Monday, February 27, 2012

Hari tanpa kolesterol?

Semalam menu makan tengahari aku agak lumayan, kalau hari sabtu @ ahad ada masa extra untuk masak menjamu selera, tambah pula bila dah pergi pasar tu mesti terlebih selera, sebab apa yang ada kat pasar tu semua nak beli. Menu : - ketam masak lemak, sayur goreng, ikan goreng dan solok lada. 

Sejam dok terperap kat dapur demi merealisasikan selera diri sendiri. Kalau ikutkan dah berbulan aku tak masak menu macam ni, ya la asyik nak kontrol kolesterol je. Tapi semalam bebas tanpa fikir kolesterol. Kalau tengok pada menu ni pun dah pasti kandungan kolesterol @ kalori tak terkira... apa pun jom kita makan!!!


Ketam masak lemak, presentation tak menarik sebab tak sabar nak makan.

Ikan goreng ni nampak comot, sebab letak halia dan bawang putih.

Sayur campur yang ala kadar

Solok lada, memang teramat menyelerakan.




Tuesday, February 21, 2012

Makan Roti Bakar

Aduhhh.. pagi-pagi dah stress atas jalanraya yang jam, dalam kereta hampir 2 jam tadi betul-betul menguji kesabaran aku pagi ni. Keluar rumah pukul 7 pagi.. pukul 9 sampai ofis, agaknya mana la datang kereta yang banyak ni? Tahun lepas tak da la teruk macam ni, paling lama tu jam setakat 1 jam lebih je.  

Kalau dah berjam dalam kereta perut pun mula la buat hal, meminta-minta apa yang patut. Biasa la saya memang dah jadi kebiasaan bawa bekal atau ada simpan stok roti kat ofis. Bila sampai ofis tu tak da la berkejar nak pergi beli makanan. Dah la sampai ofis lewat, masuk ofis je terus keluar sesuka hati je... kalau aku jadi majikan sure panas hati... betul tak. Maka untuk selamatkan keadaan, makan je la apa yang ada sementara tunggu makan tengahari.


Roti bakar + jem

2 keping roti + semug coffee untuk breakfast


Monday, February 20, 2012

Oat + Vegies

Semangat baru ni nak jaga kesihatan, mula la mencari makanan yang boleh mengawal apa yang patut demi kesihatan diri sendiri. Mana taknya sejak balik dari bercuti badan pun dah rasa berat je, tambah lagi la kolestrol. Malam ni masak sup oat dengan sayur-sayuran, saya letak segala sayur yang ada dalam peti ais tu, campur sedikit chicken ball.


Agaknya kalau sebulan saya amalkan makan oat ni boleh ke turun berat badan dan kolestrol? Tapi pengharapan saya tidak ketara sangat sebab saya tau bab makan ni saya agak tidak yakin dengan diri sendiri. Sebelum ni pernah saya amal pemakanan oat, cuma kelemahan saya adalah cepat jemu dan muak bila makan hidangan yang sama setiap hari. Kali ini saya cuba ambil oat waktu tenghari dan malam je.

Menu oat yang boleh diterima tekak saya cuma yang bersup saja... kalau guna susu, milo etc agak susah untuk ditelan. Tu  la saya gigih juga mencari idea untuk cipta menu lain untuk makan dengan oat ni. Untuk kesihatan diri sendiri maka selera pun kena la ikut kehendak kita.



Sunday, February 12, 2012

Cerita Sepanjang Cuti!!!

Cuti yang agak lama ni boleh dikatakan masa aku penuh la dengan aktiviti. Mana taknya selama 10 hari di kampung merata tempat aku boleh kunjungi... waktu pagi hantar anak sedara ke sekolah, sebelum mereka balik sekolah aku merayau la. Memang hati aku puas cuti kali ni memilih berada di kg. Sekali sekala tu terlintas juga nak menetap terus di sini kalau ada peluang pekerjaan tapi nasib aku tak macam tu.

Waktu cuti kali ni memang agak sunyi la kat kawasan tumpuan pelancong seperti di Pekan Rantau Panjang, Kota Bharu dan Pengkalan Kubur. Mungkin ramai yang telah mengujungi tempat ni masa cuti Tahun Baru Cina yang lepas.



Tempat ni ambil semasa pergi shopping kat Kota Bharu
Selepas pergi pekan Pengkalan Kubur, singgah sekejap

Muara sungai

Chalet @ penginapan

Chalet atas air
Sekadar ambil gambar je dalam perjalanan pulang ke rumah

Febuari 2012 cuti yang paling lama kat kampung... memang puas hati dapat meronda sekitar tanah kelahiran aku, dapat makan segala makanan yang menjadi kegemaran aku... dan yang paling seronok dapat bermesra dengan anak-anak sedara.






Wednesday, February 1, 2012

Keluar dari Kota Raya

Cuti Hari Wilayah aku dah plan nak mohon cuti panjang, ya la setelah sekian lama tak keluar dari kesibukan kota raya ni. Pada mulanya plan nak pergi luar dari semenajung... tapi entah kenapa tiba-tiba rindu nak balik kampung... rasanya di kg lagi mendamaikan fikiran, kebetulan pula ada urusan nak selesai di sana.

Balik kg kali ni aku naik train... mengubah sikit situasi perjalanan, memang rindu nak naik train, mengimbau kenangan lama... lagipun aku fikir waktu cuti macam ni tak ramai tapi rupanya sangkaan aku meleset... train penuh rupanya.. ada je orang yang menggunakan perkhidmatan ni. 

Cuti kali ini aku banyak masa maka tak kisah la kalau lewat sampai ke destinasi.. biasa la naik train waktu bertolak memang tepat waktu... namun waktu sampai tu susah nak dijangka...biasanya lewat!!! Train yang aku bergerak pukul 8.30 malam dari KL Sentral sampai ke destinasi Pasir Mas 10 pagi... memang sah perut aku berbising.......

Tiket@koc tempat tidur


Masa: 8 pagi sebelum sampai ke destinasi

Breakfast in train


Kalau lapar dalam koc ni ada perkhidmatan kantin dan penjaja makanan dan minuman (pekerja KTM)

Merentasi jambatan



Bagi sesiapa yang tak kenal pokok getah

Sawah padi.. masa ni belum musim padi