Apa ertinya:
PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI adalah program terperinci mengenai apa yang harus kita lakukan kepada ekonomi Malaysia dalam masa sepuluh tahun kakan datang demi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Ia bertunjangkan pelaksanaan hala tuju yang jelas dengan prestasi pengurusan yang kukuh lagi tiris.
PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI
1. Adakah ekonomi kita bermasalah?
Sehingga 1990an Malaysia berkembang antara lapan hingga sembilan peratus setiap tahun. Namun 1997/1998, kita cuma berupaya mencatat pertumbuhan antara empat hingga lima peratus sepanjang 10 tahun lepas. Ia lebih meruncing ketika letusan dotcom pada tahun 2000 dan krisis kewangan global 2008/2009. Sedangkan kita antara 13 negara di dunia yang bertahan setakat tujuh peratus buat 25 tahun atau lebih sejak 1945, banyak negara telah berjaya ke hadapan sambil pertumbuhan ekonomi kita kekal merudum.
2. Inikah sebab kita perlukan program Transformasi Eknomi?
Ya, sebab kos hidup dan bisnes jua sedang meningkat lebih deras daripada kadar pendapatan dan keuntungan yang kita jana dalam aktiviti ekonomi semasa. Inilah yang dinamakan sebagai perangkap pendapatan sederhana. Jika kita gagal bertindak cepat, kita akan menjadi bertambah kurang kompetitif sebab kita beroperasi dalam ekonomi yang bertambah global, sedang kuasa membeli pula bertambah lemah. Kesemua ini akan menjurus kepada kualiti kehidupan yang lebih rendah.
3. Apakah manafaat Program ini kepada Malaysia?
Program transformasi Ekonomi pada asasnya akan menambah baik ekonomi Malaysia menerusi pemangkinan perubahan dan transformasi dalam struktur ekonomi untuk menjadi lebih kompetitif dan berdaya tahan. Jika terlaksana, ia akan merubah Negara menjadi berpendapatan tinggi, dengan purata pendapatan tahunan US$15,000. Ia adalah kayu pengukur Bank Dunia dalam menetapkan garis ekonomi pendapatan tinggi. Tambahan lagi, Progran ini akan mencipta lebih daripada 3.3 juta pekerjaan menjelang 2020.
4. Apakah manafaatnya untuk saya?
Dengan ekonomi yang bertambah baik, anda akan menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik, peluang kerja lebih banyak (dengan majority beroleh pekerjaan bergaji sederhana dan tinggi), tautan pengangkutan lebih baik, hasil pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan lebih luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Ia juga menyediakan tapak asas yang kukuh buat Negara menikmati pembangunan mampan supaya anak-anak anda mampu menimati kehidupan yang lebih berkualiti. Untuk dunia bisnes, lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif dan pasaran pengguna tempatan berkuasa membeli tinggi.
5. Jadi, apa sebenarnya Program ini?
Program ini cukup mudah. Ia tertumpu kepada sumber khusus dalam 12 bidang ekonomi yang kita sudah kuasai dan mahir serta cenderung untuk memastikan yangk ita melabur dalam bidang yang akan menjurus kepada pendapatan tertinggi. Bidang ekonomi lain turut menikmati kesan limpahan dan gandaan dari 12 bidang tumpuan tersebut. Jadi semua orang menang. Sungguh pun Program Transformasi Ekonomi ini dijana bersama oleh sector swasta dan awam, ia bergantung kuat kepada pertumbuhan yang digembleng sektor swasta, di mana 92% pelaburan datang dari sektor swasta.
6. Adakah ia mudah dilaksanakan?
Mudah tidak semestinya bermaksud semuanya senang. Kita bercakap tentang merubah ekonomi sebuah Negara yang mempunyai penduduk seramai 28.9 juta orang dan dianggarkan 31.6 juta pada 2020. Kea rah itu, ia memerlukan tumpuan yang tinggi, kesungguhan, kerajinan, dan kesatuan hati dari setiap rakyat Malaysia.
7. Jadi, apa 12 bidang ekonomi itu?
12 bidang tumpuan itu juga dikenali dengan Bidang Ekonomi Utama Negara, dan setiap satunya mempunyai potensi menyumbang secara langsung pertumbuhan ekonomi Negara. Ia merangkumi 11 industri dan satu wilayah geografi.
8. Satu wilayah geografi? Sila jelaskan.
Wilayah itu dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur/Klang Valley. Hasil kajian merumuskan bahawa bandaraya yang dinamik mempunyai daya saing lebih tinggi dibandingkan sesebuah Negara. Sebagai ibu Negara, Kuala Lumpur akan tetap menjadi nadi kepada kekuatan ekonomi kita, namun jika ia tidak setara dengan kemajuan bandaraya lain makan ekonomi Negara juga akan terjejas. Lantaran itu, wilayah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley perlu dirangsang menjadi lebih mantap dari sudut ekonomi. Banyak lagi ruang yang dapat kita garap supaya Kuala Lumpurdisebut-sebut setara dengan Tokyo, London, New York bahkan dengan Singapura.
9. Apakah 11 bidang industri itu pula?
Bidang ekonomi utama kepada masa depan kita ialah:
I. Pertanian
II. Perkhidmatan Perniagaan
III. Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi
IV. Pendidikan
V. Elektrikal dan Elektronik
VI. Perkhidmatan Kewangan
VII. Kesihatan
VIII. Minyak, Gas dan Tenaga
IX. Minyak Sawit
X. Pelancongan
XI. Pemborong dan Peruncitan
10. Bagaimana dapat kita pastikan 12 bidang ekonomi utama ini memang tepat? Bagaimana pula industry perdana lain seperti pembuatan dan pembinaan?
Kita telah kumpulkan lebih 1,000 pemimpin sektor korporat dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat awam dalam sebuah bengkel kerja. Berdasarkan pengalaman terbaik masing-masing dan amalan makroekonomi , mereka telah merumuskan 12 bidang fokus utama ini mengikut keberhasilan pendapatan dan kriteria pekerjaan. Industri lain seperti pembuatan dan pembinaan dan pembinaan juka akan memanfaati aliran kukuh aktiviti-aktiviti 12 sektor tersebut dan akan turut berkembang.
sumber: BH
www.pemandu.gov.my/etp-roadmap
No comments:
Post a Comment