Monday, June 30, 2014

Hari Ke 2 Ramadhan

Menu berbuka hari ni rasa ala siam...petang semalam rasa kampung... bayam masak air, ikan goreng dan sambal tempoyak. Petang ni sup tulang, ikan kembung 3 rasa, sayur campur dan telur dadar. Sampai je rumah terfikir juga merebus tulang lembu ni ambil masa agak lama...tapi nak makan aku nekad juga...Alhamduillah sempat lembut daging tu. Hari ni boleh dikatakan selera 'gajah'...banyak pula hasutan nak makan itu ini...masak juga serba sedikit tapi tetap beringat supaya tidak membazir. Ingat la ya bukannya hari ni je boleh makan...In Sya Allah jika ada rezeki besok masih ada lagi peluang untuk makan.

Ikan Kembung 3 rasa
Sup tulang lembu
Sayur campur....telur dadar tak perlu la tunjuk

Salam 1 Ramadhan 1435H = 29 Jun 2014

Kepada umat muslim semua Salam Ramadhan dan selamat menunai ibadat puasa. Di bulan mulia ini mari la kita ambil peluang mengejar dan mencari keberkatan sebanyak mungkin. Doa aku ramadhan kali ni dapat dijalani dengan sempurna dan penuh keberkatan. In Sha Allah.

Buah kering menu utama untuk berbuka

Saturday, June 28, 2014

Chease Kek

Resipi untuk buat chease kek marble tapi terhasil chease kek bluberry. Kek ni aku buat untuk birthday Mr. Right...boleh dikatakan setiap kali sambut harilahirnya aku akan buat kek...ya la bukannya tak mampu untuk beli tapi keikhlasan 'hadiah' dari aku. Kali ni aku silap percaturan sikit keknya masak semua tak ada masalah cuma masa mencorak marble atas chease tu tidak menarik, maka aku ambil keputusan tukar hiasan tu dengan meletak jam bluberry dan buah-buahan untuk tutup lorekkan marble yang tidak cantik itu. 
Kek ini hasil tangan saya sendiri...sedap tau sebab kebiasaanya chease kek bahagian bawah tu di buat dengan biskut tapi yang ini coklat kek...cuma pelapik kek tu guna SR sebab masa sejukkan dalam peti ais terlupa nak tukar!!! Kalau tak percaya pergi cari kat SR kek jenis ini ada dijual tak??
Buah-buahan ini je yang ada dalam simpanan....kurang serinya sebab plan asalnya chease kek marble...tengok la kat tepi chease tu ada sedikit corak marble yang kurang menjadi.... tapi nasib baik orang yang potong kek tu tak tahu kisah disebalik terhasilnya chease kek tu.

Friday, June 27, 2014

Maggi Goreng

Permintaan untuk dinner malam ini hanya maggi goreng. Mudah la kerja untuk menyediakannya...capai maggi dan seangkatannya, mesti ada yang cakap...apa la sangat sekadar masak maggi budak baru masuk sekolah pun dah tau memasaknya betul tak??? Sekarang ni kalau orang cakap tak pandai masak memang susah nak terima sebab banyak produk makanan  instant dan sumber makanan frozen untuk memasak pun senang didapati...cuma atas diri sendiri rajin atau malas. 

Sunday, June 22, 2014

Dinner @Grand Lexis

Hari terakhir percutian kami dinner 'roomservice' order makanan makan kat bilik je...dah malas nak keluar makan. Kecewa juga makan malam tadi keluar makan kat luar menu tomyam dan seangkatan dengannya kurang menepati rasa...tak boleh nak salahkan tukang masak... biasa la setiap daerah citarasanya berbeza. Jadi malam ni kami ambil jalan senang pilih menu makan yang ada di hotel. Hakikatnya kami tau makanan setiap hotel rasanya pun sama je...

Western menu
Kueh teow goreng!!!

Senja!!!

Senja di Grand Lexis...petang ni ambil peluang menghayati suasana petang...pemandangan ini dapat dilihat dari bilik yang kami menginap...tidak perlu keluar ke pantai...ini la yang menarik tempat ini.
Sesekali melihat matahari berlabuh dapat menenangkan jiwa...kuasa Allah swt yang tiada tandingannya. DIA tunjukkan kepada kita keindahan alam ciptaanNya. Syukur kepadaNya bagi yang dapat melihat segalanya...

Saturday, June 21, 2014

Body Massage

Percutian kali ini banyak habiskan masa dengan berehat...tidak seperti percutian sebelum ini, lagipun aku memang pilih untuk berehat saja...tiada shopping dan melawat tempat-tempat menarik...kecuali keluar negara wajib seperti itu. 

Aktiviti semasa bercuti di Grand Lexis selain dari makan, tidur, berenang, membaca...aku  tambah lagi satu aktiviti manjakan diri pergi Lexspa urut badan dan facial treatment. Aromateraphy massage 75 minit yang aku pilih memang puas hati dan boleh lena...urutannya memang bagus cuma minyak levendar yang biasa aku guna tiada stok...aku pilih yang berbau rose. Bau atau aroma minyak massage boleh mempengaruhi tekanan perasaan...kita boleh kurang stress dan tidur lena. Lagipun teknik urutan badan banyak kebaikannya bagi yang penat @ stress, sakit saraf elok kunjungi sekali sebulan selain itu juga boleh keluarkan atau kurangkan segala toksin yang berkumpul dalam badan....tambah pula dah hampir bulan ramadhan elok la cuci segala toksin, bila berpuasa nanti tetap cergas dan segar. 

Friday, June 20, 2014

Berehat di Grand Lexis

Sebelum tibanya bulan ramadhan...minggu ni aku ambil cuti untuk berehat dari kerja di ofis dan rumah. Kali ni tak kami tak pergi jauh sekadar di Port Dickson...ya la tak dapat ke Maldives dapat penginapan ala-ala sana pun jadi la. Aku berangan nak ke sana tahun ni tapi ada sebab tertentu terpaksa tangguhkan...jadi Grand Lexis menjadi pilihan. 

Cantikkan?? Bagi yang minat memancing dan berbasikal boleh lakukan aktiviti di sini
Bagi yang tak nak berjalan kaki perkhidmatan kenderaan 'buggy' disediakan.
Bilik penginapan yang kami pilih ni lengkap ruang dapur dan ada kolam renang...maka sesiapa yang suka berendam tu boleh la tidur dalam kolam kalau nak!!!!

Tuesday, June 17, 2014

LHDN Bayar Balik

Hari ni terima email dapat rezeki... Alhamduillah!!! Lembaga Hasil Dalam Negeri telah membuat pembayaran balik ke akaun aku sebab ada lebihan pembayaran melalui potongan gaji setiap bulan. Jumlah yang dapat balik tu tak kisah la banyak atau sikit...aku terima dengan hati terbuka. Ya la kita kerja keluar pagi balik petang meredah jalan jam setiap hari untuk mencari rezeki....tiap-tiap bulan kena bayar cukai kepada mereka...di sini timbul juga perasaan tidak mahu 'halal' setiap sen yang aku bayar cukai tu....nanti boleh la belanja kawan sepejabat makan sekurangnya aku puas hati cara macam ni.

Monday, June 16, 2014

Telur Kicap

Aduhai tiba-tiba je rasa nak makan nasi dengan telur goreng berkicap. Bila selera macam ni tengok lauk lain pun tak nak. Besok isnin niat puasa sunat...jadi aku kena juga makan nasi, maka misi aku untuk sahur dapat la makan telur goreng kicap. Bagi kanak2 ini adalah makanan kegemaran mereka...ingat dulu bila kena jaga adik-adik, waktu makan aku mesti goreng telur berkicap untuk mereka...sebab menu yang senang dan sedap.

Sedap tau telur goreng kicap ni...tak perlu lauk lain cukup la ada ulam timun.

Pasta Goreng

Sabtu cuti dan hari aku tak puasa, selera nak makan yang bergoreng seperti mee etc. Stok pasta ada elok la goreng lagi pun dah lama tak makan pasta. Resipi untuk masak pasta goreng ni tak perlu nak ambil masa lama atau stress...aku capai je apa yang ada dalam peti ais...walaupun udang tak ada aku ambil ayam dan fish ball je sebagai rencah. Ada setengah orang tu kalau tak ada bahan yang nak dimasak sudah batal hasrat tu...tak nak ubah dah menu asal kepada menu ciptaan sendiri...bagi aku menyedia sesuatu menu masakan kita mesti kreatif dan berani memcuba...

Friday, June 13, 2014

Jus Buah

Sejak cuaca panas melanda, aku pratik dan amalkan minum jus buah, ya la kalau nak harapkan ambil buah dan terus makan macam tu sebiji epal pun agak susah nak habis..bila blend buat jus sah dua biji epal pun boleh habis diminum. Elok juga buat jus sebab bila minum jus buah kandungan air dalam badan ni boleh menyengangkan dalam jangka masa agak lama. 

Jus karot + epal - tidak perlu tapis, sebab hampasnya boleh jadi fiber dan menyengangkan. 
Bekal untuk minum di ofis tidak perlu lagi minum coffee!! Badan rasa segar bila amalkan minum jus setiap pagi.

Thursday, June 12, 2014

Labu Masak Lemak

Petang tadi balik dari kerja singgah di pasar jual sayur area ofis, selain dari buahan dan sayuran hijau aku berkenan pulak kat labu kuning. Maka menu berbuka puasa hari ni ala kampung... labu kuning masak lemak putih, ikan goreng dan ikan masin...cukup menyelerakan!!!

Labu masak lemak ni dicampur dengan kacang panjang untuk bagi nampak ceria menu malam ini.

Tuesday, June 10, 2014

Puasa Sunat Syabaan

Alhamduillah dapat tunai puasa sunat bulan Syabaan, In Sya Allah diberi kesihatan yang baik. Niat aku nak tunai puasa berterusan sehingga Ramadhan sekiranya tiada halangan. Amin. 

Petang ni berbuka dengan nasi dan sup sayur...dan jus buah-buahan teramat nikmat sekali bila dapat minum jus pisang+apple+lycee yang diblend dengan sedikit susu.
Jiran baru balik dari menunai ibadat umrah dihulunya cenderahati dari Mekah untuk kami. Syukur Alhamduillah semoga Allah memberkati rezekinya. Bila dengar orang pergi Mekah hati aku juga terbayang-bayang lambaian Kaabah saat aku pergi umrah dulu...niat nak pergi tunai rukun kelima sebelum aku makin berusia... semoga diberi rezeki dan diangkat olehNya.

Sunday, June 8, 2014

Butir Nangka

Kuih butir nangka ni mungkin bagi setengah orang tak kenal...kecuali asal dari negeri Kelantan mesti kenal dan biasa makan. Kuih berkuah santan yang manis dan isinya dibuat dari tepung pulut berbentuk seperti biji nangka...itu la sebabnya diberi nama butir nangka. Hari ni aku masak kuih ni ada perisa nangka kebetulan ada nangka segar....bau nangka menambahkan lagi keenakannya. 

Atas dapur dalam proses memasak!!! nak makan yang panas atau sejuk terpulang pada selera masing-masing... 

Jemput-Jemput Durian

Pagi ni kelam sekejap memikirkan untuk sarapan...nak makan apa dan apa yang nak dimasak. Pagi semalam dah makan roti canai.... Mr Right nak keluar ada urusan maka aku masak yang cepat masak je....masak sosej dan gulung dengan telur...buka peti ais nak ambil sosej terpandang durian frozen...sedap juga buat jemput durian. Cukup la untuk sarapan pagi ni. Jemput durian ni kalau ikut resepi arwah mek selain dari durian dia letak juga pisang dan sedikit kelapa parut serta gula. Bila goreng je jemput-jemput ni aroma durian menyelubungi ruang dapur pagi-pagi lagi...
Sedap dan enak sekali!!!

Saturday, June 7, 2014

Bitter Gourd @ Peria

Minggu ni kelas mengaji cuti...maka tengahari ni aku sempat la sedia menu untuk makan tengahari, daging goreng campur kacang panjang, sup ayam, ikan goreng dan peria goreng.
Aku cuma nak kongsi tentang peria goreng je...lauk lain tu biasa je. Peria kering ni Mr Right bawa balik dari Sri Langka...setakat hari ni aku tak pernah jumpa dipasaran peria kering...kalau yang basah atau segar tu banyak kat pasar dan satu lagi kalau yang dah siap masak goreng garing kat kedai mamak ada jual. Peria goreng garing ni memang kegemaran aku...cuma tak pernah masak...yang segar tu tau la masak. Bila dapat yang kering ni boleh la aku masak dan makan sepuasnya. Tapi sayang Mr Right beli satu pack je...boleh la dua kali masak.  Cara memasaknya kalau nak ada rasa peria tu boleh la digaul dengan sedikit garam kemudian goreng dalam minyak banyak seperti goreng keropok. Untuk tambah bahan lain seperti bawang, tauhu etc tu terpulang pada kreativiti atau selera masing-masing.

Peria garing yang sudah siap digoreng bersama tauhu dan daun kari.
Rendam sekejap...ikut pada arahan tapi kalau tak rendam terus goreng pun tak menjadi masalah.

Thursday, June 5, 2014

Bayam Merah

Lama tak bercerita kat sini... beberapa hari ni  tak berkesempatan dan mood untuk menaip kat sini kemalasannya melepasi tahap maksimum tetapi memasak dan makan tepat terjaga... petang ni mood dah berubah jadi untuk makan malam aku masak bayam merah...lama tak masak lemak putih bayam ni...uuhhu berselera kami makan malam ni tambah pula ada ikan goreng yang garing...berpedas dengan sambal belacan dan sotong goreng kunyit bersama kacang panjang. Alamaknya kami makan macam tak pernah jumpa makanan ni....tapi sempat lagi mengucap syukur dan berhenti makan sebelum kenyang.

Sayur lemak bayam merah + tauhu + udang kering...sekali sekala dapat makan macam ni memang menyelerakan
Cuba teka nama ikan ini? Ini namanya ikan sardin @ selayang, ikan ni dulu tergolong dalam kategori tidak famous...tapi sekarang ni harganya sudah melepasi RM10 sekilo.
Kacang Panjang bersama sotong!!!