Thursday, March 29, 2012

Bonus

Alahamduillah!!! terima cek bonus dari unit akaun... syukur ada gak ehsan dari majikan, terima kasih bos!!!. Sebenarnya saya tak terfikir bos akan bagi bonus kali ni sebab dah melepasi dari pengharapan. Biasanya kami terima bonus dan kenaikan pada awal tahun (jan-feb), rupanya kelewatan sikit. Tapi kali ni tak la sehebat tahun sebelum ni. Namun aku bersyukur dengan rezeki ini.

Biasa la bila ada extra duit...dalam kepala ni berkira-kira nak berbelanja..sekejap nak beli A, sekejap nak beli B lepas tu dari sekecil-kecil barang hingga la sebesar-besarnya. Tu la nafsu manusia tak pernah puas dan cukup dengan apa yang ada. Lalu keputusan yang aku buat tutup je nafsu membeli belah kali ni, bonus tahun ni nak simpan dalam akaun tabung haji NOKTAH. Kalau ikut akaun tabung haji tu dah cukup untuk menunaikan fardhu haji, namun belum ada rezeki untuk ke sana lagi. Inssyallah Allah swt memberi laluan untuk aku ke sana sedikit masa nanti.

Bercerita tentang duit dan bajet ni memang la memeritkan juga sejak akhir-akhir ni. Mana taknya harga barang agak mahal sekarang. Kekadang tu saya terfikir macam mana kalau rakyat yang bergaji tetap tapi tiada kenaikan atau bonus dari majikan. Kalau 3 tahun bekerja tahap gaji tak berubah ADAKAN cukup untuk menampung perbelanjaan sekeluarga??? Dilema ni mungkin tak semua orang melaluinya...

Spaghetti Carbonara

Hellooo, good morning dear friends!!! Ha..ha..ha.. mentang-mentang la malam tadi makan western maka terkeluar la english words... ni menu makan malam tadi, balik dari kerja saya teringin nak makan spaghetti carbonara ni. Lagipun nak masaknya tak lama, sambil rebus spaghetti tu, boleh sediakan sos carbonara tu, dah ada sos yang readymade. Buka je tin sos carbonara (guna brand prego) tu tuang dalam periuk, kalau suka letak rencah lain boleh gak. Saya cuma letak bawang besar yang kuning tu dipotong dadu, karot, ayam dan sedikit sausage ayam. 



Spaghetti + sos carbonara



Monday, March 26, 2012

Kacang Bendi@Lady Fingers


Pagi ni terbaca topik pasal khasiat bendi... kebetulan pulak semalam baru saya celur (rebus sekejap) bendi dan barkoli sebagai pelengkap hidangan makan tengahari. Bendi memang salah satu sayur yang dari kategori kekacang  kegemaran saya. Kalau tak ada ulam atau sayur lain bendi dah cukup menyelerakan dicecah dengan sambal belacan, budu atau cincalok.
Khasiat BENDI

Bendi yang juga dipanggil kacang lendir ialah sejenis sayuran yang biasa didapati di pasar. Sayur bendi selain enak untuk dimakan secara goreng, juga amat sedap dicampur ke dalam kari ikan. Lebih-lebih lagi kari ikan “tongkol”. Namun begitu tidak ramai yang tahu akan khasiatnya. Sebenarnya biji bendi boleh dijadikan sebagai alternatif kepada kopi. Baik bagi mereka yang ingin mengelakkan kafein dalam kopi. Daunnya juga boleh dimakan sebagai sayur.

Bendi juga baik untuk fungsi otak. Ia dapat menambahkan daya ingatan serta daya kecergasan otak. Lepas ni, sesiapa yang tidak mahu cepat nyanyuk tu, bolehlah beli sayur bendi banyak-banyak. Bukan untuk orang-orang tua sahaja, malah orang muda pun sekarang dah cepat sangat lupa. Maklumlah, zaman sekarang ni banyak unsur-unsur kimia berbahaya yang terdapat dalam makanan terutama makanan segera.

Kegunaan Bendi: Ambil biji, akar dan bunga dan rebuskan. Air rebusan itu apabila diminum boleh menjadi ubat seperti berikut:
• Melawaskan pembuangan air kecil
• Boleh meredakan bengkak dan radang
• Meringankan masalah susah bersalin (dijadikan selusuh)
• Mengubati penyakit gonorea
• Mengubati sifilis
• Apabila dicampur dengan gula, boleh dijadikan sebagai sirap ubat batuk dan ubat sakit kerongkong.
• Untuk mengubati bisul dan kudis, boleh gunakan air rebusan itu untuk menyapu pada tempat yang berkenaan.




Sunday, March 25, 2012

Pembasuh Mulut@Dessert

Hari ni sebelum pergi kelas Al Quran checking dulu stok makanan yang ada dalam kabinet dapur. Untuk makan pagi dah selamat makan roti bakar je pagi ni. Ni dok cari apa yang ada untuk dimakan tengahari/petang nanti. Biasa la kalau tak keluar mula la menyelongkar kat dapur tu nak cari stok2 yang tersorok.

Hari ni masak sagu gula merah untuk pembasuh mulut@dessert, dah lama tak masak pembasuh mulut tradisional ni. Tapi tidak la original pembasuh mulut ni sebab bahan yang digunakan tu ditukar sikit...ya la bergantung pada stok yang ada je. Bagi saya bab-bab masak ni tak semestinya kita ikut 100% resipi...kita boleh oleh sendiri ikut citarasa dan selera. Masa masak ni terlebih rajin merwarna...ada kuning ada hijau...pilih la warna yang mana boleh membuka selera...tapi rasanya sama je.



Sagu + Susu Cair + Gula Merah. Sagu ni warna kurning sebab saya letak tepung kastard

Sagu Hijau + Susu Cair + Gula Merah. Daun pandan tu sekadar letak je jangan pulak dimakan.





Sunday, March 18, 2012

Kuah Rojak Mak Bee

Mari-mari makan jambu dengan kuah rojak mak bee, sedap tau!!! mesti ada yang terliur. Sejak kena ulser dalam mulut ni selera makan saya agak bercelaru sikit. Suhu badan pun dah rasa panas je... bila kena macam ni saya dapat agak punca-puncanya mungkin disebabkan tersilap makan atau kurang minum air kosong. Amalan bagus seperti minum air kosong ni memang susah nak jadikan habit/tabiat... alasan saya minum bila dahaga je.. tapi hakikatnya kita perlu minum air kosong walaupun tidak dahaga.

Saat kurang selera ni...alahamduillah ada lak rezeki, kawan bagi jambu batu & jambu madu package dengan kuah rojak untuk pengubat ulser saya ni. Antara kuah rojak jenama ni memang jadi pilihan saya kalau dibandingkan dengan jenama lain sebab kuahnya pekat dan banyak kacang.
  
Jambu batu + Jambu Madu + Kuah Rojak

Makan Hati

'Makan Hati' bila sebut perkataan tu ada berbagai maksud sebenarnya. Tapi maksud saya kat sini adalah tentang makanan tak ada kaitan langsung dengan maksud yang lain... ya la mesti orang cakap makan hati sebab apa?... jawabnya saya makan hati untuk dijadikan lauk bersama nasi. Ulser dalam mulut menyebabkan saya tak selesa nak makan yang pelik2... maka masak kicap hati ayam jadi lauk ari ni. Sekali sekala makan menu macam ni menyelerakan juga.!!!


Nasi putih + hati ayam masak kicap dan kacang panjang + tomato

Saturday, March 17, 2012

Maggi Goreng

Pagi ni kempunan nak makan makanan ala2 mee atau bihun goreng, jadi untuk makan pagi ni semestinya maggi!!! tu je stok yang ada. Memang cepat di masak dan sedap dimakan... dan cepat la kena penyakit betul tak? Ya la makanan macam sebenarnya tak elok diamalkan sebab kandungannya kurang menyihatkan. Kalau nak cerita pasal makanan dan kesihatan ni memang banyak pro dan kon.... cuma kita @ diri sendiri yang kena bijak mengatur pemakanan seharian, makanan tidak boleh disalahkan.

Menu maggi saya buat ni sekadar apa yang ada je. Sebungkus maggi untuk makan 2 orang. Maggi tu kena la rebus dulu... tapi sekejap je semua orang tau rebus maggi berapa lama. Sambil tunggu maggi kembang potong la sayur, sosej, sotong atau ayam etc apa stok yang ada. Ketuk bawang putih dan tumis dengan sedikit minyak, masukkan segala bahan mentah bila dah masak akhir sekali masukkan maggi yang direbus tadi. Memang senang dan cepat untuk disediakan bagi yang kelaparan!!!! Bila masak maggi saya elak dari menggunakan perencah yang disediakan saya lebih suka letak kicap dan sedikit garam.


Maggi goreng untuk santapan@makan pagi hari sabtu.


Simple Dinner

Friday night kami keluar dinner kat salah satu chinese restoran. Malam ni makan yang ringkas saja sebab siang hari dah pekena yang agak berat. Kat sini kami order noodle soup seafood dan kailan goreng. Bab yang paling saya suka kalau makan kat chinese restoran adalah makanannya yang panas berasap bila dihidangkan, dan semestinya kena makan cepat sebab bila dah sejuk segala keenakannya hilang.

Noodle soup untuk 2 orang dah tinggal separuh baru snap gambar

Noodle + ikan masin tapi rasanya masin masin + sambal belacan

Kailan goreng yang agak berbeza cara masakannya memang sedap-separuh daun kailan tu dipotong/diracik halus dan digoreng garing. Harga sepinggan Yin Yang Kai Lan tu memang mahal la Rm15.80

Friday, March 16, 2012

Kena Vertigo Lagi!!!!

Adooii hari ni kena serangan vertigo lagi. Terjaga pukul 6 pagi tadi dah mula berpusing / berputar / pening. Bulan ni dah 2 kali kena serangan ni. Tapi pagi ni agak berbeza sikit sebab terasal mual. Dalam dok rehat tu terfikir gak apa puncanya mual ni sebab sebelum ni tak pernah kena macam ni. Bila dah kena serangan ni aku akan cuba gagahkan diri untuk minum air sekurangnya boleh tenangkan badan ni bila masuk air. Cara untuk tenangkan vertigo ni biasanya kita kena rehat, baring, pejam mata. Elakan dari tunduk atau pusing2 badan secara mengejut. 

Aku cuba bangun untuk solat subuh setelah agak tenang sikit, tapi bila rukun dan sujud rakat pertama terkena lagi berputar dan aku cuba gagahkan diri untuk selesai solat tu, tapi masa tu mata aku pejam je. Ya Allah!!!!

Selesai solat aku rehat sekejap untuk tenangkan putaran tu... kemudian perlahan2 ke dapur ambil ubat yang doktor bagi.. kali ni aku ambil ubat pening dan mual. Rehat sekejap selepas telan ubat... rasanya dah boleh berdiri dan agak stabil... aku bersiap la untuk ke ofis... masa memandu tadi aku cuba tenangkan elak dari memandang secara sepontan... kalau pandang cermin kereta kiri-kanan-belakang tu pandangan mata tu kena kawal dan secara perlahan2... alahamduillah 20 minit je ke ofis ...jalan tak jam sebab cuti sekolah.  

Sampai ofis aku terus ke kedai roti untuk beli apa yang patut untuk breakfast pagi ni... dah la pagi tadi masa ambil ubat cuma makan sekeping biskut je...

Sandwich ni je yang membuka selera untuk pagi ni.



Thursday, March 15, 2012

Spaghetti Goreng

Selera untuk makan spaghetti yang ala2 western tu dah tak ada keinginan. Maka pagi ni saya goreng spaghetti untuk santapan di ofis nanti.  Spaghetti ni saya dah siap rebus malam tadi, jadi masa untuk menggoreng pagi ni tak la ambil masa yang lama.

Spaghetti goreng ni bagi yang nak diet tu bagus juga kalau dibandingkan dengan mee goreng sebab spagheti ni kurang berminyak. Hasli spaghetti goreng  ni nampak 'bodoh' je sebab saya kurangkan bahan-bahan yang sepatutnya. Sejak akhir2 ni saya cuba kurangkan sikit rencah tertentu dalam memasak demi kesihatan diri sendiri. Bila kita kaji secara ringkas makanan ni bila kita masak rasa yang sederhana seperti masin, manis, masam pun dah boleh membuka selera, tak perlu kita tambah sos, telur mata etc lagi kat atas makanan tu.

spaghetti + sawi + sotong + ayam secukup rasa.

sekali tengok dah macam rupa mee goreng!!!!


Wednesday, March 14, 2012

Info Sihat dalam NST

Hari ni terbaca kat paper NST ni.. jadi terdetik nak letak kat dalam blog saya sebagai peringatan, ya la kalau tak buat macam ni paper ni nanti akan dijual oleh budak cuci ofis ni. Info macam ni memang sentiasa ada kat suratkabar cuma sekali baca je tak pernah nak ambil simpan. Tapi kali ni saya ada kesempatan dan terfikir nak buat koleksi kat blog yang tak seberapa ni, mana la tau bila boring boleh gak tengok.

tak nampak nak baca... tengok gambar pun dah boleh faham!!!

Tengok gambar ni pun dah cukup untuk buat latihan.

Monday, March 12, 2012

Kek Coklat

Kalau nak cerita bab mengadun-membakar kek ni memang dah lama ditinggalkan, memandangkan 2012 ni kononnya nak diet. Tapi entah lah susah nak mengelak bila selera nak makan yang manis bercoklat ni datang... terpaksa juga lepaskan gian. Kali ni saya bakar la kek coklat, setelah selidik kat dalam stok yang ada cuma bahan-bahan untuk kek coklat.

Masa mengadun bahan-bahan ni mungkin ada gak yang terkurang sebab bergantung pada stok yang ada je.. bila dah bakar tu nampak ok je... dan rasanya pun sedap, kawan2 kat ofis pun cakap sedap...apa lagi lulus la membaking kek coklat ni walaupun resipinya yang ala kadar!!!!!


Kek dah siap dibakar

kek ni tak cukup 'topping' letak ikut stok yang ada je
bahan ni je yang ada untuk make-up kek coklat ni
dah potong untuk makan-selebihnya bawa untuk rakan2 di ofis.