27 Mei 2015, bercuti di Danang, Vietnam selama 5 hari 4 malam...uuhhu bila tengok tiket flight rasa lama la pula kat Danang. Danang ni tidak famous macam HCM dan Hanoi...bandar ke 3 @ 4 terkenal di Vietnam, tarikannya ialah kawasan pantai yang cantik. Untuk ke sini direct Airasia ambil masa 2 jam setengah, buat masa sekarang penerbangan dari Klia2-Danang-Klia2 satu penerbangan dalam sehari dan selang sehari, selain dari tu boleh juga naik flight dari KL ke Ho Chin Min atau Hanoi cuma untuk ke Danang agak jauh begitu juga sebaliknya...ada juga yang buat pilihan dari airport Danang ke HCM dan Hanoi...selain dari tu ada juga penerbangan ke negara lain di International Airport Danang.
|
Matahari pagi... |
|
Jom kita lepak kat sini berbuai sambil baca buku etc |
|
Sekitar tepi pantai dan kolam renang...lepas berenang di laut boleh terus masuk kolam untuk bilas air masin |
|
Landscape yang cantik!!! |
|
Berangan sekejap nak dapat rumah macam ni!!!! |
|
Bagi yang suka berendam dalam kolam memang tidak rugi menginap di hotel ini |
Hari ke 3 @ Marble Mountain dan Bandar Danang
Untuk pengetahuan pembaca atau pengunjung cuaca di sini bulan Mei cuacanya panas dan kering...kalau tak silap pembacaan saya sehingga beberapa bulan, kalau nak menikmati keindahan cuaca yang cerah adalah waktu ini...bagi yang tak tahan panas jangan datang tau... lagi satu waktu siang disini panjang pukul 5 pagi matahari dah naik.
Aktiviti hari ni ke Marble Mountain, terletak tak jauh dari hotel penginapan lebih kurang 1.3 km je, tapi kami naik teksi sebab tak tahan nak berjalan dalam cuaca panas terik. Marble mountain ni tarikannya sekitar kawasan tersebut banyak jual barang yang diperbuat dari marble, pagoda, tokong buddha, sekiranya larat boleh la mendaki bukit-bukit marble ni, boleh tengok view dari puncak. Bagi yang tak larat untuk mendaki ada disediakan lif untuk naik bayaranya lebih kurang RM3...tapi turun jalan kaki. Pendapat aku tak ada apa yang menarik atas bukit ni selain dari view nampak bandar dan pantai, sebabnya tumpuan lebih kepada yang beragama buddha. Kami berjam juga sebabnya kami mendaki semua bukit yang ada untuk tengok view dan semestinya menurun bukit sambil santai...faham-faham je la penat juga. Sekitar kawasan sini banyak jualan barang-barang yang diperbuat dari marble.
|
Ini la rupa lift...eemm berberapa minit je macam naik lif pergi ke tingkat 1... |
|
Peta sebagai panduan melawat semasa mendaki ...elevator tu lif untuk naik...bila turun akan melalui jalan lain.
|
|
Pagoda |
|
Aktiviti panjat tangga untuk naik atas bukit |
|
Pemandangan dari atas bukit marble |
|
Semasa mendaki bukit tu ada la beberapa tempat untuk penganut Buddha |
|
Batu kapur |
Balik dari Marble Mountain kami ke pusat bandar Danang, tarikannya Sun Wheel (yang berpusing), jambatan naga (dragon bridge) ramai yang lepak kat sini...waktu malam cantik dengan cahaya lampu, selain dari tu kami ke Parkson tapi tak ramai pengunjung dan jalan-jalan sekitar kedai dan pasar. Biasa la kalau nak tahu kehidupan penduduk disini kita kena la jenguk ke tempat-tempat macam ni terutama sekali pasar.
Kat pusat bandar ni kami cuma jumpa satu kedai je yang menjual kain silk... Nhat Hoa Silk (https://www.facebook.com/NhatHoaSilk)... tapi tak banyak pilihan, kalau nak shopping Vietnam Silk kena pergi ke HCM atau Village Silk Danang http://www.hoiansilkvillage.com/blog (cuma kat sini kainya mahal sikit)... lagipun Danang ni bukannya tarikan tempat untuk shopping.
|
Sun wheel...Kami tak singgah pun kat sini...sekadar ambil gambar bila teksi melalui sini |
|
Jambatan Naga |
|
Tepi sungai dan atas jambatan ni ramai yang melepak bila petang dan malam sebab pemandangan waktu malam cantik dengan cahaya lampu |
|
Jambatan naga waktu malam. |
|
Kreatif juga dia orang ni gubahan bawang putih |
|
Made ni Vietnam |
|
Kerang size kecil...tak tau la macam mana mereka makan...tapi dia masak guna serai dan ada cili |
|
Antara makanan orang di sini..tapi tak tau nama apa...cuma yang pasti kuih ni dibuat dari gandum atau tepung beras dan disalut kelapa |
|
Pakson |
|
Kopi..pilih je macam-macam jenis ada...eeemm selain dari cenderahati lain kopi ni boleh bawa balik bagi kat kawan-kawan sebagai tanda datang Danang. Kopi ni boleh beli yang kasar atau terus blend halus. |
Hari ke 4 @ Hoi An
Salah satu daerah di Danang yang menjadi tarikan atau tumpuan pelancong adalah Hoi An atau dikenali dengan bandar atau pekan warisan sebabnya terdapat bangunan dan tapak warisan, mendapat pengiktirafan dari UNESCO, seperti Japanese Bridge, Heritage House.. selain itu banyak kedai-kedai cenderamata, kain, kasut, leather etc...kalau rajin berjalan setengah hari boleh habiskan masa di sini.
Kami ke sini menaiki teksi dari hotel Hyatt ke Hoi An, tambangnya lebihkurang RM90 pergi dan balik, setengah jam perjalanan. Bagi yang ingin menginap kat sini ada banyak hotel bajet dan rumah tumpangan dan boleh sewa basikal.
|
Welcome To The Ancient Town of Hoi An |
|
Kena beli tiket untuk masuk dalam kawasan ni...tiketnya berharga RM15 seorang |
|
Kat sini boleh tempah kasut...pilih atau design sendiri boleh siap dalam masa 2-3 jam. |
|
Antara tempat warisan Japanese Bridge |
|
Japanese Bridge |
|
Heritage House |
|
Heritage House - tanda-tanda kuning tu adalah tahun dan tahap banjir melanda...rumah ni tetap teguh |
|
Ramai yang tinggal calling kad dalam rumah ni... |
|
Antara cenderahati yang cantik untuk dibeli...aku tak beli pun!!! |
|
Pasar basah di Hoi An |
|
Kita minum dulu sebelum berangkat pulang.... |
Hari ke 5 - Bye!!! terbang balik KL.
Percutian kali ni tak banyak meronda boleh dikatakan aku betul-betul datang berehat di sini. Bagi yang nak datang ke sini makanan halal agak susah untuk didapati, aku bawa beberapa jenis makanan dan barang kering sebagai stok, lagipun tepat penginapan kami ambil masa untuk keluar makan di pekan.