DOA untuk menghilangkan rasa marah
"Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk: Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku", dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk".
DOA ketika menghadapi kesusahan tidur
"Tiada Tuhan kecuali hanya Engkau, Maha Suci Engkau; Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri".
DOA memohon taubat
"Wahai Tuhanku, maafkanlah aku kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pemaaf dan mempunyai Kemuliaan".
DOA ketika mengambil wuduk
"Tuhanku, ampunilah segala dosaku, luaskanlah (lapangkanlah) rumah tanggaku dan berkatilah untukku rezekiku".
DOA mohon perlindungan daripada penyakit berat
"Wahai Allah, sesungguhnya aku berlindung diri kepada-Mu daripada penyakit sopak, gila, penyakit kusta dan penyakit-penyakit berat". (Riwayat Abu Daud)
DOA memohon kesihatan tubuh badan (baca pada waktu pagi dan petang)
"Ya Allah, kurniakanlah kesihatan pada badan hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada telinga hamba, Ya Allah kurniakanlah kesihatan pada mata hamba, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kekufuran dan kepapaan, Ya Allah, hamba berlindung kepada-Mu daripada kesengsaraan azab kubur, tiada Tuhan melainkan Engkau".
DOA anak untuk ibu bapa
"Ya Allah, ampunilah aku dan ampunilah kedua-dua ibu bapaku dan cucurilah rahmat kepada mereka sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil".
DOA apabila melihat orang mendapat bencana
"Segala puji bagi Allah yang menyelamatkan aku daripada penyakit atau bala yang mana kamu telah diuji dengannya; dan memberi limpah kurnia yang nyata kepadaku melebihi kebanyakan orang".
CARA berdoa yang dituntut:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa.
2. Memohon dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Makanan, minuman serta pakaian mesti dari harta yang halal.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturahim dan tidak sesekali memohon agar doa itu segera dimakbulkan.
5. Memperbanyakkan menyebut asmaul husna yang dimulai dengan taubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah dan sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
SEBAB doa tidak dimakbulkan
1) Terasa sesuatu yang menakutkan.
2) Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat).
3) Terasa menggeletar ketika berdoa.
DOA yang selalu dimakbulkan Allah adalah doa orang yang dalam keadaan berikut:
1) Orang yang terdesak,
2) Orang yang kena zalim,
3) Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibu bapanya serta doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturahim.
No comments:
Post a Comment