Wednesday, July 29, 2015

Puasa Syawal - Kueh Teow Goreng

Petang ni selera gajah...uuhhu cam mana boleh terkeluar perkataan selera gajah? Aku pun main tulis je...rasanya maksud lebih kurang macam selera nak makan macam-macam atau makan dengan banyak. Berdasarkan dari maksud di atas aku sebenarnya hari ni selera nak makan kueh teow goreng...sejak tengahari tadi dok fikir nak berbuka puasa makan kueh teow goreng. Bila masuk dapur aku pi masak nasi dan masak sayur bayam... eeem macam mana pun niat awal aku nak makan kueh teow tetap aku tunaikan...maka ada 2 menu berat untuk dimakan nanti... eeemm mengalahkan gajah makan... Tapi aku makan bukannya banyak sentuh la serba sedikit...sejak berpuasa ramadhan dan syawal ni makan pun dah ada sukatan tak boleh nak masuk banyak...cepat kenyang...tu la rahmatNya bila berpuasa.

Kueh teow goreng daging...goreng kueh teow seringkas mungkin janji sedap... rencahnya pun tak macam sebelum ni..kalau masak mesti letak udang, sotong tapi bila dah alahan terpaksa la pantang untuk sementara.

Tuesday, July 28, 2015

Puasa Syawal - Puding Roti

Roti ni beli dah hampir seminggu...semuanya tak ada yang selera nak makan, kena la olah jadi puding roti sebelum tarikh luput. Biasanya bila dah jadi puding ada juga yang sentuh.
Adunan yang belum dibakar. Bahannya cukup ringkas - Susu cair + roti dipotong kecil + gula + sedikit planta/majerin + 2 biji telur + serbuk kulit kayu manis ganti esen vanilla + buah-buahan kering saya letak buat tin dan kismis dan bijan
Setelah 45 minit dalam oven...dah boleh makan.

Puasa Syawal - Pucuk Ubi Masak Lemak

Setelah sekian lama tak masak lemak tempoyak pucuk ubi...sebelum ni asyik makan yang celur cicah sambal atau budu je. Memandangkan sambal dan budu aku tak boleh makan maka kena la masak cara lain untuk makan pucuk ubi kayu ni. Ada petua mengatakan pucuk ubikayu ada khasiat untuk tambah sel darah merah... memandangkan aku kekurangan hemoglobin kena rajinkan diri mencuba petua ini.
Pucuk ubikayu masak lemak tempoyak. Bahan2 - Pucuk ubi dicelur terlebih dahulu sehingga lembut + santan + cili padi + bawang merah + bawang putih + serai diketuk + tempoyak + garam + ikan bilis (saya tak letak sebab alahan) + tauhu sekadar tambahan. Masakan ni santannya kena pekat baru rasa kit bila makan nasi... memang betul2 menyelerakan aku berbuka sekadar makan sayur ni dan ikan selar goreng. Tetapi sebaliknya pula berlaku bila dah makan... waktu pagi tadi betis dan kaki rasa kejang...uuhhh mungkin pucuk ubi kaya ni sejuk...kalau orang alah makanan sejuk boleh terkena kejang atau sakit-sakit badan....alhamduillah aku kena kejang sekejap je...tapi dalam hati tak fikir lain ni mesti makan pucuk ubi sebeb dah lama tak kena kejang macam ni. 

Saturday, July 25, 2015

Puasa Syawal - Ayam Masak Kicap

Bila tengok iklan ayam masak kicap...terliur la pulak...eeem pengaruh iklan!!! Jika dulu masakan berasaskan ayam tidak menarik selera aku...senang cakap aku tak suka makan lauk ayam. Tapi sekarang terpaksa la menyukainya sebab tak banyak pilihan lauk yang aku boleh makan. Petang ni selain ayam masak kicap aku juga masak sup tulang dan goreng sayur...eeemm cukup la rezeki untuk berbuka.

Tengok pada gambar cara masakan macam orang malas je...uuhhu tapi sedap juga walaupun nampak tak menyelerakan...sebabnya ada rasa masin manis.

Friday, July 24, 2015

Puasa Syawal - Nasi Kandar

Puasa sunat bulan syawal ni tak perlu nak bergegas balik masak... keluar dari ofis pun macam biasa...sebabnya ramai lagi yang sibuk berapa jalan pun tak jammed untuk balik rumah. Petang ni aku masak kari ikan tenggiri dan sayur kobis...menu ala nasi kandar.  Hajatnya dalam perjalanan balik kerja nak singgah kedai mamak untuk beli nasi kandar yang dah siap...tapi tertangguh la hajat tu bila memikirkan makanan yang dijual tu ada diletak bahan-bahan yang aku alah... sekarang ni aku terpaksa fikir panjang untuk membeli makanan yang sudah siap dimasak.

Kari ikan tenggiri...kuahnya sengaja dicarikan...
Kobis + karot + tauhu + tomato dikawankan dengan kari ikan makan jadi la menu nasi kandar

Thursday, July 23, 2015

Menu Puasa Syawal - Tau Mui

Untuk berbuka petang ni sekadar masak sayur tau mui @  taugeh hijau ...sayur kegemaran aku kalau goreng sayur ni tak ada lauk lain pun dah cukup menyelerakan. Mungkin rasanya ranggup dan segar...biasanya kalau goreng sayur ni aku akan letak rencah udang dan sos tiram..tapi kali ni aku tak letak memandangkan aku alergic seafood maka sekadar tauhu sebagai rencah namun tetap sedap!!!! Sejak tak alah makanan seperti udang dan sotong ni aku terpaksa masak asing untuk dijadikan rencah dalam sayur untuk penghuni dalam rumah ni...pandai2 la mereka makan.

Memang sedap!!! bila kunyah terasa keranggupannya!!! Jangan masak lama atas dapur untuk kekalkan kesegarannya

Wednesday, July 22, 2015

Durian Belanda

Buah durian belanda atau dikenali juga durian selat aku ambil kat kampung, ada beberapa pokok sedang berbuah. Masa petik buah ni sudah tua cuma belum masak, elok juga bila sampai KL dah boleh makan. Mungkin semua dah tahu akan khasiat buah durian belanda ni...terutama sekali  anti kanser, darah tinggi dan macam-macam lagi penyakit yang ada sekarang ni.

Kat kampung setakat nak cari bahan-bahan asli sebagai penawar penyakit ada sekeliling rumah tak macam di KL nak beli pun tak ada.

Kerepek Pisang Tanduk

Jom kita buat kerepek pisang....walaupun raya dah berlalu kerepek ni bila-bila masa boleh makan. Pisang tanduk ni aku bawa balik dari kampung kebetulan sebelum balik ke KL singgah kebun di K.Krai, buah-buahan lain belum masak yang ada cuma pisang je. Orang yang jaga kebun yang paksa kami bawa balik pisang tanduk dan berangan...aku sebenarnya tak pernah buat kerepek ni sebab tu keberatan nak bawa balik pisang tanduk ni, pisang berangan ok la sebab tunggu masak boleh terus makan.

Maka semalam aku menjalankan operasi memproses kerepek pisang lagipun aku belum kerja...eeemm kena la tanya pakcik goggle cara membuatnya.

Kerepek pisang tanduk!!! hasil usaha aku membuatnya dengan penuh ketekunan....uuuhh akhirnya berjaya juga aku jadi usahawan kerepek sebagai bidang terjun untuk satu hari je...eeemm sanggup ke tinggal kerjaya yang ada sekarang ni???
Ini namanya pisang tanduk
Setelah pisang dibuang kulitnya maka mulakan proses sagat pisang ni supaya menjadi nipis...cara paling senang sagat terus dalam kuali yang mengandungi minyak panas dicampur sedikit garam dan kunyit untuk bagi pisang tu nampak kekuningan...kalau takut terpercik minyak boleh juga sagat pisang tu dalam bekas lain kemudian goreng...cuma cara ni kepingan pisang tersebut akan melekat satu sama lain...
Kerepek ni kena goreng dalam minyak yang banyak...
yeeeahh dah masak kerepek pisang tanduk...dengan bangganya aku memuji diri sendiri sebab berjaya membuat kerepek pisang tanduk kegemaran aku. Rupanya proses membuat kerepek ni tak ada la susah mana...

Tuesday, July 21, 2015

Balik Kampung - Hari Raya Aidil Fitri

28 Ramadhan, Rabu 2.30 pagi kami bertolak balik kampung sempat la berpuasa 2 hari di sana. Perjalanan kali ni kurang baik kami terjebak dalam jam walaupun keluar awal pagi. Dari Selayang ikut jalan lama ke Bentong...sebab dapat info dari adik yang bergerak awal sejam  lebuhraya Karak sesak... melalui jalan lama sunyi dan jalanya memeningkan kepala. Kami sampai di destinasi kampung halaman Pasir Mas pukul 12.30 tengahari....tercatat dalam sejarah perjalanan paling lama balik kampung musim perayaan, sebelum ini kami tak pernah melalui situasi macam ini...sabar je la orang lain pun bersesak juga...janji kita selamat sampat. Alahamduillah!!! dapat beraya dengan adik beradik dan sedara mara di kampung halaman.

Menu pilihan pagi raya tetap sama... nasi dagang, satay, nasi himpit dan  ketupat palas, cuma kali ni dikurangkan sedikit menu memandangkan hari raya ke 2 adik mengadakan aqikah anaknya dan majlis jamuan hari raya.

Nasi dagang!!!!
Kuah Kacang, rendang ayam, telur rebuh, ikan tongkol dan nasi himpit
Ketupat palas... yang ni beli
Satay ayam dan daging!!!

Tuesday, July 14, 2015

Ramadhan 26 - Ayam Masak Lemak

Petang ni menu berbuka masak ayam lemak cili padi...sekarang ni ayam menjadi pilihan aku selain dari daging, sayur dan ikan pula hanya ikan tertentu je boleh makan. Sejak aku tahu badan ni alergic kepada makanan tertentu seperti seafood aku jarang memasaknya...eeemm gembira udang sotong dalam peti ais sebab aku tak makannya.
Masak lemak cili padi ni memang sedap tambahan pula sekian lama aku tak makan...lagi pun aku tak minat makan ayam....dari dulu kalau ada pilihan lauk lain aku tak akan makan ayam... 

Bahan-bahannya : ayam + bawang merah & putih + halia + cili padi + serai + santan + ubi kentang + asam keping + garam gula dan daun kunyit yang dihiris halus

Cornflake Madu

Tahun persediaan menyambut raya agak perlahan dan tiada kesungguhan...terutama bab kuih...aku tak ada plan nak buat kuih raya memandangkan badan baru je sihat...tapi masih terasa kekurangan tenaga.
Entah macam mana petang semalam menyinggah kat supermaket tercapai beberapa barang untuk buat biskut...buat je la biskut yang paling senang... cornflake madu dab biskut mazola. Sekurangnya boleh bawa balik kampung top up biskut yang beli dengan kawan. Biskut raya ni kalau ada masa lebih baik buat sendiri sebab kosnya tak banyak jika dibandingkan beli yang siap bezanya separuh harga...namun masing2 ada masalah dan alasan!!! 
 
Cornflake yang sudah dibakar selama 10 minit.
Cornflake belum bakar warnanya agak berbeza.

Sunday, July 12, 2015

Ramadhan 23 - Ayam Percik

Sabtu...minggu terakhir puasa, orang ramai sibuk membeli belah jalan raya dari awal pagi dah memenuhi jalanraya...waktu aku menuju ke kelas mengaji kereta dah banyak...apa lagi bila dah menjelang tengahari jalan tmTun Razak, jln Kucing etc dah sesak menuju ke pusat bandar. Nasib aku baik sebab berlawan arus...ya la orang sibuk masuk pusat membeli belah aku dan nak balik berehat, tak sanggup nak bersesak.
Menu berbuka petang ni masak ikan singgan, ayam percik, daging goreng dan sayur kalian...banyak juga menu hari ni sebab adik nak datang berbuka bila balik dari shopping kesudahannya dia tak jadi datang sebab tak sanggup nak melalui jam... tak pa la kami je la makan....
Tayang ayam percik je sebab lauk lain terlupa nak snap... percik ayam cara kelate!!! Walau macam2 cara orang cipta resipi percik ayam...style kelate juga pilihan kami ianya memerlukan bahan yanh simple dan senang untuk menyediakannya.
Bahan untuk sos atau kuah. Santan pekat + bawang merah + halia + serai + asam keping + garam gula dan sedikit tepung jagung utk pekatkan kuah.
Sebelum bakar ayam perap sekejap dengan garam +halia+ bawang putih. Bila ayam bakar dah masak ambil sedikit sos letak atas ayam tersebut dah sambung bakar sekejap supaya sos tersebut meresap dalam ayam. Sos ini boleh tambah atas ayam bila nak makan...

Friday, July 10, 2015

Ramadhan 22 - Labu Sira

Petang ni teringin nak makan kuih manis...tapi masa agak terbatas nak buat kuih, kebetulan ada labu (pumpkin) sebelum ni dah masak lemak, masih ada separuh elok la buat sira. Lama tak makan sira labu...antara makanan manis yang aku suka sejak dulu lagi...ya la masa kecil2 kat kampung arwah ibu yang masak...lagipun sira labu ni cukup terkenal kat Kelantan bila ada kenduri...ianya dihidang bersama nasi.

Dapat makan sepotong labu cukup puas!!! cukup rasa manis dan lemak...warnanya kurang menarik sebab guna gula melaka...kalau nak nampak cantik letak gula je dan sedikit pewarna kuning.
Cara nak sira labu ni ada berbagai cara untuk potong...ada yang potong ikut bentuk lengkuk labu dan ada juga yang potong kecil bergantung pada size labu. Aku suka potong ikut lengkuk labu sebabnya size labu yang ada ni kecil, bila dah siap potong dan buat kulit serta bijinya...bersih labu tersebut dan direndam dalam air kapur sekejap (letak sedikit je kapur) tujuannya untuk dapatkan labu yang pejal bila sudah disira...untuk elak labu hancur. Cara memasaknya aku buat cara yang paling cepat dan senang, labu yang telah dibersihkan dari air kapur dimasukkan dalam periuk + air (anggaran tenggelamkan labu) + nisan @ gula melaka + gula + daun pandan + bunga cengkih + secubit garam + sedikit santan (pilihan jika suka lemak) - masukkan santan setelah labu sudah lembut...bila santan mendidik angkat sejukkan...dapat makan yang disejukkan dari peti ais lagi sedap...

Thursday, July 9, 2015

Ramadhan ke 21 Kari Daging

Petang ni masak kari daging...sejak bulan puasa hari ni pertama kali masak kari..setiap hari berbuka menu pun ala kadar je... tak perlu bermewah masak macam-macam... kesudahannya tak habis dan membazir. Menu aku hari ni kari daging, sayur campur goreng + ikan kerapu goreng garing cicah kicap sebab dah jemu masak 3 rasa.

Kari daging tetel + sedikit tulang, kari ni masak ikut resipi sdn bhd...bukannya kari mamak...sudah semestinya tak banyak rempah. Sahur nanti boleh cicah dengan roti.

Monday, July 6, 2015

18 Ramadhan

Pagi ni bersemangat untuk ke kelas mengaji setelah beberapa sesi aku tak hadir semasa tak sihat. Lagipun rakan2 mengaji asyik bertanya...
Hari ada beberapa plan untuk aku lakukan...al maklum tertangguh sejak tak sihat. Uuuhhu orang lain baju raya dah siap aku baru nak pergi hantar ke tailor...tak kisah sempat siap atau tak. Seterusnya nak jumpa kawan-kawan lama sebelum raya lagipun tak sempat nak berbuka dengan mereka sebelum ni. Bila dah penghujung macam ni dah tak ada masa untuk keluar berbuka masing2 sibuk dengan urusan.
Petang ni masak untuk berbuka teramat la senang...Mr Right nak makan sardin!!! tambahan menu masak lemak bayam dan goreng daging dan menu yang paling popular tauhu sumbat.

Sardin!!! sekali sekala makan ikan sardin ni best juga...
Tauhu sumbat...makanan paling popular yang aku buat sepanjang ramadhan...memang ada peminat tegar tak pernah jemu makan
Vaadai beli!! tak rugi beli sebab sedap

15 Ramadhan

Berlalu separuh bulan ramadhan... sejak akhir2 ni agak jarang aku update blog...tak ada kesempatan. Alhamduillah kesihatan aku sudah ada perubahan ada tanda2 akan sihat, demam dah tak ada cuma sakit kepala dan cepat penat masih ada. Sekarang ni bila melakukan sesuatu kerja aku kena ambil masa untuk berehat...begini rupanya bila kita tak cukup sel darah merah badan jadi cepat letih.
Bulan puasa kali ni aku kurang meriah menyediakan makanan berbuka memandangkan aku tak sihat...lagipun menu untuk masak tiada dalam minda aku...ya la bila tak ada selera makan sudah semestinya tiada idea untuk masak. Boleh dikatakan menu yang sama je aku masak...

Ikan bilis + petai + terung + tauhu masak bercili
Sup tulang!!!