Malam ni aku terdera sekadar makan buah je, kalau tak makan buah yang ada ni dalam masa sehari dua tentu membazir sebab buah-buahan ni rosak. Tu la masa membeli tak fikir semua tu... petang semalam aku beli 2 biji betik dan sebiji honeydew. Lagi satu bila dah masuk peti ais aku kurang minat nak makan. Jawabnya aku diet la malam ni...
Monday, April 29, 2013
Keropok Segera
Keropok segera...produk dari Terengganu ni pertama kali aku makan, kalau keropok segera kelate tu aku biasa makan...malah dah jemu. Keropok segera terengganu ni kawan sepejabat bagi...rasanya sama je dengan keropok kelate, cuma yang beza dari segi sos. Sos ni diletak dalsm bekas kecil bersama keropok..kawan aku cakap dia beli RM1.50 sebungkus. Sementara tunggu waktu lunch aku kunyah habis sebungkus.. nak kata sedap tu biasa je, rasa macam keropok2 lain. Mungkin aku berselera makan sebab lapar... pagi tak breakfast.
Sunday, April 28, 2013
Manggo Shake
Petang ni tak ada menu untuk minum petang, sekadar makan buah dan minum juice. Mangga ni dah seminggu aku beli... disebabkan rasanya agak masam maka kurang selera untuk makan. Jadi untuk tidak terbuang buah tu aku buat manggo shake. Resipi tu aku reka sendiri..letak aiskrim, susu cair dan mangga. Eemm rasanya sedap macam yogurt. Minum shake ni menyengangkan sebab ada kandungan serat buah.
Free Time @ Walk at Art Row
Lepas makan tengahari kami tak tau nak kemana...biasa la bila tak ada plan mula la terdiam tambah pula perut dah kenyang. Keputusannya free walk.. area Publika ni Art Row kat sini sepanjang row depan kedai2 ada menjual barang2 kesenian hasil dan koleksi peribadi pencita seni...serata negara dapat kita lihat. Bagi yang nak buat koleksi gambar karikatur pun ada kat sini harganya bergantung pada size kertas A4@A3. Aku sekadar menjamu mata je...terpikat juga bila tengok hasil lukisan cat seorang warga Inggeris yang berjudul 'friendship'.
Bila dah jalan2 tu kami tak sedar hingga supermarket pun kami masuk. Big supermarket kat sini produknya dari luar negara, pasarannya target warga asing yang tinggal di kawasan ini. Barang local yang ada kat sini agak mahal sedikit dan semestinya fresh & terpilih. Aku tengok ikan2 segar terpikat juga...terutamanya ikan salomon. Niat nak membeli tu ada...cuma sejak akhir2 ni dapur aku agak sunyi... kekurangan masa!!!
Hyderabad Restoran
Tengahari tadi kami makan di restoran Hyderabad area Solaris Dutamas. Area sini mewah dengan restoran @ kedai makan, kalau terlintas nak makan ala jepun, kedai sushi ada, ala barat pun ada dan asia tengah pun ada...cuma tepuk dada tanya selera je. Menu aku hari ni briyani ayam & strawbery shake, Mr Right pilih briyani kambing & mango laisi dan tambahan roti nan serta desset ais krim. Nasi briyani dan juice menang sedap, roti nan kurang sebab rasa keras macam roti nan frozen bukannya original nan yang lembut.
Saturday, April 27, 2013
Hamparan Baru
Sabtu terpaksa kerja hari ni...kalau ikut badan ni agak kepenatan sikit, cuma separuh hari. Balik dari ofis petang tadi singgah kat Big Aeon, niat aku untuk tukar kaca mata...tapi tak jadi tak ada yang berkenan dihati. Cuma lain pula yang terjadi...terbeli karpet, memang dah beberapa kali aku singgah tengok cuma hari bila bersama Mr Right senang sikit buat keputusan. Dapat la tukar yang dah 2 tahun guna tu. Nampak la baru ruang lepak kami, bila baring terasa kelembutan bulu karpet ni..... Masa tengok kat kedai tu nampak cantik je...dah hampar kat rumah macam pelik la pulak...eeemmm.
Wednesday, April 24, 2013
Maggi Brokoli
Masuk je rumah terus meluru ke dapur, hari ni cuma makan 4 keping biskut je. Kebzyan sepanjang hari di ofis tak sempat aku nak ke kafe. Maka lapar tahap maksima la jawabnya. Aku masak maggi je kerja yang senang dan cepat, janji ada rasa... Mr Right yang dah kenyang pun tumpang semangkuk. Boleh katakan maggi ni makanan yang diminati ramai, kalau tengok dalam troli masa membeli belah mesti ada sebungkus maggi. Banyak sebab dan alasannya kenapa ianya jadi pilihan.
Maka kejadian maggi aku malam ni sekadar rencah ayam digabungkan dengan brokoli dan sayur2 lain. Mr Right komen ni sup brokoli atau maggi...eeemm makan je jangan banyak cerita tuan...saya dah kebuluran ni.
Sunday, April 21, 2013
Khabar Pagi Ahad
Wake up!!! aaarrrhhh lenguh dan tegang kaki aku, muka pula rasa panas je. Ni la gara2 trip penamaan calon di Kedah semalam, kali ni aku pergerakan ke sana berbad sebab last minit buat keputusan untuk pergi, sehari sebelum member ajak ke sana naik kereta ada ruang kosong...tapi aku tolak sebab demam. Entah kenapa pagi jumaat tu aku ambil bersemangat untuk ke tempat bos! Lagipun tak tau 5 tahun akan datang aku dapat merasai lagi suasana macam ni dan Mr Right pun tak ada rumah. Ok set!! aku ikut bas yang bawa penyokong dari KL. Bertolak pukul 10 pm dari Jln Putra sampai destinasi 5am, solat subuh dan bergerak ke tempat acara. Huuuhh tanpa sarapan dan tak cukup tidur terus berarak dan berjemur panas untuk tunggu pengumuman nama calon. Waaahhh bersemangat CikYa tak sedar matahari membakar kulit.
Masa bergerak balik aku terpandang kawan lelaki masa sekolah menengah uuuhh dia jadi ketua cawangan polis kat sana. Tapi kami tetap kenal 1987-2013 tak jumpa. Aku tak boleh sembang lama sebab nak bergerak balik KL dan dia pun nampak banyak kerja. Aku dan rombongan cik kiah bergerak ke Pekan Rabu sebelum bergerak balik dan sampai KL dah 11pm. Alahamduillah!!! Selamat semuanya.
PAGI ni aku agak kemalasan untuk pergi kelas Al quran bercampur dengan badan yang rasa letih aku lepak depan tv @ astrofirst tayangan 2 Kalimah. Ok la aku layan cerita ni melayu kononnya tajuk tu nampak cam best... kesimpulannya dapat aku katakan cerita ni seperti drama biasa je seperti tengok siri Tanah Kubur @ astro oasis. Jadilah hiburan untuk aku pagi ahad ni sambil relek2 kepenatan.
Sunburn
Setengah hari aku berjemur di bawah cahaya matahari, bermula dari terbitnya matahari pagi hingga la terpacak matahari diatas kepala. Maka kulit aku terutamanya dibahagian muka macam dibakar @ sun burn... berbeza dengan kulit asal aku. Berjemur bukannya untuk mendapat vita D tapi kerana tugas dan sokongan dihari penamaan calon. Uuuhhh mungkin sunblock aku bukannya dari kategori 'firstclass'. Aku dah agak perkara macam ni berlaku kat kulit aku sebab dah banyak produk spf sunblock yang tinggi aku guna tapi tak berkesan. Tak pa lah seminggu 2 kembali ke asal, janji aku puashati dengan sokongan yang aku berikan kepada bos.
Thursday, April 18, 2013
Fedac & Yogurt
Ini makanan tambahan untuk aku malam ni, selsema dan demam masih menyerang aku...kaki aku ni berat untuk ke klinik. Kesudahannya lepas kerja tadi aku singgah kat farmasi seterusnya ke supermarket beli yogurt untuk sejukkan badan. Niat nak beli satu barang, bila keluar je lebih dari 2 beg plastik aku bawa, kebetulan pula dah pukul 6 pm.. makanan kegemaran aku sushi ada offer 20% LESS, biasalah kalau dah satu hari makanan ni akan tamat tempoh. Harapnya demam selsema aku ni sembuh besok. InssyAllah.
Dari Geneva
Ole2 dari overseas!!! Ada staff yang bertuah keluar negara atas urusan kerja. Aku pun tumpang untung la... dapat juga sovunier, jadilah sekurang dapat merasa coklat dari sana. Lagi satu yang paling aku gembira ada fridge magnetic.... uuuhhh tambah la koleksi aku, kalau nak ikut kemampuan aku belum pasti dapat jejak kaki ke sana...insyallah kalau ada rezeki terpijak...
Tuesday, April 16, 2013
Pasta & Sup Tulang Ayam
Petang semalam balik dari kerja masak sup tulang atau kerangka ayam...mesti bunyi macam ganas je 'kerangka'. Aku beli ni dah beberapa hari terperap dalam peti ais. Petang ni terhasil lah sup sebab aku demam jadi ni je la makanan yang selera untuk dijamah. Saat tak sihat ni rebus pasta yang paling senang, lepas tu masuk dalam kuah sup tulang ayam. Seharian aku demam di ofis semalam dan hari ni aku terpaksa MC, badan panas dan tak larat nak bangkit dari tidur. Lemah dan lenguh seluruh urat badan aku. Keputusan aku kena rest hari ni walaupun kerja ofis yang setia menunggu...sms boss!!! Ok la respond boss ok minta aku rest hari ni sebab tugas besar sedang menunggu.
Pagi ni aku paksa bangun nak ambil panadol ubat tu je yang ada...nak ke klinik tak larat...harapnya cepat recover demam panas ini. Masak bali untuk diminum...harapnya suhu badan ni boleh kurang.
Alhamduillah petang ni rasa panas badan dah kurang cuma badan terasa lemah dan letih. Harapnya besok aku boleh ke ofis.
Sunday, April 14, 2013
Body Shop
Petang tadi kami menuju ke Aeon Anggun @ Jusco. Perkara yang wajib dalam kehidupan aku adalah berbelanja barang keperluan peribadi. Biasanya aku menghala ke shopping complex area KL tapi hari ni kami pusing laluan ke area pinggir KL. Kekadang tu nak juga ubah pandangan yang lain... aku keluar hari ni cuma nak beli tonner dan cream muka yang dah habis, tapi bajet terbabas ada je yang aku capai. Beli je la bila dah sampai ke shop ni... kalau ikut hari kerja tak sempat nak menuju ke shopping mall kecuali terdesak. Keluar hari ni ada juga untungnya, Mr Right belanja!!! The Body Shop last day offer dapat 20% diskaun kalau beli 3 barang. Sejak aku guna produk ni dan bertahun2 offer macam ni perkara biasa. Cuma aku rasa tak puas hati sebab harga produk ni sekarang dah naik harga. Tapi demi penampilan dan penjagaan peribadi tak boleh nak tolak dari membelinya. Aku boleh rekmen produk ni bagi sesiapa yang ada problem kulit badan yang kering elok mencuba shower bath olive dan body cream olive, InsyAllah kulit akan ada perubahan.
Lagi satu yang terkeluar dari bajet aku, bila ternampak produk local D'Herbs untuk warna rambut, biasanya aku beli produk yang dijual kat farmasi guardian. Produk ni aku pernah terbaca dalam suratkhabar...tu yang terbeli. Biasa la perempuan kalau bab macam ni cepat terpengaruh...
Friday, April 12, 2013
Daim!!!
Pagi ni masuk je ofis nampak sebungkus coklat daim atas meja aku. Rezeki pagi jumaat, aku tau siapa yang bagi, sebab dia duty masa LIMA kat Langkawi. Terimakasih ya, Doa aku agar adik ni rezekinya dipermudahkan dan InsyAllah diberkati sepanjang hayat. Itu la hukumnya seseorang yang menerima rezeki dari seseorang, kita harus mendoakan yang terbaik untuk mereka sebagai tanda keikhlasan kita menerima.
Thursday, April 11, 2013
Kabus Pagi
11 April 2013 @ khamis, Senario ni aku snap pagi tadi masa nak keluar ke ofis. Kabus agak tebal pagi ni di taman perumahan aku. Biasanya kalau hujan waktu petang atau malam macam ni la setiap pagi, pagi ni kabus tebal sebab petang semalam hujan lebat, ada setengah tempat di KL ni banjir kilat. Suasana macam ni dah biasa aku alami, cuma pagi ni aku agak kemalasan nak ke ofis jadi cuba cari sumber inspirasi dengan menikmati kesejukan dan kesegaran udara kat rumah seketika...aku sedut oksigen lebih pagi ni untuk seimbangkan 'mood'. Alhamduillah 'myhouse+myheaven', syukur dengan ketenangan, kedamaian, kesegaran udara di kediaman hasil usaha sendiri. Bagi aku tiada tempat lain yang membahagiakan kecuali bila berada di rumah kita.
Puding Roti
Aku dah buang tabiat malam ni... pukul 10 mlm masuk dapur proses untuk buat puding roti. Kalau tunggu esok roti tu mesti masuk tong sampah...dari membazir baik aku oleh jadi sesuatu yang bermakna. Checking bahan-bahan untuk masak puding roti bakar...ok la semua ada, kerjanya sangat senang potong roti kecil2, rendam dengan susu cair, pukul telur, gula, mentega yang di cairkan, kalau suka letak esen vanila dan masukkan bahan tersebut dalam loyang roti tadi dan tabur kismis. Lepas tu masuk dalam oven bakar.!!! Gambar yang aku letak tu belum dibakar.
Tuesday, April 9, 2013
Nasi Kerabu Biru
Ofismate@staff kat ofis ni belikan aku sarapan nasi kerabu... sebelum beli dia tanya aku makan atau tak nasi kerabu .. alahai adik ooiii akak ni semuanya makan...janji halal. Tapi tau je la aku sarapan pukul 9, dia sampai ofis dah 1030 pagi. Aku nak tolak masa dia call tu rasa bersalah la pula budak pangkat adik aku nak belanja makan. Jadi nasi kerabu tu jadi makanan untuk tengahari. Memang sedap...dibandingkan dengan nasi kerabu yang aku biasa beli. Katanya ni dia beli ke warung biasa...tapi masa dia cakap tempat tu aku agak blur sikit...sebab tak pernah lalu area situ. Ok la terimakasih, semoga murah rezekinya, lagipun aku tengok berbudi bahasa budak ni, walaupun baru seminggu masuk kerja banyak kebaikan dan kerajinan kerja yang dia lakukan.
Monday, April 8, 2013
Nasi-Ikan Pari Bakar
Pukul 12 tengahari perut dah berkeroncong minta di isi, target aku hanya la ke kafe ofis je. Bersama rakan menghala ke sana sebelum penuh dengan staff lain. Waaahh hari ini menu ikan bakar...besttt!!!, ada ikan pari, ikan kembung, ikan sungai seperti talapia dan keli. Pilihan aku ikan pari sebab ikan yang paling senang nak makan tak banyak tulang yang perlu aku teliti. Nasi kuah lemak pucuk paku dan cendawan. Tanpa diragui kesedapan sos ikan bakar bersama sambal belacan, saat lapar yang kritikan ni pasti habis sepotong ikan pari bakar tu. Ofismate aku peminat ikat talapia... aku tengok dia operate ikan tu dengan kusyuk sekali. Memang berselera kami menjamu selera tengahari ni. Harapnya bila masuk ofis nanti tidak dilamun kemengantukkan.!!!!
Dangai
Hari minggu aku!!! petang semalam ada program santai team kerja aku organize, aku terpaksa la pergi memandangkan ada kaitan dengan kerja dan Boss pun datang. Pukul 2.30 ptg aku dah sampai kat tempat program, kalau ikut majlis mula pukul 4 ptg. Faham2 je la takkan aku nak ikut masa Vip untuk sampai kat situ. Lagipun aku tak suka sekadar datang tunjuk muka je kat Boss, sekurangnya aku tengok la apa yang patut untuk bantu sekretariat kat sini. Pergi majlis orang kena la ikut apa yang orang dah atur, aku bukannya nak memandai-mandai untuk ubah, tujuan aku kat sini untuk membantu dan memberi sokongan je.
Bila ada majlis mesti ada makan-makan, yang aku tertarik cuma kuih dangai makanan tradisi yang berasal dari Kedah. Aromanya uuuhhh menusuk hidung... wangi kelapa yang di bakar. Kuih ini kalau dapat makan yang baru angkat dari acuan masih panas mesti menyelerakan. Aku cuma dapat makan yang dah sejuk al-maklum la tunggu program habis.
Sunday, April 7, 2013
Pagi yang Nyaman
Terjaga pagi ini segarnya bila udara luar rumah sejuk dan segar, petang semalam hujan lebat. Termenung nak sedia breakfast, mulanya nak masak nasi lemak @ goreng bihun...Mr Right tak nak, aku dapat idea menu yang dia akan makan. Kerja untuk sediakan amat senang. Sosej, fish ball, goreng kentang dan roti paratha. Menu berbagai jenis ni mesti habis sebab bila makan tu banyak rasa dalam satu pinggan. Roti paratha tu aku gulung dengan sosej letak sos etc. Bukannya susah nak bagi nampak kelainan dalam hidangan dan menambat selera. Nikmati hidangan di pagi yang nyaman buang segala masalah kerja.
Saturday, April 6, 2013
#makan2bermanifesto
Malam ni lepak bermanifesto depan tv...memandangkan setiap channel dok siar, maka aku pun nak juga tau apa 'akurjanji' akan datang untuk rakyat. Sekurangnya tau matlamat parti ini. Sambil itu ditemani oleh keropok, cekodok dan milo. Ini je untuk makan malam kami. Alahai!!! kerja la wahai pemimpin... kalah menang janji setinggi mana tetap jadi tanggungjawab memberi perkhidmatan kepada rakyat... aku tak tau apa yang aku akan dapat keuntungan. Aku tetap kena kerja untuk sara hidup. Dannnn aku tak pasti selepas pru13 dimanakan aku nanti....
3 RM10
Malam tadi ketika sedang makan malam ada makcik menjaja kerepek...kesian aku tengok malam-malam begini membimbit 2 beg plastik merah yang tinggi separuh badannya. Setiap meja yang ada pelanggan dalam kedai makan tu disua kerepek2nya itu...dia tetap berusaha dari satu meja ke meja yang ada pelanggan. Senario macam ni memang boleh tengok di merata tempat, cuma aku tersentuh hati bila tengok seorang wanita@ibu mencari rezeki, berjalan kaki seorang dengan membimbit barang. Di meja aku dia ...'salam puan nak beli kerepek 3 bungkus sepuluh ringgit'..aku berhenti menyuap makanan...jawab salamnya dan melihat dia mengatur bungkusan2 kerepek atas meja makan aku...sambil cakap jenis2 kerepek tu..berbagai jenis dan dia cuba tarik hati aku cakap kerepek ni masih baru...ya aku tau dia pun jual barang yang elok. Aku & Mr Right pilih tempeyek.
Luhur dan berbudi bahasa dia berlalu dengan senyum bila kami membeli kerepeknya. Terfikir...agaknya pukul berapa dia balik rumah???
Friday, April 5, 2013
Kedai Kelate-Siam
Kita make kedai ore Kelate masakan orang Siam. Biasa la kalau pilih kedai masakan Siam ni menunya sama je dengan kedai Siam lain, Mr Right pilih menu malam ni...katanya 5 hari kursus makan makanan kat hotel dag jemu... hidangan kami malam ni tomyam campur, ikan kembung tiga rasa, kerabu mangga dan kailan goreng ikan masin. Ini kali ke 3 kami kunjungi kedai ni, sebelum ni makan makanan al carte seperti nasi goreng dan mee hailam dan rasanya sedap. Malam ni agak kecewa sebab tomyam dan ikan tiga rasa kurang lengkap rasanya ..tak kena dengan selera kami, cuma puas hati sebab ikan dan sayur segar. Ok la untuk selera malam ini.
Biskut Ping Pong
Pagi ni biskut ping pong jadi pengalas perut, cukup la utk pagi ni. Kenangan!!! Biskut pingpong yang jadi rebutan dengan kawan2 sepejabat masa aku mula2 bekerja sebagai kerani kontrak... syarikat tempat aku kerja akan beli biskut size tin yang besar macam kat kedai runcit...bila kena kerja overtime waktu malam, ni la makanan kami bila lapar. Dulu harga biskut ni paling murah.... tapi sekarang berbeza harganya. Tapi masa ni kami semua tak fikir pun pasal biskut ni murah atau mahal janji dapat makan free dan masa tu kerja mana la boleh bermewahan makan.
Sekarang ni selera untuk makan pagi agak kurang mungkin aku dah jemu bila tengok menu yang sama je kat sini. Sejak beberapa minggu ni aku amalkan setiap pagi minum susu segar sebelum keluar rumah, perut pun rasa kenyang bila dah minum segelas susu. Kalau ikut diet aku yang darah kumpulan O ni kena kurangkan pengambilan tenusu. Eeemmm aku tak pratik 100% apa yang disarankan sebab hidangan seharian aku pun tak ikut sistem.
Kerja Kerja
Hari ini sampai rumah dah lewat malam, siapkan kerja. Penatnya!!! tak ada yang yang simpati dengan situasi aku sekarang... buat je la. Aku tak tau hasil kerja ni orang lain akan dapat nama, aku cuma di perah tenaga je. Aku berserah kepadaNya untuk membalas dan memberi rezeki atas keikhlasan kerja ini.
Nasib baik minggu ni tanggungjawab kat rumah kurang sebab Mr Right pun tak ada, sibuk dengan tugasnya. Biarpun dia tak ada bila dapat panggilan aku kena sindir juga sebab kerja sampai malam...eeemm aku tau tapi apa daya dah amanah aku buat la..lagipun ni je sumber rezeki aku. Sampai je rumah mandi, solat, layan internet sekejap... dah rasa mengantuk tapi tak boleh lena...kenapa ni? Mungkin badan ni penat sangat tak boleh nak lelap...kaki betis terasa lenguh2...aduhaiiiii...cepat la lena esok nak pi kerja ni. Eemm aku update je blog yang dah beberapa hari tak sempat nak jenguk.
Subscribe to:
Posts (Atom)