Friday, November 26, 2010

SINUS - Cegah Sebelum Merebak

Gejala selsema seperti hidung tersumbat, sakit pada pipi, sekitar mata serta kekerapan bersin terutama pada waktu pagi memang merimaskan. Lebih tidak selesa apabila muka terasa gatal seperti ada benda merayap.

Rasa kurang selesa semakin bertambah apabila di bahagian tekak bagaikan dipenuhi dengan kahak.

Jika anda mempunyai simptom seperti itu ia menandakan anda mungkin mengalami masalah sinusitis.

Sinusitis ialah keradangan pada lapisan membran dalam mana-mana ruang sinus. Sinusitis juga menyebabkan kita menjadi sangat sensitif kepada bahan yang boleh menyebabkan alahan, termasuk perubahan cuaca (sejuk), pencemaran alam sekitar dan jangkitan bakteria.

Pada tulang tengkorak kita ada beberapa tulang berisi udara dan diseluputi mukus serta membuka ke dalam kaviti (ruang) hidung. Ruang ini dipanggil sinus.

Sinusitis adalah masalah yang sangat lazim di seluruh dunia. Jika dibuat imbasan pada 10 orang normal, 80% kes sinusitis berpunca daripada selsema biasa yang tidak dirawat dan berlanjutan lama. Ini bermaknsa seseorang individu itu mengalami jangkitan bakteria sekunder yang berlaku ketika selsema.

Selain itu ia juga berpunca akibat daripada perubahan cuaca sejuk, jangkitan fungus, masalah sistem imun seperti dialami penghidap virus HIV dan pesakit kanser yang menjalani rawatan kemoterapi.

Tidak kurang juga jangkitan pada gigi (ketika rawatan gigi yang merebak ke ruang sinus) di samping jangkitan yang berlaku ketika berenang atau menyelam dalam air yang tercemar dan masuk ke ruang sinus.

Mereka yang mempunyai asma, mengalami ketumbuhan (polip) dalam hidung, alahan (pada habuk dan debunga) dan ada masalah membabitkan aliran mukus (lendir) dalam sistem pernafasan seperti sisa fibrosis adalah lebih mudah mengidap sinus.

Jika keradangan sinus tidak mendatangkan masalah, anda tidak perlu mendapat rawatan. Ramai orang ada dalam kategori ini.

Bagaimanapun, jika sinusitis mula menyebabkan gangguan pada kesihatan seperti demam, sakit kepala dan leher, muka sakit dan bengkak, anda disaran berjumpa doktor.

Jika didapati sinusitis anda teruk, usah biarkan ia berlanjutan kerana melengahkan rawatan boleh menyebabkan masalah anda bertambah buruk. Jangkitan bakteria perlu dihapuskan kerana ia boleh memasukit aliran darah dan mengakibatkan keracunan yang menyebabkan seluruh badan terasa sakit.

RAWATAN SINUS

- Pengambilan ubat seperti antibiotik yang disarankan oleh doktor. Pesakit perlu memastikan ubat atau antibiotik yang diberi doktor dihabiskan, walaupun gejala sinusitis hilang sepenuhnya.

- Jika sinusitis disebabkan alahan, doktor mungkin memberi anda ubat kortikosteroid dalam bentuk semburan hidung atau pil. Pengambilan ubat ini seharusnya boleh mengurangkan gejala sinusitis dan sakit kepala.

- Jika masalah masih tidak berkurangan dengan pengambilan ubat, doktor mungkin mencadangkan anda menjalani pembedahan dipanggil antral-puncture and wash-out. Ia prosedur pendek (10-15 minit) di bawah bius setempat (dewasa) atau bius umum (seluruh badan) bagi kanak-kanak.

Sumber: Harian Metro.

Tip Pencegahan Keracunan Makanan di Rumah

1. Basuh tangan dengan sabun setiap hari selepas menggunakan tandas dan setiap kali sebelum dan selepas mengendalikan atau menyediakan makanan. Gunakan air panas dan bersabun untuk membersihkan perkakas memasak, papan memotongdan lain-lain permukaan yang digunakan.

2. Apabila membeli belah, menyediakan atau menyimpan makanan, asingkan daging mentah, ternakan, ikan dan makanan bercengkarang daripada makanan lain bagi mengelakkan pencermaran silang.

3. Masak makanan pada suhu yang selamat. Cara terbaik bagi memastikannya adalah dengan menggunakan termometer makanan. Anda boleh membunuh organisma yang boleh menjejaskan yang terdapat dalam kebanyakan makanan dengan memasak pada suhu 630-740 darjah celcius.

4. Sejukkan atau dinginkan makanan yang mudah rosak dalam tempoh 2 jam pembelian atau penyediaannya. Jika suhu bilik lebih 320 darjah celcius, sejukkan makanan yang tidak tahan lama itu dalam masa sejam. Letakkan makanan di dalam pembeku jika tidak mahu memakannya dalam masa 2 jam.

5. Mencair bekukan makanan dengan selamat. Jangan lembutkan makanan pada suhu bilik. Cara terbaik untuk melembutkan makanan adalah dengan mencairbekukan makanan di dalam peti sejuk atau mikrogelombang. Melalukan air sejuk ke atas makanan untuk melembutkannya juga selamat.

6. Buangkan sahaja makanan itu kalau anda ragu-ragu dengan cara penyediaan, penyimpanan atau hidangannya. Makanan yang dibiarkan pada suhu bilik dengan terlalu lama mungkin mengandungi bakteria atau racun yang tidak boleh dimusnahkan lagi walaupun memasaknya. Jangan kecap makanan itu jika anda tidak pasti mengenai tahap keselamatan dan kebersihannya. Walaupun ia mungkin kelihatan (atau berbau) masih baik, ia mungkin tidak selamat lagi untuk dimakan.

7. Berwaspadalah semasa menghidangkan makanan. Bakteria berbahya boleh membiak dengan cepat semasa menyediakan makanan tanpa pemanasan atau penyejukan sempurna terutamanya semasa majlis luar atau buffet. Buang saki baki makanan yang berada pada suhu bilik 2 jam atau dalam cuaca panas, lebih empat jam.

8. Tahu bila masanya untuk mengelakkan sama sekali makanan tertentu terutamanya bagi golongan yang berisiko tinggi. Langkah lebih berhati-hati perlulah diambil oleh mereka dengan mengelakkan makanan seperti daging mentah, ikan atau makanan bercangkerang yang tidak cukup masak.

Keracunan makanan selalunya reda dengan sendiri dalam masa 48 jam. Untuk membantu diri anda berasa lebih selesa sekali gus menghalang dehidrasi dalam waktu pemulihan itu, anda boleh cuba langkah-langkah berikut;

1. Biarkan perut anda rehat. Berhenti makan atau minum selama beberapa jam.

2. Hisap ketulan ais atau hirup sedikit air. Anda boleh juga mengambil minuman bersoda. Orang dewasa patut minum sekurang-kurangnya 8-16 gelas air setiap hari sedikit demi sedikit tetapi kerap.

3. Secara beransur-ansur, makan makanan yang dikisar dan mudah hadam seperti kraker (biskut kering nipis), pisang dan nasi. Berhenti makan jika mual-mual kembali.

4. Elakkan makanan dan bahan-bahan tertentu hingga anda berasa lebih baik. Antaranya produk tenusu, kafeina, nikotin dan makanan berlemak atau mempunyai perasa makanan tinggi.

5. Banyakkan berehat. Kesakitan dan dehidrasi mungkin telah melemah dan memenatkan anda.

Sumber: Harian Metro.

Thursday, November 25, 2010

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI

Apa ertinya:

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI adalah program terperinci mengenai apa yang harus kita lakukan kepada ekonomi Malaysia dalam masa sepuluh tahun kakan datang demi mencapai status negara berpendapatan tinggi. Ia bertunjangkan pelaksanaan hala tuju yang jelas dengan prestasi pengurusan yang kukuh lagi tiris.

PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI

1. Adakah ekonomi kita bermasalah?
Sehingga 1990an Malaysia berkembang antara lapan hingga sembilan peratus setiap tahun. Namun 1997/1998, kita cuma berupaya mencatat pertumbuhan antara empat hingga lima peratus sepanjang 10 tahun lepas. Ia lebih meruncing ketika letusan dotcom pada tahun 2000 dan krisis kewangan global 2008/2009. Sedangkan kita antara 13 negara di dunia yang bertahan setakat tujuh peratus buat 25 tahun atau lebih sejak 1945, banyak negara telah berjaya ke hadapan sambil pertumbuhan ekonomi kita kekal merudum.

2. Inikah sebab kita perlukan program Transformasi Eknomi?

Ya, sebab kos hidup dan bisnes jua sedang meningkat lebih deras daripada kadar pendapatan dan keuntungan yang kita jana dalam aktiviti ekonomi semasa. Inilah yang dinamakan sebagai perangkap pendapatan sederhana. Jika kita gagal bertindak cepat, kita akan menjadi bertambah kurang kompetitif sebab kita beroperasi dalam ekonomi yang bertambah global, sedang kuasa membeli pula bertambah lemah. Kesemua ini akan menjurus kepada kualiti kehidupan yang lebih rendah.


3. Apakah manafaat Program ini kepada Malaysia?

Program transformasi Ekonomi pada asasnya akan menambah baik ekonomi Malaysia menerusi pemangkinan perubahan dan transformasi dalam struktur ekonomi untuk menjadi lebih kompetitif dan berdaya tahan. Jika terlaksana, ia akan merubah Negara menjadi berpendapatan tinggi, dengan purata pendapatan tahunan US$15,000. Ia adalah kayu pengukur Bank Dunia dalam menetapkan garis ekonomi pendapatan tinggi. Tambahan lagi, Progran ini akan mencipta lebih daripada 3.3 juta pekerjaan menjelang 2020.


4. Apakah manafaatnya untuk saya?

Dengan ekonomi yang bertambah baik, anda akan menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik, peluang kerja lebih banyak (dengan majority beroleh pekerjaan bergaji sederhana dan tinggi), tautan pengangkutan lebih baik, hasil pendidikan lebih canggih serta mempunyai pilihan lebih luas kepada produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi. Ia juga menyediakan tapak asas yang kukuh buat Negara menikmati pembangunan mampan supaya anak-anak anda mampu menimati kehidupan yang lebih berkualiti. Untuk dunia bisnes, lebih mantap, persekitaran yang lebih kondusif dan pasaran pengguna tempatan berkuasa membeli tinggi.

5. Jadi, apa sebenarnya Program ini?

Program ini cukup mudah. Ia tertumpu kepada sumber khusus dalam 12 bidang ekonomi yang kita sudah kuasai dan mahir serta cenderung untuk memastikan yangk ita melabur dalam bidang yang akan menjurus kepada pendapatan tertinggi. Bidang ekonomi lain turut menikmati kesan limpahan dan gandaan dari 12 bidang tumpuan tersebut. Jadi semua orang menang. Sungguh pun Program Transformasi Ekonomi ini dijana bersama oleh sector swasta dan awam, ia bergantung kuat kepada pertumbuhan yang digembleng sektor swasta, di mana 92% pelaburan datang dari sektor swasta.


6. Adakah ia mudah dilaksanakan?

Mudah tidak semestinya bermaksud semuanya senang. Kita bercakap tentang merubah ekonomi sebuah Negara yang mempunyai penduduk seramai 28.9 juta orang dan dianggarkan 31.6 juta pada 2020. Kea rah itu, ia memerlukan tumpuan yang tinggi, kesungguhan, kerajinan, dan kesatuan hati dari setiap rakyat Malaysia.


7. Jadi, apa 12 bidang ekonomi itu?

12 bidang tumpuan itu juga dikenali dengan Bidang Ekonomi Utama Negara, dan setiap satunya mempunyai potensi menyumbang secara langsung pertumbuhan ekonomi Negara. Ia merangkumi 11 industri dan satu wilayah geografi.


8. Satu wilayah geografi? Sila jelaskan.

Wilayah itu dikenali sebagai Greater Kuala Lumpur/Klang Valley. Hasil kajian merumuskan bahawa bandaraya yang dinamik mempunyai daya saing lebih tinggi dibandingkan sesebuah Negara. Sebagai ibu Negara, Kuala Lumpur akan tetap menjadi nadi kepada kekuatan ekonomi kita, namun jika ia tidak setara dengan kemajuan bandaraya lain makan ekonomi Negara juga akan terjejas. Lantaran itu, wilayah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley perlu dirangsang menjadi lebih mantap dari sudut ekonomi. Banyak lagi ruang yang dapat kita garap supaya Kuala Lumpurdisebut-sebut setara dengan Tokyo, London, New York bahkan dengan Singapura.

9. Apakah 11 bidang industri itu pula?

Bidang ekonomi utama kepada masa depan kita ialah:

I. Pertanian
II. Perkhidmatan Perniagaan
III. Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi
IV. Pendidikan
V. Elektrikal dan Elektronik
VI. Perkhidmatan Kewangan
VII. Kesihatan
VIII. Minyak, Gas dan Tenaga
IX. Minyak Sawit
X. Pelancongan
XI. Pemborong dan Peruncitan


10. Bagaimana dapat kita pastikan 12 bidang ekonomi utama ini memang tepat? Bagaimana pula industry perdana lain seperti pembuatan dan pembinaan?

Kita telah kumpulkan lebih 1,000 pemimpin sektor korporat dan kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat awam dalam sebuah bengkel kerja. Berdasarkan pengalaman terbaik masing-masing dan amalan makroekonomi , mereka telah merumuskan 12 bidang fokus utama ini mengikut keberhasilan pendapatan dan kriteria pekerjaan. Industri lain seperti pembuatan dan pembinaan dan pembinaan juka akan memanfaati aliran kukuh aktiviti-aktiviti 12 sektor tersebut dan akan turut berkembang.

sumber: BH
www.pemandu.gov.my/etp-roadmap

Wednesday, November 24, 2010

GOUT

Antara makanan yang harus dielakkan bila terkena penyakit gout:

- Makanan laut; ikan, kerang, sadin dan ikan bilis
- Sayur-sayuran; asparagus, bunga kobis dan bayam
- Organ dalaman haiwan seperti paru, hati dan jantung
- Daging merah
- Cendawan
- Yis (roti putih, roti manis)

Sendi jari tangan tidak boelh bergerak kerana tersalah makan dan kaki tiba-tiba menbengkak sehinggakan ingin memijak lantai pun terasa seolah-olah memijak atas timbunan jarum yang menegak.

Ini sebahagian rasa yang dialami mereka yang mengidap penyakit gout. Salah makan saja, terutama bayam, ikan bilis dan makanan laut, pastinya mempunyai penyakit ini terpaksa merana akibat kesakitan yang teramat sangat pada sendi anggota badan.

Penyakit gout mula dikenal pasti lebih 2,000 tahun dulu dan ia dipanggil penyakit orang kaya lantaran ia dikaitkan dengan pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak khasiat.

Ia membabitkan serangan serta merta yang bukan saja menyebabkan kesakitan tetapi turut membengkak dan rasa panas di sendi.

Selalunya ia membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga ia boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.

Ia adalah sebahagian daripada penyakit artritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolik akibat asid urik (iaitu bahan bangan yang terhasil daripada pemecahan purin (protein); berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling tisu, terutama pada kaki dan menyebabkan rasa sakit.

Umumnya, gout sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan ia jarang sekali berlaku kepada wanita. Jika ada pun, kemungkinan berlalu hanyalah selepas wanita mengalami menopous.

Malah, individu yang mengalami masalah kencing manis, obesiti, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang menganggu pengkumuhan asid urik turut berisiko mendapat gout.

Selain dikenali sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga disebabkan pengamalan gaya hidup yang kurang sihat seperti pengambilan minuman, makan makanan laut yang berlebihan serta makan sesetengah sayuran seperti bayam dan cendawan.

Jangan biarkan gout tidak dirawat kerana kemungkinan untuk terjadinya kerosakan sendi dan ketidakupayaan untuk bergerak boleh terjadi.

Gout biasanya mudah dikesan menerusi pemeriksaan biasa. Biasanya doktor akan mengambil contoh cairan sendi dan cuba mengesan kehadiran kristal asid urik. Selain itu ujian darah juga dibuat untuk memastikan tahap asid uric dalam tubuh.

Walaupun bunyinya agak menakutkan gout sebenarnya boleh dikawal dengan mengubah gaya hidup. Kurangkan minuman beralkohol, hadkan pengambilan daging merah atau ikan yang tinggi purin dan kawal berat badan anda.

Selain itu gout boleh dikawal dengan ubat-ubatan. Ada ubat-ubatan yang diberi ketika masih diserang gout dan ada ubat-ubatan untuk rawatan jangka panjang.

Bagi individu yang mempunyai masalah gout, mereka disarankan untuk berpantang sedikit dan menghindarkan makanan kaya purin seperti bijirin, makanan laut, makanan berprotein tinggi, ikan bilis, minuman keras, kicap, teh dan kopi.

Sebaliknya minum lebih banyak air masak sekurang-kurangnya lapan gelas sehari dah kerap bersenam.

Sayangilah tubuh anda, kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai dari Maha Esa.

Sumber BH

Sunday, November 21, 2010

10 Zulhijjah 1431H=17 Nov 2010

Salam Aidil Adha @ Hari Raya Haji

Untuk semua umat Islam seluruh dunia sekali lagi menyambut hari mulia, bagi umat Allah yang menunaikan ibadat Haji semestinya berada di Tanah Suci Mekah sudah selesai menunaikan rukun ke5. Sesungguhnya untuk melengkapkan rukun Islam ni tidak semua umatNya diangkat... semuanya datang dari keizinanNya yang maha berkuasa. Cuma aku berdoa agar diri ini dipercepatkan untuk ke sana. Amin.

Hari Raya Haji kali ni aku tak balik kg... entah la mungkin tahun ni tak melakukan ibadat korban makan untuk balik tu rasa kosong je...tambah pula kat sana tak ada lagi orang tua. Maka adik2 datang kat rumah aku untuk bersama2 beraya... terubah la tradisi hari raya aku tahun ni... orang berebut balik kg utk beraya... tapi adik2 aku menuju kat kota untuk berhari raya...

Malam raya aku seperti biasa menyediakan jaudah untuk makan pagi raya...walaupun berada di sini aku tetap kekalkan amalan memasak resipi nasi dagang+gulai ikan aya, nasi himpit+kuah kacang...sedikit pencuci mulut... seronok aku menyediakan jaudah tu walaupun keseorangan...ya la memang dah tugas aku memasak dari dulu lagi bila tiba hari raya...

AKTIVITI Hari Raya Haji di Kotaraya....

Pagi solat aidil adha, menjamu selera dengan hidangan dan petang ziarah ke rumah mak sedara di Ampang hingga malam kat sana....

Hari Raya ke2 releks kat rumah masak laksa lemak...uuhhh semua tu kegemaran kami semua... seharian aktiviti makan je... malam keluar jalan2 tengok lampu kotaraya KL... kalau sedara mara tak datang tak da masa aku nak pi lepak sana till 12 malam...tapi seronok gak sekali sekala tengok suasana cam tu...teringat zaman2 remaja dulu....uuuuhhh

Hari Raya ke3 jalan2 lagi ke rumah mak sedara dan sepupu yang di Subang... biasa la kalau jumpa sedara mara ni tak sah kalau tak ada makan2... memang keturunan aku semuanya jenis suka masak ... maka seharian kat sana macam2 hidangan kami yummmy!!!

Cukup la 3 hari beraya... hari ke4 tu adik aku berangkat balik kg maka kesunyian mula kembali dalam rumah aku... tapi aku cukup gembira sebab pertama kali beraya dengan adik2 di sini... semoga tahun hari raya tahun hadapan tercatat memori yang indah lagi... Inssyallah.