Monday, July 28, 2014

Siakap Stim

Ramadhan makin terakhir buka puasa...siakap stim jadi pilihan. Sebelum berangkat balik kampung stok dalam peti ais kena kurangkan...mana la tau kot-kot letrik terputus cari pasal je barang-barang dalam peti ais ni rosak. Ikan siakap masak stim teramat menyelerakan bila makan panas-panas...15 minit sebelum tiba waktu berbuka baru letak atas dapur...waktu azan je boleh angkat dan hidangkan.

Ikan stim ni kalau penuh dengan sampah sarap baru rasa sedap...tambah pula ada macam-macam aroma...ada bau serai, daun limau purut, daun bawang @ sup....

Wednesday, July 23, 2014

Ramadhan 25

Tinggal 4 hari saja ramadhan akan berakhir bagi tahun ini...cepatnya masa berlalu. Bila dah penghujung puasa ni menu untuk masak pun dah tak tahu nak pilih. Macam mana pun masak tetap kena masak...petang semalam setelah tutup buka peti ais dapat juga ilham masak untuk berbuka tapi masak lauk biasa je...sup fishball dan sayur dan sambal terung bersama ikan bilis dan tauhu tambahan ikan goreng dan untuk desert aku buat tauhu sumbat. Tauhu sumbat memang kegemaran penghuni rumah ni...

Ikan bilis + terung + tauhu bersatu dengan sambal cili
Sup fishball bersama sayur-sayur

Monday, July 21, 2014

Kuih Raya

Cuti sabtu dan ahad aku ambil kesempatan buat biskut raya untuk dibawa balik kampung. Semangat nak buat biskut ni ada cuma masa tu agak terhad...malam habis solat terawih dah penat...jadi 2 hari cuti aku dapat la masak 3 jenis kuih...ingat nak beli je kuih-kuih kat supermarket untuk dibawa balik kampung...tapi ada pula yang menghalang...eemm ya la terpaksa la aku buat, tahun ni aku buat jenis biskut yang lain dari tahun sebelum ni. Sebenarnya aku pilih biskut yang paling senang dan tidak ambil masa yang lama untuk proses. Cornflake madu, cokies coklat chips dan biskut mazola. Rasanya biskut macam ni ramai yang minat... bab masak biskut ni memang hobi aku dari dulu lagi tak suka makan. Minat membuat biskut dan kek bila tiba musim raya ni mungkin aku diterapkan dari kecil lagi oleh arwah Mek...hingga la sekarang aku suka masak...memasak sekadar hidangan keluarga je la...buat masa ni belum ada cita-cita lebih dari itu.

Cornflake madu
Biskut kacang @ mazola
Adunan cookies coklat chips...simpan selama 30 minit dalam peti ais sebelum bakar bertujuan untuk menghasilkan kerangupan cookies tersebut.

Sunday, July 20, 2014

Menu Rasa Thai

Petang ni juadah berbuka puasa aku masak makanan rasa Thai ada tomyam santan, sotong goreng tepung, kailan ikan masin dan telur dadar. Sejak 22 hari berpuasa hari ni terasa nak makan yang pedas dan masam. Bulan puasa ni kalau boleh nak elak makan macam ni..tapi kalau dah ada selera tu teruskan. Bab makan ni kalau nak pantang bulan puasa adalah yang terbaik...aku dapat pantang minum coffee sepanjang bulan puasa ni...jus buah sebagai ganti waktu sahur...kalau sebelum ni rasa tak boleh nak tinggal dari minum teh tarik atau nescafe bila sahur. Sekarang Alhamduillah..semoga dapat diteruskan. 

Tomyam ayam bersantan
Sayur kailan ikan masin
Sotong goreng celup tepung - kalau nak dapatkan yang garing @ crunch, caranya sotong tersebut digaul dengan sedikit garam atau perencah 3 rasa, kemudian digaul dengan tepung tanpa air dan dicelup dalam telur kemudian terus digoreng.

Friday, July 18, 2014

Ramadhan 20...Berita Menyedihkan

Ya Allah kau maha berkuasa dan mengetahui atas semua peristiwa di muka bumi ini. Berita tentang penerbangan pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas ni aku terima masa sahur tadi...ya la dalam tidur terjaga dengar tone notify mesej kat whatsapp yang berbunyi...aku buat tak kisah je...rupanya ada berita menyedihkan untuk rakyat Malaysia dan seluruh dunia fokus tentang trajedi pesawat MAS. Al-Fatihah dan takziah kepada semua keluarga yang terlibat...semoga tabah dan sabar dengan dugaan dibulan mulia ini. 

Thursday, July 17, 2014

Dalca Ayam

Menu sama diulang kembali sepanjang bulan puasa...sebelum ni aku pernah masak dalca daging, hari ni pulak aku masak dalca ayam dan campur kaki ayam sekali, sebelum ni dah pantang makan kaki ayam sebab terbaca tentang kandungan kolestrol dalam kaki ayam...tapi sekali sekala boleh la... 

Tiba-tiba je terlintas selera nak makan terung masak kari... tapi perancangan asal tukar sebab dah malas nak masak sayur lain baik campur je semua dalam satu periuk....uuuhh terjadi la dalca ayam bersama terung, kacang panjang, nenas dan karot.

Wednesday, July 16, 2014

Jus Buah Naga

Petang sekadar nak kongsi air minuman saja...asyik kongsi lauk masakan pun bosan juga. Minuman untuk kami berbuka setiap hari adalah teh o kurang manis dan air buah. Pertama kali aku buat jus buah naga ni...bulan puasa ni masa nak makan buah ni agak terhad...tak berkesempatan...dari membazir je buah tu baik blend. Alhamduillah semuanya minum waktu berbuka tadi...kalau buah tu potong dan dihidang memang tak laku. Ada juga hikmahnya aku blend buah naga tu.
Resipi jus buah naga @ dragon fruit. Campur susu cari dan ais cream perisa vanilla kalau nak manis boleh letak susu pekat atau gula...biasanya kalau letak air cream dah cukup manis. Lagi satu untuk jadikan rasa masam manis boleh campurkan yogurt. Amalam minum jus ni bagus untuk kesihatan...tapi jangan terlebih manis pulak buruk padahnya. 

Ikan Bakar Bersambal

Menu untuk berbuka hari isnin = 16 Ramadhan ikan cencaru bakar letak sambal cili....setelah termenung depan peti ais mencari ilham. Sebenarnya hari ni masak untuk selera sendiri sebab Mr Right dah ada menu daging kambing masak masala. Aku kurang minat makan daging kambing maka kena la masak yang lain...kalau selera aku ikan adalah lauk kegemaran...yang berkuah ikan tongkol atau aya masak singgang lepas tu ulam cicah budu...waaahh memang heaven la selera berbuka petang tadi.

Cencaru bakar bercili...pedas!!! sekali sekala dapat makan lauk pedas ni rasa lengkap selera...tapi bulan puasa ni tidak digalakkan makan yang pedas.

Sunday, July 13, 2014

Kerabu Mangga Versi Kelantan

Berbuka puasa petang ini, salah satu menu aku sediakan kerabu mangga versi kampung halaman aku...ni salah satu menu arwah mek yang sentiasa ada setiap waktu berbuka puasa. Kerabu mangga ni lebih kurang kerabu lain juga cuma yang aku buat ni letak santan segar. Biasanya kalau makan kat kedai kerabu selain dari kedai orang Kelantan mereka buat tidak bersantan dan rasanya tak 'kick'. 

Tapi hari ni aku ada penambahan sedikit resipi kerabu mangga ni...bukannya 100% mangga lagipun mangga hanya ada sebiji saja maka kali aku campur dengan kacang botol dan daun pegaga.

Resipi asal kerabu mangga bahan-bahannya - mangga dicincang dan daun kesum dipotong halus/racik. Bahan untuk ditumbuk - (bawang merah, lada hitam, serai, kelapa goreng, ikan bakar tawar), santan, limau nipis, garam + gula dan sedikit budu jika suka. Bahan tersebut ditumbuk hingga lumat dan digaul kesemua bahan dengan mangga+daun kesum kemudian masukkan santan dan perahan air limau....Hidang sedia untuk berbuka puasa.

Kerabu mangga + kacang botol bersantan
Kerabu tidak bersantan untuk yang nak diet dari santan

Friday, July 11, 2014

Dalca Daging @ 14 Ramadhan

Petang ini menu berbuka ke arah nasi kandar sebabnya ada dalca daging, acar timun, telur masin, ikan kembung goreng dan sambal cili tempoyak cicah petai. Idea nak masak dalca secara sepontan je terlintas...biasa la bila dah lama tak makan sesuatu masakan tu secara tiba2 terliur. Kebetulan daging ada dan bahan-bahan pun ada... dalca yang aku idamkan tu masakan dalca ala kelantan... bukannya seperti masakan mamak. Biasanya dalca ala mamak ni letak kacang dal dan pekat. Manakala Kelantan style seperti yang biasa arwah mek aku masak kuahnya cair sebab tak masuk kacang dal dan rempah karinya dikurangkan. 

Bila masak dalca ni terkenang masa arwah mek sakit antara salah satu masakan dia minta aku masakkan untuk dia... masa arwah mek sakit aku banyak cuti dari kerja balik kampung menjaganya. Terkenang masa tu bila aku dah masak dalca arwah mek cakap sedap aku masak tapi dia tak boleh nak makan banyak...biasa la bila dah sakit selera seseorang tu akan kurang. Boleh dikatakan setiap hari aku mesti tanya arwah mek nak makan apa...aku akan masak untuknya walaupun permintaannya ada tapi makanan yang dimakan sekadar alas perut...tapi aku puas hati menjaga makan minum arwah mek sepanjang sakit...hanya Allah maha mengetahui keikhlasan aku. Semoga arwah mek dan ayah tergolong dalam ahli-ahli syurga. Amin.

Dalca yang menyelerakan waktu kami berbuka.

Thursday, July 10, 2014

Tenggiri Masak Lemak dan Tau Miu

Hari ini sudah hari ke 12 ramadhan,  Alhamduillah masih sihat untuk berpuasa dan beribadat. Cuma bila sakit kepala dan penat menyerang  aku lawan sikit... Petang semalam untuk berbuka aku masak lemak kuning ikan tenggiri, goreng sayur campur tau miu dan daging goreng kunyit. Jika diikutkan badan yang letih ni rasa tak larat nak memasak...tapi mengenangkan kalau beli di bazar ramadhan mesti ada yang tak makan baik aku masak walaupun masakan yang ringkas. 

Ikan tenggiri masak lemak kuning : Resipinya - Ikan tenggiri atau ikan lain pun boleh. Bawang merah + halia + lengkuas + cili padi / kering (blend / tumbuk) +  santan + asam keping dan secukup rasa garam gula. Masak kesemua bahan2 hingga mengelegak/mendidih dan masukkan ikan masak sehingga ikan tersebuk masak.
Sayur campur Tau Miu bersama tauhu. Sayur tau miu ni paling aku suka sebab keranggupannya, kali ni aku masak campur dengan tauhu dan sayuran lain memandangkan tau miu ada sedikit je. Cara memasak sayur ni tidak perlu lama atas dapur sebab ianya cepat layu seperti taugeh....kalau nak sedap lagi masak menggunakan minyak sayur @ zaitun + bawang putih + sedikit halia + sos tiram + garam (saya tidak letak sebab sos tiram sudah cukup rasa masin)

Monday, July 7, 2014

Ramadhan Ke 8

Alhamduillah...sudah 8 hari kita menjalani ibadat puasa dibulan Ramadhan...syukur diberi kesejahteraan untuk beribadat. 
Balik dari kelas mengaji Al Quran tengahari tadi aku singgah di Tesco membeli barang mentah untuk masak berbuka....mak aiii ramainya orang membeli-belah, nak que timbang barang pun berderet...sabar la sebab aku kena juga beli bahan-bahan untuk masak petang nanti. Hari ni menu rasa Kelantan memandangkan adik datang berbuka kat rumah. 
Menu untuk juadah aku pilih nasi putih, daging singgang, ikan dan ayam percik, sambal sotong, kerabu nasi ulam, sayur goreng dan ulaman cicah budu. Kuih sudah pastinya manis...aku buat puteri mandi dan sekaya telur. Minuman air tembikai dan untuk pencuci mulut selain dari kuih aku sediakan colek buah-buahan.  

Hari ni sempat ambil gambar kuih-muih je...makanan lain tak berkesempatan. 

Sekaya telur ni baru masak...sejukkan dalam peti ais sebab bila nak potong kuih ni mudah dan elok
Ini la dia Puteri mandi...puteri berwarna warni berperisa durian

Saturday, July 5, 2014

Ramadhan Ke 7

Sekejapnya masa berlalu, dah 7 hari berpuasa. Kekeringan idea nak masak untuk berbuka petang nanti...tiba2 je teringat nasi kerabu...boleh masak hari ni sebab ada masa lama kat dapur kalau hari kerja tak sempat nak masak, terutama masak santan untuk buat tumis ambil masa lama untuk bagi pecah minyak. 

Balik dari kelas mengaji ingat nak menyinggah di supermarket nak mencari bahan untuk buat ulam nasi kerabu...tapi terlajak la pula. Bila dah pasang niat akhirnya tercapai juga masa nasi kerabu walaupun ada kekurangan dengan ulam. Antara menu malam ni nasi kerabu warna biru bersama lauk daging lembu dan ayam madu berempah bakar serta telur masin. 

Kali ni ambil tayang sambal kelapa dan ulam je...sebab menu nasi kerabu ni dah ada sebelum ini.

Hari ke 6 Ramadhan

Balik kerja pertama sekali check paip air...alamak air belum ada ke??? kecewanya...hari plan nak masak sedap tapi menunya rahsia...uhhuu. Bila dah tak ada air aku tukar plan menu masak yang mudah dah tidak memerlukan air yang banyak...masak sup sayur, goreng ikan dan sambal ikan bilis bertauhu.
Tapi ada cerita disebalik bekalan air ni...kami pun hairan kenapa penduduk tanam ni diam je..biasanya ada juga note kat group FB perumahan ni...tapi kali tak ada...aku tertanya sendiri...tengok rumah jiran pun tak ada kain diampaian...nak bertanya berat mulut...tak pa la aku ambil keputusan nak call center Syabas@span kot rumah aku kena potong bekalan...tapi mustahil bil air tak pernah tertunggak. Kebetulan Mr Right balik dari outstation dia check semua tekanan air...bila tengok kat meter air...rupanya tap kat luar rumah tu ditutup...kecoh la dia tanya siapa yang tutup...aku pun naik bingung siapa punya kerja...eeemm sabar je la ada...mungkin budak2 yang main atau ada sesiapa yang tersilap turut sebab rumah sebelah tiada penghuni...tuannya sekali sekala je datang jenguk....tu la kisahnya... memang sah jadi Mak Mandir aku ni sepanjang 2 hari air tak ada....sabar je ya bulan puasa ni. 

Sup sayur beraneka
Sambal ikan bilis bersama tauhu

Thursday, July 3, 2014

Nasi Goreng #Ramadhan

Syabas!!! bekalan air kat rumah kami sudah 2 hari tak ada....sabar je la.... bulan puasa ni segala dugaan yang datang kena terima dengan penuh kesyukuran. Maka penyediaan makanan untuk berbuka puasa pun ala kadar je...sebabnya stok air bertapis tidak ada angkara tidak ada notis. Apa pun dah cemuh nak komplain masalah air ni...tunggu je sampai bekalan ada.

Menu nasi goreng cukup la untuk berbuka petang ni. Esok lusa mungkin ada rezeki yang lagi sedap. In Sya Allah. 

Nasi Goreng telur mata.... Alhamduillah rezeki malam ni, berpuasa tidak semestinya ada makanan berbagai jenis, ada sedikit pun tetap kenyang itu la rahmat yang Allah swt berikan kepada yang berpuasa. Ingat dulu masa aku pergi menunaikan umrah dan berpuasa di sana...berbuka dengan beberapa biji kurma dan segelas teh O pun dan cukup kenyang.

Tuesday, July 1, 2014

3 Ramadhan 1435H

Tauhu Sumbat & Cendawan Goreng celop tepung menu pilihan berbuka malam ni. Ada pula yang tanya makan tu je ke?? Jawabnya nasi tetap ada...sebabnya waktu sahur kami tak makan nasi...sekadar minum oat je. Rasanya bulan puasa lagi releks dalam bab memasak...sebabnya aku memasak hanya untuk berbuka puasa je. Itu la hikmah dan nikmat Allah swt beri masa untuk aku...dapat la baca Quran waktu sahur.

Tauhu siap disumbat dengan karot dan mentimun...taugeh tak ada stok.. resipi sos ini cili besar + bawang putih diblend kemudian dimasak dengan air bila mendidih masukkan sos cili/tomato, gula dan garam.