Saturday, August 30, 2014

Nasi Goreng Planta

Pagi ni sarapan agak lewat...biasanya aku sediakan sarapan dulu sebelum buat kerja lain. Sejak ada kucing @ Snow kat rumah ni aku dah ada tambahan tugas....eehh sabar je la...tak terkata nak marah dan stress. Mengenangkan perasaan penghuni lain aku bertabah je. Mana tahan bila bangun pagi tengok Si Snow mengiau aku dah stress!!! jenguk je tempatnya aku dah tak tahan kena bersih terlebih dahulu...seterusnya kemas rumah yang sudah menjadi rutin setiap hujung minggu...bila dah buat urusan mengemas maka masuk dapur untuk sedia sarapan pun dan pukul 10 pagi...ala awal lagi...lagipun hari ni tak ada kelas mengaji dan tengahari nanti ada jemputan kenduri kawin....jadi masak nasi goreng pun cukup la.... entah kenapa pagi ni teringin nak cuba masak nasi goreng planta...eeemmm sedap juga sebab ada rasa lemak mesti la sedap!!! walaupun nasi tu aku goreng cuma letak telur dan ikan bilis. 

Rupa nasi goreng planta ni biasa je...tapi rasanya yang memikat selera

Friday, August 29, 2014

Ikan Perkasam Goreng

Bagi peminat ikan perkasam mesti terliur bila menyebutnya...aku memang suka makan ikan perkasam. Makan malam tadi aku goreng ikan perkasam sebagai lauk tambahan...uuhuu tau je la bila menggorengnya satu rumah berbau perkasam...ada yang anti bau ni tambah pula orang yang tak makan...eemm apa kisah sekejap je baunya. Ikan perkasam ni betul membuka selera aku malam ni meskipun masih sakit gusi tetap juga aku kunyah tanpa ambil kisah kesakitan...

Last stock ikan perkasam....nampaknya kena beli buat stok!!! mana tau tiba-tiba je terliur nak makan

Sengkuang

Penyakit yang sering melanda diri aku menyerang lagi... badan aku ni tak boleh tersalah makan makanan yang berempah @ cili atau senang cakap makanan boleh buat badan rasa panas seperti kari....punca dari makanan tersebut gusi akan bengkak dan melarat ke gigi terasa sakitnya. Seminggu aku merana gara-gara makan nasi briyani, ayam tandori dan pajeri nenas. Aku dah lebihkan minum air biasa tapi tak juga kurang sakitnya...masak bali minum air bali, jus buah setiap pagi...tetap tak hilang kesakitannya.

Petang semalam masa membeli sayur ternampak sengkuang...emm setakat yang aku tahu makan sengkuang boleh sejukkan badan terutama bila demam...harapnya usaha ni menjadi. 

Betik dan sengkuang bekal makan di ofis...sengkuang ni biasanya orang makan cicah dengan kuah rojak...aku letak asam boi je untuk ambil rasa...tak lalu nak telan sengkuang tawar tu tanpa ada rasa lain.

Makan Salad Je Ke??

Petang semalam aku dah kurang mood nak masak gara-gara sakit gusi...selera nak makan pun kurang. Sediakan fast food dan salad untuk makan malam...uuhuuu hidangan dinner ada yang sihat ada yang kurang digalakkan. Apa pun bukannya setiap hari kami makan fast food...kira halal sebagai tambahan lemak dalam badan untuk minggu ini.

Kehijauan salad bersalut sos thousand island...kalau setiap hari makan salad ni mesti boleh kuruskan? Tapi larat ke badan ni  makan sayur tanpa makanan karbohidrat setiap hari? Lain la kalau dari kecil diasuh makan vegi....

Monday, August 25, 2014

Ayam Bakar

Hari ahad yang lemau dan diselubungi ketandusan idea untuk memasak. Selera diri sendiri pun tak tau...bila tanya penghuni lain jawabnya senang masak je semua makan. Eemm kesudahannya masak pajeri nenas campur terung, ayam bakar, ikan dan sayur goreng...jemput makan la ya!!!  

Ayam bakar letak rempah tandori...selera masing-masing ada yang makan dengan nasi atau roti...makan ayam saja pun sedap.
Selera aku hari ni makan pasta bersama salad

Saturday, August 23, 2014

Rezeki!!!

Sabtu...aku cuti kelas mengaji Al quran. Kebetulan pula kawan call ajak keluar...teman dia ke jalan TAR. Hari ni aku bebaskan diri setengah hari dari urusan surirumah.... selesai je urusan rumah waktu pagi aku ke Sentul ambil kawan-kawan dan menghala ke destinasi. Target pertama salah seorang kawan aku nak membeli kain pasang untuk kakitangan pejabatnya untuk dipakai dalam majlis tahunan. Aku ni jadi consultant tak bertauliah je la...niat aku ke sini hanya menemaninya je lagipun dah lama tak jumpa mereka. Alkisahnya bila dah sampai jln Tar ni semuanya nak dibeli...masa dihabiskan kat sini macam pergi kerja...uuhuu dari pagi sampai sini...tengok jam pukul 6 ptg baru keluar dari parking....tu la kelebihan kaum wanita kan!!! sebab tu sebelum keluar rumah aku bagitau Mr Right hari ni bagi masa saya 'enjoy' jangan ganggu... lagipun aku dah lama tak ke sini. Sebenarnyakan!!!! shopping bersama kawan-kawan ni amat menyeronokan tau...tambah pula bila kita satu kepala dalam bab-bab memilih barang...maka sah la dari kepala ke hujung kaki semuanya nak dibeli.

Kenangan dari kawan baik aku...katanya hadiah tertunggak sempena hari bermakna dalam hidup aku..terima kasih ya my bff.
Aku yang terbabas!!! Antara barang yang tiada niat untuk dibeli...bukan sekadar jadi consultant kepada kawan-kawan...

Friday, August 22, 2014

Negara Ku Berkabung

Al- Fatihah dan Takziah kepada ahli keluarga mangsa tragedi MH17. Kami semua memahami dah turut sedih dengan nahas ini...tapi yang mampu dizahirkan dengan doa dan kata-kata supaya ahli keluarga semua sabar dan relakan la pemergian mereka. Sesungguhnya dari DIA kita datang dan kepadaNYA kita pergi...mereka yang pergi dahulu dari kita kerana Allah swt lebih menyayanginya. Amin.

Thursday, August 21, 2014

Jemput-Jemput Labu

Pagi ni aku masak jemput-jemput labu kuning...makanan macam ni hanya aku je yang makan, kat rumah ni tak ada peminat labu. Aku ni orang kampung mesti la suka makanan macam ni. Apa aku kisah orang lain tak nak makan betul tak kawan-kawan??? Alkisahnya labu kuning ni aku beli dah beberapa hari...mulanya nak masak sayur asyik terlupa je...kesudahannya aku rebus labu dan buat jemput-jemput selesai sebelum ianya rosak.












Adunan labu siap sedia untuk digoreng
Rupa jemput labu yang dah masak jadi bekal sarapan aku di ofis...bentuknya tak menarik sebabnya nak kejar masa.



Nampak!!! labu kuning yang dah jadi jemput-jemput atau cekodok....memang sedap, gulanya aku letak sedikit je sebab labu ni dah manis. 



Terung Goreng Bercili

Petang semalam ada permintaan nak makan nasi...kalau ikutkan aku malas nak masak sebab badan ni rasa lenguh dan letih je mungkin kelmarin tu aku pergi urut badan. Tapi bila ada yang nak makan nasi kena la masak, menu lauknya biasa je tak ada menyusahkan aku...masak sup sayur, goreng ikan, terung campur tauhu ikan bilis dan petai bercili...cukup la tu untuk hidangan makan malam kami. Bila dah masak aku yang tak nak makan nasi pun terbabas duduk sama mengadap hidangan....alahai tak boleh nak diet macam ni.

Terung + tauhu + petai + ikan bilis bercili
Masakan macam ni kalau tak makan nasi terasa rugi la pulak....maka aku pun terbabit sama makan nasi.

Tuesday, August 19, 2014

Tulang Rusuk Lembu Masak Kari

Lauk ni masak petang semalam...plan pada mulanya masak kari ni nak makan dengan roti canai...tapi ada pulak yang nak makan nasi...maka aku ambil keputusan campur je kacang panjang dan karot dalam kuah kari tu...tak payah nak masak sayur lain...kira lengkap la hidangan bagi yang nak makan nasi. Tulang rusuk dan daging lembu ni cukup sedap bila masak kari...memang kowww macam makan nasi kandar mamak...

Kebiasaanya orang masak kari pekat, berminyak dan warnanya kemerahan...tapi aku kurangkan cili dan rempah kari sebab badan aku tak tahan makan makanan yang berempah....aku akan kena sakit gusi dan badan akan panas.

Saturday, August 16, 2014

Sarapan Nasi Kerabu

Pagi sabtu hujan mencurah-curah....cuaca sejuk perut mula meminta untuk diisi...bukan setakat aku je yang rasa nak makan breakfast yang berat, penghuni lain pun teringin juga. Keputusannya aku masak nasi kerabu untuk sarapan...plan nak buat nasi kerabu malam tadi untuk makan tengahari tapi ubah fikiran masak awal pagi, lagi pun tak perlu ke pasar sebab tengok daum kesum yang ditanam dalam pasu dah menghijau...sayang pulak kalau tak petik akan kering macam tu je. Sumber tanaman serba sedikit ada ditaman kat rumah ni seperti daun kesum, serai, daun pandan, pokok limau purut yang masih kecil tapi dah berjasa kat tuannya. Masa balik kg hari tu aku bawa pokok serai kayu...nampak dah keluar pucuk...uuhhu dapat la ambil sikit sekadar ada aroma dalam ulam nasi kerabu. Jadi hidangan untuk makan nasi kerabu pagi ni lengkap tak perlu ke pasar.

Hidangan nasi kerabu bersama daging bakar yang sudah sedia untuk dimakan.
Antara hidangan untuk nasi kerabu...nasi kerabu warna biru (kalau nak bagi nasi tu ada aroma boleh letak daun limau purut, daun pandan dan ketuk sebatang serai), sambal kelapa goreng, ulam-ulaman, tumis (santan dimasak bersama cili dan bawang hingga pecah minyak), budu, sambal cili / air lada, lauk pauk seperti ayam dan daging bakar serta keropok....kalau ada telur masin dan solok lada lagi sedap.

Friday, August 15, 2014

Nasi Goreng Berserai

Pagi ni selera nak makan nasi goreng kerabu...tapi bahan yang ada dalam peti ais untuk buat kerabu hanya serai...daun kesum dan bunga kantan tak ada...apa pun aku 'on' juga sekadar bau serai pun sudah cukup membuka selera. Sekarang keadaan cuaca dah mula sejuk...pagi2 selera nak makan berkobar-kobar....cam mana nak diet ni?? Ok tak pa makan tetap kena makan tapi kuantiti kena berjaga2...lagi satu aku hadkan makan nasi sekali je sehari.

Ni la rupa nasi goreng kerabu sekadar bau serai dan halia je untuk sarapan pagi. Aku bawa bekalan untuk makan di ofis lagi pun dah minum jus masih kenyang....ada ke sesiapa malu nak bawa bekal ke ofis? Bagi aku tak perlu ada perasaan malu dan segan atau menyusahkan bawa bekal untuk makan di ofis...mungkin setengah tu fikir tak ada kelas bawa bekal dari rumah...terpulang la. Nak cerita pengalaman aku sepanjang bekerja dengan company sebelum ni CEO pun bawa bekal...aku masih ingat CEO aku dulu setiap pagi wife dia mesti bekalkan makanan yang lengkap dengan buah. Kekadang tu kami selalu je usik PA atau pemandunya bila dia orang bawa bekal tu letak di pantry... 'hari ni bawa bekal apa'?


Kalau di negara Jepun yang maju bento adalah bentuk bekal yang menjadi pilihan samada pekerja atau pelajar. Maka kita yang hidup dalam negara kian melonjak ke arah yang sama tidak salah kita ikut cara orang-orang Jepun bawa bekal...tidak perlu rasa malu hakikatnya memudahkan sebabnya bila sampai ofis tak perlu terkial-kial keluar ke tempat makan membeli makanan. Rupa bekalan tu tak semestinya ada hiasan bagai yang penting sedap dan tahap kebersihan terjamin. Setakat kena sindir kononnya nak jimat bila bawa bekal ke ofis...biarkan yang penting kita enjoy dengan makanan kita.


Thursday, August 14, 2014

Nak Diet??

Puasa ramadhan dan puasa sunat lepas berat badan aku kurang beberapa kilo...seronok juga bila dapat pakai baju lama...ikut hati nak kurangkan lagi harapnya berjaya. Antara diet aku ialah kurangkan pengambilan coffee, teh dan susu pekat manis yang sebelum ni menjadi hidangan aku setiap pagi dan yang paling penting kurangkan pengambilan berkarbohidrat. Sepanjang sebulan puasa aku langsung tak minum teh tarik atau coffee...waktu sahur aku gantikan dengan jus buah.  Adakan aku akan berjaya jadikan amalan ni? kalau tak berjaya kurang berat pun sekurangnya mantain keadaan sekarang....

Cam mana nak diet ni? Petang ni ada permintaan nak makan nugget dan kentang goreng...eemmm aku pun terbabit sama la mengadap dinner dengan fast food...tapi aku tambahkan dengan salad sekurangnya dapat kurangkan pengambilan fast food.

Wednesday, August 13, 2014

MPH Order Online

Bulan ni sudah 2 kali singgah shopping online di MPH Bookstore.... uuhuuu pantang ada masa free mesti aku melilau je mencari buku... buku yang beli minggu lepas masih ada sebuah lagi belum habis baca...tak pa kali ni aku shopping dapat 15% diskaun...kira lumayan juga kalau beli beberapa buah buku... lagi pun duit minyak, parking dan penghantaran tak perlu keluar dah kira jimat.  Sekarang ni tak perlu susah payah atau buang masa keluar ke kedai buku bila nak baca buku...cuma kena sabar 3 hari je buku akan sampai ke tangan kita. Tapi aku pernah order online di MPH dalam masa satu hari je dah terima...terkejut juga sebab sebelum ini tak pernah cepat macam ni... tapi dalam hati gembira sangat sebab masa tu aku dalam mood kebosanan  sebab dah kehabisan buku untuk dibaca. Bagi aku perkhidmatan macam ni lagi menarik minat pembaca untuk shopping online...biasa la bila kita mencari buku untuk dibaca bermakna mood kita betul-betul nak dapatkan buku tersebut dalam masa yang cepat. Syabas MPH setakat ni perkhidmatan order online tidak mengecewakan aku.

Monday, August 11, 2014

Kucing Parsi @ Snow

Undi yang aku dapat tidak menyebelahi aku!!! maka aku terpaksa akur kehendak orang kat rumah nak pelihara kucing yang diberi nama Snow sebab bulunya semua putih. Aku tidak setuju malah membangkang sejak kucing tu lahir...dah hampir setahun umur kucing tu timbul balik hasrat nak pelihara kucing...dah bermacam alasan dan ugutan aku berikan tetap tak diterima...kesudahannya aku terpaksa terima penghuni baru dalam rumah...harapnya aku sabar dengan kerenah salah satu binatang kesayangan Nabi swt. Aku suka kucing tapi tak suka binatang ni berkeliar dalam rumah...aku dah bagi notis awal-awal supaya tuannya 'take care' supaya Snow tidak buat aku marah...hehehe aku ni macam mak tiri la pulak...In sya Allah aku diberi kesabaran dan sifat sayang dan kesian kepada Snow....

Sejak 3 hari dia menghuni rumah...Snow belum lagi tunjuk sikap tak elok...dia memang takut nak pijak karpet dan tidak suka duduk duduk tempat yang berkain...tapi suka menyorok dan pantang buka pintu mesti berlari keluar rumah.
Seronok tengok bulunya yang gebu cantik beralun bila ditiup angin, patut la orang minat pelihara kucing dan sanggup berhabis menyediakan keperluan binatang ini.

Hari Minggu

Cuti hari minggu yang bebas dari memasak... hari sabtu kami ada jemputan beraya di Serdang dan Ampang... keadaan jalan yang sesak terpaksa juga redah memandangkan dah janji untuk datang...ya la tuan rumah dah jemput sedia makan tak baik menghampakan niat baiknya...lagipun waktu macam ni la boleh jumpa sedara mara.
Hari Ahad ada Mr Right ajak makan nasi bryani di restoran Hyderabad...seleranya nak makan briyani sebab hari sabtu seharian makan makanan menu hari raya...nasi himpit, mee kari etc... Kali ni kami singgah di Hyderabad di Jln Putra dekat PWTC...makanan sama je seperti Hyderabad tempat lain..perkhidmatan kat sini kurang memuaskan dan ada lalat...memang terganggu bila kami sedang makan ada lalat datang...

Briyani ayam pilihan aku...kalau diberi pilihan makan di restoran lain lagi puas hati

Friday, August 8, 2014

Lunch di Bangkok House

Jumpa kawan lama untuk beraya...ni la kawan baik aku yang masih setia untuk kami jumpa dan chatting. Dia housewife jadi tak ada masalah nak datang jumpa aku...tak macam aku masa lunch 1 jam je...kalau nak pergi luar dari kawasan ofis ni dah pasti ambil masa...nak jumpa weekend susah sikit masing-masing ada urusan keluarga. Hari ni kami lunch di Bangkok House...menunya rasa Thai...kali ni aku cuba rice with chicken stew  dan vegi... hidangan yang ringkas...kawan aku kueh teow fried...kami makan menu ala kadar je sebab perut masih dihantui 'puasa'...selera tu agak kurang...yang penting dapat chatting.

Ni hidangan pilihan aku rice with chicken stew and vegi.... setelah beberapa kali aku kunjungi tempat ini setiap menu yang aku pilih  tidak mengecewakan.... memang sedap dan menyelerakan...kena dengan selera rasa aku.

Raya Puasa Enam

Alhamduillah selamat mengerjakan puasa qada dan puasa sunat syawal 6 hari...maka dapat la beraya enam...kalau kat kg orang tua selalu cakap raya enam sebab sudah selesai berpuasa sunat syawal enam hari. Raya ni hanya yang berpuasa je la meraikannya tak ada kaitan dengan orang lain. Aku pun tak ada buat persediaan masak untuk meraikannya sekadar bersyukur selesai berpuasa...bagi aku berpuasa ni menyeronokan sebab waktu makan dah rehat serta ibadat terurus dan tepat waktunya...tu la hikmat bila kita mengerjakan ibadat berpuasa bukan setakat badan je sihat banyak lagi bonus yang Allah swt sediakan untuk umatnya...amin.

Makan ni je la untuk pagi raya puasa enam... buah tangan dari kawan yang pergi beraya di Turkey
Kemanisannya mencengkam dicelah gigi...

Tuesday, August 5, 2014

Daging Gulai Darat


Masakan ni aku ikut resipi arwah Mek...kalau di Kampung masak daging gulai darat ni adalah menu kebiasaan bagi kami sekeluarga sebabnya masa kecil kami kurang minat masakan yang berkari. Sekarang ni bila dah berhijrah dan bercampur dengan berbagai bangsa terutamanya bila bermastautin di KL masakan kari sudah menjadi menu pilihan...tambah pula masakan gulai darat ni susah nak jumpa kat KL. Masakan ni di KL atau tempat lain mungkin ada atau dipanggil nama lain ataupun aku yang tak jumpa restoran yang ada menu ini. Resipi masakan ni bahannya lebih kurang masak rendang cuma tak letak serai dan berkuah. 

Daging Gulai Darat yang dah masak sedia untuk dimakan.
Resipi Daging Gulai Darat - Secara ringkas bahan-bahannya : Daging lembu kalau daging yang ada sedikit lemak lagi sedap, bawang merah + bawang putih + cili kering + halia + lengkuas + rempah @ ketumbar + kunyit (ditumbuk @ blend hancur), santan, asam keping, krisik, ubi kentang jika suka, cili besar/hidup untuk aroma diletak ketika masakan hampir masak, garam + gula@nisan, ada juga yang letak sedikit budu (tapi aku tak letak). Cara memasaknya : Daging digaul bersma bahan-bahan yang telah diblend kemudian letak sedikit air atau santan cair, kemudian masak hingga daging empuk@lembut, kemudian masukkan santan pekat (kepekatan kuah bergantung kepada selera masing-masing), masukkan kentang + krisik + asam keping + garam + gula.

Oh Sayur Bayam

Asyik masak sayur bayam je tak jemu ke? Jawabnya tak!!! sebab saya suka makan nasi dengan sayur bayam...tak kisah masak apa hakikatnya sayur bayam antara sayur yang paling saya suka...menu berbuka puasa petang semalam cukup menyelerakan walaupun sekadar bayam masak lemak putih, telur goreng dan ikan goreng serta ikan masin. Kalau nak sedap lagi tambah sambal untuk rasa pedas....perggg.

Sayur bayam masak lemak putih letak udang kering
Telur dadar!!!!

Sunday, August 3, 2014

Petai Ikan Bilis

Menu berbuka petang ni aku masak sup tulang lembu, ayam goreng, memandangkan ada stok petai dari kampung tempoh hari maka masak petai bersama ikan bilis dan tauhu digoreng bercili. Sehari dua ni asyik makan berulam petai je... uuhhuu mewah petai.. cuma hasrat nak makan sambal udang dengan petai belum tercapai sebab tak ada stok udang. Apa pun saat berpuasa enam ni makan je apa yang ada.
 
Petai, ikan bilis dan tauhu bersatu dengan sambal cili menambah kesedapan!!!

Bread Crumbs

Roti terperap dalam peti ais....jangan buang!!  elak dari membazir... ada baiknya roti yang tak habis makan ni dan belum tamat tempoh diproses jadi bread crumbs. Kerja membuatnya tidak susah seperti nak makan roti bakar... carik-carik roti bertujuan bila nak blend senang... roti yang dicarik masukkan dalam oven atau toster atau boleh juga goreng tanpa minyak...supaya roti tu keras atau garing. Bila dah garing dan kekuningan boleh la blend hingga hancur dan simpan dalam bekas kedap udara untuk stok, jika nak simpan lama elok simpan dalam peti ais.

Proses blend roti bakar
Roti yang telah dicarik dan dibakar....

Saturday, August 2, 2014

Labu Masak Lemak

Salam Aidil Fitri hari ke 6 dan selamat berpuasa bagi yang berpuasa sunat atau qada. Mungkin ada juga yang sibuk beraya dan ziarah menziarah. Aku setakat ni cuma pergi beraya di rumah makcik di Ampanh je sebab yang lain masih berada di kampung halaman.
Jadi sebelum ada jemputan beraya aku ambil peluang berpuasa. Petang ini masak lemak labu campur bayam untuk berbuka puasa. Selera nak makan agar kurang mungkin badan penat atau cuaca yang agak panas. 

Labu dan bayam masak lemak...

Friday, August 1, 2014

Hasil Kebun

Sekarang ni musim buah buahan tempatan...balik kampung mewah dengan buah tak larat nak makan...boleh buat pilihan nak makan atas pokok atau bawah pokok petik je buah terus makan yang segar. Buah rambutan, durian, manggis menunggu je tuan nya datang makan...tu cerita buahan depan rumah.
Dalam perjalanan balik ke KL aku singgah kebun kami di Kuala Krai...orang yang jaga kebun minta singgah ambil buah-buahan...aduhai ikutkan malas nak singgah sebabnya kami dah penat tersangkut jam di Tanah Merah dan Bandar Krai. Memandangkan dah janji terpaksa kami singgah sebab orang jaga kebun dah kumpul buah-buahan untuk kami. Rezeki!!! ada durian, dokong @ duku langsat dan petai....uuhuu tak terkata bila tengok isi durian yang elok dan manis susah nak jumpa kat KL. Aku makan ala kadar je sebab nak meneruskan perjalanan balik KL....aku ni jenis tak tahan risau juga mabuk dalam kereta...ikut kan hati nak angkut semua masuk kereta...

Buah dokong manis terkata!!!
Petai!!! boleh jual kat pasar tani...

Penghujung Ramadhan dan 1 Syawal @ 28 Julai 2014

Edisi tertunggak...Berlalu sudah ramadhan dan sambutan Aidil Fitri pun telah diraikan. Tahun ni aku balik beraya di Kampung halaman...3 hari sebelum hari raya aku sudah sampai di kampung...kami bertolak dari KL jam 11 malam hari Khamis, sampai di kampung jam 4.30 pagi Jumaat sempat kami bersahur dengan adik beradik. Waktu kami bertolak balik kereta sudah banyak tapi bergerak lancar...maka tidak wujud perkataan jammed dalam perjalanan kami walaupun ada 2 kemalangan sepanjang jalan K.Lipis ke Merapoh. Alhamduillah kami selamat perjalanan.

3 hari berada di kampung dapat la berbuka puasa dan sahur bersama adik beradik...Alhamduillah kami dapat berkumpul 3 hari sebelum sambutan Aidil Fitri...puas hati dapat menikmati segala nastolgia berpuasa di kampung.

Sambutan pagi hari raya penuh kemeriahan ada sedara mara dan kanak2 datang beraya...dah rutin biasa kami sebelum solat sunat aidil fitri kami ziarah kubur...tengahari pula selepas tetamu balik kami keluar berkunjung rumah sedara mara hingga la ke petang dan malam berkumpul dirumah abang ada jemputan makan. Memandangkan hari raya ke 2 kami akan balik KL maka aku terpaksa habiskan ziarah dan jumpa sedara mara.

Menu makan di pagi raya kami sediakan adalah hidangan tradisi keluarga...selera pilihan kami adik beradik tetap tidak berubah...nasi dagang dan nasi himpit...memasak malam raya menjadi rutin kami adik beradik...walaupun penat tetap terselit kebahagiaan.

Nasi dagang, nasi himpit, satay, ketupat palas selera kami dipagi raya.