Monday, June 29, 2015

Tauhu Sumbat dan Bihun Goreng

Menu tambahan berbuka puasa, tauhu sumbat ni atas permintaan Mr Right...eeem ni je yang dia minta nak makan pada hari istimewa dia dan aku buat tambahan masak bihun goreng memandangkan tak ada nasi...mana la tau kot ada yang nak makan. Ini la rezeki kami hari ni...plan asal kami nak keluar makan kat luar tapi terpaksa tunda bila badan aku rasa kurang tenaga untuk keluar lagipun risau juga dalam situasi tak sihat ni bila makan kat restoran macam-macam masalah pulak...makan kat rumah lagi selesa. 

Tauhu sumbat ni memang kegemarannya...bulan puasa ni dah 2 kali aku buat...
Bihun goreng ala-ala basah...

Ayam Bakar dan Naan

Berbuka petang ni aku sediakan ayam bakar dengan roti naan, bihun goreng dan tauhu sumbat...sepanjang bulan puasa asyik makan nasi je sekali sekala tukar selera. Dalam tak sihat mampu juga aku sediakan beberapa jenis masakan...semuanya yang tak ambil masa lama untuk di masak. 

Ayam bakar rasa tandori masak sendiri + roti naan beli yang frozen...cepatkan kerja memasak
Sos pudina - segenggam daun pudina + setangkai daun kari + kelapa goreng tak perlu garing + bawang merah + bawang putih + garam + sedikit air untuk blend. Sos ini kalau nak tambah yogurt asli pun boleh. Tapi aku asingkan yogurt tu sebab bila nak makan baru letak.

Sunday, June 28, 2015

Ramadhan ke 11 - Puding Karamel

Malam tadi rasa sihat... plan hari ini nak pergi mengaji dan masak yang istimewa untuk berbuka. Tapi lepas sahur tadi rasa tak larat untuk memandu terpaksa batal untuk ke kelas mengaji...risau juga kalau berlaku yang tak diingini dalam perjalanan nanti...baca je Al Quran kat rumah. 

Setelah berehat dalam beberapa jam aku rasa ok...plan nak masak istimewa sempena harijadi Mr Right hari ni...namun aku terpaksa ubah masak yang biasa je mengikut kemampuan diri. Aku sekadar masak puding karamel menggantikan kek, tak pa la janji ada pemanis mulut.

Resipi puding ni macam biasanya...mesti semua orang tau buat...

Bahannya:
Sos / Karamel - 1 cawan gula + 1/2 cawan gula - masak gula hingga cair kemudian masukkan air kacau hingga gula tidak berketul dan warna keperangan. Masukkan dalam acuan dan sejukkan.

Puding - 5 biji telur + 1 tin susu cair + 1 tsp essen vanilla + 2 sudu besar gula (jika tak letak pun tak pa sebab sos karamel dah manis) + 1/2 cawan air campur + satu sudu besar tepung kastard (pilihan)

Panaskan sekejap susu cair + gula + 1/2 cawan air (sekadar untuk hancurkan gula, pukul telur + vanilla kemudian masukkan susu tersebut. Setelah sebati tapis dalam acuan yang ada karamel dan kukus.

Bahan untuk puding roti - 4 keping roti + sebiji telur + 1 cawan susu + 3 sudu gula, kacau sehingga roti kembang dan sebati. Adunan puding roti ni dimasukkan dalam loyang puding karamel setelah puding ini dikukus 10 minit...agak2 puding nampak memejal, kemudian ratakan adunan roti tersebut atas puding karamel dan kukus sehingga masak (45 minit)
Puding karamel ni aku buat berlapis dengan puding roti memang sedap!!!
Ini la hasil kerja orang tak sihat memasak...agak kecewa sebab tak nampak cantik bahagian tepi sebabnya guna aku loyang kek...biasanya kalau buat karamel aku guna bekas kaca tidak melekat macam ni.

Friday, June 26, 2015

Ramadhan 9 - Bubur Nasi Daging

Ramadhan sudah masuk hari ke 9, kali ni aku tidak mampu menghayati keindahan bulan mulia ni sepenuh hati...bila Allah swt tarik sekejap kesihatan ini. Dari segi peritnya demam dan sinus...badan tidak bertenaga bila kurang selera untuk makan. 

Hari ni cukup berat melalui dugaan sakit yang aku alami mungkin tindak balas ubat yang diambil. Aku rasa loya dan muntah...terasa tegang urat perut dan badan jadi lemah.
Menu aku hari ni hanya bubur nasi...masak bubur nasi ni aku hanya letak rencah daging dan tulang lembu dan sedikit karot....ini pun makan dalam paksaan!!! 

Makanan untuk orang tak sihat
Versi untuk orang sihat makan ada daging goreng kicap

8 Ramadhan - Ikan Bakar

Menu untuk aku yang tak sihat ni hanya nasi putih, ikan bakar cicah air asam. Ini je makanan untuk aku berbuka...makanan lain tak ada selera untuk aku jamah...tak pa la biar orang yang sihat makan. Adakalanya Allah swt menguji kita dalam berbagai cara...aku diuji kesakitan dan ditarik selera makan mungkin ini untuk seketika.

Ini namanya Ikan selayang @ sardin bakar...kerjanya senang letak garam kunyit kemudian bakar dalam kuali ajaib....makanan macam orang dalam pantang.
Ini lauk untuk orang tak sihat...kalau sihat mungkin tak terlintas nak makan makan macam ni.
Air asam...

Thursday, June 25, 2015

Resdung @ Sinus

Hasil x-ray 3 bahagian ENT sah aku kena resdung ataupun sinus. Peringkatnya dah kronik... mengikut pada gambar x-ray memang takut dan risau juga bila doktor terangkan punca dan kesannya jangka panjang jika tidak dirawat. Patut la aku sering sakit kepala, tekak, selsema dan gusi...ini la puncanya. Mengikut rekod doktor berbelas tahun lepas aku pernah mengalaminya tapi terkawal dan sembuh...sekarang kena balik...puncanya tak jaga pemakanan yang aku alahan seperti ais, pedas, seafood, ikan masin, belacan budu etc makanan yang diperam. Aku masih ingat dulu aku betul2 ikut arahan doktor dan pantang semua makanan yang aku alergic. Nampaknya mulai hari ini aku akan kembali pantang dan mengurus pemakanan yang sihat.

Tahap sinus sekarang bahagian muka sebelah kiri yang kronik...rongga hidung dan bahagian belakang mata diselaputi lendir...bila kahak dan hingus ada bau kurang enak. Aku kena pastikan lendir ni keluar dalam tempoh 6 minggu sebab kena x-ray semula untuk dapatkan result yang seterusnya setelah ambil ubat dan treatment.

Mengikut doktor...Sinus jangan diambil ringan sebab kesan jangka panjang boleh jadi barah dan merebak ke paru-paru..gusi dan gigi juga akan dijangkati virus ini. Macam aku alami resdung bahagian dalaman maka tidak ada jerawat...ada setengah orang resdung boleh nampak ada keluar jerawat.

Ini la ubat yang doktor bagi.. doktor syorkan beli vitamin Zinc untuk tambah energy. Selain dari tu aku kena buat treatment wap atau steam muka dan masukkan menthol dalam air tersebut...bila wap masuk dalam rongga terasa berangin dan rongga yang tersumbat rasa lega. 

Serawa Durian

Durian ni dah 2 hari dok melepak... bulan puasa ni macam tak cukup mana nak uruskannya. I yang tak sihat ni bau durian macam tak ada bau apa lagi selera nak makan tak ada langsung. Petang semalam Mr Right uruskan urusan buka durian tu...dia minta masak je serawa durian nak makan dengan roti. Biasa la sebelum berbuka semuannya rasa nak makan...tapi bila dah berbuka makan nasi makanan lain dah tak pandang.
Bagi yang suka serawa durian ni tak kira masa waktu sahur pun selera untuk makan...tapi aku kali ni memang betul-betul hilang deria bau dan rasa...langsung tak ada selera nak merasanya.

Bahan-bahan : Isi durian + santan + gula + sedikit gula melaka + secubit garam + daun pandan

7 Ramadhan

Menu berbuka hari ni untuk orang yang sihat nak makan ikan siakap masak 3 rasa...eeemm aku memang tak ada selera nak makan lauk yang pedas...untuk aku sekadar ikan siakap goreng biasa makan dengan kicap...itu pun dah cukup. Sakit kali ni aku agak kurang selera untuk makan...semua yang aku masak tidak membuka selera...makan macam dipaksa...adakala Allah swt menguji kita dengan berbagai cara...diuji sakit dan ditarik selera makan dan sebagainya. Namun aku redha dan sabar dengan ujian ni.

Besok aku ada temujanji doktor sebelum itu aku kena pergi x-ray... masalah kenapa sering sakit kepala dan pernafasan tidak selesa...adakah sinus?

Ikan siakap 3 rasa....eeemm kena cari ikan bersembunyi bawah limpahan sos dan dedaun bawang serta sup...begini la bila tukang masak tak sihat. Harap maaf la ya presentation terlalu over!!! 

Wednesday, June 24, 2015

6 Ramadhan - Gulai Darat Daging

Hari ke 6 berpuasa...menu hari ni daging lembu masak gulai darat, kerabu mangga campur sotong, ikan goreng dan tauhu sumbat... bersemangat memasak hari ni kononnya rasa dah sihat...tapi lepas berbuka badan ni rasa tak sihat...eeemm lepas solat isyak baring sekejap tiba2 je dah rasa mengiggil...

Masak daging gulai darat ni dah banyak kali aku tayang...tak pa la itu je menu yang aku suka masak. Cuma kali ni aku masukkan terung dalam masakan ni memandangkan tak ada stok ubi kentang.

Bahan-bahannya : daging  + lengkuas + halia + bawang merah + bawang putih + cili kering + ketumbar + kunyit (diblend) + santan + kerisik + asam keping + garam gula + terung + daun kesum (tak letak pun tak pa)
Kerabu mangga menu yang kerap menjadi hidangan...cuma kali ni aku letak sotong yang telah direbus

Monday, June 22, 2015

5 Ramadhan - Labu masak lemak

Hari ini dah rasa sihat 70%, dah boleh berdiri lama kat dapur...walaupun tak ada selera nak makan aku masak untuk orang yang berselera berbuka puasa. Bila situasi tukang masak tak ada selera nak makan bermakna tak ada idea menu untuk dimasak.... terpaksa bertanya dengan selera orang sihat.... kesudahannya ni la hidangan untuk kami berbuka hari ni!!!

Labu + santan + bawang merah + lada hitam + udang kering @ basah + ketuk serai @ daun kunyit saya letak serai sebab tak ada stok daun kunyit. Kalau nak bagi kuah nampak pekat boleh la tumbuk isi ikan segar yang di bakar tawar atau rebus. Hanya masak lemak labu yang membuka selera untuk aku berbuka petang ini.
Ayam goreng kunyit...selera orang sihat
Sayur goreng yang bercampur aduk....

Pati Ayam Brand's

Alhamduillah hari ini puasa ke 5, badan aku dah rasa sihat sikit...walaupun kepala ni rasa macam berat dan suara pun masih bunyi merdu...biasa la bila dah sakit tu bukannya senang untuk sihat 100% dalam satu masa. Doa aku semoga hari ini ditambah lagi sihat untuk mula kerja...2 hari rehat tapi badan tak bermaya dan letih...aku beli sekotak pati ayam brand....Alhamduillah dah habis 2 botol, badan dah mula rasa segar....harapnya berkesan bila aku terus meminumnya.

Produk ni dari dulu lagi doktor nasihat aku minum jika badan letih...selain tu katanya kalau rajin beli ayam organic dan stim sendiri untuk dapatkan patinya...tapi bagi aku terbaik adalah beli lagipun masa aku beli ni ada promosi 6 botol RM29 dan dapat free satu botol.

Friday, June 19, 2015

2 Ramadhan

Hari ni keluar rumah menuju ke pejabat dengan doa agar aku diberi kesejahteraan tidak demam lagi. Tapi bila menjangkau waktu zohor badan aku dah mula seram sejuk...aku keluar dari ofis pergi berehat di bilik solat kat sini tak ada econ...ambil masa rehat baca Al quran. Menunggu waktu petang habis kerja dalam situasi badan tidak sihat begitu stress...semua kerja tak boleh fokus.

Waktu kerja kami bulan ramadhan diberi pelepasan setengah jam awal...maka jam 4.30 pm aku dah boleh balik...eeemm menang on time!!! aku punch out...pertama badan tak sihat, ke 2 elak dari jammed dan ke 3 memasak.
Menu berbuka...Mr Right minta masak lemak ikan tenggiri, terung sambal...aku memang tak ada selera langsung nak makan tapi kena juga masak sebab ada yang nak makan. Memasak bila badan tak sihat ni macam tak ada keyakinan tentang kesedapannya sebabnya aku hilang deria bau....apa pun aku ikhlas masak!!!

Ini je pilihan aku bila makan nasi berbuka tadi... tomato dan timun cicah dengan kicap...lauk lain tak membuka selera aku....begitu la bila tak sihat Allah swt tarik nikmat makan kita...mungkin ada hikmahnya...

Thursday, June 18, 2015

1 Ramadhan...penuh muhasabah!!

Salam Ramadhan.... menyambut kedatangan bulan ramadhan kali ni dalam keadaan tidak sihat. Ujian sakit kali ini agak lama dan teruk...seminggu demam sakit tekak hampir sembuh...tiba-tiba hari isnin demam panas melanda...sakit kepala, gusi rasa sakit bila badan panas. Hari selasa aku ambil keputusan ke klinik jumpa doktor yang merawat aku sejak tahun 1992... rekod aku masih ada di sini walaupun aku dah lama tidak ke sini...tapi staff dan doktor kat sini tetap ingat aku...ada yang cakap aku dah nampak perbezaan...ya la dulu tak bertudung. Ok cerita pasal sakit ni aku pembantu klinik ambil darah untuk test sama ada aku demam denggi. Tapi Alhamduillah tak ada virus denggi cuma kandungan hemoglobin aku kurang dari darah putih. Bila kurang darah merah seseorang tu cepat penat atau letih...situasi letih ni aku sentiasa alami sejak akhir2 ni...tapi aku anggap penat sebab kerja ataupun peningkatan usia...rupanya sebab lain. Lagipun aku dah lama tak sakit jadi bab test darah ni aku abaikan...setakat check tekanan darah boleh buat sendiri dengan alat kat rumah.

Hari ni kuatkan diri ke ofis, tapi separuh jalan memandu dah rasa tak selesa...sampai ofis dalam econ lagi tambah demam. Aku kuatkan diri tetap berpuasa, kat rumah dah tak boleh nak fikir apa nak masak untuk berbuka. Mr Right nak keluar beli...alahai kesian la pulak dia kena keluar ke kedai dah la firstday berpuasa lagipun aku tau dia penat balik dari kerja...aku masuk dapur tengok sayur bayam dah siap potong...hahaha kelakarnya bila tengok bayam yang dipotong tu tak mengikut piawaian...eeemm laki aku kononnya nak masak...kesudahannya aku kuatkan badan ni masak ala kadar. Menu kami hari pertama berbuka nasi putih, sayur lemak bayam campur udang, ikan tenggiri goreng, telur dadar dan sup ayam....Alhamduillah syukur dapat juga sediakan juadah. Bermusabah la sesungguhnya setiap kali tibanya Ramadhan kita ambil la peluang ini mengumpul pahala...sebabnya ramadhan akan datang belum tentu kita dapat melalui dengan sempurna. Insy Allah.

Sunday, June 14, 2015

Hari Bapa!!!

Tahniah kepada kaum bapa semua sempena hari keraian Hari Bapa! Untuk arwah ayah semoga tenang di sana. Istimewa untuk Mr Right semoga bahagia bersama keluarga.
Sabtu lepas kami dapat jemputan dari syarikat pengedar kereta Honda sempena Hari Bapa ada majlis makan dan promo test drive kereta. Ya la kami pergi sebab dapat jemputan, tak ada niat nak makan lagi pun dah breakfast dan lunch kat rumah. Pergi ke sana atas tujuan Mr Right nak test drive je...eeemm rupanya dia ada hajat nak beli kereta. Bagus la saya pun boleh tumpang sekali...uuhuuh.

Walau kami tak makan salesman yang kami pernah beli kereta dulu tetap ada buahtangan untuk kami...yang dituju khas untuk 'man'....kadangkala sikap salesman yang tetap ingat pelanggan lama mereka menambat hati kami untuk mendapatkan perkhidmatannya dimasa akan datang...Congratulations Honda!!!

Walaupun buahtangan ini kita mampu beli...tapi bila kita dapat sebagai hadiah ianya amat bernilai

Friday, June 12, 2015

Sup Pasta

Bila tak sihat Allah swt tarik sekejap selera dan nikmat untuk makan. Seminggu tak sihat menu makan aku agak berterabur, minggu ni hanya selera makan roti...sarapan, lunch dan dinner hanya sandwich dan roti bakar. Petang ni aku masak sup sayur dan masukkan pasta sebab tak nak nasi...harapnya ada selera sebab tengahari tak makan. Ubat doktor pun dah ambil...macam2 treatment untuk hilangkan demam selsema yang dianggap ringan hakikatnya berat ditanggung, malam tidur tak lena, bila di ofis kepala rasa berat ditambah dengan batuk. Aku redha segalanya lagipun dah lama tak sakit mungkin ni ujian yang dariNya.

Sunday, June 7, 2015

Makan Kenduri

Hari ni ada jemputan kenduri kahwin anak kepada sepupu di Sungai Udang Klang. Walaupun demam terpaksa juga kuatkan diri memandangkan ni kenduri anak sulung sepupu...dah la Mr Right outstation terpaksa memandu sendiri nasib baik bertemankan mak sedara dia pun keseorangan suaminya tak sihat. Mengenangkan kenduri sedara terdekat, aku ni kira wakil keluarga dan orangtua dah tak ada, ikatan saudara mara perlu dipereratkan dan masa ini juga dapat berjumpa dengan saudara mara yang lain. Sekarang ni kalau musim perayaan agak susah nak jumpa saudara mara di kampung terutama yang telah berhijrah. 

Cerita ke rumah kenduri ni makanan punye la banyak mengalahkan buffet di hotel...eeem ya la dapat menantu anak taukeh katering, tapi aku pulak yang rugi sebab selera makan kurang bila tak sihat...hanya rojak yang mengenyangkan aku dan buah-buahan. 

Sakit tekak mana boleh makan kuah kacang!!! alahai minta maaf la kat diri sendiri, makanan ini je yang menambat hati aku, nasi minyak, ayam golek, rendang, daging salai masak rebung dan sebagainya termasuk kuih muih tidak terliur.

Friday, June 5, 2015

Nasi Sayur Bayam

Bila tak sihat mula la fikir tentang makanan, adakah sakit aku hari ni berpunca dari makanan? Demam dan sakit tekak amat perit sejak pukul 3 pagi. Pagi ni aku terpaksa pilih makanan yang boleh sejukkan badan dan memberi tenaga. Eeemm roti tak selera..maka nasi, sayur bayam dan telur goreng je yang selera untuk dimakan hari ni...lagipun aku nak telan ubat maka kena la makan dulu.  

Hari ni tak boleh nak makan kat luar lagi memandangkan badan dah tak sihat...ini la makanan dari rumah yang ringkas supaya badan cepat sihat...selera atau tak kena juga makan sebab bayam boleh sejukkan badan, nasi dan telur untuk tenaga.

Thursday, June 4, 2015

Sup Pasta Rasa Carbonara

Balik dari kerja tekak ni terasa nak makan pasta carbonara. Stok memang ada jadi boleh la masak lagipun orang yang tak makan pasta outstation...sos carbonara brand leggos ni betul2 sedap sebab ada rasa chease...tapi hari ni aku ubah sikit cara memasak sos carbonara ni jadi macam sup sebab tekak ni rasa nak makan yang berkuah.

Pasta sup yang ringkas...jangan terkejut tengok sayur-sayuran yang berbagai rupa...ada kacang panjang, sawi, tomato...eeemm letak je la segalanya yang ada stok dalam peti ais.

Wednesday, June 3, 2015

Mee dan Kueh Teow Goreng

Sarapan pagi ni versi beli...sejak balik bercuti ni asyik nak makan je...uuuhu almaklum la masa kat sana agak susah nak makan makanan seperti yang ada di tanahair sendiri. Tu la orang cakap jauh mana kita merantau tanah tumpah darah juga kita rindukan. Pagi sampai awal di ofis, maka ada masa untuk meronda kedai makan...masuk bakery lepas tu singgah pula cafe...eeemm semuanya menyelerakan...apa masalah aku ni rasa semua nak ambil...bawa2 mengucap ya jangan makan ikut perasaan.

Ini dia mee goreng + kueh teow dan sambal hati ayam...eeemm sedah atau tak tu no komen...faham2 je bila beli

Tuesday, June 2, 2015

Kari Kepala Ikan Kerapu

Petang semalam masak kari ikan kerapu...seminggu tinggal dapur dah terasa nak makan masakan sendiri. Dalam peti ais ada stok ikan dan udang....masak je kari ikan, boleh makan untuk sahur insy Allah besok nak puasa.

Jangan terperanjat tau bila tengok kepala ikan kerapu ni...uuuhh