Saturday, August 31, 2013

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Tepat jam 12 tengah malam..besok 31 ogos 2013 genap 56 tahun Malaysiaku merdeka!!! MALAYSIAKU BERDAULAT TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.

Bunyi mercun dari kejauhan, bila jenguk kat luar pemandangan KL tak nampak - percikan bunga api diselubungi jerubu @ kabus. Malaysia bebas dari penjajah tapi tak dapat elak dari hukum alam. Bagi aku merdeka dan semangat patriotik tak perlu nak bakar bunga api...cukup lah dalam diri kita tanam semangat sayang dan cinta kepada negara seikhlas mungkin - menjaga keamanan, menghormati undang2...kita rakyat yang menghuni negara ni perlu bersepakat dalam segala hal demi menjaga 'kemerdekaan' yang kita perolehi ini. Andainya aku seorang pemimpin ingin sekali aku bertanya kepada rakyat adakah status kemerdekaan ini sudah cukup untuk tanahair ini? Adakah seseorang yang berjiwa patriotik sudah cukup selesa sekarang? Bagaimana dengan generasi baru setelah umur Malaysia Merdeka genap 100 tahun? Persoalan Apakah dan bagaimana akan berterusan...tapi merdeka tetap merdeka.

Friday, August 30, 2013

Roti

Balik dari ofis petang tadi aku rasa dah jemu nak makan nasi sebab pagi dah makan nasi goreng, tengok bread maker eeemmm lama tak meroti. Checking bahan2 dalam kabinet - lepas tu termenung - nak buat roti apa ni? No idea weaahhh!!!
Lepak dulu cari idea, sambil tu belek hp kot2 ada resipi roti yang menarik perhatian....eeeemmm call adik kat JB la tanya khabar dia...aku cukup kesian kat dia sejak suaminya meninggal, kalau boleh aku nak teman dia sekurangnya dia tak sunyi. Namun apakan daya aku di KL nak ke sana kena fikir juga aku ni ada suami. Aku cukup faham perasaan bila dilanda kesunyian, kesedihan bila berseorangan sebab aku pernah mengalami situasi begini...cuma beza aku bukannya kehilangan suami. Hampir sejam juga aku melayan dia...ya la ada keluhan sedih, rindu etc dalam dirinya. Aku jadi pendengar yang setia agar dapat mengurangkan sedikit tekanan sengsara dalam dirinya.
Ok aku dah dapat idea buat roti beraneka rasa, aku letak kacang/peacan, raisin campuran dan madu. Ini pertama kali aku buat roti letak madu, asalnya resipi ni Roti Madu tapi aku tambah kacang dan raisin. Harapnya tak pening bila kami breakfast besok pagi. Cuma aku frust sikit silap setting color tu medium maka roti tu masak agak garing...tapi bahagian dalam masih lembut.
Roti yang masih panas terus dipotong - makan masa panas, aromanya memang menyelerakan dan lembut
Break Maker - stage akhir proses membakar roti

Nasi Goreng

Pagi ni aku masak nasi goreng, ada kerajinan untuk sediakan breakfast. Sejak habis puasa sunat ni mula la jadi masalah nak pilih makanan kat ofis. Kalau ikutkan banyak pilihan kat area ofis ni ada fast food, nasi campur, mamak food, korean food, Hainan....ya la kawasan ni ramai western people. Tapi aku kekadang jadi celaru bila nak pergi makan....bila tanya ofismate pun sama je jawapannya...tak tau nak makan apa hakikatnya perut minta diisi tapi, pelik kan? Manusia ni bila ada rezeki sekeliling alam pun tak tau nak buat pilihan...kalau tak ada tu lain pulak ceritanya.

Balik kepada nasi goreng aku pagi ni simple je....ya la pagi-pagi ni tak sempat nak keluarkan ayam yang beku dalam peti ais tu, jadi sekadar ikan bilis dan telur jadi rencahnya...tapi ni pun dah cukup 'lumayan'. Bila ada sedikit barkoli dan karot sebagai penyerinya dapat padatkan perut aku untuk breakfast pagi ni. Sebelum keluar rumah setiap pagi dah jadi rutin aku ambil oat BG22 satu scop, biasanya kenyang till pukul 11 pagi. Tapi pagi ni gara-gara nasi goreng tiba-tiba je rasa lapar, tambah pula nasi goreng ni memang kegemaran aku sejak kecil. Ya la masa kecil-kecil dulu pagi arwah mek mesti masak nasi goreng untuk makan pagi kami adik beradik. Tapi resipi nasi goreng mek ni sampai sekarang aku tak boleh nak 'copy' memang sedap. Aku masih ingat bahan-bahan dalam nasi goreng tu cuma ada bawang, telur, kicap dan cili kering yang ditumbuk. Bila makan tu aroma dan rasanya cukup menyelerakan....tu la orang kata air tangan seorang ibu tak boleh kita nak tandingi....tak kira apa perkara sekali pun IBU mempunyai kelebihan segalanya.

Saturday, August 24, 2013

Ayam Bakar

Hari ni tak puasa maka kena la masak untuk makan tengahari. Stok lauk dalam peti ais  ayam banyak. Biasala kat rumah ni stok ayam lambat habis sebabnya yang minat lauk ayam kurang kalau lauk ikan mesti laju. Aku perap ayam sekejap je, letak dalam kuali ajaib...bakar...bila nampak masak aku tuang sos lada hitam dan potong bawang besar. Memang kuali ni banyak membantu dari segi masa aku didapur. Ayam pun masak sekata walaupun aku masak size besar. 

Friday, August 23, 2013

Ikan Tenggiri & Bendi Goreng

Walaupun tak puasa hari ni, aku kena masak juga untuk makan malam. Mr Right balik outstation, nak makan nasi...aku tak selera nak makan nasi gara-gara makan nasi lemak pagi tadi perut ni masih dilanda kesebuan dan rasa mual. Menu hari ni ikan tenggiri masak lemak kuning dan bendi goreng dengan udang. Tambahan sambal tempoyak untuk tambah selera orang seminggu outstation. Aku paksa la makan sikit sekurangnya bila makan masakan sendiri yang panas dan ada halia dalam masakan boleh kurangkan angin dalam perut ni.

Malam ni rasa sunyi & sedih la pula... kenapa ni?? Aku cukup tak suka bila dilanda mood macam ni...

Ikan tenggiri masa lemak kuning
Bendi goreng rencah udang kertas

Brunch Nasi Lemak

Pagi ni aku stress sepanjang jalan nak ke ofis mengadap jam teruk, aku dah agak masa nak keluar rumah sebab hujan dari awal pagi. Tapi aku ikut je la rentak terhinjut-hijut kat jalanraya tu, malas nak berlumba memotong lorong. Hari ni mood   kemalasan melebihi  hari biasa. Sampai ofis pun dah lewat... syaitan pun mula la menghasut aku kononnya tak payah puasa. Tergugat la segala keimanan ni, dah pukul 11 pagi dok fikir nak makan atau tak...kesudahannya aku tewas beli juga nasi lemak kat kafe. Kalau ikutkan waktu tu dah banyak pilihan makanan sebab dah hampir waktu lunch, nasi campur dan sebagainya siap untuk dimakan. Tapi aku cuma teringin nasi lemak je, nak makan yang ringkas minta telur rebus. Brunch aku hari ni nasi lemak telur rebus ditemani nescafe. Bila dah selesai makan perut aku mula terasa semacam je kembung + mual. Aduhai...kenapa ni??? adakah perut terkejut terima makanan pada waktu yang berlainan dari biasa. 

Bila fikir balik berpuasa ni adalah terbaik untuk jaga kesihatan, nak makan pun tak perlu fikir banyak. Balik rumah masak apa yang ada dan kita tau segala hasil masakan tu bersih dan berkualiti. InsyAllah sambung puasa minggu depan.

Thursday, August 22, 2013

Pemergian dan Kehilangan

Catatan ini setelah seminggu berlalu baru aku ada mood untuk paparkan. 

14 Ogos 2013 @ 7 Syawal 1434 - waktu zohor hari Rabu. Dalam suasana kemeriahan umat Islam masih meraikan hari raya Aidil Fitri, adik aku kehilangan suaminya yang tercinta akibat sesak nafas masa tidur puncanya serangan jantung. Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk adik aku. Berita sedih aku terima semasa aku dalam perjalanan pulang dari Gold Coast Resort setelah  sehari kami melawatnya. Rezeki kami sekeluarga bersama dengan arwah terlalu singkat dan jodoh perkhawinan adik aku bulan November nanti genap ulangtahun ke 2.

Aku terima panggilan dari adik lebih kurang pukul 2 petang, masa tu hampir 2 km aku akan sampai rumah - aku teruskan perjalanan balik rumah dulu sebab nak tukar beg pakaian yang dah pakai. Dalam keadaan yang agak panik dan kelam kabut aku capai je baju masuk beg. Kami terus keluar rumah sebab memikirkan adik aku keseorangan kat sana...tiada sedara mara yang terdekat. Masa tu aku cuma fikir keadaan adik aku, yang meninggal dunia dia dah selamat, Allah swt dah tentukan tempatnya dan segala kehidupan di dunia sudah ditinggalkan bila selamat ke liang lahat. Aku tau adik aku tak boleh terima pemergian arwah sebab sakitnya begitu singkat dan serangan jantung yang dia kena pun sekadar blok yang kecil dan pihak hospital mengesahkan pagi sebelum meninggal dia sihat cuma tunggu untuk buat pembedahan kecil. Ya la perjanjian dia dengan Allah sudah termaktub, kita kena terima ketentuannya dengan sabar dan redha.

Aku sambung cuti untuk meluangkan masa bersamanya, aku tau kehadiran aku tak boleh menghiburkan atau mengubat hatinya yang sunyi, sedih, kosong kehilangan dan menggantikannya dengan sesuatu. Aku hanya mampu menasihatinya supaya berdoa dan berserah kepada Allah swt - bersujud mohon diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Adanya aku disisi dia sekurangnya boleh mendengar segala keluahan perasannya...cerita suka duka semasa bersama arwah. Kami semua tau cinta mereka berdua bersemi terlalu lama dan firasat aku mengatakan itu cinta pertama untuk adik aku. Dia sanggup tunggu hampir 15 tahun...sebab tu hantaran perkhawinannya berjumlah 15k tanda CINTA mereka. 

Sepanjang aku menemani adik aku banyak memori dan barang-barang kenangan dia keluarkan untuk tatapan. Dari ayat-ayat cinta melalui kad dan surat tercatat aku tau arwah suaminya seorang yang romantik, menyintai dan menyayangi dia sepanjang hanyatnya. Walaupun usia perkhawinanya singkat tapi sepanjang perkhawinan kebahagiannya boleh aku lihat antara mereka berdua. Mungkin mereka akan diketemukan lagi di sana, hanya Allah swt yang menentukannya.

Di pihak aku sekeluarga memang amat terasa pemergiannya sebab dia seorang yang baik dan yang paling kami hargai dia menjaga adik sebagai kekasih dan isteri dengan sepenuh hati. Hanya Allah swt saja yang maha mengetahui dan membalas kebaikannya. Aku dan Mr Right agak sukar untuk terima pemergiannya sebab masa kami ziarah dia nampak sihat dah bersembang seperti biasa, aku tau Mr Right dan arwah amat rapat mereka memang suka bersembang topik-topik semasa...ya la masing-masing ada kerjaya dan jarang umur antara mereka berdua tak jauh. 

5 hari aku menemai adik aku, rasa sedih nak tinggal dia yang masih berkabung/iddah dengan kesedihan dan kesunyian.  Doa aku agar dia kuat untuk meneruskan kehidupan seharian meskipun dalam keperitan keseorangan setelah pemergian dan kehilangan selamanya seorang peneman yang telah diijab qabul. InsyAllah suatu masa nanti dia akan temui kebahagian walaupun situasinya berbeza. Untuk adik...'Kita tidak tau apa yang Allah swt janjikan untuk kita dikemudian hari, mungkin DIA akan gantikan yang lagi indah dan bahagia dari yang pernah kita temui'. Amin.

Wednesday, August 21, 2013

Biskut Raya @ 14 Syawal

Aidil Fitri dah berlalu hampir 2 minggu, malam ni aku baru ada selera nak rasa biskut ni. Lepas berbuka tadi teringin nak makan yang manis... stok biskut raya masih berbalang, tahun ni biskut lambat habis sebab kami agak kalut sikit dengan urusan lain, Mr Right pula busy dengan outstation. Aku pulak mula puasa, yang ada peluang untuk makan cuma malam je. Biasa la kalau dah lepas berbuka tu kekadang tu dah kenyang. Biskut ni semua hasil tangan sendiri jadi boleh la simpan lama, sebab aku buat dah penghujung puasa...kalau beli kat kedai tu mungkin biskut tu dibuat lagi awal.

3 Hari Puasa Syawal

Hari ke 3 hari aku berpuasa di bulan Syawal, bila puasa pada bulan macam ni rasa teruja juga, ya la masuk ofis je terhidu bau coffee...bila jalan-jalan kat luar ofis pula bau kentang goreng McD, coffee starbuck etc....sabar je la.


Untuk berbuka petang ni aku masak ala kadar je, ayam bakar dan goreng taugeh. Bila puasa keseorangan ni tak jadi masalah untuk aku masak janji boleh makan. Cerita pasal taugeh @ bean sprouts - dulu aku cukup anti dengan masakan ni boleh dikatakan kalau ada taugeh goreng aku  akan pilih taufu je. Tapi kat rumah ni ada peminat taugeh goreng...tanpa disedari sejak akhir-akhir ni aku terikut makan, ya la kita yang masak rasa rugi kalau tak makan. Tapi taugeh yang paling aku suka yang size kasar sebab bila makan rasa kerangupannya, dengan syarat jangan goreng lama untuk elak dari layu atau lembik. Resipi aku masak taugeh ni letak rencah udang segar / ikan bilis + taufu (aku bakar sekejap untuk bagi pejal) + karot + sos tiram + taugeh segar + cili + kucai (tak letak sebab stok tak ada). Memang berselera aku berbuka sekadar berlaukkan ayam bakar dan taugeh goreng. Alhamduillah.

Tuesday, August 20, 2013

Puasa Syawal Ke 2

Sup sayur ala kadar sebab tak ada stok sayur

Hari ke 2 aku puasa Syawal, untuk berbuka aku menu aku tadi masak ikan bakar...sos untuk cicah ikan aku buat ringkas je, kicap + cili + limau kasturi, sebab aku perap ikan tu dengan garam, kunyit dan halia semua dah ada rasa...jadi sos tu untuk sekadar sampingan je. Sekali sekala makan ringkas macam perut pun rasa selesa.  Menu satu lagi sup sayur...stok sayur aku tak ada pilihan...kira ok la janji ada kuah dan sayur. Syukur Alhamduillah rezeki untuk hari ni..

Ikan bakar berkunyit-sos kicap cuma letak cili dan limau kasturi

Monday, August 19, 2013

Puasa Syawal

Hari ni aku mula qada puasa & 6 syawal, kali ni agak lewat aku mula puasa...disebabkan ada peristiwa menyedihkan. Adik aku kat Johor kehilangan suami akibat serangan jantung pada 14 Ogos 13 @ 8 Syawal 1434. Aku kat sambung cuti untuk menemani adik sekurangnya dapat tenangkan sedikit kesedihannya. Ya la semuanya telah ditentukan oleh Yang Esa. Kita kena redha!

Untuk berbuka hari ni aku ulang makan lauk semalam yang masih ada...petang semalam aku masak tomyam sebab Mr Right yang nak makan....kebetulan aku termasak lebih jadi hari terpaksa ulang tayang lauk, untuk elak dari pembaziran.. lagipun aku seorang je yang puasa hari ni.

Wednesday, August 14, 2013

Gold Coast Resort

Pemandangan ruang rehat kat tepi laut.
Meraikan cuti hari raya yang berbaki, kami singgah di GCR Morib ni setelah 3 hari ke Johor rumah adik untuk ziarah suaminya tak sihat dan berhari raya. Suasana kat sini memang ramai...kami dah booking bilik terlebih dahulu sebelum kami singgah...biasa la musim cuti macam ni memang ramai yang ambil kesempatan. Memang agak padat la masa kami sampai...orang yang check-in-out agak berserabut juga. Tempat ni menjadi tarikan yang berkeluarga sebab ada team park / taman mainan air. Kami ada tiket tapi tak masuk... aku rasa geli tengok ramai sangat yang berendam dalam kolam. Pandangan tepi pantai pun biasa je...sebab kawasan pantai kat sini berlumpur ada kekurangannya.

Kami kat sini sekadar untuk rehat...habiskan masa cuti hari raya, ya la nak balik kampung pun rasa tak cukup sehari dua. Jadi sekadar untuk tengok tempat yang tak pernah datang tu ok la...

Pandangan dan komen aku tentang tempat ni biasa je, bagi yang berkeluarga boleh la datang, size bilik appartment besar cuma kena bawa sendiri extra tempat tidur kalau lebih dari 2 orang, bilik air ada jakuzi. Taman permainan kat sini agak kecil jika dibandingkan dengan tempat lain yang pernah aku pergi. Dari segi makanan banyak pilihan, masa kat sini kami ambil dinner dan breakfast...boleh dikatakan cukup lengkap seperti buffet di hotel lain. Cuma waktu cuti begini memang padat dengan pengunjung...rasa kurang selesa bila nak santai kat meja makan...suasananya agak bising dan kotor. 
Kawasan team park, masa ni waktu pagi belum ramai yang masuk, mungkin masing-masing belum bangun atau masih bersarapan
Breakfast aku kat sini!!!!

Tuesday, August 13, 2013

Cuti @ Johor


Hari raya ke 3 kami je Johor untuk melawat adik yang tinggal di Gelang Patah untuk berhari raya dan melawat suaminya yang tidak sihat. Masa kat sini aku sempat la pusing-pusing, singgah di Aeon Tebrau City... raikan harilahir adik, dia pilih nak makan steambot kat Johnny's. Ok la aku pun dah lama tak makan kat steambot dapat la hiburkan hati dia yang tak selera makan sejak suami tak sihat.

 
Ni aku punye!!!
Set steambot yang kami pilih

 
Hidangan yang disediakan oleh adik sebelum kami bertolak balik KL, sedap!!! TQ tuan rumah

Legoland ni terletak tak jauh dari rumah adik...masa dok jalan2 tu sempat la lalu kat sini...kurang berminat untuk singgah sebab cuaca kat kawasannya agak panas.

Friday, August 9, 2013

Hari Raya Kedua

Aidil Fitri kali ni persiapan makanan aku agak berbeza sikit, biasanya persiapan makanan hari pertama pagi Syawal. Memandangkan sambut raya kat KL dan Mr Right balik dari NZ pagi raya ke 2, jadi aku buat la sedikit sambutan untuknya dengan memasak hidangan menu hari raya. Mulanya aku plan nak masak nasi dagang...tapi Mr Right minta nasi himpit dengan rendang ayam, kebetulan ada ketupat dan lemang yang mak cik bagi. Ini je la sambutan Aidil Fitri aku untuk tahun ini...jauh dari adik beradik.

Thursday, August 8, 2013

Aidil Fitri @ 1 Syawal 1434

Pemandangan masjid Wilayah dari luar

Pagi Aidil Fitri ni aku membawa diri ke masjid untuk solat di Masjid Wilayah Jalan Duta. Perjalanan dari rumah sekadar 10 minit je sebab jalan tak sibuk. Melangkah masuk ke perkarangan masjid terdengar takbir hari raya, air mata mengalir...teringat kat arwah ayah dan mek serta sedara yang telah tiada. Bertapa sayu dan pilu je bila dengar takbir tiada yang lain aku fikir...fikiran aku tenang cuma ada sesuatu yang tak dapat aku gambarkan.

Solat sunat penuh dengan jemaah warga asing, boleh dikatakan warga asal ni tak ramai...mungkin semua balik kampung. Kat sini berbagai golongan muslim dari luar negara dapat aku lihat, ada yang datang untuk solat, minta sedekah dan sebagainya. Dipintu masuk masjid tadi aku dah lihat warga asing menadah tangan sempat aku hulur, bila masuk kat dalam masjid ni pun ada yang bawa envelope meminta.... 

Selepas solat aku singgah kat ruang legar masjid ada tempat untuk waqaf Al-Quran, setiap sebuah Al-Quran boleh ditulis nama-nama untuk kita waqaf, aku luangkan masa untuk menulis nama arwah ayah, mek, adik beradik, atuk nenek serta untuk aku dan suami yang masih hidup. Selesai dari solat aku ke rumah Mak Saudara di Ampang untuk beraya, ni la kali pertama aku beraya Aidil Fitri di KL jadi aku ambil kesempatan ni ke rumahnya, mak cik yang lain balik kampung. Setengah hari berhari raya... cukup la meraikan pagi Syawal mulia ini. InsyAllah jumpa lagi tahun akan datang.
Pandangan kubah dalam masjid.

Orkid

Orkid ni aku beli semalam di florist kat area ofis. Bunga-bunga yang dijual kat kedai ni agak mahal jika dibandingkan dengan kedai bunga yang lain...tapi disebabkan terpikat dengan orkid ni aku sambar je. Dalam fikiran aku orkid ni boleh letak atas meja makan kat rumah. Rasanya ni la bunga segar yang paling mahal aku beli...tapi aku puas hati walaupun bunganya simple je, sekurangnya pagi aidil fitri nampak ceria.

Wednesday, August 7, 2013

Biskut @ Aidil Fitri

InsyAllah besok umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidil Fitri. Walau bagaimana pun tunggu dulu pengumuman malam nanti. Untuk persiapan di pagi raya aku tak ada buat apa, petang raya baru aku siapkan rendang, nasi himpit tunggu kepulangan Mr Right. Hari Raya pertama aku akan ke rumah mak sedara di Ampang selepas solat sunat Aidil Fitri. 

Untuk persiapan Aidil Fitri kali ni aku tak terlau obes @ ghairah shopping etc sebabnya beraya kat sini jauh dari sedara mara, adik beradik...maka ala kadar je la siapkan sedikit biskut, bab rumah tu cuma tukar wallpaper, sekurangnya ada la perubahan sikit dalam rumah tu tanda meraikan kemenangan dan kemeriahan hari mulia ini. 
Biskut Badam, Almond London, Conflake, Kerepek Popia adalah homemade. Kuih tat adik yang bagi.

Monday, August 5, 2013

28 Ramadhan #Juadah

Berbuka petang ni menu aku masak lebih...adik datang berbuka kat rumah...dia singgah rumah aku sebelum bertolak balik ke kampung. Pening juga bila penghujung ramadhan ni, menu nak masak pun dah tak ada idea. Bila tengok ikan tenggiri ni tiba-tiba teringat resipi masak lemak putih ikan tenggiri, ni menu masa kat kampung dulu...terkenang arwah mek selalu masak macam ni, rasanya macam kuah percik cuma santan tu cair sikit. Bahan2 untuk masak ni pun sama nak masak percik, cuma tak letak serai digantikkan dengan bawang besar yang dipotong bulat/dadu dan cili hidup. Aroma bawang besar dan cili tu yang menyelerakan. Bila adik aku tengok...dia terus cakap lamanya tak makan masakan ni. Ya la kami adik beradik mesti tau menu yang kita biasa makan kat kampung.

Selain dari menu tu aku goreng udang letak kunyit...senang dan cepat kerja aku.

Ikan Tenggiri masak lemak putih
Udang Goreng Kunyit senang dan cepat
Kegemaran aku Bayam masak air

Sunday, August 4, 2013

25 Ramadhan #Juadah

Ramadhan dah tinggal berberapa hari je lagi, masing2 dalam mood beraya. Aku tak ada la "emo" sangat nak sambut raya...sekadar meraikan kesyukuran hari mulia. Lagipun tahun ni pertama kali dalam hidup aku sebagai pengembara sambut hari raya Aidil Fitri di perantauan. Kenapa?Mengapa?Hati aku keras kali ini? Aku sendiri tiada jawapan yang tepat! Mr Right bagi peluang untuk aku pulang ke kampung...cuma aku rasa bersalah bila dia balik dari overseas aku tak menyambut kepulangannya. 

Hari ni aku cuma masak sup ayam dan goreng ikan. Itu je makanan yang buat aku selera nak makan. Sup ayam ni aku masak bahagian yang bertulang macam kepak, leher dan kaki ayam. Dulu aku geli nak makan kaki ayam tapi sekarang entah kenapa jadi pilihan...anak sedara aku kat kampung pun tau makcik dia suka makan kaki ayam. Ada orang cakap makan kaki ayam ni bagus sebab boleh membantu dari terkena sakit lutut dan kulit cantik. Kalau untuk elak dari sakit lutut mungkin ada kebenaran sebab kaki ayam ni berjeli jadi elok untuk sakit lutut yang tak ada jel.. macam tambah gris. Jagi sesiapa yang ada sakit lutut boleh la sekali sekala masak kaki ayam...dari beli ayam seekor tapi kakinya buang...rugi tau.. dah la ayam mahal sekarang.

Sup Kepak Ayam dah siap...

Saturday, August 3, 2013

AidilFitri #Projek III - Biskut Cornflakes

Petang tadi selepas masak untuk berbuka aku buat adunan biskut cornflakes, kalau ikutkan aku tak plan nak buat biskut ni. Entah plan bertukar last minit...mood nak buat kuih pun boleh berubah. Antara sebab aku buat biskut cornflakes ialah senang dan cepat, lagipun budak2 suka biskut ni. Teringat kat anak2 sedara di kampung boleh la kirim untuk dia orang.

Biskut Cornflakes siap untuk masuk oven

Aidil Fitri #Projek II Kuih Raya

Sabtu-hari ni aku teruskan projek buat kuih raya ke2. Hari ni 3D mengadun, menguli & membakar almond cookies... asalnya nak buat almond slice, tapi aku failed bab memotong adunan doh...ada yang tebal, nipis eeemmm buruk rupanya...cam tula bila tangan ni tak ada tapak siput, tak ada seni langsung bila tengok bentuk biskut tu. Jadi aku tukar bentuk buat bulat...ala coklat ferro roche!!!
Hari ni kalau ikut aktiviti aku mengemas rumah, tapi ada kontraktor nak datang pasang wallpaper...jadi tak perlu aku kemas@mop murah...kelas mengaji aku ponteng hari ni sebab kalau aku menghala ke KL sah la meredah jam, ramai keluar shopping sebab ni minggu depan dah Aidil Fitri.

Cookies kegemaran aku!!! sebab rasanya yang lemak & rangup

Aidil Fitri #Projek 1 - Kuih Raya

Malam tadi selepas berbuka aku mula aktiviti 3M...mengadun, menguli dan membakar. Aku buat Almond London...dah lama tak buat terkial2 la nak tengok resipi...ingat2 lupa pula bila nak buat sukatan. Buat london almond ni bila mengadun dan menguli sekejap je...yang buat lecehnya banyak step untuk menghasilkannya nak letak topping coklat dan nak hias. 

Bila siap doh...mula membentuk biskut dengan letak badam, bila dah habis membentuk biskut, bakar, bila dah masak biarkan sejuk..sementara tu boleh masak coklat dengan konsep double boil dan bila coklat dah cair boleh la mula menyalur  kat biskut...ok siap & sejukkan...lepas tu masuk balang!!!

Thursday, August 1, 2013

23 Ramadhan @ 1 Ogos

Hari ni balik dari kerja menyinggah kat supermarket membeli barang untuk buat kuih @ biskut. Ya la lagi seminggu nak sambut aidil fitri aku belum buat persiapan kuih. Sejak tahun lepas aku dah pencen beli biskut untuk hari raya. Memandangkan harga tu kurang memuaskan hati dan rasanya pun belum pasti, lagi baik aku usaha mengadun sendiri biskut yang senang dan ringkas. Aku plan nak buat beberapa jenis je... Almond london, biskut mazola@kacang, Almond cookies, popia nestum, tart chease dan kek batik. Insyallah. Pilihan biskut ni antara kegemaran aku dan Mr Right, yang paling aku suka biskut mazola sebab rasanya klasik.

Bila dok memilih barang tu terfikir la pula nak buat chease kek selain dari biskut. Tercapai la juga bahan kek yang tidak ada dalam senarai. Cuma sekarang ni harga chease, butter agak mahal sikit jika dibandingkan dengan sebelum ini. Jadi tak hairan la kalau orang yang berniaga kuih raya naikkan harga. Harapnya cukup la masa nak membuatnya... tak pa tahun ni aku beraya di KL, memandangkan Mr Right balik dari outstation pada hari raya ke2.

Barang-barang kering yang aku capai kat supermarket tadi...yang lain dah masuk dalam peti ais

Cenderahati #Kenangan

Pagi tadi masa bersiap ke ofis..terpandang cincin ni dalam laci...oohhh cincin ni masa aku beli kat Sarangkot, Pokhara hari tu. Kalau nak ikutkan harga cincin ni murah je, tapi entah kenapa aku terpikat dengan paternnya. Ingat lagi masa ni kami ke sini untuk tunggu matahari pagi...di atas bukit tapi masa ni matahari sekejap je bersinar tiba-tiba diselubungi awan... agak kecewa sikit...tapi kami tetap tunggu sehingga awan yang berarak tu hilang...mana tau matahari akan muncul kembali. Sementara tu aku jenguk2 la ada barang2 cenderahati kat situ. Mulanya aku berkenan pasmina tenun @ handmade, comfirm pasmina tu buatan tangan sebabnya aku tengok sendiri kerjanya membuat tenunan tu kat situ....alatnya sama macam tenun songket. Tapi entah kenapa aku tak terbeli....yang aku beli cuma cincin ni je. Bila dah balik teringat2 la pula pasmina tu rasa rugi pulak tak beli harga yang dia orang tawarkan pun RM75 je. Tak pa dah banyak aku shopping pasmina masa kat Thamel Street sebelum tu. Kepada peminat2 batu2 permata kat Kathmandu memang banyak aksesori2 seperti rantai, gelang, cincin dan harganya bergantung kepada jenis batu permata tersebut. Ada juga aku jenguk kat kedai aksesori masa kat sana tapi aku tak membelinya... peniaga kat sini mesti layan bagus bila tau kita orang Malaysia...katanya orang Malaysia suka membeli dan bergaya dengan aksesori...