Teh ni macam powder, bukannya uncang, masuk je dalam air dan kacau ada rasa lemon, produk di bawa dari Indonesia. Harganya aku tak pasti sebab tak ada dicetak. Aku pun tak ada nak tanya dengan doktor yang bagi tu berapa harganya. Orang dah bagi free tak payah la nak menanya harga pula...he..he.. macam nak bayar je. Kalau tak silap aku produk ni ada stokisnya. Apa pun aku minum dulu "try and error". Matlamatnya nak buang toksin dalam badan, kalau kurus tu tak pasti la lagi sebab teh ni kategori suplemen. Bagi aku kalau nak kurus tak semestinya bergantung pada produk cuma sistem pemakanan perlu diutamakan.
Wednesday, February 27, 2013
WRP Diet Tea
Teh ni macam powder, bukannya uncang, masuk je dalam air dan kacau ada rasa lemon, produk di bawa dari Indonesia. Harganya aku tak pasti sebab tak ada dicetak. Aku pun tak ada nak tanya dengan doktor yang bagi tu berapa harganya. Orang dah bagi free tak payah la nak menanya harga pula...he..he.. macam nak bayar je. Kalau tak silap aku produk ni ada stokisnya. Apa pun aku minum dulu "try and error". Matlamatnya nak buang toksin dalam badan, kalau kurus tu tak pasti la lagi sebab teh ni kategori suplemen. Bagi aku kalau nak kurus tak semestinya bergantung pada produk cuma sistem pemakanan perlu diutamakan.
Tuesday, February 26, 2013
Nasi Goreng Kicap
Sandwich
Sunday, February 24, 2013
Makan Malam
Ayam panggang dalam proses memanggang dan selepas masak |
Sup Sayur dan Sambal Sotong |
Pisang
Pankek
Saturday, February 23, 2013
Wawa Semput
Jus Susu
Ais Krim Pelangi
Friday, February 22, 2013
Jacob Minum Petang
Kuih Manis + Pedas
Thursday, February 21, 2013
Ketuk2 Sup Tulang
McD
Wednesday, February 20, 2013
Kuaci Perisa Kelapa
Bila aku makan kuaci ni tu tandanya tak ada kerja nak buat bila kat rumah...tetapi fikiran aku penuh stress. Jadi bila dapat kuaci ni buat lupa sekejap masalah. Aaaahh!! masalah ni kalau dilayan bertambah la stress.
Kuaci ni bila dah mula makan susah nak berhenti...alamatnya habis sebungkus. Aku dah suka kuaci perisa kelapa ni sebab rasanya lemak dan tak rasa pedih kat lidah dan bibir. Tak tau la berapa banyak kandungan kolestrol dalam kuaci ni.
Tuesday, February 19, 2013
Rojak
Setiap hari masa di ofis 10 jam untuk aku buat kerja rasa tak cukup. Petang tadi sebelum meeting ada yang beli mee goreng, rojak dan cendol untuk aku. Terimakasih banyak2 semoga rezeki mereka bertambah. Memang aku tak lunch hari ni angkara banyak sangat gangguan kerja. Ingatkan nak siap kerja yang tertangguh tapi terganggu pula... ada yang nak discuss pasal program baru yang akan dibuat dalam tempoh masa 3 minggu dari sekarang. Eeeehhh sabor je la
Jadi rojak tu dah tak sempat nak makan...aku bawa je balik rumah...panaskan...jadi la dinner.
Karipap Mini
Gardenia
Monday, February 18, 2013
Maggi Beberapa Minit
Sunday, February 17, 2013
Sunday Breakfast
Tuesday, February 12, 2013
Citerku - CNY : Letih
Sunday, February 10, 2013
Choc Bread + Walnut
Citerku : Aktiviti - CNY
Sepanjang cuti CNY aku bebas nak buat aktiviti biarpun hp tetap di depan mata. Aku tak terpaksa jenguk hp tu setiap kali ada notis bunyi... eeemm mengalahkan orang bercinta. Ya la kalau buat tak kisah nanti ada urgent work... aku juga yang stress!!!. Apa pun aku kena la bijak mengurusnya... jangan terlalu taat nanti aku juga yang merana, betul tak?
Petang ni aku bust operasi trim pokok-pokok dalam pasu depan rumah. Rasanya lama betul aku tak ambil tahu tentang pokok tu, aku jenguk pokok tu bila nak ambil hasilnya, daun pandan, daun kari, daun limau purut tu banyak berjasa kat aku. Kunyit, halia, serai, daun kesum dah nampak teruk pokoknya...aku potong semua...harapnya tumbuh baru. Bunga2 ros aku nampak ada keluar bunga kecil je sekarang. Eemm mungkin merajuk tak nak berbunga sebab aku kurang beri perhatian.
Aktiviti aku seterusnya penjagaan kesihatan dan menyegarkan badan. Berbulan aku tak guna steam sauna, massage pun dah lama tak pergi. Sauna tu ok la boleh aku bersauna di rumah sebab ada alat tu, jadi hari ni sempat la aku bersauna 25 minit. Kalau ikutkan masa bersauna tu bukannya lama untuk aku buat 3 kali seminggu cuma aku je yang tak prihatin, sedangkan sauna ni bagus untuk hilangkan stress dan toksin dalam badan. Alasan tak cukup masa dan penat membuatkan hidup kita tak cermelang. Ok la lepas ni aku cuba luangkan masa untuk manjakan diri demi kehidupan yang cermelang dan sejahtera.!!!!
Malam ni ruang untuk tengok tv tapi tak tau channel mana yang menarik...tekan je remote tv tu tengok tv3 'janji shirah' ok gak ceritanya tapi bersambung. Eeemm tu la yang bosan bila drama berepisod ni. Mata aku dah la tak mengantuk., belek astro pun hampeh, aduhai astro aku bayar tiap2 bulan ni je servis yang kau orang bagi masa cuti panjang ni. Malang la pelanggang macam aku ni, masa cuti begini la aku nak jenguk tv namun kecewa. Tunggu breadmaker selesaikan tugas meroti 'choc bread'... dan aktiviti seterusnya tidur.!!!
Citerku : Angin Kencang - CNY
Saturday, February 9, 2013
Citerku : Macam2 @ CNY
Koktail Ais
Berjuang.. ofis di rumah
Hari minggu aku tumpu sepenuh masa dengan urusan di rumah. Dari pagi punch card... cuci baju, mop rumah dan pergi pasar. Rehat sekejap sambil tengok vcd cara nak memasak guna penanggang ajaib. Hari ni aku plan nak merealisasikan pemanggang tu untuk masak percik ikan dan ayam. Ok la berjaya la aku guna, tak sempat buat koleksi...he..he.. kalau tak ada yang bising.
Pemanggang ni memang mesra pengguna cepat masak, tidak melekat dan yang paling aku suka tak kotorkan dapur...bisasanya kalau guna pemanggang biasa aku balut dengan aluminium foil kadang kala tu menitik juga atas dapur.
Menu tengahari ni percik ikan dan ayam, bayam masak lemak, ikan bilis goreng petai dan sambal cili hijau + tempoyak. Makan dengan penuh selera di hari minggu setelah aku berjuang di dapur tiada gangguan stress pasal kerja ofis.
Papaya & Kentang+Nugget
Pagi ni sarapan biasa je, goreng nugget dan kentang, kat pasar tadi sempat la capai betik. Makan ni je la untuk pagi ni... sekejap lagi dah nak masak untuk tengahari...boleh la makan yang heavy. Nasib baik la roomate aku ni jenis tak memilih makan yang berat untuk sarapan, baginya janji ada dan cukup untuk alas perut.
Citerku lagi...cuti CYN
Sihatnya fikiran pagi ni bila tak perlu ke tempat kerja kerja. Boleh pergi pasar isi stok sempena CNY ni. Bahan basah agak mahal berbanding minggu lepas. Ikan paling mahal dan kurang segar, tu la hakikatnya bila perniagaan dan pembekal dari golongan cina. Alamaknys tempias menanggung kesulitan adalah kaum lain. Kerajaan boleh cakap semua bekalan mencukupi tapi disebalik itu mereka tidak kaji dan turun pandang terutamanya di setiap kawasan yang dipolopori kaum lain.
Tak perlu aku nak membebel dengan masalah barang mahal atau murah...tak ada membantu ekonomi aku pun. Kesudahannya diri sendiri kena bijak bila berbelanja. Stok bahan mentah beli untuk seminggu kali ni dikurangkan sebab bahan mentah agak mahal dan kurang segar.
Friday, February 8, 2013
Citerku + Kerja + Cuti CNY
Happy Chinese New Year untuk rakan dan kaum bangsa cina, tahun ni mengikut kalendar tahun ular air... eeemmm tak tau la apa kebagusannya. Aku tak sempat nak baca semua tentang kepercayaan kaum cina ni. Minggu ni aku buka surat khabar pun sekali lalu je tengok yang berkaitan dengan kerja aku.
Masa aku di ofis sekarang ni kejar masa nak siapkan segala tugasan. Hari ni lagi la stress siapkan kerja yang begitu bermakna untuk team kami dan seterusnya untuk rakyat. Bos ni kalau dah tau hari ni dateline kenapa la 1 jam je bagi masa kat aku untuk siapkannya. Aku kalau boleh nak buat yang terbaik target nak dapat great A+... selain hasil kerja kandungan yang berisi semestinya persembahannya pun sedap mata memandang. Aku berusaha menyiapkannya... sanggup korban segala urusan peribadi... bab kata nak makan tu di kemudiankan ... ni nak pergi tandas pun sanggup menahan... janji kerja tu dapat di selesaikan seperti yang diamanah. Ya la dalam berhati-hati dan teliti kadang tu ada pula bab lain yang tidak memuaskan.
Adohai bos... apa la sangat bezanya dalam envelope dengan masuk dalam folder??? SULIT? macamana sulit pun benda cam tu tetap akan berubah. Aku dah letak perkatan sulit tu setiap muka surat... jadi kat envelope pun aku kena letak sulit juga ke... uuuuuhhh sikit je silapnya aku rasa tak berjaya dalam kerja aku. Tak pa la tak dapat gread A+ atau A dan sebagainya, aku dah bosan nak fikir pasal tu semua, kpi pun aku tak ambil tau. Sebabnya tiada jaminan untuk aku dapat sesuatu. Sekarang pun aku kerja, korban segalanya, masa dan kepenatan tiada apa pun yang mengembirakan aku jauh sama sekali dihargai. Kau Orang cakap kerja dan perjuangan.. lantak la kau orang nak cakap pasal perjuangan, bagi aku dalam tugas tak perlu nak tanam apa pun semangat yang sekadar tulisan je... bagi aku cukup la ada tanggungjawab dalam memikul amanah. Kau orang boleh la cakap kerja untuk berjuang @ perjuangan sebab disebalik tu kau orang dapat habuan yang lebih dari perjuangan. Macam aku ni kau orang bagi nama jawatan tinggi sekadar untuk mengahkan organisasi... disebalik tu kerja aku lebih rendah tarafnya, tanggungjawab aku melebihi dari seorang pejuang. Boss kau tak ada jawatan dan pangkat pun dah cukup gah dan boleh berjuang dengan selesa sebab segalanya dah 'tinggi'.
CNY orang sibuk bercuti... aku dapat arahan tak boleh bercuti, alahai tak tergadai negara ni sekadar cuti 4 hari, sekarang ni zaman teknologi yang tiada sempadan, tetap boleh berkomunikasi dan sebagainya setakat nak dapat info dan laporan tu. Aku nak juga rasa bebas sehari dua dari rutin bangun pagi pergi kerja ... petang balik terkejar2 nak urus rumahtangga. Kau orang bukannya macam aku setiap hari punch card in punch card out. Bila kat ofis langsung tak da ruang nak buat urusan peribadi nanti dicop tak buat kerja. Boss kot ya nak cakap aku tak wat kerja tu pakai la otak tu. Kalau aku menjawabkan nanti kata aku kurang ajar atau..... Boss kau orang kalau ada hal anak sakit gigi dan tak boleh nak pergi sekolah pun boleh tinggal kerja yang dipertanggungjawabkan...walaupun hakikatnya kerja yang depan mata tu dah ada dateline tinggal hanya beberapa jam. Tu la orang cakap boss always right!!!
Kecewakan aku??? Hakikatnya segala-galanya yang negatif bermain dalam minda dan sanubari aku. Hanya aku saja yang memahaminya, untuk aku tafsirkan teramat 'KUSUT'.
Terganggu dengan masalah kerja, aku tak ada mood nak ambil gambar menu lauk pauk makan malam aku tadi. Dah la sepanjang jalan pulang tadi jammed teruk sampai rumah mood aku dah bercampur aduk... sabar je la. Dalam penat dan stress tu aku sedia menu malam ni pun agak ringkas, sup sayur campur, ayam masak bercelaru...he..he..he aku letak sos tomato, sos cili, kicap, sos tiram...kesudahannya ada pelbagai rasa yang menyelerakan. Tambah telur dadar letak mayonies semuanya habis kami makan. Alahamduillah rahmat dan hikmah dariNya. Catatan malam ini sekadar luahan untuk buang segala toksin stress, aku tak nak ditimpa penyakit berpunca dari stress bekerja.... cukup la toksin sedia ada belum berjaya dikumuhkah.!!!! Cukup la untuk malam ni sekurangnya tidur aku malam ni tidak terjaga dengan gangguan kerja. Selamat malam Negaraku!
Mc D
Thursday, February 7, 2013
Makan Malam
Pisang Goreng & Keropok Lekor
Kristal Astray
Cantik tak mangkuk kristal ni??... bila tersusun nampak macam satu pasu kristal...sebenarnya tu astray rokok ada 4 biji. Astray ni untuk orang yang merokok bila datang kat sini. Bukan aku menggalak mereka merokok dengan membeli astray ni... cuma nak elak dari habuk rokok bersepah letak dalam cawan piring...eemm orang merokok ni suka hati dia orang je mana nak letak habuk dan putung rokok tu janji selesai tugas merokok. Pembuat mangkuk kristal ni masa mereka atau mencipta mangguk ni untuk pelbagai guna kot sebab kalau letak makanan seperti kacang, gula2 pun boleh juga.