Cuti Hari Wilayah aku dah plan nak mohon cuti panjang, ya la setelah sekian lama tak keluar dari kesibukan kota raya ni. Pada mulanya plan nak pergi luar dari semenajung... tapi entah kenapa tiba-tiba rindu nak balik kampung... rasanya di kg lagi mendamaikan fikiran, kebetulan pula ada urusan nak selesai di sana.
Balik kg kali ni aku naik train... mengubah sikit situasi perjalanan, memang rindu nak naik train, mengimbau kenangan lama... lagipun aku fikir waktu cuti macam ni tak ramai tapi rupanya sangkaan aku meleset... train penuh rupanya.. ada je orang yang menggunakan perkhidmatan ni.
Cuti kali ini aku banyak masa maka tak kisah la kalau lewat sampai ke destinasi.. biasa la naik train waktu bertolak memang tepat waktu... namun waktu sampai tu susah nak dijangka...biasanya lewat!!! Train yang aku bergerak pukul 8.30 malam dari KL Sentral sampai ke destinasi Pasir Mas 10 pagi... memang sah perut aku berbising.......
|
Tiket@koc tempat tidur |
|
Masa: 8 pagi sebelum sampai ke destinasi |
|
Breakfast in train |
|
Kalau lapar dalam koc ni ada perkhidmatan kantin dan penjaja makanan dan minuman (pekerja KTM) |
|
Merentasi jambatan |
|
Bagi sesiapa yang tak kenal pokok getah |
|
Sawah padi.. masa ni belum musim padi |
No comments:
Post a Comment