Tuesday, November 29, 2011

Tea Time Free

Kek Coklat + Mocha coffee
Sejak akhir2 ni saya dah jarang ada tea time ya la kalau dok kat ofis kekadang tu tak sempat, tambahan pula bila lepas makan tengahari dah kenyang. Tapi hari ni kebetulan ada urusan kerja kat hotel sempat la tea time kat cafe sini. Saya order mocha coffee dan coklat kek, mocha ni memang memuaskan dan aromanya memang menusuk hidung... hilang la rasa penat bila dapat minum coffee ni. Kek coklat ni pun sedap tambah pulak makan free mesti la menyelerakan.


Monday, November 28, 2011

Lunch Cuti Muharam

Selamat Menyambut Awal Muharam 1433H

Cuti hari ni tak ada plan nak keluar, sekadar habiskan masa di rumah je. Hari ni sempat la masak lebih sikit untuk makan tengahari. Bukannya banyak menu, tapi cukup la untuk makanan yang seimbang ... ada sayur goreng campur, kerutuk daging dan ikan goreng. Boleh la menambat hati dan perut di hari cuti begini.

Kerutuk daging + kentang dengan kuah yang pekat.

Sayur goreng campur : cendawan + sawi + lobak merah

Ikan goreng 
Kekadang tu setakat nak masak macam ni bukannya susah mana pun, cuma kehendak hati je mendorong kita. Bagi yang berkeluarga untuk jimatkan bajet tu adalah terbaik sediakan hidangan sendiri. Tetapi ramai yang beralasan tak ada kesempatan @ masa untuk menyediakan menu sebegini terutamanya kalau yang bekerja. Kalau makan kat luar @ beli yang dah siap hidangan sebegini sudah pasti kena sediakan bajet yang lebih berbanding dengan harga bahan mentah. Maka kena pandai-pandai la kita mengurus ekonomi diri kita sendiri.

Sunday, November 20, 2011

Keropok Lekor

Waktu petang begini tambah pulak bila hujan, masa ni la teringin nak makan sesuatu. Lagi best kalau ada yang makanan yang panas seperti keropok lekor goreng ni. Keropok ni asalnya frozen, sebelum goreng saya selalu rebus sekejap untuk melembutkannya. Masa rebus tu letak sedikit garam untuk tambah rasa..kalau tak letak pun ok juga sebab keropok lekor asalanya dah ada rasa masin tu. Lepas tu angkat sejat sekejap keropok tu baru digoreng.


 Keropok lekor ni saya beli masa balik kg hari tu, memang jadi kebiasaan kalau nak makan keropok lekor yang sedap saya beli untuk buat stok kat sini. Kalau beli kat sini jarang dapat yang sedap, sebab saya suka keropok lekor yang kandungannya banyak ikan, bila makan pun terasa lembut. Kebanyakan yang dijual kat sini yang jenis keras dan banyak tepung. Memang tak kena selera saya. Tapi ada setengah kawan saya suka makan keropok jenis keras.. ya la selera masing2. Jom kita makan keropok lekor cicah sos.  

 

Friday, November 18, 2011

Roti + Chicken Ham

Pagi ni saya sediakan menu diet untuk breakfast. Terasa nak makan roti ala-ala mat saleh la pulak. Kebetulan pula semalam terbeli salad maka boleh tayang imej kehijauan dalam menu pagi ni. Kekadang tu bila bangun pagi fikiran dah melayang-layang fikir nak makan apa? dah la masa tu singkat nak masak. Jadi untuk mengelak dari membuang masa cara paling mudah ialah menyedia menu sandwich. Caranya roti (readymade) + chicken ham (panas je 5 minit dlm microwave atau dalam air panas) +  salad + tomato + letak sedikit olive oil atau planta. Ok 10-15 minit dah ready untuk pack bawa pergi kerja...

Ready for pack!!!
 
Lebihkan salad + tomato
Menu macam ni kalau setiap pagi bagus untuk kesihatan kita dan pasti boleh turun berat badan bagi yang nak diet. Kalau saya ni tak pasti la boleh makan tiap-tiap pagi macam ni, cepat jemu lorrr. Kekadang tu bab-bab makan ni bagus juga kalau kita tidak ikut nafsu selera, demi kesihatan.

makan time!!!

Bila berdepan dengan makan kita tak ingat pasal sakit atau gemuk... tapi bila badan dah berubah struktur mula la mencari salah makanan. Maka peringatan untuk diri sendiri kawal @ diet dalam pemakanan dari sekarang sebelum doktor mengawal pemakanan kita...he..he..he.. betul ke macam tu. Apa2 je la janji ada kesedaran dalam penjagaan kesihatan badan kita. 

Thursday, November 17, 2011

Maggi Rebus

Bila sebut je maggi mesti semua fikir negatif je seperti malas nak masak, jimat etc. Tapi saya ni bukannya malas nak masak atau sebagainya, cuma sekali sekala tu nak ubah selera makan. Makan maggi ni tak jadi masalah atau penyakit pun, janji kita tau macam mana mengolah makanan tersebut dari menjadi penyakit kepada kita.

Maka semalam saya dinner maggi rebus, semua maggi kena rebus kan!!! Tujuan saya rebus maggi ni utk mengelak dari guna minyak dan tumis bawang, yang sekurangnya boleh kawal kolestrol utk kesihatan. Caranya didihkan dulu air, kemudian dimasukkan bawang putih yang diketuk + lauk seperti ayam/daging/fishball etc , selepas tu + maggi (bila maggi dah hampir kembang) + sayur2 hijau + cendawan + tomato + cili padi + garam secukup rasa (tak guna perisa yg dibekalkan). Sebolehnya letak sayur pelbagai jenis bagus utk kesihatan. Masak maggi ni memang senang dan cepat tambah pula bagi orang macam saya ni bila perut meminta2 je baru bergegas mencari mangsanya!!!!







Monday, November 14, 2011

Musim Bunga Telur


Tibanya November bermula la musim orang kenduri kawin dan bunga telur pun mula berbunga. Terutamanya bila tarikh 11.11.11 ramai yang buat majlis untuk abadikan dalam sejarah hidup. Jumaat, sabtu dan ahad lepas saya mengumpul bunga telur memandangkan dapat jemputan kenduri. Makan free la hari tu dapat buah tangan lagi, ya la rezeki bila orang kawin. 

Bila bawa balik rumah tak tau mana nak letak bunga2 ni setelah makan telur, saya ni tak minat menyimpan benda2 macam tu... entah la rasa menternak habuk pulak kat bunga2 tu. Tapi bagi yang minat tu saya lihat berbalang2 dihias dalam pasu. Sepatutnya saya bagi je kat orang-orang yang suka menghias, masa tempat kenduri tu memang la seronok bila orang hadiahkan. Ada setengah tu beria2 nak dapatkan bunga telur selain dari buah tangan lain, entah la manusia ni macam2 perangai dan ragam.

Sunday, November 13, 2011

Colek Kedondong


 
Hari tu saya dok tayang buah kedondong, hari ni misi makan colek buah kedondong pulak. Colek ni orang kelate suka sebut, sebab cara makan tu dicolek buah tersebut yang campur dengan kicap + gula + garam + cili @ kuah rojak yang dah disiap dijual. Bila dah ada kuah rojak ni lagi senang curah je kuah rojak tu atas buah tersebut lepas tu untuk tambah keenakannya tabur kacang tanah yang dah ditumbuk/hancur.

Tapi saya ni memang peminat colek, maka stok kuah rojak tu memang sentiasa ada dalam simpanan. Ya la tak semestinya makan colek kedondong je, buah2 lain pun saya taram juga dengan kuah rojak ni bila teringin. Bila makan colek ni terimbau la kenangan masa kecik2 dok kg...bila petang je mesti dok bawah pokok jambu makan colek... rindunya zaman dulu2. 

Friday, November 11, 2011

Orkid Mata Gergaji

Kepada blogger @ pembaca yang arif tentang pokok orkid mungkin mengenali jenis dan nama setiap pokok orkid. Saya akui memang kurang mengenali nama2 orkid. Seperti gambar ni orang yang menjual pokok orkid ni menamakannya orkid mata gergaji...  mungkin juga selain nama itu ada juga gelaran lain.

Thursday, November 10, 2011

Raja Satong

 Dalam perjalanan pulang ke kg singgah di RnR ada seorang pak cik dengan van menjual buah-buahan, madu dan pokok-pokok herba. Salah satu yang menarik perhatian saya adalah pokok Raja Satong.

Pokok ni tergolong dalam kategori pokok menumpang... tetapi saya tak pernah tengok keadaan semulajadinya. Ini la pertama kali saya tengok pokok ni yang original dan masih hidup. Sebelum ni saya cuma tengok ubi raja satong je...sebab masa itu kami mencari ubi raja satong untuk dijadikan ubat penawar kanser. Rupanya Raja Satong ni banyak kegunaan/khasiatnya.

Mungkin kepada yang mengenali pokok2 ni boleh memberi komen etc...sebab saya kurang pasti raja satong ni ada berbagai jenis atau tidak... sebab berdasarkan kepada gambar ni mengikut kata pak cik tu semuanya kategori Raja Satong.... 

Ubi Raja Satong




Wednesday, November 9, 2011

Mee Celup

Mee celup special
Kesempatan balik kg beberapa hari lepas sempat la menyingah kat kedai makan mee sup. Setelah sekian lama tak makan mee celup ni memang la menyelerakan dibuatnya tambah pulak kalau dok kat luar dari kelantan ni susah nak cari yang betul2 seenak hidangan kat sini.

bahan2 tambahan perisa dalam mee celup
Nama mee celup ni mungkin tak semua yang tahu, tapi bagi yang tinggal kat pantai timur terutamanya Kelantan semestinya tau makanan ni. mee celup lebih kurang mee sup je, cuma cara proses untuk dihidang tu mee tu dicelup dalam kuah sup termasuk la bahan2 lain seperti sayur, taugeh etc dicelup dalam sup terlebih dahulu kemudian sup dimasukkan lagi dalam bahan2 tersebut bila nak makan.

Sup mee celup ni bagi yang nak diet bagus juga sebab kurang berminyak, lagipun bahan2 dalam hidangan tu ada juga sayur-sayuran. Mee celup ni ada macam2 kategori, ada yang special ada yang biasa. Kalau yang special tu ada pula tambahannya seperti mee + kueh teow + bihun lepas tu daging + ayam + perut/usus lembu + daging + telur.

Kedai kami makan ni memang famous la kat area sini sebab seingat saya masa zaman sekolah lagi dah wujud. Dekoration kedai ni pun dah berubah dan menu2 yang dihidang pun dah banyak pilihan.

Kat kedai ni minum yang saya nak rekmen seperti kelapa shake@coconut shake ... macam2 perisa ais krim ada coklat, vanina & strawberry.

Coconut Vanila Shake


Kepada yang berkunjung kat Pekan Pasir Mas nama kedai ni Warung Kurnia Ibu terletak kat kg Padang To'la.

Tuesday, November 1, 2011

Buah Kedondong @ Amra

Alahamduillah... rezeki. Rakan-rakan semua kenal tak buah ni...rasanya masam sikit... ni la dia buah kedondong @ amra @ amrah... Kawan di ofis sedekah hasil dari kebunnya untuk saya. Dia tau buah kedondong/amra ini memang kegemaran saya.

Buah amra ni kalau jumpa kat pasar mesti saya beli bawa balik rumah makan cecah dengan kuah rojak atau colek....emmm bestnya...bukan mengidam tau... Buah ni memang leceh sikit kalau nak makan sebab kena buang kulit dulu dah la buah tu kecil  melambatkan bila mengumpasnya ... meleleh air liur nak tunggu habis mengupas kulit tu baru lah boleh cecah colek!!! apa pun kena ada tahap kesabaran sebelum merasa nikmatnya.



Selain di makan colek buah kedondong/amra ni saya ada terbaca kat blog / internet boleh dibuat masak pajeri. Tapi saya tak pernah lagi mencubanya. Saya cuma tau makan cecah asam boi atau kuah rojak je.


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Kedondong ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN yang lain. Nama botaninya Canarium spp.. Buah kedondong dipanggil dengan nama buah amrah di hilir Perak.

Menurut kepercayaan masyarakat setempat, buah kedondong sedap dimakan, tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini.
Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar boleh mencecah ketinggian 45 meter dan ukuran garis pusat 90 cm.

Buah kedondong boleh dimakan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.