni...tak perlu lagi nak makan asam-asam kecut/kering yang tidak berapa menyihatkan tu.

 
Semangkuk tu saya makan seorang je...emm macam dok kat cameron la pulak makan benda-benda cam ni.... psssttt saya tak makan yang hijau tu...

Monday, May 21, 2012

Alim2 Kucing

Bila sebut kucing semestinya akan dikaitkan dengan ikan sebab tu memang makanannya. Kali ni nak kisahkan tentang tetamu saya ni...kucing ni dulu alim-alim je datang melepak kat rumah saya...sekarang ni dah jadi kawan angkat, dah jadi rutin saya bagi makan kat kucing ni...pantang buka pintu mesti dia berlari masuk ke dalam rumah. 

Kisah kali pulak dia dah mula berkawan dengan ikan peliharan saya...tapi tak tau la macam mana dia akan berkawan...setakat ni pada pemerahatian saya kucing ni sambil minum air dalam balang tu dia juga dok meninjau ikan kat dalam tu. Harapnya jangan la dia buat-buat alim je!!!!





Berkari!!!!

Hari minggu adalah hari untuk memenuhi citarasa selera makan. Semalam agenda memasak berkari, pada mulanya selera nak makan sotong masak kari...entah kenapa bila tengok nenas terlintas pula nak masak pajeri nenas. Nasib baik tak ada berasmati berangan gak nak masak nasi beriyani.... Tapi kari ni kena dengan nasi putih pun dah cukup selera makan tengahari.

Menu semalam penuh dengan rempah kari...tapi kari saya kali ni cair je...kari ala-ala melayu punye stail, jadi tak da la jemu/muak bila makan. Kalau kari yang pekat berkental dengan rempah bagi saya cepat jemu bila makan. Biasa la kalau dah keturunan melayu tetap tekak ni nak ikut selera kita je...betul tak???
 
Sotong masak kari

Pajeri nenas menambah selera makan

Ikan goreng sekadar hiasan...langsung tak disentuh

Kalau makan nasi tak sah jika tak ada sayur...sayur goreng bodoh pun boleh habis

Friday, May 18, 2012

Salad + Roti

Cukup ke sekadar makan salad hari ni...tu la aku fikir sambil sediakan salad untuk dibawa bekal ke pejabat pagi tadi. Kekadang belum makan dah fikir macam-macam, sifat menghasut cukup atau tidak ni la yang boleh buat aku jadi tamak. 



Disebabkan hasutan tamak aku sempat la buat roti goreng telur yang ala kadar je...lagipun nak kejar masa kot-kot jammed untuk sampai ofis...


Kesudahannya cuma makan roti je...salad tu tak makan pun...ni la sikap yang patut dielakkan...makan dulu jangan dok fikir cukup atau tak...kenyang atau tidak...tu semua nafsu setan.

Thursday, May 17, 2012

Bendi Masak Air

Petang semalam balik dari kerja perut terasa sakit je...kalau ikutkan kat ofis tadi dah makan sandwich...tak ada terasa lapar. Jadi untuk selamatkan keadaan masak la nasi...biasalah kalau last minit buat keputusan...nak keluarkan bahan/lauk dalam peti ais tu dah semestinya ambil masa untuk defrost...Bila tengok stok sayur pun ada bendi dan karot je. Masa macam ni la perut pulak buat hal..dah masa macam ni nak tengok Akasia ...bimbang pulak kot kena gastrik, terpaksa la makan nasi malam ni.

Entah kenapa terlintas nak masak air je bendi ni cepat dan senang...sekurangnya ada kuah peneman nasi nanti. Kalau nak ikutkan goreng telur pun dah cukup untuk mengalas perut yang memulas dan berangin ni. 

Masak macam ni pun bila makan boleh bertambah nasi...lagi menyelerakan tambah pulak ada ikan masin...memang sah la tak boleh nak kawal jumlah suapan nasi. Bendi ni saya masak letak bawang putih+merah yang dimayang + sedikit cili + asam keping + udang kering + udang basah + karot dan tomato


Ikan terubuk masin ni cuma tinggal bahagian kepala je...jadi la penambah selera


Wednesday, May 16, 2012

Mari Membaca "Doktor Umum"

Buku ni dah beli bulan April lagi...masa tu ada promosi kat MPH Online dapat diskaun dan penghantaran percuma. Jadi tak perlu nak ke kedai buku lagi untuk membelinya. Lagipun buku ni memang dah termaktub yang terlaris dipasaran bagi keluaran versi English. Saya dah tengok versi English masa ke kedai...tapi tak membelinya... kebetulan versi Melayu ni baru diterbitkan bulan April dan ada diskaun jadi tanpa buang masa saya order. Seminggu selepas tu terima buku ni...tapi baru mula baca sebab kebetulan masa terima tu ada je hal lain. 

Memang menarik bila saya baca...patut la versi English tu tercatat rekod pembeliannya...mungkin versi Melayu ni agak kurang la sebab orang dah beli versi yang sebelum tu. Saya baru baca beberapa bab ternyata tidak membosakan!!!






Monday, May 14, 2012

Tenggiri Asam Pedas + Kek Sarang Semut

Seharian kat rumah semalam tak makan nasi, sekadar makan roti je, bila petang mula la huru hara perut ni nak makan nasi pulak. Terlintas la masa tu nak masak asam pedah sebab jemu asik masak kari dan lemak je. Kebetulan ada bahan untuk masak asam ni. Ikan tenggiri ni pun ada yang size kecil je...ok la cukup untuk makan malam. Asam pedas nampak pucat sikit sebab saya kurangkan cili dan kurangkan minyak masa menumis. Tapi rasanya tetap cukup menyelerakan bila dah kena dengan nasi putih ada pulak ikan masin.

Ikan Tenggiri + Bendi + Serai + Daum Kesum + Tomato + (Bahan menumis) cili + bawang putih/merah + halia + lengkuas + kunyit + air + asam keping + garam
Kek Sarang Semut

Sambil masak makan malam tu sempat juga la mengadun kek sarang semut ni...entah la tiba-tiba je terrrrajin la pulak. Sebenarnya bila tengok telur tak kurang dalam simpanan tu risau jugak takut rosak. Jadi sebelum membazir elok gak jadikan yang bermanafaat. Lagipun dah lama tak masak kuih ni...kononnya nak kawal pemakanan. Tapi bila ada semangat nak masak ni semuanya lari dari kawalan.


Kek ni kurang naik sebab tak ikut arahan yang ditetapkan....dari segi bahan dan rasanya semuanya ok...cuma tak nampak cantik seperti yang buat sebelum ni. Sebenarnya kek ni kalau ikut arahan kena perap dalam 3 jam...tetapi saya dah derhaka cuma perap 1 jam je...sebab nak kejar masa kononnya tak nak la membakar kek bila waktu malam...nanti setaman nanti bau.