Monday, October 31, 2011

Brunch : Kueh teow goreng

Selamat pagi Isnin - bagi yang bekerja diistilah 'monday mood'. Ya la masing-masing malas dan penat setelah 2 hari cuti penuh dengan aktiviti. Saya pun cam tu la .. lepas tu cam biasa la wake up pagi dah fikir nak breakfast/lunch apa hari ni kat ofis... kekadang tu dah jemu nak beli kat kafe area ofis tu, asyik menu sama je... rasa pun dah pasti la sama kan!!


Hari ni bawa bekal kueh teow goreng ... tak perlu lagi nak pening fikir nak makan apa bila sampai di ofis... emm memasak ni biasa la setiap orang ada selera masing2, memandangkan nak bawa bekal ke ofis saya goreng kueh teow kering la... kalau kueh teow goreng basah kena makan panas-panas baru sedap.

  
Hasil yang ada dalam peti ais:

[Kueh teow + ayam + chicken ball + taugeh + sawi + tomato + bawang putih + cili padi (kalau nak pedas) + sos cili + sos tiram + kicap + garam + gula]

Bila kita masak sendiri dah semestinya boleh oleh letak bahan2 ikut selera rasa apa yang kita nak... kalau nak pedas letak je cili padi ... kalau nak masin/manis tu pun kita boleh tentukan sendiri... sebenarnya masak sendiri ni ada kebaikan dan keburukannya!!! nak tau kenapa saya cakap cam tu... kalau kita masak sendiri ni kekadang tu terlalu ikut selera nak sedap kita letak macam2 lepas tu extra rasa dah semestinya tak jaga keburukan lebihan garam/guna etc... walau cam mana pun masak ilham sendiri ada keistimewaannya tersendiri!!! emmm jom brunch (breakfast + lunch)!!!

Saturday, October 29, 2011

Laksa Kelate

Salam hari sabtu!!!! 
Dalam perjalanan balik dari kelas quran tengahari tadi... sambil berkhayal memandu tiba2 terbuka selera nak makan laksa kelate... emmm apa lagi melencong la sekejap singgah kedai runcit Segi. Yang penting kena cari laksa, ikan dan ulam-ulaman. Bahan yang lain tu dah ada ke rumah.

Laksa sedia untuk di jamah!!!

Mungkin blogger / pembaca semua dah tau macam mana nak memasak laksa kelate ni... cuma versi dan misi tu je yang mungkin berbeza. Versi saya dalam acara memasak ni simple je.. sebab masak untuk selera diri sendiri.

Selera saya kalau memasak kuah laksa ni kuahnya mesti pekat sebab bila makan ikan dan santan tu macam melekat je kat laksa....slruuppp!!! yumm!yumm!! ulam-ulam tu saya ambil yang wajib je... seperti daun kesum dan bunga kantan untuk aroma bila makan, taugeh dan timun... kalau ada daun salad / kacang panjang pun ok menambahkan lagi khasiat. Kalau yang suka pedas macam saya ni... letak la cili padi yang ditumbuk @ sambal belacan pun ok.





Bahan-bahan yang saya guna untuk kuah; [ ikan segar (sardin/selayang), santan, bawang merah, lada hitam, asam keping, serai, garam dan sedikit gula ]

Laksa direbus hingga masak.

Ulam-ulaman, sepeti bunga kantan, timun, daun kesum, timur dipotong kecil-kecil / racik dan taugeh cuma buang ekornya saja.


ulam-ulaman ; bunga kantan, daun kesum, taugeh dan timun

Friday, October 28, 2011

Deko Ice Cream

Deko ice cream...betul ke ayat yang saya guna tu.. emm main sedap mulut je keluar ayat tu. Tapi sesiapa yang baca ni mesti faham sebab perkata 'deko' ni dah sinonim digunakan. Cuma perkataan deko tu sesuai digunakan untuk memperkatakan tentang ubahsuai rumah. Tapi saya cuba transformasi kepada makanan.. emm ice cream!!!



Saya percaya ramai yang suka makan ice cream.... tambah pulak bila cuaca panas. Kalau jalan2 ternampak orang menjaja ice cream mesti nak beli... tapi yang tu tak ada decoration. Kecuali bila menyinggah kat outlet yang ada menu dessert ice cream... dah semestinya ice cream tu tertayang dengan toping  yang cantik...



Bila dok kat rumah tiba2 je nak makan ice cream rasanya tak berbaloi nak keluar memandu menuju kat tempat cam tu sekadar nak makan ice cream je... apa kata kita belajar mendekorasi sendiri..alah bukannya susah pun main tabur je... uuuuhhh nah tengok hasil yang saya dah buat. Tapi dengan syarat ice cream tu dah ada kat dalam peti ais la.. kalau nak wat ice cream tu saya belum pandai lagi... dalam perhatian la nak membuatnya. Sekarang ni sekadar mendekorasi je ice cream untuk tuntutan selera sendiri.

Meroti!!! apa tu?

yessss!!! ini la pertama kali dalam hidup saya belajar sendiri mengadun, menguli dan membakar roti...so combinasi semua tu kita jadikan perkataan 'meroti'. Dengan penuh semangat balik kerja petang semalam saya cuba menceburkan diri sendiri dalam meroti ni. Disebabkan rasa tercabar asyik dok tengok dalam internet ni ramai yang bijak pandai memasak dok menayang segala hasilnya. Maka saya pun dengan semangat yang kental ni cuba copy resipi dari blogger. Harap blogger tu halalkan la ya!!!



Nak gak cerita pengalaman saya meroti ni... ya la saya tak ada bread maker, maka terpaksa la membuat secara manual ... uli guna tangan dan tenaga sendiri la. Lagipun saya masak ni bukannya untuk jual...sekadar untuk makan sendiri je... Resipi yang saya ambil dari blogger ni pun tak banyak kerenah ... bahan yang digunakan pun tak banyak memang betul2 menjimatkan. Lepas tu bahan2 yang perlu digunakan semua dah ada kat rumah.

Alahamduillah!!! yahooo... saya berjaya menghasilkan sebuku roti putih ...walaupun tak seindah yang dijual di kedai. Tapi memang mengembirakan. Mungkin kepada yang bijak pandai meroti ni tentu boleh menilai dah komen hasil usaha saya ni. Mesti ada kekurangannya!!!. Inssyallah lepas ni boleh la meroti lagi.

Thursday, October 27, 2011

Breakfast Cekodok




Kerja dah hari ni...setelah seharian cuti deepavali lepak kat umah. uuhh boring sikit kat ofis hari ni ramai staff cuti. Maka aku melayan diri sendiri dengan kerja yang ada. Sebelum mula kerja jom berakfast dulu. Hari ni kita masak cekodok ikan bilis... lama betul tak masak makan kegemaran ni. Ada setengah orang suka makan cekodok ikan bilis ni sebagai menu / hidangan minum petang tapi kita ni tak kira waktu, asal terasa nak makan je tak kisah petang atau pagi.

Cekodok cicah sos cili

Cekodok ni semua orang pandai masak... kanak2 pun kalau main masak2 pandai wat cekodok ha..ha..ha.. tapi cekodok kita masak ni guna resipi sendiri.. letak je bahan2 yang terlintas kat fikiran... oopppsss silap tu, maksud kita letak bahan yang boleh menaikan selera untuk makan.  Kalau nak rasa pedas potong kecil2 cili padi, bawang/daun bawang untuk naikkan aroma, lepas tu letak telur untuk bagi cekodok tu rasa lembut bila makan...emm menyelerakan!!!


Wednesday, October 26, 2011

Kabus Pagi


HAPPY DEEPAVALI!!! uuhh bestnya cuti walaupun sehari je... bertambah ceria lagi bila cuti deepavali hari ni sekitar perumahan aku diselubungi kabus yang agak tebal.... adakah jerubu, asap mercun atau kabus? sebab malam tadi ada bunyi mercun... tapi bila buka jendela terasa dingin je...sah la kabus.


suasana pukul 8 pagi.


Burung pun riang menikmati udara pagi!!!

Bila tengok kabus tebal kat luar rumah... terasa macam bercuti kat tanah tinggi la pulak...dah lama tak merasa suasana begini... sekarang ni tak perlu nak pergi bercuti kat cameron highlands atau genting lagi... bila lepas hujan je suasana kat sini mesti berkabus... tu la kelebihan suasana perumahan kat sini.

Hari cuti yang dingin ni dapat la lepak-lepak menikmati anugerah dari Ilahi...nyaman dan dingin sekali. Kat luar sana burung pun gembira menikmati suasana pagi ini. 


Tuesday, October 25, 2011

Sirih

Jom kawan-kawan kita tanam sirih sebagai hiasan kat halaman rumah mengantikan pokok menjalar yang lain disamping tu sirih ni banyak kegunaannya. Masa balik kampung hari tu banyak daun sirih menjalar kat belakang rumah tu... sirih ni asalnya ditanam oleh nenek, ya la orang tua dulu makan sirih ni macam satu desert. Cara nak makan sirih ni diletaknya secalit kapur makan, pinang dan gambir di atas daun sirih tu...kemudiannya dikunyah...kalau yang tak ada gigi tu orang tua dulu menggunakan 'gobek' sejenis alat digunakan untuk menumbuk sirih dan bahan2 tadi hingga lumat. 
Sekarang ni sirih sudah dijadikan produk kesihatan dan penjagaan diri secara komersial.

[Sirih atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka.
Daun sirih mempunyai bentuk yang hampir menyerupai daun Kaduk. Ia penting dalam adat perkahwinan dan perubatan Melayu tradisional.
Pada kebiasaannya dahulu, pokok sirih banyak ditanam di kampung-kampung. Daun sirih berwarna hijau gelap dan bersaiz kira-kira 15 cm panjang dan 10 cm lebar. Ia juga mudah didapati di pasar, terutamanya di kawasan pedalaman.
Sirih digunakan oleh orang Melayu sebagai hantaran dalam istiadat perkahwinan orang Melayu. Sirih juga digunakan dalam upacara menjampi seseorang dalam proses mengubati pesakit.
Selain daripada itu, daun sirih juga boleh dimakan bersama-sama gambir untuk mengubati penyakit cirit-birit. Bagi mengubati pendarahan pada hidung, daun sirih digulung dan disumbat ke dalam lubang hidung untuk menghentikan pengaliran darah dari dalam hidung.] rujukan (http://ms.wikipedia.org/wiki/Sirih)

Mawarku Meriah Berbunga

Sejak bulan oktober ni bunga mawar@roses kat rumah tu meriah mengeluarkan bunga...riang hati bila tengok bunga2 ni... bunga2 ni boleh dijadikan trapi bila kita stress atau kurang sihat.... sebab tu kot bila orang sakit akan dapat bunga...emmm... tu pun kalau ada orang nak bagi.. tapi sekarang ramai cakap bagi bunga membazir.. tapi hakikatnya bagi orang yang memberi dan menerima tu penuh penghargaan dan bermakna sekali.  


Nak kata saya ni minat dengan bunga tu tak ada la sampai tahap jiwa-jiwang... cuma sekadar untuk mencari hobi baru je untuk atasi stress seharian. Lagi satu saya ni tak ada orang nak bagi bunga maka terpaksa la tanam sendiri...he..he..he..tanam sendiri lagi puas hati sebab tak perlu nak tunggu hari-hari tertentu untuk terima hadiah bunga. Mulai hari ni rakan-rakan sekalian mula la hobi baru ya disamping dapat menghilangkan stress boleh juga mengindahkan halaman rumah kita.

Bab nama spesis bunga mawar ni saya kurang arif... dah banyak juga baca dan rujuk kat wikipedia dan blog tapi semuanya saya tak boleh nak perjelaskan kat sini...tu la saya memang lemah bab-bab ni.. tak yakin nak tulis nama2 spesis bunga yang saya tanam ni.


[Pokok Bunga Mawar atau ros merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering di tanam sebagai pokok hiasan. Tumbuhan berbunga mula muncul pada zaman Cretaceous. Pokok berbunga pertama adalah angiosperm.
Bunga Mawar adalah salah satu tumbuhan berbunga parennial, tergolong dalam kumpulan Angiosperm. Bunga Mawar adalah satu bunga baru bagi bangsa Melayu dan merupakan satu kebudayaan asing yang baru bertapak di dunia Melayu.bunga mawar mempunyai bau harum,biasanya mawar kampung (damask rose)mempunyai bau yang paling kuat.Dalam kebudayaan barat, dan kini dalam kebudayaan Melayu, bunga Mawar melambangkan bunga cinta.
Penyumbang baka kelopak bunga besar. R.gigantea merupakan spesis mawar asli utara india, utara myanmar,dan selatan china.berkelopak 5,berwarna putih ,kuning atau krim.bersesuaian dengan namanya gigan bermaksud gergasi. mawar ini merupakan spesis mawar terbesar didunia.tanpa baka dari spesis ini bunga mawar yang kita kenali cuma bunga yang kecil. ] daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.






















Monday, October 24, 2011

Sup Tulang

Hari ni masak sup tulang untuk menyegarkan kepada dan badan yang terasa lemah je. Sejak 2-3 hari ni kepala aku rasa panas dan terasa berat je...sakit tu tak boleh nak cakap macam migrain la pulak. Entah la apa puncanya tak pasti...nak kata lapar makan aku ikut waktu...mungkin aku tersalah makan kot.

Sup tulang rusuk ni memang dah lama aku tak makan...ya la kalau beli kat KL ni kekadang tu terkena daging yang liat lepas tu dah tak segar semuanya dan dibekukan. Tapi disebabkan termengidam beli la jugak...ya la bab makan ni mana boleh tahan.

Bila bab makan daging lembu yang segar ni mula la terkenangkan kat kampung halaman...pagi dah ada orang jual daging lembu segar yang baru disembelih...boleh dikatakan sepanjang jalan tu ada orang menjual daging segar.


Ok la ni nak tayang sup tulang yang dah siap untuk dimakan...memandangkan selera orang tak sihat ni tak nasi putih dan sup pun dah cukup.